‘Kerusi mana BN akan kalah di Johor?‘ (FMT, 7 Feb 2013)
Juru strategi pilihanraya DAP Liew Chin Tong dilaporkan sebagai berkata 20 buah kerusi Parlimen negeri itu mungkin jatuh ke tangan pembangkang sekiranya Pakatan boleh mampu meraih sokongan 35 peratus undi Melayu, 80 peratus Cina dan 50 peratus India.
Pada tahun 2008, Mohd Puad Zarkashi – yang sekarang Timbalan Menteri Pelajaran – menang kerusi Parlimen Batu Pahat dengan majoriti 12,704 undi menewaskan calon PKR.
Pada tahun 2004, calon Umno menang Batu Pahat dengan majoriti 29,102 undi (suatu kejayaan yang mengagumkan atas gelombang ‘feel good’ Pak Lah) mengatasi calon PAS.
Pada tahun 1999, calon Umno menang Batu Pahat dengan majoriti 17,448 undi mengalahkan calon PAS juga.
Sumber: http://www.undi.info/johor#/johor/p/2004/P150
Jika dilihat, majoriti yang diperolehi Umno di Parlimen Batu Pahat kian menyusut setiap penggal menandakan Umno semakin kurang popular.
Puad Zarkashi ialah seorang wakil yang kurang disenangi kaum Cina kerana beliau kelihatan terlalu mesra Perkasa.
Mari kita buat simulasi mengikut rumusan yang diketengahkan oleh DAP. Mengikut andaian Liew Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera, perhitungan paling cerah (best case scenario) adalah berasaskan rumusan 35 peratus sokongan masyarakat Melayu, 80 peratus Cina dan 50 peratus India.
Sekiranya nisbah 35-80-50 ini digunapakai, simulasi keputusan adalah seperti jadual di bawah bagi kerusi yang disandang oleh Puad.
Perkembangan di setiap kawasan pasti akan dipengaruhi faktor-faktor dan isu tempatan termasuklah sama ada calon adalah winnable candidate.
Seperti di negeri-negeri maju Perak dan Selangor, Johor juga mempunyai ramai penduduk Cina.
Pengerusi DAP Johor sendiri pun sudah menimbulkan cadangan supaya Chin Tong diletak bertanding di kawasan Parlimen Gelang Patah yang mempunyai 54.3 peratus pemilih Cina, 33.85 peratus pemilih Melayu dan 11.7 peratus pemilih keturunan Indian (perangkaan PRU12 tahun 2008).
DAP berkeyakinan besar ia akan berjaya di Johor kelak.
Soalannya adakah BN boleh kehilangan undi Cina dengan begitu mendadak?
Sendi yang paling rapuh sekali (weakest link)
Dalam posting saya semalam, saya memetik pandangan Koon Yew Yin, seorang hartawan penggiat politik yang menjangka bahawa MCA akan terus lingkup dalam PRU13 nanti.
Koon telah menggalakkan ahli-ahli MCA agar memujuk para pemilih Cina di kawasan mereka untuk tidak memangkah lambang dacing (“urging constituency members not to vote blindly for BN candidates”).
Di antara langkah-langkah yang digariskannya tentang cara bagaimana pemimpin MCA tahap pertengahan (middle ranking) serta akar umbi parti boleh menyumbang kepada usaha menggulingkan Umno termasuk:
- memberi sokongan secara sulit kepada calon pembangkang (“secretly providing support to opposition candidates”)
. - memberi tip-off kepada badan pemantau sukarelawan (“alerting the NGOs monitoring the elections of the BN’s dirty tricks and likely abuses”)
. - melengah-lengah apabila dikerah oleh MCA untuk bertugas sebagai pekerja pilihanraya (“dragging their feet on being co-opted as a BN election worker; etc”)
Dalam kata lain, menjalankan sabotaj.
Rasa tidak puashati
Mengikut budi bicara Koon, pemimpin MCA kerat atasan yang berupa kroni Umno menikmati kekayaan dan kemewahan hidup tetapi yang selainnya tidak banyak mendapat faedah. Mereka ini hanya diberikan sisa-sisa sementara terpaksa menanggung malu kerana disepak terajang.
“Unlike the party’s leaders who have accumulated so much wealth by being cronies of Umno, the middle-level and grassroots leadership have gotten crumbs while being kicked around. Only by working for change will they be able to win back the respect of the Chinese community and convince their friends and children that they have not sold out the Chinese community by being members of the MCA,” kata Koon.
Beliau berkata mereka hanya akan boleh menebus maruah dengan menjayakan rancangan Ubah.
The Star sudah lama mensabotaj
Garis panduan sabotaj yang dilakarkan di atas sebenarnya sudah lama dipraktikkan oleh jentera media MCA yang mempunyai pemikiran salin tak tumpah. Bukankah The Star sering memberi sokongan secara terselindung kepada calon pembangkang?
Pernah juga Star Editor mengeluarkan tweet yang menyebut “best hope for MCA is 4 BN to lose power”.
(Screenshot bawah: Tweet berbentuk tip-off yang disampaikan oleh seorang pengarang kanan The Star kepada Adun DAP)
Tweet (bawah) oleh Star Editor pula mengajak orangramai memberi sokongan kepada seorang calon DAP yang bakal dipertaruhkan di kerusi Parlimen — “show of hands for those who’d vote for @imokman [Ong Kian Ming]”.
Sekarang pun akhbar milik MCA nampak begitu condong kepada puak evangelis DAP 2.0.
Saudara Helen,
Saya rasa sukar untuk DAP mendapat 35% undi Melayu Johor. Berdasarkan persepsi saya kepada DAP dan saya yakin dikongsi oleh ramai orang Melayu, DAP sebagai satu parti yang terlalu kecinaan, asing ,kurang dikenali dan tidak dimeserai. Ini berbeza dengan pandangan kami terhadap MCA. MCA dianggap sebagai kawan lama yang bangun dan jatuh bersama.
Begitu juga dengan kaum India. Sukar juga untuk mendapat 50% undi mereka. Saya yakin orang India juga menganggap DAP parti Cina tulin sedangkan UMNO walaupun Melayu tetapi kawan lama yang telah lama hidup bersama dengan aman damai.
Saya pun setuju ia perhitungan yang terlalu optimistik.
DAP dan pengikut-pengikut taksub mereka sebenarnya sedang melayang di awangan.
Namun saya rasa DAP dan Umno akan berjaya dalam PRU nanti manakala MCA, PKR dan PAS akan kecundang.
If Malay, Indian, and bumi Sabah & Sarawak are with BN, while Chinese are solidly support DAP, then what will happen to our country in the future?
It looks like our community will further divided in the future..
Methinks we’re headed for Balkanization — fragmentation ala Yugoslavia.
Say yes for mca say no for dap…..aku melayu.
Not logical to say that only UMNO & DAP will win big and the rest down out. The analysis is weak.
As PKR is contesting in mostly mixed seats in Semenanjung, it has most to win in a split Malays electorate with solid Chinese PR vote. Indians with last minute Hindraf push will be neutral 50-50. Hindraf is coming out with ABU strategy soon.
As the party strength in Malaysian politics is determined by number of seats won, the landscape of their mixed-seats target is the most interesting.
DAP big win in Chinese majority seats in Semenanjung will be less impactful as gerrymandering left few additional seats to be won. But BN gerrymandering skew alot of seats to mixed seats that maybe its weakest link in current scenario.
That’s why your obsession of party strength is meaningless because it’s based on racial factor and not seat-by-seat profile calculations.
According to Special Branch (SB) sources, UMNO & MCA will lose more seats in next GE13. Those seats expected to be lost are mostly mixed-seats like Batu Pahat, JB, Kampar, Alor Setar, Wangsa Maju etc.
re: “BN gerrymandering skew a lot of seats to mixed seats”.
It has skewed some seats to become mixed, yes, that’s true. Batu Pahat is one such example as we’re both agreed.
You claim that MCA will lose more seats (again we both also concur on this). If MCA loses, then DAP wins and the two parties usually face off, just as how Umno and PAS face-off in the Malay heartland.
So our only point of disagreement is whether Umno or PKR will win the mixed seats.
You say Umno will lose, which means PKR will win.
I say PKR will lose, which means Umno will win. We should really bet on this!
Helen,
some politicians behave as if they are indispensable. They usually overstate their importance.
As such they continue to paint rosy pictures despite reality on the ground says otherwise. They manipulate researches, perceptions and anything including their children to whack politicians on the other side of divide.
DAP likes to think that its position among Chinese community as invincible. Guan Eng behaves like a spoilt “Son of heaven”. So used to dominating DAP that he is unable to fathom a simple logic that as a head of govt, he will be scrunitised closely within and outside the party.
Wht DAP “fails” to appreciate is that Malay votes for PR is waning. PAS loses considerable Malay supports as Malays are upset that it is ever “kowtoing” to DAP.
Of course, DAP cant detect this by solely depending on STAR or malaysiakini. The Malay supports to PKR also considerably reduced as Anwar is seen as having “too many racy exploit”. It is seen clearly as Anwar no longer attract attentions from the crowd”.
“orang dah letih” with his “exploits’.
I think the focus of this coming election is the direction of Chinese voters as the Malays I believe (the vast majority) is comfortable with UMNO.
Should the Chinese vote DAP, then the era of MCA with 4 Ministerial positions is coming to its end.
And the Malays will say “padan muka” to Najib for perceived too compromising with the Chinese without getting their votes,
Helen,
DAP terlalu yakin dengan simulasi hingga menjadikannya terlalu angkuh. Tapi sentimen Islam mengatasi politik. Jika tidak, masakan pemimpin2 utama PAS pun terpaksa membuat u-turn untuk meredakan keresahan akar umbinya. Apatah lagi orang Melayu yang tidak berparti seperti saya. Menjelang PRU-13 ini, saya melihat akan berlaku unsur sabotaj dalam PAS/PR.
AMC Shah Alam
Melayu yg waras tidak akan mengundi DAP, termasuk saya dan keluarga. DAP terlalu berlagak semenjak memenangi kelebihan kerusi. Apa pun, pribumi Sabah dan Sarawak juga tidak ada hati kpd DAP. Malangnya DAP terutama tokong terlalu angkuh dan fikir semua org sudah menyayangi mereka yg RASIS terlampau.
Senario politik melayu sekarang semakin jelas , jika orang cina taksub dgn DAP nya maka orang melayu semakin sedar dengan tanggungjawabnya untuk mempertahankan hak politik mereka. Undi melayu akan ke calon melayu dan ini memang telah diketahui pemimpin umno dan Pas.
Bn mengambil risiko jika terus meletakkan calon MCA di kawasan melayu seperti PRU yg lepas-lepas.
Untuk UMNO mencapai kemenangan , biarkan MCA bertemu DAP di kawasan Cina , jika MCA kalah di semua kawasan parlimen bermakna mereka tiada hak untuk mendapat jawatan dalam kabinet kerajaan.
Parti komponen lain di sabah dan serawak lebih berhak mendapat lebih jawatan menteri di dalam kabinet berbanding parti yang lemah seperti MCA.
Berdasarkan keputusan PRU 12 , UMNO boleh hidup tanpa MCA.
Jgn letakkan MCA di kerusi yg selesa. Biar mereka berperang sesama DAP. Selama ini mereka bertepuk tampar apabila UMNO lawan PAS. Kita sama-sama saksikan kesudahannya. Samada MCA akan mendapat jawatan kabinet atau boleh ucap selamat tinggal. Biarkan kerajaan yg baru adalah MELAYU BUMIPUTRA.