‘Kumpulan anti-Lynas masuk politik untuk [tujuan] menumbangkan BN di Pahang’ merupakan tajuk berita The Malaysian Insider dua hari lepas (screenshot bawah).
Berita bahawa Himpunan Hijau akan berkempen bagi pihak Pakatan telah mendapat liputan meluas dalam media kecuali di akhbar milik MCA The Star itu. (Biasa lah, sudah boleh dijangka pun).
Tekad Himpunan Hijau untuk berkempen pilihanraya melawan BN dimaklumkan oleh pengerusi gerakan Wang Tack (gambar atas) dalam satu sidang akhbar.
Turut memberi taklimat kepada wartawan ialah Wong Chin Huat, iaitu penasihat kepada Himpunan Hijau.
(Gambar bawah: Beliau duduk di sisi Wang Tack dan bersebelahan dengan Hishamuddin Rais.)
Wong Chin Huat, penasihat kepada gerakan anti-Lynas, ialah seorang Fellow di Penang Institute iaitu badan pemikir (think-tank) Lim Guan Eng di Pulau Pinang.
CEO Penang Institute ialah Zairil Khir Johari. Parti Cinta Malaysia pernah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) mendakwa Penang Institute telah cuba merasuah Tunku Aziz.
Pada 25 Nov 2012, Lim Kit Siang menyambut ketibaan kumpulan Langkah Lestari dari Kuantan ke Dataran Merdeka.
Selain Mursyidul Am parti, Yang Berhormat DAP lain yang turut hadir di acara anti-Lynas itu termasuk Teresa Kok (Naib Presiden DAP), Nga Kor Ming (Penolong Bendahari DAP), Anthony Loke (Setiausaha Organisasi DAP), Ahli-ahli Parlimen Tan Kok Wai (MP Cheras/Timbalan Pengerusi DAP), Fong Kui Lun (MP Bukit Bintang/Bendahari DAP), Chong Eng (MP Bukit Mertajam/Ketua Wanita DAP), Er Teck Hwa (MP Bakri), Fong Po Kuan, (MP Batu Gajah), Sim Tong Lim (MP Kota Melaka), Liew Chin Tong (MP Bukit Bendera/Pengarah Pendidikan Politik DAP), Ronnie Liu (Adun Pandamaran), Khoo Poay Tiong (Adun Ayer Keroh) dan Ng Wei Aik (Adun Komtar merangkap setpol Guan Eng).

Meskipun begitu ramai sekali para politikus DAP yang menyertai kegiatan Himpunan Hijau sama ada di Kuantan, Pulau Pinang mahupun KL, namun ada blogger Cina cauvinis yang masih bermati-matian mahu menafikan bahawa perarakan anti-Lynas itu memang sebetulnya ada kaitan dengan DAP.
Malah parti itu bukan hanya sekali dua tetapi sudah berkali-kali menyatakan sokongan terhadap kumpulan-kumpulan anti-Lynas. Sebenarnya DAP dan Himpunan Hijau saling sokong-menyokong dalam matlamat bersama “tukar rejim”.

Jelas sekali gerakan anti-Lynas mendokong politik pembangkang.
Akan tetapi blogger Cina cauvinis sebaliknya beriya-iya dengan pembohongan bahawa tunjuk perasaan terhadap Lynas adalah sekadar bantahan dari segi isu alam sekitar semata-mata.
Memandangkan keadaan, ini bermakna blogger Cina cauvinis tersebut (yang menafikan motif politik di belakang protes anti-Lynas) adalah seorang penipu. Sebiji macam kaki kelentong si politikus yang kita kenali.
(Renungkan: Para pendemo di bawah ini nampak ada gaya penggiat isu alam sekitar ataupun gaya politik Dapster?)
Selain Himpunan Hijau tadi, kumpulan Save Malaysia Stop Lynas pun turut menggesa supaya kerajaan BN ditendang keluar dari Putrajaya.
Sekarang ini pula, Himpunan Hijau tanpa berbolak-balik menyatakan niat mereka untuk membantu Pakatan mengalahkan BN di enam kawasan Parlimen Pahang – Kuantan, Indera Mahkota, Temerloh, Bentong, Raub and Cameron Highlands.
Gerakan itu juga akan menumpukan kempen PRU mereka di 14 kawasan DUN negeri itu.
Sudah terang lagi bersuluh nampak pembabitan gerakan-gerakan anti-Lynas dengan Pakatan serta kempen mereka di kalangan orang Cina.
Namun blogger Cina cauvinis yang lidah becabang tetap cuba menegakkan benang basah dengan dakyah bahawa bantahan terhadap Lynas adalah terkecuali dari politik.
Atas sebab perangai orang seperti blogger Cina yang disebutkan itulah maka seluruh kaum Cina pula yang dianggap sebagai “tidak ada apa-apa yang lurus kecuali rambut”. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Helen,
Muslims sepatutnya sudah mampu berdikari dalam berdepan pemasalahan umat dengan membentuk satu himpunan yang besar dan berimpak tinggi iaitu sama seperti Perhimpunan Mutan dan Amoi Hijau (PMAH) di atas itu.
Kalau PMAH bakal bertindak sebagai peraih undi yang bertopengkan PMAH, iaitu satu kegiatan yang murni, makanya Muslim juga sebaik-baiknya perlu ada keinginan untuk mecontohi kaedah dan pendekatan semurni itu.
Golongan belia (pelbagai kaum) harus mencontohi muda mudi anti-Lynas dalam soal keprihatinan terhadap alam sekitar dan politik.
Banyak isu alam sekitar seperti di Pulau Pinang, Selangor dan tidak ketinggalan di Kelantan, tidak boleh diletakkan atas bahu satu atau dua NGO saja untuk melakukan sesuatu.
Cumanya siapakah yang sepatutnya perlu tampil jadi pencetus kepada penyertaan golongan belia secara lebih aktif dalam isu alam sekitar dan politik?
Bloggers? NGO belia? Parti Politik? Agamawan? Pencinta Alam? Sasterawan? Angkasawan? Blogawan?
Jika green piss ini ikhlas prihatin kpd alam sekitar, apa komen mereka dgn kerakusan pembotakan hutan pas kedah disekitar kawasan tadahan tasik pedu http://www.nst.com.my/nation/general/two-forests-near-water-sources-under-siege-1.173464
Juga pendirian kemusnahan hutan oleh pas kelantan di lojing dan ulu kelantan. Mungkin ada benarnya ungkapan disebalik lebai pas ada taukey china ? http://detikperubahan.com/2013/01/11/kek-hari-jadi-istimewa-dari-kenny-chua/
Kak Helen,
Orang bodoh sahaja yang akan percaya gerakan anti-lynas ini bukan partisan dan hanya merupakan gerakan aktivis hijau semata-mata.
Blogger Cina cauvinis bukan bodoh tetapi lidah bercabang. Asal dapat menang, sanggup berbelit.
Sudah terang lagi bersuluh, memang dari mula lagi sudah nampak himpunan hijau ini adalah gerakan politik. Pakar dari semua pihak (kerajaan, antarabangsa dan pakar nuklear dalam pas sendiri) sudah menjelaskan bahawa tiada yang berbahaya dalam projek lynas di gebeng.
Dengan penipuan sebegini, bagaimana saya hendak percaya bahawa mereka2 ini mampu untuk mentadbir negara dengan baik?
Maaf Helen tapi memang kebanyakan kawan2 berbangsa cina saya yang sudah dicuci otak (brain wash) bahawa UMNO itu jahat segalanya dan hanya DAP yang baik.
Pendapat saya, UMNO tidak jahat. Hanya orang di dalamnya ada yang tidak ikhlas bekerja. Sama seperti dalam DAP. Akan tetapi, saya sebagai orang melayu dan Islam amat risau jika DAP berkuasa, Islam akan diketepikan. Ini sudah jelas dengan perbuatan2 mereka. Akan tetapi, masih ada yang percaya dengan dakyah mereka bahawa UMNO lah punca kekacauan ini?
“I’ll choose the lesser evil between these 2”.
Tiada kerajaan yang sempurna tetapi saya akan pilih yang mana lebih banyak bekerja dari menyalahkan.
Salam. :)
Seseorang yang berpandangan objektif memang boleh nampak agenda politik mereka, terutama sekali apabila Long March Himpunan Hijau dari Kuantan sampai di KL.
Tapi blogger Cina yang terlalu tebal cauvinismenya tetap cuba mencuci otak khalayak ramai dan sekiranya disanggah akan mula mencarut dan mengganas. Maklumlah, keturunan Bintang Tiga.
Seseorang yang berpandangan objektif memang boleh nampak agenda politik mereka, terutama sekali apabila Long March Himpunan Hijau dari Kuantan sampai di KL.
Tapi blogger Cina yang terlalu tebal cauvinismenya tetap cuba mencuci otak khalayak ramai dan sekiranya disanggah akan mula mencarut dan mengganas. Maklumlah, keturunan Bintang Tiga.
Ingat ikan, ayam, shark je ke ada masalah? DAP pun ada masalah ma….
Inilah apa yang dikatakan matlamat menghalalkan cara.