Bab Ngeh kenakan Kula, perkembangan seterusnya

March 10, 2013 at 11:45 am 4 comments

Kapal selam bergerak bawah air.

Kapal selam membuat serangan secara bersem­bunyi.

Scorpene Star itu sebenarnya mensasarkan siapa? Cuba kita tinjau.

***  ***  ***

Serangan hendap Star Scorpene: Yang kena torpedo

(A) Di antara blogger yang break the story tentang siri tweet dibuat oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat ialah Cikgu Shashi.

Beliau mendedahkan cerita awal 33 jam lalu @ 9 Mac pukul 1.11 pagi melalui sebuah posting bertajuk, ‘PANAS! @Mkula “TERAJANG” @ngakorming @ngehkooham dalam twitter‘.

Dalam blognya shizone.com, Cikgu Shashi seorang Putera MIC, berkata:

“Peerrgghhh! Meletup beb Yb. M.Kula dari DAP “menengking” Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham yang juga dari DAP dalam twitter akan artikel dua beradik yang menghina kaum india undi mereka boleh di beli dengan duit, mutton (kambing), dan alkohol. Ini bukan kali pertama mereka menghina kaum india tapi sejak beberapa tahun lepas, mereka telah mengeluarkan pelbagai perkataan yang kurang ajar termasuk menghina Menteri Besar Perak.
.
“Nampaknya hari ini bukannya hari biasa untuk YB. M.Kulasegaran untuk terus mendiamkan diri.”
.

(B) Semalam pada 9 Mac, 2.23 petang – iaitu kira-kira awal 20 jam /20 hours ago – saya memblog berkenaan YB Kula tidak dijemput untuk berucap dalam ceramah ulangtahun tsunami serta dakwaan-dakwaan yang dilemparkannya.

Lihat ‘DAP Perak bakal meletup kalau tidak dikeluarkan segara perintah untuk zip mulut’.

(C) The Star pula baru sahaja memuatkan cerita dalam talian tiga jam tadi. 

Berbanding dengan blog Shizone yang mendedahkan tentang pertelingkahan Kula dengan Ngeh dan Nga pada tengah malam Jumaat-Sabtu, suratkhabar milik MCA itu memperoleh cerita 30 jam lewat, yakni hanya pada pagi Ahad.

Itupun selepas saya mengingatkan bad news for the DAP is good news for the MCA is no news for The Star. Terpulanglah sama ada akhbar itu memantau rapi blog saya.

Apapun, rencana The Star hari ini diberikan tajuk ‘DAP cousins rapped for not inviting Kulasegaran to speak at ceramah‘.

Kaedah The Star menyindir

(a) “snipe”

Sebelum ini, The Star pernah menyerang MCA sebagai sniper apabila Loh Seng Kok, timbalan ketua biro publisiti parti itu, mengecam Lim Guan Eng atas hasutannya bersabit isu kalimah Allah.

Namun sebaliknya The Star membayangkan bahawa ianya jurucakap MCA seorang yang keji kerana mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang itu “secara tembak curi” (“took a snipe at Lim”).

(b) “allegedly”

Rencana The Star juga pernah menggambarkan kata-kata Patrick Teoh sebagai “some allegedly offensive remarks”, yakni “kononnya” sahaja menghina tetapi akhbar itu tidaklah berpendapat bahawa dakwaan tersebut sahih.

.

“[Patrick] Teoh had earlier posted a note on his Facebook page criticising the PAS-led Kedah Government and its guidelines for Chinese New Year performers in the state, which included some allegedly offensive remarks about Muslims,” kata The Star hari ini.
.

SimonThongJaw

(c) “verbal clash” [only]

Baca juga liputan berat sebelah memihak kepada politikus Ipoh DAP yang dibuat oleh The Star tentang kes membuli di Taman Kaya, Ipoh — ‘Senior citizen bullied but The Star badmouths victim instead’.

The Star menyebut bahawa yang pergaduhan yang berlaku di Taman Kaya adalah hanya satu “verbal clash”, ikut tajuk berita akhbar itu (lihat screesnhot, atas).

Anda boleh tengok sendiri gambar suratkhabar Cina sama ada ia menunjukkan bab tikam lidah sahaja sepertimana dibayangkan oleh The Star ataupun ia satu bibit serangan fizikal oleh DAP Superbullies.

(d) “Twitter rampage”

Berbalik kepada dua kem DAP yang sedang bersengketa di Ipoh, yakni puak evangelis Ngeh-Nga menentang kelompok Kula.

Sekarang cuba anda kaji laporan sinis oleh The Star di bawah. Adakah ia liputan yang neutral?

StarKulasegaran

Seorang bff Hannah Yeoh

Pemberita The Star yang diberikan byline bagi cerita Kula lawan Ngeh-Nga ialah Regina Lee, yang dahulunya bekerja dengan Malaysiakini.

Regina ialah anak buah kepada ketua biro Pendidikan Politik MCA, Gan Ping Sieu. Senator Gan ialah naib presiden MCA yang “wow, terribly impressed” dengan pencapaian Regina.

Apa sumbangan biro Pendidikan Politik MCA setakat ini kepada menyedarkan orangramai khususnya pemilih Cina?

Regina juga kawan akrab Hannah Yeoh (screenshot bawah).

ReginaTwitterHannahDear

Gunting dalam Lipatan

Adakah anda berpendapat bahawa rencana The Star yang ditulis Regina hari ini bersifat neutral terhadap kemelut kem evangelis DAP lawan kem kaum India DAP?

Daripada The Star menyelar Kulasegaran kononnya beliau mengamok di Twitter (“vented his frustrations over Twitter”, “went on a Twitter rampage alluding to conspiracy and corruption”)

serta The Star memperlekehkan Kula tentang dakwaan “rasuah” di kalangan orang DAP Perak yang dibuatnya, bukankah ia lebih baik suratkhabar tersebut menjalankan sedikit siasatan (investigative reporting)?

The Star memetik Ngeh sebagai berkata “Kulasegaran should have voiced his disappointment with the ceramah organiser”. Ini ketara The Star buat-buat tak tahu sahaja dan cuba mengalih seolah-olah Ngeh bersikap munasabah manakala Kula hilang pertimbangan.

Lihat poster ceramah. Si penganjurnya “Mr Cheah” adalah ahli exco DAP Perak yang dilantik Ngeh. Jadi penganjurnya orang Ngeh lah.

Perangai si Gunting ini petualang betul!!

PerakDAP308anniversary

The Star tak highlight ‘gag order’

Blog saya semalam mengambil sudut cerita ‘DAP Perak bakal meletup kalau tidak dikeluarkan segara perintah untuk zip mulut’ dan memang telahan saya tentang gag order yang sudah boleh dijangka adalah tepat sekali.

Kula sendiri mengaku beliau telah ditegah daripada membuat apa-apa kenyataan lanjut kepada media. Butir inilah yang harus diketengahkan oleh The Star. Tapi tidak.

Sepertimana persoalan yang saya timbulkan kelmarin, adakah The Star sudah berjaya dikuasai oleh puak evangelis?

Dalam hal Ngeh-Nga lawan Kula, jelas nampak bahawa The Jerusubang Star begitu bijak kenakan puak keturunan India [dan mamak].

Akhbar itu berkali-kali mengulangi penafian Ngeh menghina masyarakat India serta enggan mengaitkan nama Nga dengan ‘tailorgate’. Terang lagi bersuluh The Star buat spin bagi mendodoi evangelis DAP.

Advertisements

Entry filed under: Gunting Dalam Lipatan. Tags: , , , .

Forum: Tengok pada peribadi wakil kerana parti 2×5 Joceline Tan must hire bodyguards now

4 Comments Add your own

  • 1. anakjamil  |  March 10, 2013 at 2:03 pm

    i am not out to be an insensitive bitch or something but again i wonder, how long the Indians in DAP will come to a realisation that there’s no place for people of colours in that party.

    After all, that party is like a bastard child of the Klu Klux Klan, the only thing missing is the hood. Lynching is done via comments and their moral horse is their twisted delusional superiority and class over the rest.

    I find the way Star skewed the Kula story as if Kula is so hardup to ceramah is just appalling – but what to do: if MCA the ‘owner’ get no support what more can we say about the rest?

    Reply
  • 2. Alwie Abdullah  |  March 10, 2013 at 4:17 pm

    agreed with anakjamil.

    probably it’s high-time for Kula to start talking to Hindraf……

    Reply
  • 3. zulzab  |  March 11, 2013 at 12:02 am

    In Perak these uncle-and-nephew team is better known as Nga-Ngeh and pronounced as ngange [being the pronunciation of the word nganga or open mouth by orang Parit in Perak]. When Nizar was the Menteri Besar of Perak, he was also called Nizar Ngange since he was ruling the state with an open mouth due to him being dictated by the Nga-Ngeh tag team.

    Reply
    • 4. Helen Ang  |  March 11, 2013 at 12:36 am

      Diorang tu sepupu.

      Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Recent Posts

My blog, my like

Helen Ang

RSS Cucu Tok Selampit

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Abu Leman

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Celah Gelegar

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Info Watan

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Archives

Pengunjung

  • 8,417,229 hits

Kalender


%d bloggers like this: