Posted in DAPster

Kongsi gelap: Gejala menembak mati di P. Pinang semakin menjadi-jadi

Yang terbaru, ‘Pemilik kelab malam cedera parah ditembak‘ (Utusan, 5 Feb 2013)

Tempat kejadian: Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Tan Sheng Suo ditembak ketika kereta mangsa berhenti di lampu isyarat.

keretaTanSheng Suo
Mercedes yang dibawa Tan Sheng Suo – gambar The Star

Baru beberapa hari lepas sahaja ada juga kejadian menembak di Pulau Pinang. Pun berkaitan dengan orang yang terlibat kegiatan industri hiburan.

Pengawal kelab malam mati ditembak (Utusan, 25 Jan 2013)

Tempat kejadian: Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

Seorang bouncer Fauzi Hussin mati setelah terkena tembakan dari jarak dekat yang mengenai rusuk kirinya.

Suspek dipercayai Ketua Kongsi Gelap 24 yang menjalankan kegiatan di kawasan Bayan Lepas.

Suspek ditahan polis - gambar Kosmo!
Suspek ditahan polis – gambar Kosmo!

Lelaki maut ditembak satu das depan rakan‘ (Utusan, 31 Dis 2012)

Tempat kejadian: Gelugor, Pulau Pinang
.

S. Kalimuthu maut selepas terkena satu das tembakan ketika sedang berbual dengan empat rakannya di Jalan Lembah Permai, Taman Brown.

Tempat kejadian di Jalan Lembah Permai, Taman Brown
Kejadian berlaku di depan rumah ini – gambar The Star

Sebelum itu, ada juga dilaporkan ‘Ketua kongsi gelap mati setelah berbalas tembak dengan polis’ (Harian Metro, 17 Jan 2012)

Tempat kejadian: Paya Terubung, Pulau Pinang

DapsterPaper

“Protection money racket” kelab malam, rumah urut

Membincangkan gejala “turf wars and killings”, Syed Akbar Ali telah memblog baru-baru ini:

“I have been highlighting that ever since the DAP took over Penang in 2008, the underworld has moved into Penang in a big way. I began noticing these underworld killings about two years back. The frequency of these shootings is what attracted my attention.”

Memang ganas negeri yang dikuasai Dapster di Pulau Pinang. Dan sama ganas juga ruang yang dikuasai Dapster di alam maya.

Di negeri DAP itu, mereka menggunakan senapang untuk menembak mati orang manakala di Internet, mereka guna kaedah character assassination.

Berkaitan:

Cakap saja berlembut tapi bikin ganas

Dwi-standard undang-undang rimba Dapster

Author:

I have no Faceook or Twitter.

15 thoughts on “Kongsi gelap: Gejala menembak mati di P. Pinang semakin menjadi-jadi

  1. Dulu LGE kata Johor negeri tak selamat. Itu sebab dia rekrut ramai anti-establishment menuntut kononnya regime change sebab senang dan suka nak halalkan semua benda. Kabinet dia nanti yang akan kontrol keselamatan negara, tak payah pakai enforcement.

    Bawak kereta macam samseng nak membunuh pengguna jalanraya lain tak payah kena saman, tak payah nak susah-susah rahsuah trafik. Tiap-tiap minggu boleh bertandang ke rumah pelacuran, pusat refleksologi dengan rumah judi. Tak ada duit pinjam ah long. Nak minum arak, isap rokok beli yang seludup punya sebab katanya gov tax tinggi.

    Nak beli kereta mewah tak payah susah-susah kumpul duit, cari je kereta panas sebab penyamun, perompak segala macam mak nenek dah bersepah sebab polis dah tak payah buat kerja. Tiap-tiap hari boleh merusuh atas jalan raya, hancurkan landskap PBT, rempuh kedai, memaki hamun sampai terbalik tanah.

    Duduk rumah tak payah kerja sebab kerajaan baru subsidi dari hujung rambut pakai hujung kaki. Kerajaan baru nak agihkan semua royalti negara kepada rakyat. Pendidikan semua percuma sebab peruntukan setiap sekolah akan terima 2 mil.

    Orang Melayu kalau nak murtad pun tak apa sebab soal agama ditentukan mahkamah sivil. Disko boleh beroperasi 24 jam, berjogetlah sampai muka tersembam ke tanah. Keluar rumah boleh bawa senjatapi main tembak-tembak macam pesta songkran.

    Suka dak………..?.

  2. Jika dulu Si Tokong katakan, Johor mempunyai masalah jenayah yang serius – bagaimana pula dengan Penang (Hak Cipta SYARIKAT TOKONG DAN KELUARGA).

    Atau Umno yang salah?

    1. Ada betulnya juga kenyataan itu: Selamat untuk Dapsters tetapi tidak untuk penjahat dan konco-konco. Rakyat? Ada maklumat?

  3. What a paradox when the physical health status of this island is at par with the first world but the social health status is approaching Zimbabwe.

    1. I don’t know, how is the “social” health status of Zimbabwe?

      Care to enlighten us on your African complex?

      1. Methinks you should ask the opposition cyber trooper since they are the one who like to compare Msia and that nation! :D

  4. Do not forget about the dapsters invoked STORMTROOPERS!

    Dulu when I was a young man, shopping in Penang Free port is a breeze. Safe even though there were Kampong Dodol/Sungai Pinang/Tanjung Bunga(h)/Chowrasta/Bukit Bendera/Kek Lok See etc. etc gangsters group, no hassle except if you want to look for trouble. Gangsters only wage war against gangsters.

    Those were the more disciplined gangsters day, maklumlah no government connection. Today it is totally different, the gangsters were the government. You say, I sue, you do, I sue, you tak dengar cakap, bang, bang, bang! SEEE LU!

  5. dont simply use PENANG word ahh. go get permission first. only the good and best can use Penang word ahh

  6. Aktiviti ‘haram’ di Pulau Mutiara tidak akan tumbuh macam cendawan selepas ‘hujan 2008’ kalau tingkat 28 tak pejam sebelah mata.

    Yakni aktiviti haram berkembang pesat apabila ada ‘pagar sanggup makan padi’.

    Aktiviti haram tidak boleh berkembang kalau operatornya tidak beri ‘pengeras’ untuk menutup mata dan mulut pihak yang berlegar-legar di tingkat 28.

    Dan seperti biasa apabila rakyat mengomel, “dogs” yang akan dijadikan kambing hitam…tak buat kerja kerja kononnya… walhal pihak yang kembong poketnya adalah head honco, konco dan balaci.

  7. Itulah KimGuanEng, masa you point finger at JB (in cohort with papa Komunis LKY), 4 fingers point back at you. Shame on you KimGE!

Comments are closed.