Posted in Gunting Dalam Lipatan

DAP kata jelaslah penjawat awam begitu rasis

The Rocket mengatakan bahawa ia sebenarnya si kerani JPN yang memilih ‘Cina’ secara automatik untuk diletakkan sebagai bangsa anak sulung Hannah Yeoh, dan bukan Adun DAP itu dan pasangannya yang telah membuat pilihan.

MCA insults Hannah Yeoh, NRD Rejects Anak Malaysia As Race (The Rocket):

– lihat screenshot di kaki halaman –

“In fact, the baby – Shay Adora Ram’s race had been picked automatically by the NRD officer and not her parents. When Yeoh and Ramachandran were informed by NRD officers that the current system would not allow the registering of their firstborn as ‘anak Malaysia’, they opted to leave the column for ‘race’ blank.

“Ramachandran told The Rocket, “the other options of ‘Cina’ or ‘India’ provided to us were not acceptable to us as both are inaccurate for our child who is of mixed-parentage.”

“Faced with a deadline to register their child’s birth certificate, the couple had no choice but to accept what was pre-selected by the officer.”

Ya lah, badan-badan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semuanya rasis belaka mengikut pandangan DAP — lihat petisyen Facebook yang dilancarkan oleh Lim Guan Eng (screenshot di kaki halaman).

Twitter - @hannahyeoh- I'm going to submit an app ..._1313609164011
Permohonan Hannah Yeoh bagi anak sulungnya

Anak baru lahir Hannah Yeoh ini bangsa apa pula?

Pada 3 Jun 2011, The Star memberitakan tentang kelahiran anak sulung Hannah Yeoh.

Namun kelahiran anak kedua Adun DAP Subang Jaya itu pada 18 Feb tidak dilaporkan akhbar tersebut. Kenapa pula tidak kali ini?

Bad news for the DAP is good news for the MCA is no news in The Star?

Yeoh welcomes baby girl 2012-07-15 09-12-49

Sekali lagi Si Gunting timbus cerita

Sekiranya The Star boleh beriya-iya menjadikan kisah Hannah Yeoh beranak sebagai tajuk berita, saya rasa suratkhabar itu harus juga membuat laporan serta bertanyakan surat lahir Kayleigh Imani Ram mencatatkan bangsa apa.

Kalau cerita Hannah Yeoh menghadiri acara amal boleh dikitar semula dan diterbitkan dua kali dalam The Star, takkan lah berita ini tentang Anak Bangsa Malaysia / Malaysian First (yang membayangkan BN rasis kerana menolak propaganda DAP) enggan dilaporkan.

Lebih-lebih lagi apabila DAP, Papa Guan Eng dan Mama Hannah secara direct menggelar MCA dan BN sebagai “rasis”.

HannahRacistUmno

Tweet Hannah Yeoh di atas: @chunwai09 adalah ketua pengarang kumpulan The Star manakala @hwabeng dikhabar-anginkan bakal dilantik sebagai CEO akhbar itu.

hannahbirthcert

DAPlgeFacebookHannahbaby

RocketHannahbaby

Author:

I have no Faceook or Twitter.

21 thoughts on “DAP kata jelaslah penjawat awam begitu rasis

    1. I kinda agree because mixed parentage is very common today and NRD need to give some allowance to it.

    2. sebab itulah Allah menciptakan pelbagai bangsa dalam dunia ini supaya kita mengenali antara satu sama, Dap tak payalah nak tunjuk pandai mengenai agama. Al Quran dan hadis sudah menerangkan segala2nya begitu sempurna.

    3. Be proud of your race Chinese and indians.
      Dont confuse race with nationality. simple terms pun
      Guan Eng tak faham.

      Nationality: Malaysia,
      Race; Indian

      Parentage is according to the male side.
      China and India are the next economic power. there are more potential there then in malaysia. Chinese civilisation are 5000 years old. What is there not to like?

      This is the Land of the Malays states. Please respect our
      human rights to preserve our malay culture and way of life.

      The Govt should help Indians to balek india with allowance.

      The Govt should help chinese children dongkeyzong to love China and voluntarily get on the next tongkang build by Vincent Tan.

  1. Helen,

    Mengikut bacaan artikel diatas tajuk “DAP kata jelaslah penjawat awam begitu rasis” mungkin sedikit lari. DAP sebenarnya tuduh BN yang sangat rasis. Jadi, mungin tajuk “DAP kata jelaslah BN parti yang sangat rasis” lebih sesuai.

    1. Kenyataan Akhbar LGE (Facebook, screenshot atas)

      Kat Guan Eng:

      “1Malaysia hanyalah slogan kosong apabila bangsa Melayu, Cina atau India diutamakan daripada bangsa Malaysia.

      Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menolak permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh dan suaminya, Ramachandran Muniandy mendaftarkan anak perempuan mereka sebagai ‘Anak Malaysia’ sebagai etnik rasmi, yang membuktikan konsep 1Malaysia, ini merupakan peristiwa yang amat mengecewakan. Jelaslah BN begitu rasis kerana mengutamakan bangsa Melayu, Cina atau India daripada bangsa Malaysia. […]

      Dengan memaksa kita semua ke kancah kotak etnik, BN sebenarnya tidak meraikan kepelbagaian ataupun mencipta identiti rakyat Malaysia tetapi menggunakan peluang yang ada untuk bermain politik pecah dan perintah.

      Kita harus melihat jauh di bawah warna kulit di mana darah yang mengalir adalah sama berwarna merah. […]

      Memaksa Hannah dan Ramachandaran untuk memilih bangsa India atau Cina merupakan sesuatu yang menjijikkan kerana mereka hanya ingin anak mereka dikenali sebagai ‘Anak Malaysia’. Hannah dan Ramachandran telah berusaha keras agar rakyat Malaysia dapat melihat bahawa kita tidak boleh membiarkan BN meracuni fikiran anak muda dengan ideologi perkauman yang lapuk dan berbahaya di mana seorang anak dianggap tidak cukup baik dan harus bergantung pada tongkat atau tidak akan diberi ganjaran untuk prestasi cemerlang yang mereka capai tidak kira sehebat mana pun kerana mereka berasal daripada golongan bangsa yang tertentu.

      DAP akan memberikan sokongan yang penuh kepada perjuangan Hannah dan Ramachandran untuk anak mereka dikenali sebagai ‘Anak Malaysia’.

      1. Anak Guan Eng bangsa Cina ke anak Malaysia? Apasal tetiba je nak kecoh pasal bangsa kat sijil beranak. Dulu masa daftar kelahiran anak dia, Guan Eng & Betty letak anak Malaysia ke?

        Kalau dia tak letak dulu, maksudnya dia rasis juga kan? Hipokrit

    2. Guan Eng berkata dalam kenyataan akhbarnya: “Jelaslah BN begitu rasis”.

      Juga dia berkata JPN bertindak anti-Malaysia (merujuk kepada kerani JPN yang terbabit itu) “Memaksa Hannah dan Ramachandaran untuk memilih bangsa India atau Cina merupakan sesuatu yang menjijikkan kerana mereka hanya ingin anak mereka dikenali sebagai ‘Anak Malaysia’.”

      Tindakan JPN & si kerani adalah anti 1Malaysia, anti Malaysian Malaysia dan anti Malaysian First, mengikut kata Papa dan Mama Dapster.

      Bagi DAP, sesiapa yang anti Malaysian First mengikut acuan mereka adalah rasis.

      Maka kerani JPN itu yang kononnya memaksa Hannah Yeoh mendaftarkan anaknya sebagai Cina adalah rasis.

      1. Helen,

        1. Terima kasih diatas penjelasan. Saya percaya dap akan kehilangan lebih byk undi dari 1 juta penjawat awam (campur pasangan masing2 jadi 2 juta, jika campur anak2 yang sudah layak mengundi jadi …?juta)) dengan menyalahkan penjawat awam.

        2. Satu perkara yang nampaknya dap gagal bezakan ialah dengan menyangka penjawat awam=kerajaan bn. Antara faktor bn gagal menang 2/3 pada 2008 mungkin berpunca ramainya penjawat awam yang mengundi pembangkan (saya tiada data tetapi melalui pergaulan kawan-kawan yang ramai bertugas di sektor kerajaan).

        3. Maksudnya disini, mungkin secara umumnya boleh dikatakan penjawat awam akan memihak kepada bn, tetapi mereka juga boleh mengundi pembangkang dalam keadaan tertentu.

        4. Bagi saya soal rasis ini tiada masalah, dap tidak perlu memperbesarkan isu ini. Manusia secara fitrah dijadikan berbangsa-bangsa, semua orang tahu dan sebenarnya semua orang boleh dikatakan sebagai rasis. Inilah salah satu keindahan hidup supaya kita berlainan bangsa dapat saling mengenali.

        1. Aku setuju sebab dua tiga orang adik beradik aku pun undi pembangkang di PRU2008. Tapi kali ni aku rasa mereka akan undi BN pula sebab marah mereka sudah reda apabila menengok PM dimalukan olih orang Cina di Penang sempena pesta Psy/Gangnam dan kalimah ALLAH dipermainkan olih Guan Eng dan PAS(PASik)

  2. HY should stop playing this childish games. Cukup-cukuplah. What else can she gain out of this other than cheap publicity

  3. I remember when Aaron Aziz, a Singaporean actor who won the most popular artist in Malaysia shows his IC, it stated that his race is Malay… not bangsa singapura…

    If bangsa Malaysia is used, then how would police address a criminal,bangsa Malaysia, ketinggian 5 kaki 7 inci ?how generic is that.

    If we’re going to allow bangsa Malaysia, are we going to close the vernacular school?or are we going to close the national school? Whose cultural will be national then?western?

    1. I’m A

      Yup. there is nothing wrong in honouring one’s race

      In USA for example there is a classification such as latino, Native Indian, asian or african American.

      I am amused when Kit Siang or anyone speaks about racism. As far as i can remember, DAP is the most racist.

  4. What a joke that the Rocket refers to the Star as a “mouthpiece”. As if the Rocket is a paragon of unbiased journalism. It is more like the kool aid gazette.

    And if you are going to use your kid to make political statements then it says a lot about your politics.

    This bangsa Malaysia crap is the most “insult your inteligence” propaganda that the DAP has come up with. If PR ever comes into power maybe the choices would be Pakatanese or Non Pakatanese.

    1. Yes, the other tudung evangelist Teo Nie Ching also used her baby to make a political statement in her CNY greetings (poster here) “children’s future in our hands”

  5. Why doesn’t she just respect her husband’s race and put that in the form? Tak sekolah ke??

Comments are closed.