Posted in Gunting Dalam Lipatan

Tengku Adnan ada satu silap

Para pengkaji politik berpandangan bahawa Pakatan menguasai alam maya, kata satu laporan The Malaysian Insider semalam.

“Analysts said much of PR’s success came from its pivotal early recognition and exploitation of the Internet as an effective campaigning platform. To this day, the Internet is still seen an opposition-dominated domain,” mengikut laporan TMI itu.

http://www.themalaysianinsider.com/litee/bahasa/article/tengku-adnan-akui-pakatan-mendahului-dalam-perang-media-sosial/litee/malaysia/article/bn-will-field-tee-keat-as-direct-candidate
http://www.themalaysianinsider.com

Media sosial dan alternatif milik pembangkang

Tengku Adnan Mansor, iaitu setiausaha agung BN, dipetik TMI sebagai berkata mungkin pihak Pakatan mempunyai kelebihan dalam ruang kempen siber.

Beliau berkata demikian dalam mengulas kenyataan pengerusi BN Najib Razak sehari awal bahawa PRU13 akan menjadi “pilihan raya sosial media” dengan memberi contoh penguasaan Facebook dan Twitter sebagai kunci kejayaan.

RatuTwitter

Pada pukul 8 malam kelmarin, Hannah Yeoh mempunyai 59,001 pengikut Twitter. Pada pukul 11 pagi ini – yakni selang 15 jam – dia mempunyai 59,088 pengikut Twitter, iaitu pertambahan sebanyak 87 orang.

Pada 13 Jan 2013, Dr Chua Soi Lek mempunyai 15,687 pengikut Twitter dan bilangan itu bertambah kepada 16,797 pada hari ini. Maknanya Dr Chua berjaya memperoleh sejumlah 1,110 orang pengikut Twitter baru dalam tempoh 48 hari, ataupun secara purata pertambahan 23 pengikut baru sehari.

Jika dibandingkan, Dr Chua mendapat 23 pengikut Twitter baru sehari manakala Hannah Yeoh mendapat 87 pengikut baru dalam 15 jam (8pm-11am) waktu malam.

The Star susukan kera di hutan

Kumpulan Media Star mempunyai audien seramai 5.63 juta orang. Walaupun Star Media Group adalah milik MCA namun presiden MCA tidak popular di alam siber. Sebaliknya The Star cukup rajin mempopularkan para politikus Pakatan.

Malah dalam hal budaya Cina seperti tarian singa pun The Star mahu mengaitkan sambutan perayaan dengan politikus pembangkang.

Ramai politikus MCA, terutamanya Wanita dan Beliawanis, pernah mengadu bahawa suratkhabar itu terlalu gemar memberi tumpuan positif kepada pihak lawan mereka sementara mengabaikan orang MCA sendiri

Gambar
Adun Seri Setia PKR Nik Nazmi dan Ahli Parlimen Kelana Jaya PKR Loh Gwo Burne — gambar The Star

Tanggapan Tengku Adnan tersasar

Sambung Tengku Adnan lagi: “Pengundi mungkin tidak mengikut kami di laman media sosial kerana kami adalah kerajaan dan mungkin mereka berfikir kami memiliki media arus perdana.”

Sekiranya Tengku Adnan sendiri menganggap bahawa BN adalah tuanpunya mutlak media arus perdana, nyata tanggapan beliau begitu meleset sekali.

Pengarang eksekutif The Star Wong Sai Wan telah memberitahu hadirin di forum ‘PRU13: Peranan Lanskap Baru Media di Malaysia’ di Wisma Bernama kelmarin bahawa bagi suratkhabarnya, perkara paling penting ialah “the bottom dollar” (mengaut keuntungan).

wongsaiwan
Wong Sai Wan (kiri) – gambar Antarapos

The Rocket menyamar sebagai The Star

Ianya bukan MCA yang menentukan halatuju The Star tetapi motif mencari untung yang menjadi penentu.

Baru-baru ini, sebuah kajian oleh Asli mendapati bahawa 85 peratus Cina bandar menyokong DAP. Di kalangan kakitangan The Star, sokongan mungkin mencecah 90 peratus.

Tengoklah apa yang disebut oleh pengarang The Star melalui Twitter mereka.

StarEditorVoteOKM

The Star: “Show of hands for those who’d vote [DAP reps]”

Juru strategi DAP Ong Kian Ming @imokman ditanya tentang kerusi Parlimen mana yang bakal ditandinginya dalam pilihanraya nanti.

Pengarang The Star membalas dengan meminta “show of hands for those who’d vote for [Ong Kian Ming]”.

Pengikut yang ‘retweet’ pesanan undi Hannah Yeoh semuanya orang muda yang pandai ICT. Penyokong MCA (gambar bawah – pakai rompi biru ‘BN’) terdiri golongan warga emas.

Ada tiga juta pengundi baru yang didaftar sejak 2008, kebanyakannya golongan belia. The Star, iaitu saluran ICT kepada 5.63 juta orang Malaysia, telah banyak mempromosi politikus muda evangelis DAP.

RatuTwitter2

MJX_0756

Author:

I have no Faceook or Twitter.

11 thoughts on “Tengku Adnan ada satu silap

  1. Media sosial munkin memain peranan dalam membina persepsi dan boleh membawa kepada pembuangan undi. Tetapi ‘no of hits atau views’ atau ‘likes’ tidak mencerminkan berapa ramaikah mereka mengunjungi sesuatu laman. Ini kerana ianya bolih dimanipulasi kan.

    Sebaliknya walk the talk lebih efektif dalam membina sesuatu persepsi kerana dalamnya terdapat janji atau penunaiyan janji, iaitu benda yang fisikal. Slogan janji ditepati munkin akan memberi persepsi yang lagi efektif kerana ada BR1M dan sebagainya.

    Adnan tidak jelas dengan metodologi penyelidikkan atau kurang perihatin berkenaannya. Maka masag beliau kurang jelas.

    1. Benar. Satu lagi yang orang mungkin tak tahu… ramai facebookers adalah underage kids. My nieces and nephews akan Like apa saje yg trendy.

      Satu lagi… ramai orang berapi-api bila cakap bab politik sekarang ni esp bab kutuk Najib and Rosmah (sebab ia adalah trend sekarang) tp majoriti mereka tak pergi mengundi. Dalam keluarga saya (big family), majoriti sokong PR tapi cuma saya sahaja yang berdaftar sebagai pengundi dan saya undi BN.

      Lucu kan..?

  2. Dua pemerhatian:

    Pertama -.Mengapa Wong Sai Wan sebagai ahli panel forum, menggunakan telefon bimbitnya semasa seorang ahli forum sedang bercakap? Adakah dia sedang menghantar tweet kepada pengikutnya & editor the Star? Stay sedang mengemaskini akaun Facebook nya? Tidakkah tindakannya boleh dikatakan kurang hormat kepada ahli panel yang lain serta para hadirin?

    Kedua – Bolehkah Hannah berkongsi nama klinik yang dirujuk dalam tweet nya? Ini adalah supaya orang ramai boleh mengelak dari Petri ke.klinik di mana percakapan antara doktor & pesakit dapat didengari oleh orang ramai.

    1. Balas-membalas tweet Datuk Wong Sai Wan dengan pengarang Selangor Times (screenshot):

      null

  3. Pemerhatian peribadi saya juga bersetuju PR menjuarai penguasaan media siber jika dilihat secara mata kasar. Komen di facebook bagi media arus perdana misalnya lebih mendapat reaksi dari penyokong pro PR dengan meluahkan komen-komen negatif. Video “PM asks: Are you ready for BN? Crowd says ‘no!'” lebih mendapat hits dan komen negatif dari pro PR.

    Tetapi perlu dilihat, media siber terdedah kepada manipulasi dan eksploitasi. Terdapat perisian autolike, autosubscribe dan juga penggunaan “mulling account” dimana sesetengahnya mungkin dibayar untuk menaikkan ratings. Pada perkiraan saya, ini bukanlah hasil analisa sebenar untuk mengukur kejayaan geraksaraf di ruang siber.

    Tetapi jika diteliti, penggunaan media siber secara tidak terkawal membawa implikasi kepada tahap pemikiran rakyat. Saya akui, belia hari ini memiliki pendidikan yang sempurna berbanding belia terdahulu. Tetapi jika dilihat secara kasar melalui komen, mereka lebih gemar membuat rumusan awal sebelum membaca keseluruhan isu/berita mahupun membincangkan hujah-hujah. Sesuatu berita tipikal misalnya menjadi isu perbahasan serta dipolitikkan sehingga melarat. Belia pada hari ini lebih mudah untuk membuat kesimpulan mutlak (jump into conclusion) dari meneliti kandungan sesuatu berita. Mereka menganggap dengan memiliki segulung ijazah sudah boleh mendabik dada untuk mengetahui serba-serbi tentang sejarah,ekonomi, politik dan sosial negara malahan berlagak lebih bijak dari dewasa.

    Kita masih beruntung kerana sistem pilihanraya tidak menggunakan format rancangan realiti tv secara penggunaan SMS yang adakalanya diragui ketelusannya. Suki Low misalnya telah menjuarai pertandingan “One in a Million” secara undian SMS. Namun jika diteliti, kerjaya nyanyian Faizal Tahir naib juara rancangan tersebut adalah lebih menyerlah dan bersinar berdasarkan komposisi peminat muzik Melayu dan pasaran muzik di Malaysia. Begitu juga dengan kemenangan Daniel Lee juara Malaysian Idol musim kedua yang mendapat undian kebanyakan pengundi bukan Melayu. Kesudahannya bakat beliau tidak membawa beliau ke mana-mana kerana diatasi oleh populariti melalui undian SMS. Hanya realiti pada nama rancangan tv tersebut sedangkan realiti sebenar penerimaan masyarakat sebaliknya.

    Berbalik kepada topik ini. Adakah masyarakat kita lebih gemar menobatkan juara kepada individu atau parti tertentu berdasarkan populariti berbanding hasil kerja sedangkan kesudahannya tidak membawa apa-apa makna mahupun sebarang perubahan yang benar-benar memberi impak. Penggunaan media siber secara tidak berhemah tanpa asas rujukan sahih membawa pemikiran masyarakat kita berpatah balik ke belakang dan golongan belia khususnya malas untuk berfikir di luar kotak pemikiran kerana mudah percaya kepada khabar angin serta mengikut trend semasa.

    Sekadar pandangan kosong.

    1. re: “Penggunaan media siber secara tidak berhemah tanpa asas rujukan sahih”

      “Former prime minister Dr Mahathir Mohamed claimed: “Now that we have abolished ISA, people are now [] freer to tell lies and do all kinds of nasty things.” http://www.malaysiakini.com/news/222645

      Saya setuju dengan pemansuhan ISA. Namun begitu, apa yang dipertuturkan Dr M ada kebenarannya. Super Cyberbully yang menguasai alam maya boleh menebar fitnah tanpa apa-apa sekatan.

      1. Saya belum berkesempatan untuk melihat sepenuhnya intipati video “Forum PRU 13 Peranan Landskap Baru Media Di Malaysia”. Namun sekadar berkongsi link video tersebut.

        http://www.mobtv.my/talkshow-2903.html

        Populariti media maya mengatasi media arus perdana. Media arus perdana ibarat tersepit dicelah-celah ibarat “ditelan mati emak diluah mati bapa”. Serba salah untuk melaporkan berita secara seimbang ataupun berat kepada kerajaan. Politik kebencian telah menyisihkan beberapa media arus perdana. Sekiranya membuat laporan seimbang bagi kedua belah pihak, adalah membimbangkan sesetengah pihak akan melobi untuk menguasai sesebuah media arus perdana itu untuk tujuan politik dan berkemungkinan media arus perdana disalahguna untuk melakukan pembohongan. Namun disini, media siber lebih banyak membuat artikel berbentuk serangan berbanding melaporkan berita.

        [Pengarang eksekutif The Star Wong Sai Wan berkata populariti tentera siber tersebut menjadikan media sosial tidak boleh dipercayai.

        “Media sosial tidak menyediakan maklumat, ia (satu bentuk) hiburan. Kita mesti (berada dalam keadaan) menyerang,” tegasnya.]
        http://www.malaysiakini.com/news/222571

        Masyarakat kebanyakkannya berminat terhadap sesuatu gossip dan skandal yang sensasi berbanding berita biasa yang membawa kebenaran. Media hiburan lebih laris dan mendapat perhatian berbanding media yang melaporkan berita biasa. Realiti ini boleh dilihat seperti di dalam filem “Chicago” dimana seorang pembunuh boleh diangkat menjadi selebriti yang sensasi hasil dari pembohongan sehingga mempengaruhi keputusan mahkamah.

        Cuma disini, bagaimana dan sekuat manakah media arus perdana untuk menyerang tentera siber tersebut sedangkan reputasi media arus perdana di Malaysia kini agak tercalar akibat dihujani pelbagai persepsi buruk. Adakah akhbar tabloid arus semasa selepas ini juga akan lenyap seperti selluloid Kodak tatkala kamera digital menjadi trend kepada pengguna.

  4. Dear Hellen,

    What do you think of the Khazanah people who keep selling our land to foreigners?.. now they are expanding their business in Desaru. Selling Kejora land to everyone else but Malaysian. I believe one of the reason why Pak Lah been voted out previously was because of this goon. But now, what is Najib doing in containing this band of traitor. I’m very afraid that the 4th floor boys will be the reasons for the fall of BN Dinasty unless there is somebody to control them first.

  5. salam helen!

    first, while i have had a twitter account for a long time, i hardly ever tweet. to me, it’s juvenile soundbites and its impact is totally overrated. most ppl i know who are consumate tweeters don’t even remember what they or anyone on their lists tweeted or retweeted the hour before. it’s that unmeaningful. serious! :)

    second, i also think the much-touted cyber impact and reach of the opposition overrated. i visit a number of them often enough [initially out of genuine interest and later whenever curiosity moved me] but like others who get quite turned off by their close-mindedness, not to mention the low and coarse quality of their commenters, i never had the desire to participate. however, everything i’ve read there thus far convinces me that the opposition are simply preaching to the same lame gallery.

    the gzillion tweets and retweets, even when they are not bot-generated, are basically from the same bunch of people. likewise at the opposition blogs and portals, the same commenters. [my personal observation: your traffic by number of comments may be lower by contrast to some of the pro-opposition sites, but i think your traffic has more diversity.]

    since those sites are intolerant of anything but amen views, neutral and undecided people are shut out and shunned off. except for those who visit for academic interest, those turned off don’t go back.

    so even if the noise are loud in their parts of the cyber-universe it doesn’t necessarily mean numbers or consequently number of supporters. it just means those yobs are loud and and they love indulging in their syok-sendiriness, that’s all. :)

    1. re: “juvenile soundbites”

      and smart-alecky put downs as well. Nonetheless, there are too many first-time young voters, alas.

      in my altercation with the Lowyat forumers, the thought crossed my mind: They each have one vote? And our votes are of equal value?! (Heck, methinks my vote is even of less value since I’m registered in a shoo-in DAP urban area.)

      re: my “traffic has more diversity”

      I’m pleasantly surprised too, esp. when I get Malay commenters who endorse secular schools or readers who inform me about things I’m unaware of.

      I respect the opinions of naysayers except when they barge in and do their Jerusubang thing. It’s also the way views are conveyed. I find that I may disagree almost equally with some Malay rightist views but generally there is less friction even if my views and the commenters’ are divergent.

      Unfortunately, a lot of the Jerusubangites are like King Kong.

Comments are closed.