Posted in Gunting Dalam Lipatan

Susulan kenyataan oleh bapa Saiful Bukhari

Kenyataan penuh Azlan Mohd Lazim (bapa Saiful Bukhari) bertarikh 8 Mac 2013 boleh dibaca di laman Keadilan Daily.

Kenyataan Saiful Bukhari Azlan pada hari yang sama menjawab dakwaan bapanya boleh dibaca di blog tuan empunya badan.

Perkembangan di atas diolah oleh akhbar Singapura The Straits Times di bawah tajuk ‘Anwar says vindicated by apology from Saiful’s father‘.

Rencana tersebut disyorkan oleh Datuk Lee Hwa Beng, mantan Adun Subang Jaya selama tiga penggal. Menerusi Twitternya “Read here [in ST] as nothing in our papers”, bekas wakil MCA itu mengesyorkan orangramai membaca Straits Times (Singapore) kerana katanya media arus perdana tempatan tidak membuat liputan.

Apabila diajukan soalan oleh Datuk Akbar Ali ‏yang bertanya: “Saiful vs father: whom do u believe?”, Datuk Lee orang MCA itu menjawab bahawa “dalam kes ini, saya mempercayai apa yang diceritakan oleh si ayah” — lihat screenshot tweetnya di bawah.

HwaBengTwitterSaiful

The Star dan golongan berkepentingan

Ada ura-ura Datuk Lee Hwa Beng, yang juga seorang pangarang buku bestseller, akan dilantik menjadi CEO akhbar The Star. Setakat ini MCA belum lagi mengiyakan mahupun menafikan khabar angin tersebut.

Lee Hwa Beng ialah seorang Kristian berhaluan kanan.

Tidak dapat lari The Star adakala nampak lebih condong kepada pembangkang daripada mengambil sikap neutral atau objektif.

Setahu kita dalam MCA pun ada kelompok-kelompok yang berseteru, misalnya puak Chua Soi Lek yang tidak sebulu dengan puak Ong Tee Keat.

Yang dapat kita lihat, Dr Chua sendiri sering dipinggirkan oleh suratkhabar milik partinya. Adakah ia golongan evangelis yang paling kuat pengaruh dalam The Star?

Gunting dalam Lipatan

Kita harus mengkaji kandungan kenyataan-kenyataan akhbar oleh pemimpin MCA dengan membandingkan versi di laman sesawang rasmi MCA dengan versinya di akhbar The Star.

Contoh 1: Kritikan terhadap Guan Eng

Penasihat MCA Pulau Pinang, Koay Kar Huah semalam mengeluarkan sebuah kenyataan akhbar bertajuk ‘Cutting tolls? But DAP intends to introduce new ones in Penang !‘ yang panjangnya 355 patah perkataan.

Dalam rencana yang dimuatkan dalam The Star hari ini pula, petikan kata-kata penasihat MCA Pulau Pinang itu hanya berbunyi Datuk Koay “had also criticised the state government for proposing a toll at the undersea tunnel as they had promised to abolish all tolls during the 2008 general election”.

The Star memetik kata-kata Koay sejumlah 27 patah perkataan sahaja daripada kenyataan asalnya yang berjumlah 355 perkataan.

Terserlah bahawa kritikan terhadap orang DAP dan meskipun kritikan itu datang daripada orang MCA sendiri, namun ia pasti tidak akan diberi tempat yang sewajarnya dalam The Star.

Contoh 2: Kritikan terhadap Anwar

Timbalan ketua biro publisiti MCA Loh Seng Kok semalam mengeluarkan sebuah kenyataan akhbar bertajuk ‘Anwar’s announcement for Indian community insincere – too little too late’

Kenyataan Loh panjangnya 356 patah perkataan. Akan tetapi ia langsung tidak dimuatkan dalam The Star (lihat screenshot Google, bawah).

Hasil carian sifar.

GoogleLohSengKok

Contoh 3: Kritikan terhadap Kit Siang

Setiausaha organisasi kebangsaan MCA Tee Siew Kiong hari ini mengeluarkan sebuah kenyataan akhbar bertajuk ‘Kit Siang’s unscrupulous remarks humiliate slain policemen‘.

Kenyataan Datuk Tee pun juga tidak diendahkan sama sekali oleh The Star.

Bad news for the DAP is good news for the MCA is no news in The Star.

Contoh 4: Kritikan terhadap kerajaan Selangor

Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Selangor Kelvin Chong Seng Foo berkata kerajaan Pakatan Selangor sepatutnya menunaikan janji mereka untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat yang masih tidak ditunaikan sehingga kini.

Kenyataan beliau dilaporkan kelmarin oleh Bernama. Ia tidak dilaporkan oleh The Star.

Sudah 5 tahun MCA koma

Cuba bayangkan! Contoh-contoh di atas merujuk kepada liputan berita dalam jangkamasa dua hari lepas sahaja.

Pola ini, di mana The Star sengaja membenamkan berita-berita negatif tentang pembangkang khususnya DAP, sebenarnya sudah berlanjutan tiap-tiap hari selama lima tahun kebelakangan ini.

Amat jarang saya menjumpai apa-apa liputan Star yang boleh menjejaskan kewibawaan dan nama baik Lim Guan Eng dan konco-konco evangelisnya. Memang tidak mungkin disiarkan dalam akhbar milik MCA itu!

Kalau dalam Utusan dan NST, ada kecaman terhadap Guan Eng tetapi akhbar Melayu itu sebaliknya diserang pengarang The Star pula.

Star Editor's Choice (TheStarEC) on Twitter 2012-12-30 21-08-17

Dalam kata lain, The Star begitu keberatan untuk menyediakan ruang bagi apa-apa percubaan membidas serta menyangkal propaganda Pakatan. Bad news for the DAP is good news for the MCA is no news in The Star.

Sekiranya 85 peratus Cina bandar dijangka menyokong pembangkang, saya rasa di kalangan kakitangan The Star, angkanya mencecah 90 peratus.

Bersubahat

.
Berikut adalah sudut pandangan dua orang pembaca blog ini.

“Jelas MCA ‘berkompromi’ dengan DAP”

Oleh Alwie Abdullah @ 2013/03/09 at 4:04 pm

I. Petikan sekerat

MCA seolah-olah tidak bersuara langsung melalui media utama mereka iaitu The Star dan pada masa sama, tidak kedengaran langsung mereka menjayakan transformasi di dalam parti mereka sendiri.

Saya percaya tiada ertinya sesiapapun untuk menegur MCA kerana memang itulah seterusnya akan mereka lakukan dengan harapan, kaum Cina (saya tidak bermaksud perkauman) mendapat kekuatan baru yang mereka tidak dapat berikan kecuali melalui DAP.

Saya juga percaya, MCA bertindak demikian kerana adanya desakan dari akar-umbi mereka sendiri yang tidak lagi mahu memperjuangkan dasar-dasar bersama MCA dan Umno.

“MCA sedang berpakat dengan DAP”

Oleh orang baru @ 2013/03/09 at 10:57 am

II. Petikan sekerat

Risiko yang akan diambil ini ialah dengan harapan Pakatan akan memerintah dan melonjakkan Lim Guan Eng sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru. Bacaan ini sangat mudah untuk ditelah. Harapan ini seolah-olah sedang diimpikan oleh orang MCA sendiri. […]

… natijahnya ialah mereka [MCA] akan dilayan sebagai pembangkang untuk lima tahun selepas ini.

Tiada lagi keistimewaan yang boleh diberikan kepada MCA oleh BN mahupun oleh Umno sendiri kerana ada orang akan beranggapan bahawa MCA sedang berpakat dengan DAP untuk memusnahkan kuasa yang dipegang oleh Umno dan parti lain dari Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya kali ini.

Umno akan bekerja dengan lebih mudah dalam mentadbir negara kerana sebarang isu yang melibatkan orang Cina tidak lagi boleh diperjuangkan oleh MCA/NGO lain kerana mereka tidak lagi mewakili suara orang Cina di negara kita.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

21 thoughts on “Susulan kenyataan oleh bapa Saiful Bukhari

  1. Untuk Lee Hwa Beng: The mainstream newspapers did not carry the news of Saiful’s father because in his Press Conference, he invited none of them to be present. Geddit?

    Does Saiful’s rebuttal appear in non-mainstreams?

    [edited]
    He disappeared for 3 weeks before “making up his mind” with this explosion. Just before he disappeared, according to Saiful, he blurted out, “I will destroy both you and UMNO”. In his rebuttal, Saiful says he is sorry his father had been “bought” but maintains that Anwar did sodomise him.

    What was that again. Between the two men, you’d trust his father more?

  2. Lee Hwa Beng’s leg is one in MCA while the other one in DAP.. waiting the right time to jump ship, get it?

    1. MCA , kita orang lama dah tahu dia ni pro DAP cuma Pemimpin BN aye yang tidak sedar diri.

  3. if i were to be asked, my trust would be with the evidences presented. unfortunately in his statement, azlan failed to give any evidence to support his claims. there are several paragraphs in his statement which his position was ascertained as being an outsider…

    1. Yes. You are right. I was looking all over the place to find any evidence that support the father accusation of conspiracy. But none available. Its the same with Anwar. He shouted conspiracy long time ago with no evidences.

      But, One thing we know is, Anwar had made a conspiracy when he asked the police to change Ummi Afilda’s statements in 1997….and he was convicted for that.

      The only proven conspirator is Anwar Ibrahim.

      1. Pakatan supporters’ behaviour usually like that one lah.

        Oh but wait! Lee Hwa Beng is an MCA Datuk side by side with the Star boss Datuk WCW … Is there something wrong with this picture?

        null

  4. Helen,

    Yup. It is time to bury MCA for good. It it senseless to offer lifeline to a party that simply refuses to tell the Chinese that waging war against Malay community will not benefit everyone including the Chinese community itself.

    What i feel is that MCa purposely keeps quiet to enable DAP to achieve supreme position among Chinese community

  5. aiyaaa…, wang tarak masyukkkk..! Anak suda ada manyak luit.., juga takdak kasi sama ayah…, ini macam ada baik ka..? Ayah sudah tarak wang dan luit sudah abis enjoy.., kasi cari olang lain maaa…

  6. what i find rather peculiar is why invite oppo friendly media only? I mean, if i have an expose, i would definitely speak to the MSM as any story carried by MKini, etc will be deemed fake or one-sided.

    i will not say anything about Anwar sexual preference. Let’s just say, I heard enough from those who were closest to the household.

    I hope after the GE, Star can be overhauled – major facelift perhaps. To Hwa Beng, on what basis do you actually believe the father?

  7. Hwa Beng, just announce and join the DAP la. What are you waiting for? On the sodomy accusations – do yourself a favor and read up the case that was heard in Court. Also, do up some reading that it was the father who appealed to the AG to file an appeal after the son lost the case in the High Court. Now suddenly this? Haha….haiyaaa…Hwa Beng, you’re a nutcase la if you think nothing happened in the background prior to this sudden announcement.

  8. Letih la dengan cerekarama keluarga 69 ni. Pi mai pi mai tang tu jugak. Habis kisah Azmin-Shamsidar-Ummi Hafilda-Azwan mai balik Saiful-Azlan. Depa ni bukan bantu melawan musuh kat Lahad Datu nu…cuma bantu lariskan newspaper saja. Ni lah bahana bawak keluarga angkat/angkut dalam parti anak beranak. At least boleh alih perhatian orang dari isu besar negara sebab ada ramai watak selebriti boleh di tonton. Sorry to say, tak kisah la depa nak kasi pungkok kat siapa pun, cuma kalau dah desperate tak ada duit carilah kerja halal. Janganlah jaja maruah keluarga satu negara.

    Belum lagi jadi PM lagi dah macam-macam isu remeh-temeh, tak tahulah kalau jadi PM nanti macam mana pula yang keluar cerita. Jenuh nak menjawab press dari membangunkan negara. Kalau cara menjawab tu elok, tak apa.

    Media yang berkokok mengaku memberi liputan yang adil dan neutral ni la sebenarnya gergaji 2 mata di mana mata belah kiri lebih tajam dari yang kanan. Bahasa digunakan semuanya indah-indah belaka, tapi coverage berat sebelah. Macamlah orang tak perasan yang di highlight tu muka/berita tertentu saja, dalam masa sama menutup pekung yang ada.

    Sudah 5 tahun MCA koma..kalau ikut mana-mana doktor, ni dah kena cabut wayar. Nurse dah tak larat nak jaga mayat hidup. Pesakit lain dah bersusun nak masuk wad ICU.

    1. More like… we failed with Saiful, lets try another one. I think BN should just accuse Anwar of bestiality. The victim can be a goat that just says ‘mheeek’ in court and the AG can say it means ‘yes’. :D

  9. Helen,

    Pagi tadi majlis pertunangan anak saudara saya. biasalah dalam majlis sebegini akan ada ramai saudara-mara, sahabat-handai dan kawan-kawan turut hadir.

    Adalah benar, majoriti umat melayu amat sedar tentang apa yang MCA lakukan sekarang ini. Rata-rata yakin MCA tidak akan melakukan apa-apa kerana sudah terlanjur lama membiarkan ‘the star’ melakukan kerja-kerja ‘amal’ untuk DAP. Memang benar, majoriti amat yakin MCA tidak akan berusaha bersungguh-sungguh di dalam PRU-13 nanti kerana mereka fikir tidak akan rugi:

    1. Jika BN kalah, mereka boleh lompat ke DAP
    2. Jika BN menang: mereka masih boleh minta macam-macam.

    Apa yang MCA (majoriti kaum cina) terlupa ialah apakah UMNO akan terus ber’budi-bicara’ dengan mereka sekiranya BN menang PRU-13 tanpa kemenangan calon MCA?

    Ataukah MCA bersikap demikian kerana ‘terasa’ atau ‘jauh-hati’ dengan beberapa kenyataan pemimpin UMNO sebelum ini yang ada diantaranya (bodoh juga) menyatakan, ‘”BN masih boleh menang tanpa undi kaum Cina” dan juga beberapa peristiwa yang menyentuh sensitiviti mereka oleh pemimpin UMNO yang celupar?

    Saya sebenarnya tidak fikir MCA begitu mudah ‘terasa’ atau ‘jauh-hati’ kerana kematangan MCA berpolitik sudah lama dikenali.

    Saya percaya ada ‘agenda’ yang lebih besar yang sememangnya sinonim dengan kaum Cina di mana jua mereka berada iaitu dalam bahasa kasarnya…:”hidup tidak bermakna jika tidak kaya”…..dan kepercayaan bahawa bangsa Cina adalah lebih ‘Superior’ dari bangsa lain…..! (Saya tahu ini sebab saya pun berbangsa Cina).

    Oleh itu, bagi menyatakan secara senyap penolakkan mereka terhadap “Agenda Ekonomi Melayu” atau Dasar Ekonomi Baru, kekuatan DAP menjadi faktor penarik kepada kaum Cina untuk berkuasa supaya ekonomi negara untuk mereka tidak dikuncupkan walau sedikitpun untuk pembangunan bangsa lain terutama sekali kaum Melayu.

    Saya tidak bermaksud perkauman mahupun melakukan fitnah kepada MCA tetapi,saban hari menyaksikan seolah-olah berlaku ‘pembelotan’ MCA terhadap BN melalui tindakan ‘Senyap’ adalah amat merbahaya untuk keseluruhan negara kita Malaysia.

    Saya lebih suka cara Hindraf yang berterus-terang tetapi saya menolak cara yang agresif seperti yang mereka lakukan sebelum ini.

    wallahua’lam.

    1. Betul Hindraf berterus-terang cards on the table, bukan hipokrit sesumpah macam Firsters.

      re: “BN masih boleh menang tanpa undi kaum Cina”

      Ia satu kenyataan fakta. BN akan dan terpaksa berusaha untuk menang tanpa MCA berbanding bahu atau menggalas tanggungjawab.

      Tengok rekod Gerakan dalam pilihanraya lepas. Diletakkan 12 calon parti mereka bertanding di Parlimen. Lingkup.

      Yang tak dihanyut tsunami hanya dua orang, di Parlimen Gerik dan di Parlimen Simpang Renggam.

      Ketua Wanita Gerakan Tan Lian Hoe menang di Gerik, satu kerusi pemilih Melayu 72% (!) mengalahkan calon PAS.

      Kerusi di Johor itu yang dipertandingkan Liang Teck Meng adalah majoriti Melayu juga (54%), dan kaum India (10%) manakala Cina (36%). Gerakan diberikan kerusi Johor untuk bertanding pun atas ehsan Umno juga kerana sebelum itu Gerakan kuat di P. Pinang dan ia bukan parti Johor.

      Bayangkan, kerusi-kerusi selamat majoriti-Melayu di Johor terpaksa diagih-agihkan kepada Cina BN untuk menyalurkan talian hayat.

      Balasan MCA kepada BN ialah sumbangan tenaga oleh jentera pilihanraya parti tersebut, yakni kerja-kerja cantik media The Star.

  10. Doubt that CSL will appoint Lee Hwa Beng as STAR CEO since Hwa Beng was close to Ong Tee Keat re PKFZ. After removing Ho Khay Tat, the next one that must be removed is Wong Chun Wai who’s support for MCA is lacking and obviously courting the PR gals for his insurance as survival. Such double headed people must be removed. He uses the STAR as personal PR n image of his reporting in Lahad Datu – personal photos appear in paper. Gosh, what a conflict and egoistic guy.

    1. Agree with you that LHB is not CSL’s choice. But CSL as well as his son are themselves sidelined by The Star.

      CSL turns to other media, e.g. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/polls-just-six-weeks-away-soi-lek-reminds-mca/

      This TMI story today not covered by The Star.

      As to The Star‘s future direction, what happens after the MCA dust-up in the GE? Will CSL still be sitting atop the MCA heap post GE or will he have to go, in the footsteps of Tun Dol?

      From what I see, The Star has been distancing itself from the MCA like as if the party is it believes MCA is BN-tainted, low class and so yesterday (unBangsar). The paper intends to keep on making money and the Chinese urban electorate who buy The Star – if the Asli projection is to be believed – are 85% oppo supporters. Hence the paper’s contents have to appeal to the market and paying customers.

Comments are closed.