Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau mendakwa ada wujud suatu gerakan “不要讓行動黨太強大” (‘Jangan dibiarkan DAP menjadi terlalu kuat’) bertujuan untuk membuntu pertumbuhan partinya di negeri tersebut.
Katanya gerakan cuba mengekang perkembangan pengaruh DAP telah mula dijalankan sejak beberapa bulan lepas oleh orang [upahan] “tidak dikenali” yang bertopengkan NGO.
Dalam kenyataan akhbarnya dua hari lepas, Dr Boo juga mendakwa bahawa beliau mempercayai bahawa naib presiden PKR Jimmy Chua Jui Meng adalah “tangan hitam” (ungkapan Cina 黑手) yang mendalangi serangan-serangan tersebut.
Serangan yang dibayangkan Dr Boo sebagai “all these vicious anonymous attacks against Johor DAP” mencerminkan betapa kotornya permainan politik longkang yang dicorakkan dewasa ini.
Apapun mari kita menjenguk di sebalik tabir melalui olahan 5 soalan.
(1) Siapa yang disasarkan?
Dr Boo Cheng Hau telah difitnah oleh musuh politiknya yang bertekad untuk mencemar nama baik beliau dengan menabur pelbagai pembohongan tentang peribadinya.
Salah satu tuduhan palsu mengatakan bahawa beliau “rasis” ataupun bersikap anti-India. — ruj. FMT (9 Jan 2012), NST (18 Jun 2012) & NST (16 Julai 2012)
Nota: Rencana FMT melaporkan kekacauan yang ditimbulkan oleh sekumpulan tiga orang ahli DAP manakala rencana NST mengandungi berita susulan setelah mereka dipecat dari parti.

(2) Kenapa Dr Boo mendedahkan perkara ini kepada media?
Ataupun dalam kata lain, kenapa beliau tidak menggunakan saluran parti.
Daripada 30 orang ahli majlis eksekutif, Dr Boo seorang-seorang sahaja wakil negeri Johor.
Jawatankuasa tertinggi parti dikawal rapi setiausaha agung dengan puak utara Lim Guan Eng membolot 8 kerusi. DAP Perak menduduki 6 kerusi dan taikor-taikor Lembah Klang 9 kerusi (5 Selangor, 4 Kuala Lumpur).
Memang Dr Boo terpinggir keseorangan dalam CEC.
Timbalan pengerusi DAP Johor ialah Norman Fernandez sementara naib pengerusi ialah Ahmad Ton.
Nota: Memandangkan komposisi majmuk penyandang jawatan di DAP Johor (timbalan seorang keturunan India, naib pengerusi Melayu), tuduhan Dr Boo sebagai seorang “rasis” tidak masuk akal.
Cuba banding pula dengan perangai si evangelis yang menggelar Dr Zambry “hitam metalik” beserta tohmahan “haram jadah” selain layanan buruk geng Komtar terhadap golongan mamak di Pulau Pinang.
Penglibatan Ahmad Ton dalam parti mencecah 36 tahun dan pernah beliau dicalonkan untuk bertanding di DUN Bekok, Johor dalam PRU tahun 2004 dan seterusnya Parlimen Tanjung Piai, Johor (PRU 2008).
Jadi kenapa ianya si Zairil Setahun Jagung yang pada awalnya dilantik ke CEC untuk memenuhi kuota Melayu walhal Ahmad Ton yang lebih banyak mencurah bakti?
Zulkifli Mohd Noor pun orang lama juga dan mantan naib pengerusi DAP tetapi membelakangi Zairil dari segi pelantikan ke CEC.
Penyisihan Ahmad Ton menggambarkan betapa Guan Eng tidak yakin untuk memberi sebarang ruang kepada sesiapa yang mungkin mencabar kekuasaan mutlaknya ke atas parti.
Nescaya Ahmad Ton dilantik ke CEC waima kelompok Johor akan menjadi lebih kuat … sedikit.
Walaupun negeri selatan itu telah dicanangkan sebagai “frontline state” untuk memecah peti simpanan undi tetap BN, namun di sini jelas tampak bahawa kepimpinan pusat parti enggan memperkasakan DAP Johor atau lebih tepat disebut, memperkasakan saf pemimpin Johor yang sedia ada.
Sebelum ini pun, bintang-bintang bersinar, umpamanya Wee Choo Keong dan Kerk Kim Hock yang mampu menyaingi kegemerlapan Guan Eng telah dicantas dan diusir keluar.
(3) Apa percaturan DAP masakini di Johor?
Dr Boo, berumur 49 tahun, adalah lebih senior kepada Liew Chin Tong, usia 36 tahun, dan juga dari segi pengalaman dalam parti. Sebagai pengerusi negeri, Dr Boo pastinya lebih banyak berkhidmat on the ground berbanding Chin Tong, seorang bidan terjun yang dipayungkan turun di Pulau Pinang.
Akan tetapi mengikut khabar, ianya Chin Tong yang bakal dipertaruhkan di kerusi Parlimen Gelang Patah.
PKR tidak mempunyai tapak yang kukuh di Johor. Sekiranya Jimmy Chua Jui Meng mahu bertanding di Gelang Patah maka pastinya jentera pilihanraya DAP tidak akan digerakkan untuk membantu kempen naib presiden PKR itu, lebih-lebih lagi ia kawasan majoriti pemilih Cina 54%, Melayu 33% dan India 12%.
Gelang Patah yang mempunyai 99,964 orang pemilih merangkumi dua kawasan DUN, iaitu Skudai dan Nusajaya. Skudai ialah kerusi DUN Dr Boo.
Menyedari hakikat ini, Jimmy Chua nampaknya lebih menaruh minat kepada Bakri meskipun aral melintang kerana kerusi tersebut sekarang dipegang DAP.
(4) Kenapa Karpal ligat menyokong Dr Boo?
Ingat lagi tak anda pada persengketaan Godfather lawan Warlord? Karpal Singh diibaratkan sebagai Godfather dan P. Ramasamy, iaitu Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang adalah Warlord.
Dr Rama dipandang sebagai machai Guan Eng kerana beliau bukan orang politik pada asalnya tetapi pensyarah universiti. Juga dia tidak mempunyai apa-apa power base tatkala julung kali mencuba nasib di PRU.
Lantaran itu, segala kejayaan politik Dr Rama adalah tertakluk kepada ehsan Lim Guan Eng yang telah mengusungnya ke Pulau Pinang. Sepertimana barangan impot Melaka si taukenya itu, dia bukan anak watan Tanjung.
Ada sesetengah pemerhati politik yang melihat Dr Rama sebagai proksi (ganti diri) Guan Eng dalam persengketaan Godfather lwn Warlord.
Berkait hal Jimmy, Karpal menyebelahi pihak Dr Boo dengan berkata: “Dr Boo adalah pejuang tulen (berbeza dengan Chua Jui Meng).”
Sejak kebelakangan ini, tinggal Karpal sahaja masih terdaya menegur pucuk pimpinan DAP yang kian menyimpang dari landasan, contohnya dalam isu mengekalkan negara sekular serta membantah lompat parti (Anwar punya 916).
(5) Ke mana perginya Dr Boo selepas ini?
Johor mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN. Sekiranya dibahagikan sama rata, maka setiap parti komponen Pakatan akan mendapat bahagian satu-pertiga (8-9 kerusi Parlimen).
Andaikata status quo tahun 2008 dikekalkan, kerusi-kerusi Parlimen yang harus dipertandingkan DAP nanti adalah Bakri, Segamat, Labis, Kluang, Kulai dan Tanjong Piai (sejumlah 6 buah). Agak munasabah untuk DAP membuat tuntutan supaya diagihkan lebih banyak kerusi sekiranya telahan adalah tepat bahawa gelombang perubahan dibawa pengundi kaum Cina.
Seperkara lagi, layanan dingin diberikan Guan Eng bagi Dr Boo sudah diketahui umum (open secret) untuk sekian lamanya.
Malah pernah dalam 2007 Dr Boo menawar untuk berundur dan memberi laluan untuk Guan Eng mengetuai DAP Johor.
Perkembangan semasa menampakkan Guan Eng sedang menyusun konco-konconya di Johor. Ada ura-ura orang kanan Guan Eng, yakni Liew Chin Tong bekas pengarah eksekutif Penang Institute, akan dipindahkan ke Gelang Patah dari Bukit Bendera (kawasan Parlimen di Pulau Pinang).
Chin Tong yang junior kepada Dr Boo diletakkan satu takuk di atas pengerusi negeri Johor itu dalam hierarki parti dengan diberikan portfolio ‘Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan’ manakala Dr Boo hanya dilantik sebagai Penolong.
Dua orang evangelis yang rapat dengan Guan Eng pula dipertanggungjawabkan tugas mempropaganda, yakni Tony Pua selaku Setiausaha Publisiti dan ‘Ms Tudung’ Teo Nie Ching, penolongnya. Kedua-dua mereka adalah anak negeri Johor dan mungkin membarisi asakan DAP ke atas MCA di kubu BN itu nanti.
Dr Boo seolah-olah dikesampingkan dalam perang PRU di negerinya.
Ekoran pemilihan parti dalam bulan Disember tahun lepas, sebuah Biro Pakatan Rakyat telah ditubuhkan buat pertama kalinya. Ia diterajui Teng Chang Khim dan dianggotai Anthony Loke, Teresa Kok, Liew Chin Tong, Gobind Singh, Tony Pua and Vincent Wu.
Vincent Wu adalah panglima setia Lim Kit Siang.
Adakah taktik dan strategi pilihanraya akan diatur oleh biro tersebut? Jika jawapannya adalah ‘Ya’, maka peranan Dr Boo sebagai pengerusi Johor sudah dilunturkan.
Jikalau ‘home turf’ Dr Boo di Gelang Patah diserahkan kepada Liew Chin Tong, adakah beliau akan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen Johor yang lain?
Tanpa Dr Boo memanjat naik Dewan Rakyat, beliau tidak akan mampu menyerlah di persada nasional. Sebagai seorang pemimpin peringkat negeri sahaja, kerjaya politiknya tidak akan maju sejauh mana, apalagi bila berdepan dengan langkah-langkah kemaraan Guan Eng di Johor.
Kesimpulannya ialah pertelingkahan Dr Boo dengan Jimmy Chua bukan sahaja menimbulkan kegusaran PKR tetapi ia menggembirakan ‘seorang’ yang khususnya mengkehendaki Dr Boo tersungkur.
Dalam pada itu, jangan rasa pelik atau terkejut apabila menyaksikan serangan-serangan bengis ke atas Dr Boo dilancarkan oleh kem penyokong Pakatan sendiri. Tidak semestinya para penyerang itu pencacai PKR mahupun pengikut Jimmy.
Rujukan:
It is really a move by Guan Eng to attack and sideline Dr Boo. I think we should expect Boo joining konsensus bebas after PRU 13.
Anyway, could you selidik sedikit status MP Batu Gajah? Itu lagi satu MP Hati Nurani yang sedang diserang oleh Perak DAP with consent from Tokong.
Thought her hubby working in Johor and she was going to be one of those to ‘transfer’?
Apa yang pasti Dap tidak berminat jadi PM-in-waiting. Bukan saya kata tetapi LGE yang kata.
Paling tinggi pun Dap akan duduk adalah di kerusi TPM tetapi ada sedikit cabaran di sini.
Cabaran yang dimaksudkan ialah kalau pihak yang akan dinamakan sebagai TPM-in-waiting adalah bukan Muslim/Taoist.
Kalau PKR yang layak jadi PM-in-waiting, makanya tidak ada masalah kalau bukan Muslim/Taoist yang duduk di kerusi TPM-in-waiting.
Sebaliknya kalau Pas yang layak duduk di kerusi PM-in-waiting, hendak tak hendak Dap kenalah pilih sama ada Dapster kategori Muslim atau Taoist.
Kalau Muslimlah yang dicalonkan Dap makanya pilihan adalah jelas iaitu anak Pak khir sebaliknya kalau Taoist, siapa pula? Dr Boo?
attack Dr. Boo …and…says….its UMNO propaganda…hehehehe