Posted in PRU13

Forum: Tengok pada peribadi wakil kerana parti 2×5

Oleh MalayPrincess

Hai Kak Helen,

saya ada satu cadangan, tak tahulah okay ke tidak.

apa kata Kak Helen buat senarai MP dan ADUN yang benar-benar bekerja keras, merendah diri dan disenangi rakyat setempat selama 5 tahun lepas, dari kedua-dua BN dan PR. Kemudian, senaraikan pula menteri2 dan timbalan menteri yang rajin, bagus buat kerja atau pemalas dan selalu menghilangkan diri.

sekarang, saya lebih suka kalau kerajaan campuran dibentuk sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan. Kalau kerajaan campuran mungkin ada ‘check and balance’ berbanding kerajaan dominasi oleh satu parti saja.

sebab tak semua MP/ADUN dari PR atau BN tu teruk, secara individunya. Tapi apabila dikaitkan dengan parti mereka, maka pencapaian individu mereka diketepikan kerana emosi terhadap parti. Saya rasa rakyat akan lebih dapat manfaat daripada kerajaan campuran. Nak rasuah atau menyeleweng pun kurang sebab risau kantoi dengan lawan masing-masing, melainkan dua-dua pihak berpakat tipu rakyat.

kita masih lagi dikuasai sentimen parti. Bagi saya dua-dua sama saja. Kebanyakan MP/ADUN mesti akan ambil kesempatan atas kuasa diberikan mereka.

kalau ada ADUN/MP dari DAP yang buat kerja dengan baik kepada rakyat di kawasannya tak salah kalau kita acknowledge, sama juga dari MIC contohnya yang memang no exposure at all kalau dibandingkan dengan parti-parti politik lain.

mari kita berlaku adil kepada diri kita sendiri.

Komen asal di sini @ 2013/03/09 at 9:43 pm

Berkaitan:

Forum: What are the actual contributions from your wakil?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

3 thoughts on “Forum: Tengok pada peribadi wakil kerana parti 2×5

  1. Reblogged this on alatiffh's Blog and commented:

    Apabila kedua dua pihak di biai oleh pihak ketiga apa jadi? Lihat US dan UK mereka bersandiwara tuduh menuduh antara satu sama lain tetapi tetap mewakili pihak ketiga. Semua dasar menguntungkan pihak ketiga. Ini yang katakan demokrasi?

  2. Potensi & kesan kerajaan campuran. Tidak terperinci. Sekadar contoh pendapat/kajian dari sumber lain.

    http://theyouththinker.blogspot.com/

    Secara peribadi, saya berasa idea pemerintahan secara kerajaan campuran ini agak sukar untuk di implementasikan di Malaysia berdasarkan suasana politik. Gaya politik di Malaysia jika dilihat secara kasar buat masa sekarang adalah satu usaha untuk saling gagal-menggagalkan kedua-dua belah pihak. Polisi parti politik juga menghalang untuk seseorang ahli politik itu untuk bersetuju pada pihak sebelah walau apa jua tujuan kebaikan . Lihat contoh dalam isu DSU Shahrir Abdul Samad menyokong usul pembangkang di Parlimen pada Mei 2006. Dari satu sudut, sesebuah parti itu akan saling bimbang-membimbangi ahli parlimen/DUN mereka akan menyebelahi atau dimanipulasi pihak lawan untuk meraih sokongan. Akan wujud perasaan was-was terhadap seseorang ahli parlimen/DUN itu sendiri dari rakan-rakan di dalam parti.

    Corak politik Malaysia belum menggalakkan untuk melaksanakan konsep kerajaan campuran tersebut berdasarkan faktor kestabilan politik buat masa sekarang. Sesetengah ahli politik lebih melihat kepada keuntungan secara individu berbanding perjuangan sebenar. Kesudahannya, satu keputusan mukatamad mungkin tidak dapat dibuat kerana pertelagahan dan perbezaan ideologi.

    [Tapi apabila dikaitkan dengan parti mereka, maka pencapaian individu mereka diketepikan kerana emosi terhadap parti]

    Ibarat menunggu kucing bertanduk untuk melihat perubahan sikap ahli parlimen/DUN di Malaysia. Emosi ketaksuban masih menebal terhadap parti masing-masing disulami dengan minda yang dikuasai untuk berfikir secara berhaluan kiri/kanan selama setengah abad. Setengah abad kita menulis menggunakan tangan kiri, agak kekok juga untuk menulis menggunakan tangan kanan dalam masa sehari. Perkara ini yang diperturunkan kepada penyokong tegar masing-masing sekian lama. Kita hanyalah sekadar minoriti yang berfikiran terbuka memberi sokongan kepada mana wakil-wakil rakyat yang mulia dan jujur bekerja, sedangkan penyokong-penyokong taksub mereka menafikannya.

    [kalau ada ADUN/MP dari DAP yang buat kerja dengan baik kepada rakyat di kawasannya tak salah kalau kita acknowledge, sama juga dari MIC contohnya yang memang no exposure at all kalau dibandingkan dengan parti-parti politik lain.]
    Kita sebagai rakyat memang sebahagiannya mengharapkan begitu. Namun bersediakah ahli-ahli politik itu sendiri untuk berubah sikap dari politik kebencian kepada menghargai usaha orang lain. Ahli politik adalah orang yang memberi pengaruh besar kepada rakyat. Sekiranya pengaruh yang diberi itu berbaur kebencian, maka kebencian jugalah yang ditunjukkan oleh rakyat.

    Saya tidak menolak kemungkinan, sekiranya keseluruhan ahli parlimen/DUN bertukar muka-muka baru tanpa ada saki baki dan pengaruh/legasi dari ahli parlimen/DUN yang lepas, kebarangkalian idea perlaksanaan kerajaan campuran boleh dilaksanakan, tetapi masih agak mustahil pada saya .Pentadbiran secara majoriti 2/3 masih diperlukan untuk mengekalkan kestabilan negara dalam semua aspek walaupun ianya tidak digemari oleh sesetengah pihak. Saya selesa untuk memilih track record berbanding percubaan (trial & error) dimana kebarangkalian konsep trial & error ini akan gagal adalah besar. Sesetengah jurujual selalu berkata “belum cuba, belum tahu”. Tetapi pada saya, belum mencubapun sudah macam-macam yang berlaku, tidak tahulah bagaimana pula selepas kita mencubanya. Kajian awal keatas risiko terhadap sesuatu idea itu sangat penting sebelum kita mencubanya.

  3. Hi, Helen, I read several of your articles which I understood your political inclination. I respect your stand.
    As a citizen, do you long for a country that you truly belong and which does not play the racist game?
    2. Do you want a country that really eradicate corruptions rather than openly embracing it as the norm?
    3. Do you want to know the truth behind Teoh Beng Hock’s death?
    4. Do you really want 1 Malaysian in its true sense n every way?
    5. Do you want for transparency in governance….

    I think many Malaysians really yearn for that n unfortunately najib n his parties could not deliver to us.

    Every time I read joceline tan column in the star, I just wondered how could it be fair comment n journalism?

    We are not saying Anwar could deliver all but at least he could clean up some mess that najib has no way of cleaning up with Mahathir at his back…. Be realistic…

    To be a progressive country, we should not ack others site…..

    Anna

Comments are closed.