Posted in DAPster

Ekoran ketetapan muktamad PAS atas kalimah Allah

Selaras dengan perebutan kalimah Allah ialah tuduhan oleh orang Kristian bahawa Muslim mudah “konpius”.

Orang Kristian di Malaysia lah yang berhak mengukur sama ada individu Muslim itu “rapuh iman” atau tidak.

Kristian di Malaysia lah yang mengukur sama ada Muslim tersebut seorang yang salih atau tidak. Tegas si Kristian, (“a true Muslim would do this”, “a true Muslim would not do that”) perilaku seseorang Muslim yang salih mesti sebegini dan sebegitu …

Orang Cina di Malaysia jugalah yang mahu menentukan siapa layak bergelar Melayu. Mereka mengesahkan Zairil sebagai seorang Melayu tulen sementara Dr Mahathir bagi mereka ialah seorang Melayu celup.

Adun evangelis DAP pula menegur “Jangan konpius bahasa dengan agama”, “Jangan konpius bahasa dengan bangsa”. Siapa yang konpius sebenarnya?

Twitter hannahyeoh Do not confuse

HannahTwitterConfuseLanguage

Pendirian Majlis Syura PAS terhadap isu kalimah Allah mengundang kritikan pedas para penyokong pembangkang Kristian.

Sekarang ini PAS dipandang sama hina Tunku Aziz.

Untuk melihat contoh jenis tohmahan yang dilemparkan Tunku Aziz (“TA”), tengok pada screenshot cercaan seorang pelanggan Malaysiakini di bawah.

TunkuAzizZairilwww.malaysiakini.comnews218903

Bersabit kalimah Allah, tiba-tiba penyokong DAP boleh menjadi pakar bahasa Arab serta ilmuwan fiqh.

Contohnya komen ini oleh seorang penyokong DAP bergelar ‘Pro-arte’ yang berbunyi:

“It is sad to see Malays like ahmed being led by the nose by Biro Tata Negara, Jakim, UMNO and half baked PAS leaders who pervert Islam with false and ignorant notions about Allah. They are able to do this because most Malays have no personal knowledge of the Koran or Arabic and have been so dumbed down by the political, educational and religious culture in this country that they do not have the confidence to form even simple or independent opinions about their faith.” (screenshot di sini)

Selepas ketetapan dibuat oleh PAS, individu ‘Pro-arte’ tersebut pula berkata (screenshot diambil dari rencana Malaysiakini hari ini yang bertajuk, ‘Teach PAS a lesson for behaving like Umno‘):

ProarteONpas

Bermaksud angkara tidak mengikut telunjuk Kristian, PAS dituduh mempunyai “lidah bercabang”, “bermuka-muka”, “terang-terang menipu”, “berpusing balik”, “berpaling tadah dan tikam belakang”.

Kes suratkhabar Kristian The Herald mahu terus menggunakan kalimah Allah sedang menunggu untuk didengar di Mahkamah Rayuan. Dan sekiranya pihak yang kalah masih tidak berpuashati dengan pengadilan hakim, mungkin kes akan dibawa sampai ke Mahkamah Persekutuan.

Bukankah fungsi undang-undang agar masyarakat boleh hidup rukun damai?

Apapun yang diputuskan mahkamah nanti, sikap Dapster kini sudah menyerlah.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

16 thoughts on “Ekoran ketetapan muktamad PAS atas kalimah Allah

  1. Yes anyone can join Dap on its own will but please remember one fact that is when you about to leave Dap, do it at your peril.

  2. Helen,

    Kalau Pas perjuangkan SAR tak siapa boleh mengatakan Pas hipokrit kerana rata-rata ahli Pas adalah produk sekolah seumpama itu atau berazam untuk hantar anak-anak ke sekolah yang sama.

    Sebaliknya Pas akan jadi hipokrit kalau mengatakan mereka mahu melihat sekolah misionaris jadi sekolah alternatif walhal ia bukanlah sekolah yang dekat di hati mereka.

    Cara Hannah Banana Yoeh (HBY) pertahankan sekolah vernakular seolah-olah sama seperti Pas pertahankan SAR, tetapi SBY nampak terlebih vokal seolah-olah tidak ada orang lain sevokal beliau atau seolah-olah hanya beliau saja yang layak berbuat demikian.

    Ini menimbulkan keraguan di pihak yang sedar tentang perkembangan sekolah vernakular – para penggunanya, pihak yang benar-benar prihatin dan pihak yang tidak menjadikannya modal politik semata-mata – sedekat manakah sekolah vernakular di hati HBY.

    Makanya dalam kes HBY dan sekolah vernakular akan timbul persoalan apakah sememangnya YB pernah belajar di sekolah vernakular atau akan menghantar anak-anak ke sekolah berkenaan? Masakan HBY boleh jatuh cinta kalau batang hidung sekolah vernakular pun beliau belum kenal? Betulkan?

    Justeru kalau hati HBY adalah sebenarnya masih berjauhan dari sekolah vernakular iaitu sebagaimana jauhnya hati Pas dan sekolah misionari, bagaimana mahu mengukur sumbangan HBY terhadap sekolah vernakular?

    Apakah cukup sekadar menilai tweet HBY tentang sekolah vernakular lalu nama beliau layak ditulis dalam buku sejarah sebagai pejuang sekolah vernakular?

  3. Hannah ni masih kebudakan! Dia twit “don’t confuse language with religion”. Dia sebenarnya “confused”. Nak tanya Hannah, masa dia berdakwah tu pakai batang kayu ke.? Tentulah kena bercakap! Dan bila bercakap kena lah guna bahasa. Masalahnya, bahasa telah disalahguna untuk kepentingan agama Kristian. Ini yang kita nak perbetulkan. Hannah ni, baru berumur setahun jagung tapi berlagak pandai. Saya lebih suka panggil dia bodoh sombong, yakni bodoh yang tidak boleh diajar.

  4. orang islam tak pernah konfius dalam hal ini .

    Alquran tidak berubah isi kandunganya sejak diturunkan hingga sekarang.

    bila atau dimana sahaja isi kandunganya tetap sama.

    yang konpius dan cuba konpiuskan isu ini adalah orang yang anti islam.

  5. Join a DAP and feel free to announce yourself as an expert in any field you choose. Or multiple fields, if you’re feeling especially smart.

  6. Errrr Hannah, a child’s race is determined via the father’s bloodlines. As such a child of mixed race marriage would adhere to his or her father’s race. For example if say an Malaysian Indian man marries another Malaysian of Chinese descent, the offspring of the marriage would automatically be Malaysian subject to fulfilling residential conditions & officially a Malaysian Indian, not Chinese. As an elected representative, you must not be confused on this matter OK?

  7. Kalau anda berada di England, anda hanya ada satu Ratu saja (Ratu England), iaitu anda tidak boleh menamakan orang lain sebagai Ratu England. Ia tidak masuk akal dan mengelirukan.

    Tetapi kalau anda masih mahu menamakan orang lain selain dari yang sedia ada (Ratu Elizabeth) sebagai Ratu England, pihak perundangan di sana pasti akan berpihak kepada apa yang dimaksudkan dengan perkataan Ratu England menurut leksikon dan perundangan disana.

    Analogi ini sepatutnya dapat memperjelaskan kepada LGE bahawa permintaan beliau supaya puak evangelis..yang mahu memulangkan PJ kepada Yesu…dibenarkan menggunakan istilah ‘Allah’ agar memperhalusi analogi berkenaan sedalam-dalamnya.

    1. The hostile climate affects everyone. B’cos of the Allah snatching, now companion words on the state banned list(s) have come to light, such as nabi, rasul, iman, ibadah, solat, mufti, fatwa, Kaabah, syahadah, etc, not to be used in relation to other religions than Islam.

      I think it’s fair enough that ‘syahadah’ be off limits but still how can a non-Muslim but BM user realistically avoid ever employing words like ‘iman’ and ‘nabi’?

      1. No problem if you’re Pakatan, even Lim Guan Eng can become khalifah what…

        And even if you’re Chinese as long as you talk down to PAS people you can use whatever word or whatever religious scripture you like, even when you say TAKEBEER the PAS people will takbir!

        1. I think the Jais, Mais and other Islamic agency officials – who enforce the fatwas – as well as the Mufti of Perak, Hasan Ali, Zul Nordin, Ridhuan Tee et al are not necessarily either pro-Umno or pro-PAS.

          They are a Third Force going on their own trajectory and whom Umno has no control over when push comes to shove.

  8. Salam dek Helen,

    “konpius”, “race” dan “sex” memang konpiusing. Ceritanya begini, ada seorang mamat ni buat kajian kat kelab lumba kuda. Dia edar borang soal-selidik. Bila dia kutip satu borang tu dia dapati dekat ruang “race” tu ditulis “horse race, dog race not allowed ” tang “sex” ditulis “two times a week but not on weekends, got race”.

    Bila mamat pengkaji tu tanya ” konfius ke?” dia jawab ” itu konfius tak boleh menang, dia tak kuat lari kalu hari mau hujan”.

    Otak kita kawal cara kita fikir, dan kita fikir guna otak, konpius? Take a break, go have gender, ohh ya..yg halal punya…

  9. Helen,

    To be a “saviour”, one (according to racist SAP) needs to have mind boggling criteria. among them are ability to blame everything under the sun as “UMNO’s doing.

    Another set of criteria would be to hate Malays and be critical of whatever they stand for.
    _______________________________________________________________________________________________________________________________

    You made typing error ‘SAP’? — Helen

Comments are closed.