Posted in DAPster

DAP sekarang cuba pancing undi Melayu secara direct pula

Dalam kerjaya politik Lim Kit Siang sepanjang 47 tahun, tidak pernah bahasa kebangsaan sebegitu dititkberatkan oleh Mursyidul Am DAP itu serta pemimpin-pemimpin partinya berbanding masa kini.

Menjelang PRU13, juru alih bahasa menerima ganjaran besar daripada DAP bagi perkhidmatan perterjemahan kepada bahasa Melayu. Dengan kian hangatnya kempen pilihanraya, pesanan-pesanan DAP bertukar angin dan diajukan ke arah pemilih Melayu.

Maklumlah keadaan memaksa DAP supaya cuba memujuk secara direct kaum Melayu tanpa pengantaraan orang tengah. Ahli-ahli PAS pun sudah tamat berbulan madu tahaluf siyasi serta mula menolak DAP.

Gambar bawah: Sepanduk “Penyokong PAS Jangan Undi DAP” dinaikkan akar-umbi parti Islam tersebut ketika satu demo di Kota Bharu baru-baru ini; juga sepanduk “Haram Undi DAP” di Kuala Terengganu sehari dua lepas.

PasjgnundiDAP

haramUndi DAP

Politus DAP mahu berpantun, beb

Di luar daripada kebiasaan, rencana-rencana Lim Kit Kiang – yang sedang mengira ‘countdown’ ke tarikh pembubaran Dewan – sekarang ini dimuatkan di blognya dalam bahasa Melayu.

Politikus DAP yang lain pun semakin ramai sudah mula menggunakan peribahasa dan pantun Melayu dalam tulisan-tulisan yang dipaparkan di bawah byline nama Cina mereka. Nampaknya para perterjemah serta penulis skrip kala ini mendapat durian runtuh … biarpun rezeki datang menggolek hanya lima tahun sekali.

Diletakkan di atas fast track (landasan pantas)

Sebelum ini, DAP kelihatan berusaha keras menyalut parti dengan lapisan kulit Melayu, sampai anak raja telah dipancing.

Di antara Melayu-Melayu yang berjaya dikail ialah Dr Ariffin Omar, Aspan Alias, Sakmongkol, Hata Wahari dan Prof. Mohd Tajuddin Rasdi.

Sesetengah mereka diberikan laluan pintas, contohnya Zairil Khir Johari yang dilantik menjadi “setpol Melayu” Lim Guan Eng serta dibawa masuk majlis tertinggi (CEC) parti.

Zairil juga dijangka akan diberi kerusi selamat kawasan bandar yang mempunyai majoriti golongan Cina kelas pertengahan di Pulau Pinang.

Gambar fz.com
Muka Melayu DAP — gambar fz.com

Siapa Zairil?

Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong telah diminta seorang pembaca blognya agar membangkitkan soalan berikut supaya apa-apa kemusykilan akan dapat dileraikan oleh tuan empunya nama.

Namanya ‘ZAIRIL KHIR JOHARI’. Noktah.

(i) Mengikut resam, seseorang mualaf wajar di’bin’kan dengan Abdullah

(ii) seseorang anak angkat yang diambil keluarga Melayu tidak di’bin’kan nama bapa angkatnya

(iii) kod tempat lahir yang tercatat dalam kad pengenalan Zairil ialah ’71’, iaitu pemegang MyKad yang diperanakkan di negara asing

Soalan untuk DAP yang selama ini beriya-iya mengetengahkan Zairil sebagai wajah dan wakil Melayu parti: Apakah sebenarnya status Melayu yang dimiliki Zairil?

Nama rasminya yang tanpa ‘bin’ itu boleh pula tangkap muat nama datuk ‘[Khir] Johari‘ sekali. Ini jelas melanggar adat.

Adakah DAP bercita-cita untuk mencorakkan peradaban Melayu Baru mengikut rentak Dinasti Lim?

Baca seterusnya di http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/tunku-aziz-i-dont-trust-guan-eng
Baca seterusnya di http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/tunku-aziz-i-dont-trust-guan-eng

Pengunduran Tunku Aziz

Satu lagi bibit perkembangan hubungan DAP dengan kaum Melayu membabitkan bekas naib pengerusinya.

Tunku Aziz Ibrahim telah

  • menggelar Lim Guan Eng seorang yang “biadab”
    .
  • berkata Guan Eng jenis yang tidak mampu menghormati batasan dalam perilakunya (“no sense of decency”)
    .
  • menyelar sikap peribadi Guan Eng: “I am not against the party. I am just against the attitude taken by the party secretary-general …”
    .
  • berasa amat lega kerana akhirnya berjaya melepaskan diri daripada dizalimi seorang penghasut (“a deep sense of relief at being freed from the tyranny of a demagogue”)

Sumber: TMI (pautan di atas, lihat screenshot)

Word Cloud (bawah) dicedok daripada transkrip soal-jawab Tunku Aziz dengan The Star.

WordCloudLGE

Author:

I have no Faceook or Twitter.

20 thoughts on “DAP sekarang cuba pancing undi Melayu secara direct pula

  1. buat apa nak ketengahkan Zairil ? dia ni bukan Melayu. lihat saja rupa wajah dia.
    sebenarnya, kalau kita teliti mekanisme Pakatan Rakyat, kita akan dapati :
    DAP ni ada main 2 peranan. pertama dapat undi masyarakat Tionghua. lepas dah monopoli undi masyarakat Tionghua, DAP pun terus beralih ke peranan kedua mereka, yakni menyakinkan masyarakat Tionghua bahawa mereka tak perlu bimbang dengan retorik negara Islam Pas sebab Pas masa kini bukan lagi Pas dahulu yang fanatik sebaliknya Pas masa kini adalah sebuah parti politik yang realist dan pragmatic. oleh yang demikian masyarakat Tionghua tak perlu bimbang. undilah Pas. \

    undi Pas juga membawa maksud Ubah. Asal Bukan Umno. setakat ni DAP berjaya dengan cemerlang sekali.

    kita lihat Pas pula. Pas ni pun main 2 peranan. pertama dapatkan undi orang Melayu, Islam, khasnya yang bermastautin kat kawasan luar bandar. selepas dah berjaya dalam meraih sokongan kumpulan ni, Pas akan pujuk, yakini kumpulan ni bahawa kerjasama dengan DAP dan PKR adalah “perlu” sebab tanpa DAP dan PKR, tak mungkin Pas akan sampai kat Putrajaya. setakat ni, usaha Pas nampak tidak menjadi. golongan ulama, konservatif dalam Pas kini tak senang dengan “arrangement” ni sebab Pas banyak berkompromi.

    PKR ni pula, sasaran mereka adalah golongan Melayu liberal yang duduk kat kawasan bandar dan mereka mereka yang dahulunya orang BN, seperti Chua Jui Meng. setakat yang kita boleh lihat, PKR kini berada dalam keadaan yang tidak menentu. ini kerana gelombang anti BN yang membawa kejayaan kepada PKR/PR pada Mac 2008 sudah pun berakhir, tsunami sudah pun berlalu. dah tak ada lagi momentum.

    balik semula kepada reasoning saya kenapa DAP tidak perlu Zairil untuk meraih undi Melayu. kan Pas dan PKR sedang buat kerja tu.

    1. “dia ni bukan Melayu. lihat saja rupa wajah dia” bagi aku komen u xperlu pun perenggan ni.

      1. Zairil masih diperlukan untuk mengisi slot “towering personality” yang dikosongkan oleh Tunku A yang mana tak mampu diisi oleh Aspalela, AK 07 kerana masalah terlebih….

    2. DAP perlukan puppet yang lahir dari parti sendiri sekiranya dipilih untuk memerintah negeri/pusat tanpa bergantung harap kepada PKR & PAS. Mungkin sudah serik seperti di Perak dan Selangor.

      DAP mahu menjadi sebuah parti yang dominan seperti UMNO didalam BN dan boleh meletakkan mana-mana calon Melayu tunggangan mereka sebagai teraju utama (dimana talinya dimainkan oleh Lim&Sons).

      Sekiranya berlaku masalah antara parti komponen PR, DAP masih selamat sekiranya mempunyai wakil-wakil Melayu didalam parti yang membolehkan mereka membuat satu keputusan secara bersendirian di atas mana-mana isu khususnya melibatkan orang Melayu. Islam atau tidak, itu perkara kedua bagi DAP, asalkan calon-calon mereka mempunyai 1 patah nama Melayu maka secara automatiknya menjadi wakil Melayu. (Helen Ang Abdullah pun boleh LOL).

      DAP juga memerlukan ramai Melayu yang establish seperti bekas ahli politik, ahli perniagaan, ahli keluarga menteri, dan raja untuk mempengaruhi undi dan kepercayaan Melayu. Strategi DAP ini memang boleh dibaca tetapi MCA sendiri buat-buat tak nampak atas tindak-tanduk DAP.

      Setakat ini, DAP masih boleh angkuh kerana wujudnya bantuan dan sokongan Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukan mereka. Bagaimana sekiranya Anwar Ibrahim tidak menjadi ikon kepada PR seperti sebelum penggabungan parti PR? Siapakah ikon Melayu lain yang outstanding selain dari DSAI yang boleh menerajui Kabinet Bayangan bagi sebuah Kerajaan Propaganda yang akan menggantikan kerajaan BN nanti bagi mengelakkan berlakunya rampasan semula kuasa yang maha hebat sedangkan UMNO masih lagi mempunyai ramai barisan pemimpin pelapis walaupun tanpa bantuan komponen yang lain didalam BN.

      Selama hari ini kita hanya melihat demo jalanan yang dimainkan oleh PR tetapi mereka tidak pernah memikirkan bahawa sekiranya PR dipilih oleh rakyat untuk berkuasa (antara mustahil atau tidak), bagaimana pula BN mengerakkan jentera rampasan semula kuasa.

      Berlakunya pengurangan sokongan undi terhadap BN diatas pengkhianatan MCA dan sleeping partner lain saya masih boleh percaya, tetapi untuk menyatakan keseluruhan rakyat Malaysia menolak pemerintahan BN, itu sangat tidak masuk akal. Sekiranya DS Najib berundur sekalipun, masih ramai dibelakang beliau yang masih mampu menggalas tugas PM.

      Anak Cina pasang lukah
      Lukah dipasang di Tanjung Jati
      Di dalam hati tidak ku lupa
      Sebagai rambut bersimpul mati

      – Gurindam Jiwa

  2. Meskipun Dap jolong sarang Tebuan, mereka (Dap) sedar Tebuan tidak akan mengggit cuma membuzzing saja. Sebabnya adalah Tebuan yang bertekad untuk bertahaluf siyasi akan jadi dua kali munafik kalau ia menggigit Dap.

    Munafik yang pertama ialah apabila tebuan mengedictkan sebagai ‘haram’ kalau berkawan dengan Dap tetapi akhirnya Tebuan berkawan dengan Dap juga. Kalau Tebuan jadi munafik kali kedua (gigit Dap), ia adalah penamat bagi masa depan politik mereka.

    Menyedari kedudukan Tebuan sekarang ini, jangan hairan kalau Dapster akan terus menjolok sarang Tebuan kalau itu yang diperlukan untuk mereka (Dapster) mengekalkan status quo…Dapster adalah abang busat dan Tebuan adik kecil.

    1. PAS masih perasan yg buat demo menentang mereka bukan akar umbi tetapi org upahan UMNO. Taktik PAS akan memakan diri mereka nanti. Denial Syndrome tahap kronik.

  3. Helen,

    Tidak boleh berbin atau binti ayah angkat. Tidak juga boleh ada persamaan nama dengan ayah angkat. Ini bukan resam, ini adalah undang undang pejabat pendaftaran. Rasionalnya adalah untuk menentukan keturunan di dalam Islam. Ini berkaitan dengan harta pusaka, nikah kahwin atau “wali” yang sah.

    Zairil telah melanggar undang undang dengan namanya itu. Tanya ulama PAS. Mereka lebih arif kerana berkaitan dengan syariah dan mereka juga yang melobi agar undang ini di jalankan.

    Sila jawab Zairil dan pejabat pendaftaran.

      1. Saya rasa Zairil tak melanggari apa-apa tetapi kalau betul bagai disangka, ada pihak lain yang bersalah.

        Apapun Zairil membuktikan hal ini:

        1. Adun Jerusubang bukanlah individu pertama berkahwin silang bangsa.

        2. Bangsa seorang anak dalam kelahiran adalah menurut status bangsa bapa dan bukan ibu.

        3. Namun syurga anak tetap ‘bawah tapak kaki ibu’

      2. Helen,

        You tube ustaz azhar darus regarding anak angkat yang menggunakan nama bapa angkat. Hukumannya berdosa besar dan orang yang berwajib must take corrective action otherwise also berdosa besar. Selamat menonton.

  4. akhirnya Dap sedar undi Melayu sebenarnya sangat penting.

    tanpa undi melayu Dap tidak dapat kekal di pulau pinang selamanya.tanpa undi melayu Kerajaan Dap pulau pinang nampak pincang dan pasti tidak stabil.

    Pulau pinang bukanya singapura disana melayunya 14% sahaja dan tanpa undi melayu tidak mengapa ia tidak penting.

    Di pulau pinang walau pun pengundi cina lebih ramai dari orang melayu tetapi dari segi jumlah penduduk , orang melayu hampir sama ramai dengan orang cina.

    Lebih menarik penduduk pulau Pinang jika dikira mengikut umur bawah 21 tahun orang melayu adalah majoriti -lebih ramai dari orang cina.

    so orang melayu sangat penting pada masa depan pulau pinang.

      1. Orang melayu yang nak berhijrah ke Penang hanyalah kalau ada kerja di sana. Kerja-kerja yang biasanya di kilang-kilang.

        Sekiranya fokus kerajaan DAP ialah membina rumah mewah, phasing out the industrial zones, including its activities, leaving only services catered to the posh people, orang Melayu mesti cabut cari makan di negeri lain, atau di mainland.

    1. Kepentingan sesuatu bangsa dalam konteks undi harus digunakan sebijak mungkin untuk mendapat layanan setimpal dari Pak KM.

      Dalam konteks harga rumah, kalau KM hendak terus duduk di kerusi berkenaan pastikan harga rumah tidak membebankan rakyat.

      Kalau KM masih pekakkan telinga, gunakan kuasa satu undi untuk menyisihkan KM dari kerusinya. Hanya itu saja jalan untuk memastikan “khalifah omar” dapat balik ‘akai’ yang hilang.

Comments are closed.