Posted in Evangelis

Jom minum air jampi Dumc

Cerpen berjudul ‘Harapan Rakyat’ ini (lihat salin-tampal di bawah) terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan semalam.
.

Mabuk kool-aid

koolaidmonkey

Macamlah kempen pilihanraya Obama yang menjual ‘Harapan’ (Hope) dan menjaja ‘Perubahan’ (Change).

‘Harapan Rakyat’ mengisahkan kehidupan selesa seorang penghuni di kawasan Damansara yang kononnya bergelar ‘Muhammad Adlan bin Azrul’. Ia diceritakan pada 14 Sept 2023, iaitu pembayangan masa hadapan menjangkau satu dekad ke depan.

FleeingBaboon
Terlepas mulut buaya, masuk mulut harimau

Muhammad Adlan mengimbas kembali “keputusan tepat”nya yang dibuat 10 tahun lalu memilih dalam PRU13.

Manifesto Pakatan Rakyat menggambarkan bahawa Generasi Perubahan (sebaya dengan Adlan yang telah membuang undi buat pertama kalinya dalam tahun 2013) telah berjaya mengubah halatuju negara bagi meletakkan Malaysia atas “landasan yang betul”.

Komen blogger ini diselitkan dalam kurungan, huruf tebal condong warna hijau.

Harapan Rakyat

Cerpen oleh ‘Muhammad Adlan bin Azrul’
Holy Water
Holy Water

.
“Saya bangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia.

Tahun lalu, saya berpindah ke rumah baru di Damansara. Kata ibu, pada suatu ketika hanya orang kaya-kaya sahaja yang mampu tinggal di Damansara kerana rumahnya mewah dan harganya jutaan ringgit. Alhamdulillah, selepas kerajaan melaksanakan program rumah mampu milik rakyat secara besar-besaran, golongan muda seperti saya juga mampu membeli kediaman di sini.

[Sudahkah kerajaan Pulau Pinang membina rumah mampu beli sebiji pun?]

Chimp habitat

Saya bekerja di sebuah firma rekacipta kejuruteraan di Petaling Jaya. Bos saya masih lagi muda, beliau pernah bekerja di Amerika Syarikat dengan firma ternama di sana. Kami menghasilkan rekaan chip komputer pintar yang digunakan di dalam peralatan elektronik terkini. Rekaan yang dihasilkan dihantar ke kilang di China yang akan mengeluarkannya bagi pasaran dunia.

Kehidupan saya sekeluarga selesa. Isteri saya adalah seorang akauntan yang bertugas dengan syarikat antarabangsa. Beliau bertugas dari rumah. Akses jalur lebar Malaysia yang terbaik di dunia membolehkan ramai ibu bekerja dari rumah sambil menghabiskan masa berkualiti dengan anak-anak.

chimpRata-rata keluarga muda seperti kami bersyukur dengan peluang ekonomi yang ada di negara ini. Gaji kami melebihi untuk menampung keperluan harian dan 30% dari gaji saya dan isteri disimpan bagi pelaburan jangka panjang. Kami mampu untuk bercuti setiap tahun dan kami juga mewujudkan tabung amanah untuk dua orang anak kecil kami bagi masa depan mereka.

Malaysia dihormati di rantau Asia Tenggara dan dunia. Kuala Lumpur adalah ibu kota Asia Tenggara dan diiktiraf sebagai 5 bandaraya terbaik di dunia setiap tahun. Ia satu-satunya bandaraya yang mengekalkan warisan kebudayaan pelbagai kaum yang hidup harmoni di dalam setiap aspek kehidupan kota. Ibu pejabat Bank Pusat Islam Dunia yang dibuka di Kuala Lumpur dalam tahun 2019 menyerlahkan lagi kedudukan Kuala Lumpur sebagai satu daripada lima pusat kewangan terbaik dunia.

[Yakah Anak Bangsar Malaysia ada hendak “mengekalkan warisan kebudayaan pelbagai kaum”?]

MichaelJacksonPlanetoftheApes

[Manusia yang ‘konpius’ akan berkata, “There is only one race, the human race. We are not chimpanzees.”]

Saya bangga dengan Malaysia kerana ia dicemburui negara-negara dari Timur hinggalah ke Barat. Setiap bandar besar kita dari Perlis ke Johor dan Kelantan ke Kuala Lumpur dihubungkan dengan keretapi laju berteknologi hijau. Aktiviti pentadbiran dan jabatan kerajaan diagihkan ke seluruh negara dan jaringan pengangkutan awam yang cekap ini memudahkan urusan rakyat.

monkeyCar

[Harga kereta janji diturunkan Pakatan. Semua boleh beli. Betulkah lebih ramai orang akan rela menggunakan pengangkutan awam?]

Rakyat Malaysia juga adalah rakyat terkaya di rantau Asia Tenggara. Tidak ada keluarga Malaysia yang pendapatan bulanannya kurang dari RM4,000. Pemilik-pemilik tanah yang dahulunya dipanggil peneroka kini adalah jutawan pertanian dan industri kecil yang mengusahakan tanah mereka dengan jayanya.

monyet

Negara-negara lain mengagumi keamanan Malaysia walaupun ada berpuluh-puluh etnik yang berbeza. Keamanan yang terhasil dari perpaduan rakyat pelbagai kaum ini dikuatkan lagi dengan kecekapan Angkatan Tentera Malaysia yang diiktiraf sebagai pasukan pertahanan terbaik di rantau Asia Tenggara.

Paling penting, saya bangga kerana Malaysia satu-satunya negara di rantau ini yang berjaya membuktikan kekayaan negara akan memakmurkan rakyat jika ditadbir dengan baik.

Whatcha smokin', dude?
Whatcha smokin’, dude?

Tabung Warisan yang ditubuhkan sepuluh tahun lalu kini sudah mencecah jumlah RM124 bilion tabungan hasil minyak dan gas yang disimpan untuk masa depan. Rakyat menikmati pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti dan kemudahan kesihatan percuma.

Malaysia juga adalah satu-satunya negara di rantau ini yang menyediakan skim caruman kepada isteri sebagai sebahagian dari sistem perlindungan kebajikan kebangsaan.

Apabila saya berkunjung ke negara-negara lain atas urusan kerja, saya bangga apabila negara saya dipandang manis. Mereka mengagumi keupayaan kita mengamalkan prinsip demokrasi sepenuhnya. Institusi kehakiman negara menjadi rujukan di peringkat antarabangsa. Malah, kejayaan kita memusatkan aktiviti ekonomi di peringkat rakyat terbanyak dan industri kecil sederhana (IKS) menjadi model kejayaan yang diteliti negara lain.

PakatanMenang

Saya bersyukur kerana Malaysia berada di landasan yang betul pada hari ini akibat keputusan tepat yang dibuat sepuluh tahun lalu dalam pilihanraya umum 2013. Itulah kali pertama saya mengundi dan setiap kali saya memandang optimis dengan masa depan Malaysia, saya berbangga kerana saya adalah sebahagian dari generasi perubahan yang mengubah landasan negara pada tahun itu.”

Author:

I have no Faceook or Twitter.

21 thoughts on “Jom minum air jampi Dumc

  1. As a descendant of simians I sue you for branding me & my PR brethren a monkey!!!! You wait for my lawyer’s letter!!!!

    Wait a minute… I am a descended of monkeys so technically, that does make me a monkey right??? Never mind, I sue you still, you @#$%&!!!???

  2. before i write lengthy comment later part of the day, let me say .. If a political party include a work of fiction (supposedly a voice 10 years from now) as some sort of validation or testament to their GE Manifesto – you all know you’re gonna be totally fucked!

    1. It’s a Christian thing. They do it in the charismatic modern churches, i.e. give ‘testimony’. Or ‘witness’.

    2. I don’t know about you guys, but the fictional testimonial set in the utopian future where Malaysia is led by PR feels so dumb and insulting to me.

      I feel like the PR are either so stupid and out of touch with non supporters (including fence sitters) or they really think the ones who read their manifesto are idiots.

      I hope the BN wouldn’t counter with some fictional testimonial set in the future where PR had destroyed Malaysia but I guess the temptation would be strong. After all the BN actually had Psy come in and sing at DAP’s stronghold after the DAP made some dumb Gangnam parody.

    3. Anakjamil,

      Well I think you know the kind of mentality the Pakatoon’s have. The sense of delusion, the feeling of supposed superiority and the false sense of achievement.

      The very fact they actually use a supposed “testimony” from a fictitious person says it all
      a) They have achieved nothing in 5 years
      b) They can’t even find a real person to give any commendation
      c) Great in creating fictitious stories

      I pity anyone who actually believes this story and actually believes that they can fulfil any promises they have made. The last 5 years is testimony to what they have achieved which is nothing.

      Reject PR
      Vote BN
      Save Malaysia

  3. from soon to be converted fastforward 10 years later proclaiming he found happiness & God? That’s not testimony.. that’s lunacy!

  4. Holy crap. I am just surprised that when he moved to Damansara his [Muslim] wife did not discover the Second Coming.

    Talk about defining the aspirations of the middle class. This is grade A kool aid, right here.

    Meanwhile Anwar is attempting to convince the Indians that the manifesto is Indian friendly. Obviously the Chinese don’t need convincing, I wonder why ?

    I am just surpised that in this fable there were no transporters and holodecks……something BN denied us for 55 years.

    1. speaking of holodecks, has anyone gone to the Star Trek showcase/Exhibition in Planetarium Negara (or Pusat Sains Negara?)

  5. Wow. Love the part where Malaysian Malay (tapi ya lah tahun akan datang tu dah one race!???) company boleh mampu outsource to China. Kita pakai labor from China, babe, betul-betul macam Apple. Wow, hebat, hebat!

    Green rail transport – apa dia tak suka colour electric train sekarang yang biru kuning tu ke?

    Tertanya pula, kalau kat Damansara ada rumah mampu milik, orang kaya-kaya tu dah pindak ke mana? Penang Hills, Perth, New York or kayangan? Man, this is great for laughs. Thanks Helen for posting this and making my day

  6. KJ John piece, “Priest and Politics” in Malaysiakini, rambles on quietly about how Christianity and politics go hand in hand.

    I agree with him but not in any way he would approve. The Church has a history and present of sticking its nose where it does not belong.

    It is your duty as a citizen regardless of your religious beliefs to make a stand against tyranny all the while making rational arguments for your resistance. Many would disagree with this off course.

    As usual the nutjob Christian brigade is out in full force with one poser claiming that Gandhi was a Christian by default because of his pacifist approach to conflict resolution.

    So apparently not only is there no “race”, all ideological/philosophical thought originates from the Bible, the name of God is what provokes the most hostility and finally only Pakatan can leads us to Paradise on Earth.

    Welcome to Jerusubang.

    1. Gandhi a Christian by default? Oh my .. I need me that Kool-Aid, my Xanax & Valium plus prozac is nothing compared to that!

  7. what the hell, Malaysia got silterra doing this silicon chip and selling product like hot banana. then you want to outsource.

    dreaming like unisem and MPI people.

Comments are closed.