Posted in Papa DAPster

Pakej 3+1 P.Pinang harga RM6.3b menguntungkan Big Business

Lim Guan Eng hari ini mempertahankan empat projek prasarananya termasuk perancangan untuk sebuah terowong bawah laut. Projek 3+1 tersebut telah menerima tentangan hebat daripada NGO.

mega-projects-penang

Nota: Jalan 4-lorong sepanjang 12km bagi menghubungkan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang akan melalui kawasan bukit-bukau. Adakah ia akan terselamat daripada kejadian tanah runtuh?

Ketua Menteri itu mengumumkan bahawa projek tiga lebuhraya beserta terowong Gurney Drive ke Bagan Ajam yang bernilai RM6.3 bilion itu telah dianugerahkan kepada sebuah konsortium usahasama Beijing Urban Construction Group dengan empat syarikat tempatan.

Guan Eng mendakwa (kenyataan akhbar sini) bahawa “kerajaan Persekutuan boleh menafikan lesen dan kerjasama untuk membenarkan sistem pengangkutan awam [yang berkesan].”

Guan Eng juga mendakwa kerajaan Persekutuan enggan menyetujui penambahbaikan sistem pengangkutan awam di Pulau Pinang dengan membenarkan perkhidmatan bas percuma Rapid Penang dijalankan semasa waktu puncak (peak hours).

Maka dengan itu, laluan alternatif (lebuhraya-lebuhraya tersebut) bakal diwujudkan untuk mengatasi kesesakan lalulintas. Atas alasan sistem pengangkutan awam yang kurang memuaskan tidak menggalakkan penduduk Pulau Pinang untuk menaiki bas, tiga lebuhraya baru terpaksa dan bakal dibina.

Intipatinya, perkhidmatan bas di Pulau Pinang tidak dititikberatkan tetapi lebih banyak jalanraya mahu dibina.

Seterusnya Guan Eng juga menolak agar dikenakan caj kemasukan ala model Singapura bagi setiap kenderaan yang mahu masuk George Town. Guan Eng menggambarkan ia sebagai “cadangan ekstrim” yang ditolak dengan “tegas” oleh Pakatan Rakyat.

Acara pelancaran Penang Paradigm
Acara pelancaran Penang Paradigm – 23 Feb 2013

Kemusykilan dan kelentong si ketua menteri

(1) Menurut cerita Guan Eng, “kerajaan Persekutuan boleh menafikan lesen dan kerjasama untuk membenarkan sistem pengangkutan awam [yang berkesan].”

“Boleh” menafikan lesen tidak bermakna kerajaan pusat sudah membuat keputusan muktamad untuk menafikan lesen yang dipinta. Hujah menyimpang ini merupakan dolak-dalih Guan Eng semata-mata.

(2) Penang Paradigm ialah rancangan pembangunan 10 tahun Pulau Pinang yang dilancarkan minggu lepas. Orangramai dijemput untuk memberi maklum balas.

Rujuk ‘Feedback on Penang Paradigm sought’ (The Star, 28 Feb 2013)

Sebelum pun apa-apa maklumbalas sempat dikutip daripada khalayak umum, projek mega yang pada awalnya dijangka akan memakan kos RM8 bilion sudahpun dimeterai melalui MoU yang siap ditandatangan dalam bulan November 2011.

(3) Mega projek tiga lebuhraya dan terowong dikira sudah ‘kow tim’ – beres – oleh Lim Guan Eng sungguhpun ia bercanggah dengan syor-syor yang terkandung dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.

(4) Pakej 3+1 itu dikira kow tim oleh Guan Eng walaupun penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) masih belum dijalankan.

Seterusnya Guan Eng akan membiar EIA dijalankan oleh pihak pemaju dan kontraktor Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd. Kalau ianya pemaju dan kontraktor sendiri yang melaksanakan EIA, bagaimana boleh penilaian itu nanti dianggap sebagai melalui proses yang telus dan bertanggungjawab.

(5) Manifesto Pakatan Rakyat cakap lain, pentadbiran Guan Eng bikin lain.

Dasar Pakatan kononnya menumpu kepada pendekatan ‘hijau’ — contohnya pada mukasurat 19 manifesto Harapan Rakyat di bawah tajuk ‘Sistem Pengangkutan Awam Dalam Bandar’, dijanjikan “Pelaburan tambahan RM2 bilion pada tahun pertama untuk menambah bilangan bas dan jajaran laluan bas di Lembah Klang sehingga meningkat satu kali ganda”.

Pendek kata bagi Pakatan, “Bus is good”.

Akan tetapi bagi Guan Eng ia sebaliknya. Dia mengkehendaki lebih banyak jalanraya dibina bagi menampung lebih banyak kenderaan persendirian baru.

Belanjawan RM17 bilion disediakan pentadbiran Guan Eng untuk membina lebuhraya manakala hanya RM10 bilion diperuntukkan bagi pengangkutan awam mengikut Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.

(6) Apa maksud Guan Eng dengan mengatakan “PR dengan tegas menolak cadangan ekstrim untuk mengenakan caj kemasukan bagi semua kenderaan yang memasuki George Town, Pulau Pinang kerana PR komited terhadap pergerakan bebas orang dalam dan dari luar negeri Pulau Pinang”?

Adakah komponen-komponen PR iaitu parti PAS dan parti PKR pernah menyatakan “ketegasan” mereka menolak “cadangan ekstrim” untuk mengenakan caj kemasukan tersebut ataupun ia hanyalah DAP yang membantah?

Bukankan manifesto PR itu mengetengahkan dasar mesra alam dan anti-pencemaran karbon monoksida hasil pembakaran petrol? Nampaknya ketiga-tiga parti PK tiada bersepakat tetapi membawa haluan sendiri di negeri yang diperintah masing-masing.

(7) Mana dia kajian dibuat yang membuktikan bahawa pembinaan terowong bawah laut (Third Link) ke Seberang Perai Utara akan mampu “merangsangkan pembangunan ekonomi” di sebelah tanah besar sepertimana yang diuar-uarkan Lim Guan Eng?

(8) Kenapa Guan Eng tidak mempunyai minat untuk menaik-taraf perkhidmatan feri?

(9) Sebagai pampasan kepada konsortium Zenith, sebanyak 110 ekar tanah tebusguna di Tanjung Pinang – ini prime land! (tanah mahal) – akan diserahkan kepada syarikat pembinaan usahasama Beijing tersebut. Tanah Gurney Drive pasti akan dimajukan sebagai tapak perumahan mewah dengan GDV (gross development value) yang amat tinggi.

(10) Para pengguna terowong akan terpaksa membayar tol selama 30 tahun. Konsesi ini janji memberikan pulangan lumayan kepada si pemegangnya. Namun Guan Eng belum lagi berterus-terang tentang siapa Big Business (kroni syarikat tempatan) yang mendapat untung daripada pakej 3+1 tersebut.

Berkaitan:

Butir-butir $PICE: Developer dapat begitu banyak kelebihan

Sitting on a landbank goldmine in Penang hill$

Guan Eng bergesel bahu dengan tauke-tauke besar Cina

Penang developers “big financiers of certain political parties”?

Advertisement

Author:

I have no Faceook or Twitter.

22 thoughts on “Pakej 3+1 P.Pinang harga RM6.3b menguntungkan Big Business

  1. So the million dollar question: who are the local owners of Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd? I’m sure many people would like to know; Anil Netto already asked similar question.

    PS: Just checked a moment ago, LGE responded to Anil’s post on this issue (Anil posted LGE’s response in his blog)

    1. BUCG = Beijing Urban Consortium Group, but really, it looks more like

      BUGS, don’t you think?

  2. LGE cuba menarik pengusaha-pengusaha cina P Pinang setelah menyaksi mereka merai DSNajib selepas perayaan CNY. Najib telah berjanji beberapa projek untuk membangun kan P Pinang dan menarik minat pengusaha 2 P Pinang.

    Dari berita2 yang terbaca pembangunan P Pinang kini dikuasai oleh beberapa pengusaha2 yang mempunyai latar belakang yang kurang sihat. Ini membuatkan pengusaha2 lain berasa tidak senang. Berkemungkinan persaan ini diterjemahkan kepada undi di PRU 13.

    1. re: “latar belakang yang kurang sihat”

      Latar belakang yang menakutkan dan ngeri.

      Ada apa dengan penduduk Cina Pulau Pinang sampai mereka boleh begitu taksub kepada DAP?

      1. Dari penelitian dari peristiwa2 yang berlaku:

        1. Bersih 2 – Ramai peserta2 Cina mengambil bahagian dengan perjanjian bahawa ia satu perhimpunan aman. Sebaliknya apabila kekacauan berlaku mereka sedar bahawa sesetengah aktivi2 pembangkang boleh membawa kepada kehilangan jiwa. Ini menyebabkan mereka membantah kepada ketua pembangkang dalam PC nya.

        2. Seterusnya pada Penghimpunan Jutaan hampir tiada peserta Cina..

        3. Dalam perayaan CNY dimana Najib jadi tetamu boleh ddidapati ramai peserta2 Cina. Ini satu petunjuk bahawa pengundi2 Cina ialah realis dan mementingkan keamanan dan kesejahteraan supaya perniagaan mereka tidak menjadi mangsa politik.

        4. Dengan itu pengundi2 Cina bukan tak sub.

        1. Sebenarnya Guan Eng terlalu yakin dengan sokongan orang Cina terhadap partinya. Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, dia mencabar:

          “Kerajaan PR Pulau Pinang akan berserah kepada keputusan 1.6 juta rakyat Pulau Pinang, yang akan menentukan penganugerahan tender untuk 4 projek lebuhraya bernilai RM6.3 bilion, termasuk terowong bawah laut pertama di Asia Tenggara dari Gurney Drive ke Bagan Ajam. Pembinaan keempat-empat lebuhraya utama ini telah dianugerahkan kepada konsortium yang terdiri daripada sebuah syarikat tempatan dan Beijing Urban Construction Group …

          Bermaksud Guan Eng menganggap sekiranya DAP dipilih orang P. Pinang dalam PRU13 nanti, maka kemenangan ini bermakna rakyat jelata memberi sokongan mantap kepada parti dan dirinya serta kepada pelan perancangan yang diatur oleh pentadbirannya.

          Secara ringkas, sokong Guan Eng & DAP bermakna sokongan bagi segala tindakannya termasuk apa-apa keputusan yang diambil olehnya seperti projek prasarana yang memakan kos berbilion ini.

          1. Di ulangi bahawa LGE tidak sedap hati dengan pengundi P Pinang dan project seperti ini digunakan untuk memancing undi kerana Pentadbirannya tidak begitu kreatif dan terpaksa berlawan project dengan project.

          2. Helen,

            I often read comments that say 90% of Chinese are with DAP. I am not so sure about that.

            what I feel is that Chinese “leans towards DAP. Not out of love but they use it as a “card’ to extract concession from Najib. Concessions that no other countries in the world would even want to consider such as recognition of Chinese school exams.

            From your viewpoint, is it true that chinese(in general) abandons BN?

            I am asking this as I come across several Chinese who are “uncomfortable” with DAP as they feel it is too “chinese” to the point of being confrontational against Malays. Having sad that, i also met several Malays who are dead set against UMNO.

            1. re: “Not out of love but they use it as a ‘card’ to extract concession from Najib.”

              I agree.

              re: “From your viewpoint, is it true that chinese (in general) abandons BN?”

              I think so.

              re: “Chinese who are ‘uncomfortable’ with DAP as they feel it is too “chinese” to the point of being confrontational against Malays.”

              Methinks it is the Christians who are confrontational against Muslims. We do not have a history of confrontation with China. The Middle Kingdom never invaded Tanah Melayu.

              It was the Portuguese, the Dutch and the English who subjugated the locals. All these Western powers are Christian.

              The MCA elderly members were not confrontational against Malays. We have 60 years of Alliance-BN history to back up this claim. Instead it is the young DAP evengelistas who constantly hurl the “racist” word against Malays.

              See how Papa and Mama Dapster, when they preach their politics, keep spitting the word “love”. They are hell-bent on taking over kalimah Allah and turning Him into their God of Love. It is this action that is the MOST confrontational.

    2. Adakah tunnel itu kelak hanya utk laluan basikal saje? Jika dibenar kereta persendirian guna tunnel itu, kemasukan lebih byk kereta persendirian dr prai ke G drive hanya akan meningkatkan traffic snarl di G drive.

      Sebelum jambatan kedua penang dibina, kajian telah dibuat di jajaran tunnel guan beng itu dan didapati tidak sesuai utk dibina jambatan kedua disitu kerana sistem penyuraian trafik yg tidak mampu menampung pertambahan kereta persendirian jika jambatan kedua dibina disitu. Maka diputuskan jambatan kedua dibina dilokasi sekarang yg menghubungkan “dua batu” hehehe

      1. Kawasan Gurney Drive terletak di Pulau Tikus yang jalan-jalannya sempit dan selalu heavy traffic.

        Pernah berkali-kali bila nak jalan dari persimpangan Sunrise untuk sampai ke hujung Gurney (Jln Kelawei) bertemu Northam, satu jam suntuk diambilnya, kalaupun tak lebih.

        Betul apa yang anda cakap tentang kesukaran dalam penyuraian trafik.

        1. Lagi satu, adakah kereta yg guna tunnel itu kelak akan dikenakan tol? Jika tiada tol dikenakan, besar kemungkinan kereta persendirian yg kini guna 1st penang bridge akan cenderung utk beralih guna tunnel free itu. Itu jam, G drive akan jadi G spot lah kerana kereta persendirian akan sebabkan kesesakan yg maha hebat khasnya diwaktu puncak lantaran sistem penyuraian trafik tidak akan mampu utk tampung pertambahan kereta persendirian. Dear Kim, u can kiss the tourism dollar goodye. AKAI TAKDAK !

          1. Mengikut butir-butir yang disebut ketua menteri itu, terowong akan tertakluk kepada konsesi tol selama 30 tahun.

            Bagi pengetahuan pembaca yang bukan orang Tanjung, kawasan Pulau Tikus banyak jalan sehala yang sempit dan teramat-amat kurang kawasan parkir awam.

          2. Adakah laporan2 kemungkinan tunnel dan penyuraian lalulintas serta financial model di hebah kpd umum? Pasal kadar tol tunnel tu kelak, aku berani bertaruh bahawa kadarnya kelak tentu lebih rendah dpd kadar tol 1st and 2nd penang bridge, mungkin lebih murah sekupang-dua hahaha.

            Lagi satu jika tak silap, semua konsesi tol perlu dapat persetujuan k’jaan pusat. Bagai ada yg tidak kena. Mengapa projek ini diumum di saat pru13 kian dekat? Apa helah rejim Kim ? Adakah ini satu Wag the Dog ? Atau hanya test market pengundi setia mereka – bila ditentang hebat oleh civil societies, projek akan dibatal di saat akhir menjelang pru1, konon rejim Kim amat prihatin ?

  3. I think even the most hardcore DAP supporters did not see these mega projects coming. Imagine, after years of demonizing Mahathir of the same, LGE is opting to go the same way.

    Cina buat = okay
    Mamak buat = ta-bley

    1. But again, my point is that

      even when all of it (‘it’ being developments like LGE cosying up to bff property developers & other indications that everything BN is accused of, Pakatan do the same) when these acts are so visible that they must surely hit them – i.e. the Dapsters – smack on the nose,

      instead of coming to a realisation, they try to resolve their cognitive dissonance by viciously attacking the boy who points out that the emperor wears no clothes.

      1. Agreed. It is disturbing, isn’t it.

        I just read about Seremban Sentral. I think that is going to help in a big way. Finally, the town that lost quite a bit to KL and Putrajaya (even Nilai) is finally the last viable suburb.

  4. Another point though. Any tender exercise would be based on some kind of parameters. Now, what is the justification to award all of them to ONE consortium?

    1. Apparently there were only two bidders for the tunnel.

      It’s as fishy as Bayan Mutiara.

      And the cost discrepancy between the RM8 bilion figure initially bandied about and the figure of RM6.3 bilion presently quoted is still a whopping RM1.7 bilion difference.

      This kind of big money is floating around in Penang – bilions and hundreds of million (the project amount we hear keeps getting bigger and bigger) – yet the Dapsters can so adamantly believe their their evangelist politicians are saints and saintresses.

  5. Actually I would equate the religious corporate zeal of the DAP and these projects with the procedural disregard of the UMNO/BN backed Lynas.

    I could make a reasonable defense of this claim if pushed.

    I think it is more than cognitive dissonance. There was a time when Singapore style Chinese democracy with its twin pillars of development and subservience as a mode of social cohesion was abhorred by the Chinese or at least those young enough and informed enough to realize the pitfalls of such an ideology.

    These days it would seem that that mode of thought is being replaced with the groupthink that the DAP by racial default are better caretakers of the country.

    My Bahasa being what it is I may have missed certain nuances of the post but I suppose this is a better method of improving my Bahasa than reading Malay porn online. This done for anthropological reasons, you understand…

Comments are closed.