Posted in Gunting Dalam Lipatan

Super Cyberbullies mahu lihat gadis Cina pro-BN dirogol (updated)

Lihat ‘Lebih 500 orang Facebooker menggemari (‘like’) perbuatan membuli itu(mutakhir, 9.30 malam)

***   ***   ***

Pautan Facebook yang dirujuk dalam tajuk sudah dikongsi (‘share’) sebanyak 1,741 kali, termasuk catatan komen berikut:

“i think this bitch will kena rape very soon….. LOL”

mentang-mentang akan dirogol hanya kerana dosa menyokong BN.

Sila ke blog Shen Yee Aun@ http://1sya.com/?p=5154 untuk baca seterusnya. (Shen adalah presiden Malaysia Youth Rights Movement.)

Gadis itu juga didakwa oleh seekor Super Cyberbully sebagai “surely a slut to the MCA president. See her fucked up photos here” serta beliau (gambar atas) dimaki-hamun dengan kata-kata kesat — komen yang menghinanya melebihi 600 di Facebook pada masa kini.

Gadis tersebut sudahpun menutup (tukar) profil Facebooknya kepada status ‘Peribadi’ kerana disergah oleh Super Cyberbully.

urgencyMCAmembers
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/3/11/nation/12819683&sec=nation

Rileks aje eh, bro?

Senator Gan Ping Sieu – gambarnya duduk bersantai di bawah – telah menghadiri acara pelancaran bas kempen di Wisma MCA semalam.

Senator Gan merupakan presiden Biro Pendidikan Politik MCA yang “wow, terribly impressed” dengan wartawan The Star.

GanPingSieuRileks

The Star mempromosi Mama Dapster

Super Cyberbullies yang menyokong pembangkang berjaya menguasai alam maya bukan sekadar semenjak dua menjak ini tetapi sudah bermaharajalela selama lima tahun ekoran tsunami.

Penyokong DAP dari kalangan golongan belia.

Penyokong MCA terdiri daripada kelompok warga emas yang besar kemungkinan tidak melayar Internet.

GanPingSieuKluang

The Star dipenuhi evangelista

Dr Chua menyeru agar ahli-ahli partinya menunjukkan “a sense of urgency” kerana jentera pilihanraya DAP bergerak seharian dan telah mara sampai ke Johor.

The Star yang dimiliki MCA tidak membuat liputan atau memberi ruang apabila Wanita dan Beliawanis MCA dibuli separuh nyawa oleh gerombolan pengikut-pengikut tegar DAP.

Contohnya Ketua Beliawanis Selangor Jessie Ooi terpaksa membawa ceritanya kepada akhbar Sinar Harian ‘Trauma seorang wanita cantik akibat gangguan seksual’.

Ketua Beliawanis Tee Hooi Ling turut difitnah dan dicerca oleh Super Cyberbullies — “Lu bukan cantik, apa pasal orang mau ‘bogelkan’ you?” – sehingga terpaksa membuat laporan polis. Nasib beliau dikhabarkan oleh media Singapura (lihat ‘Politician wants blog to remove doctored nude pictures‘) tetapi The Star tidak prihatin.

The Star membiarkan wartawannya sendiri dibuli

Wartawan yang dipandang pro-MCA menjadi mangsa Super Cyberbully – ‘Gambar lucah, ugutan rogol dan perkakas MCA yang begitu lembik dan dayus’.

Bawah: Poster Photoshop Joceline Tan yang diedar di Internet

Joceline

Gadis-gadis duduk sederet – lihat atas – yang kelihatan sedang bertepuk tangan telah ‘menghiasi’ (umpama F1 umbrella girls) perhimpunan Belia MCA. Mereka dicaci SuperBullies sebagai “pelacur” dan “perempuan murahan”.

Beliawanis telah memprotes perbuatan seorang Adun Selangor Kristian PKR yang dianggap menyindir gadis-gadis tersebut. Namun The Star masih terus mempromosi Adun tersebut serta tidak menyiarkan surat protes Beliawanis.

Selain tidak mengendahkan Beliawanis dan Wanita MCA – cuba anda Google cemuhan-cemuhan yang dilemparkan terhadap Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang – The Star cukup selamba sungguhpun yang dibuli adalah kakitangan suratkhabar itu sendiri.

The Star sama selambanya dengan Senator Gan yang sikap bersahajanya tidak ubah politikus-politikus lelaki yang lain di MCA. Hanya si presiden parti yang mula cemas sekarang.

Itulah, susukan kera di hutan

BN kuat kerana tonggaknya ialah Wanita Umno. Setibanya musim pilihanraya, Kaum Ibu, makcik-makcik berselendang merah serta rombongan puteri-puteri Umno lah yang paling rajin berkempen mengetuk pintu dari rumah ke rumah.

Dengan MCA pula, jelas sekali Wanita dan Beliawanisnya dipinggirkan oleh pucuk pimpinan parti yang ibarat ‘Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan’. Jentera media MCA menatang evangelista bagai minyak yang penuh.

Kes hari ini yang bersabit gadis sensasi Facebook dan ‘bakal mangsa rogol’ bukannya pertama kali seorang wanita Cina yang pro-BN diterjah pembuli.

Dan bukan sahaja di alam maya malah melalui ugutan sms serta panggilan telefon selain ancaman dibuat ke atas anak kecil dan peniagaan ahli-ahli keluarga mereka (pengalaman “Ms Tow Truck”). Maklumlah dipengaruhi kongsi gelap.

Begini kelakuan Super Bully.

Lesson well learnt - Opinion The Star Online 2013-03-12 13-05-58
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/3/12/focus/10900598&sec=focus

Dan The Star mengiyakan gelagat Si Dapster dengan tajuk berita ‘Lesson well learnt’, maksudnya Sudah Diberi Pengajaran. Lain kali jangan berani lagi sesiapa hendak mengkritik Lim Guan Eng.

Jentik aje Tokong, serta-merta DAP SuperCyber Bully akan membaham engko sementara The Star pula mengata engko seorang yang “infamous” (lihat screenshot atas) sungguhpun anda adalah Ketua Beliawanis MCA Selangor dan The Star adalah milik MCA.

Bukan DAP SuperCyber Bullies yang ditegur The Star tetapi si mangsa yang “traumatised” digelar suratkhabar itu sebagai “infamous”.

Kalau keadaannya macam ini, wanita Cina yang mana akan cenderong untuk sokong BN?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

21 thoughts on “Super Cyberbullies mahu lihat gadis Cina pro-BN dirogol (updated)

  1. I dah cakap Cina yang menyokong DAP makin hari makin kurang ajar. I dah cakap I can understand why May 13 terjadi. These people scream for freedom of speech, scream for equality, when Hindraf asking for Indians they maki maki call these people pariah, mabuk todi etc, Hindraf tidak boleh bersuara sebab sebab diaorang punya speech is not DAPsters friendly, bila Anas Zubedy, critical of BN wow dia towering Malay, when Anas wrote an open letter to LGE suddenly Anas adalah seekor setan, I pity this Amoi, ramainya nak dia ni dirogol…. so sendiri mahu tanya you mahu ke bagi empowerment sekali lagi to this people

    1. Belum berkuasa pun dah tunjuk sikap samseng, bayangkan kalau mereka dah berkuasa penuh dan mereka ada ramai pegawai yg jenis psycopath macam ini. Memang huru hara jadinya negara kita ini.

    2. It doesnt matter whether she is chinese girl or indian girl. It is a criminal offence to encourage violence and sexual assault on a woman even in social media. The MCMC should immediately tracked down all postings which encourage sexual violence or rape and charge them in court.

      The subject matter is not important but the criminal element of aggravated sexual assault planning and encouragement is real enough for MCMC and the police to take action.

      The 1 million women walk is exactly to catch these kind of women haters. Here they dont agree with the girl, but what is to stop these same men and women to plan sexual assault on a girl because they dont like the dress or skirt she wear.

      Thank you Helen for highlighting this. In India we read a girl was raped in a bus and thrown off the bus naked, so they really meant what they say and this can be use a mens rea.

  2. helen ..i am sure u mesti lagi teruk kena kan ..hahaha… apa pun pada pendapat saya mca di bawah CSL yang patut disalahkan …orang main kasar sama lu ..tak semestinya u mesti lawan dengan kasar … api di lawan api tak jadi ..lawan le api dengan air …at least ada usaha dan tindakan …. nak tak nak kena singkirkan CSL ..takkan parti yang dah lama wujud ada jalan atau alternatif ..perlahan2 akhirnya pasti sampai

    1. I’m tougher lah, kan bekas wartawan. Yang tu, boleh lihat pada gambar, seorang gadis muda.

      1. Kak Helen kena bagi kelas kaunseling dan sosial media kepada pemimpin2 MCA… kesian diaorang ni…

  3. Helen,

    Simpati saya kepada gadis-gadis Cina pro-BN seperti Shen Yee Aun. Amat malang sebuah parti seperti DAP yang kononnya memperjuangkan ‘righteousness’ tetapi ‘membuli’ sesiapa yang tidak sependapat dengan mereka.

    ‘Kelaku’ DAP Cyber-bullies memang sudah diketahui kerana apa jua yang boleh merosakkan ‘imej’ atau ‘reputasi’ parti mereka khususnya ‘Tokong’ mereka, akan mereka ‘cantas’ seberapa awal dan seberapa ‘kejam’ yang boleh.

    Apa beza mereka dengan PAS? Pada saya tiada beza sebab kerana ‘ketaksuban’ terhadap pemimpin yang digelar ‘Ulama’ (DAP dengan ‘Tokong’nya), mereka tetap ‘mengkafirkan’ UMNO sehingga ke hari ini. Even, ustaz nasha pun tidak selamat dari ‘cah-keting’ mereka.

    Apa beza mereka dengan PKR? Sama juga kerana yang taksub tetap mengatakan Anwar Ibrahim itu ‘Suci’….dan apa saja insiden akan dikaitkan dengan ‘konspirasi’ atau ‘sandiwara’ UMNO.

    Maka sesuailah ketiga-tiga kumpulan ini bergabung kerana ‘ideologi politik’ mereka memang sama di dalam satu entiti baru yang belum berdaftar iaitu ‘Pakatan Rakyat’.

    Terus-terang saya merasa ‘geli-geleman’ dengan perkataan ‘Rakyat’ dihujung ‘Pakatan’ kerana saya juga rakyat seperti rakyat lain yang tidak merasa diwakilipun oleh mereka maka saya fikir entiti itu lebih baik dinamakan ‘Pakatan’ aje kerana segala yang mereka cakap dan buat takde satupun yang masuk akal seperti wayang kartun walt disney.

    Kepada Shen Yee Aun dan rakan2, teruskan perjuangan anda kerana suara anak muda seperti anda amat perlu untuk negara seperti Malaysia…..

  4. OMG jgnlah sampai macam tu… kalau kena dekat adik kakak atau anak sendiri mcmana…

    amboi lama tak masuk, meriah kat sini. sibuk gaban la ni. aku baru dapat lagu baru utk negeri pulau pinang:

    Anthem of Republic North

    When a tiger became ‘harimau’
    Each day passed, ‘mesti mau’
    When leader started political cult
    Soon they’ll become an insult.

    When human is worshipped like deity
    The deviationists are the one to pity
    Voluntarily want to be a donkey
    One day, end up drinking ‘air kaki.’

    12-03-2013
    Batu Kawan, Pulau Pinang.

    1. Sebagaimana langkah permulaan, sesebuah media yang bertanggungjawab perlu merungkai gejala ini.

      Media milik MCA tidak. Sebaliknya The Star yang paling tekun mempromosi ikon-ikon cyberbully.

  5. And Najib still thinks there is no need for women’s right movement in this country ? As for the DAP wonder how all this plays when their political hacks make a big deal about Women’s Day and the like.

    Hannah Yeoh must approve of this all old testament shite which amounts to a stoning. As usual what I find fascianting is that a community is turning on itself. UMNO is always accused of dividng the Chinese community but here we have an example of the DAP sanctioning such hate.

    But these cyberbullies are cowards anyway. When they start talking about a Malay woman like that then the shit will really hit the fan. As it is only other Chinese and Indians are fair game.

    Oh well, in the real world partisan Malays are fighting amongst each other and disrupting ceramahs and the like, in the cyber (is this an old fashioned term ?) world the Chinese are devouring themselves.

    I would like to see that debate between Shen and Kee though. Hell, I would like to debate that hack.

    1. re: “When they start talking about a Malay woman like that then the shit will really hit the fan. As it is only other Chinese and Indians are fair game.”

      Yes. Altho’ not on the same plane but when the Permaisuri Agong was disrespected recently, the Chinese guy had to pay.

      re: “Oh well, in the real world partisan Malays are fighting amongst each other and disrupting ceramahs and the like, in the cyber (is this an old fashioned term ?) world the Chinese are devouring themselves.”

      Interesting point indeed. Devouring it could well be ‘cos there isn’t any mano e mano face-off between DAP and MCA. The latter gave a walkover from the word go.

  6. There should be a severe law against humiliating women, of all races, creed and color what and who they are to *teach* the perasan hebat Men in Msia some lessons on this. A jail term and a hefty fine should be adequately enforced. The day Msian women stand up and say enough is enough there will be a big change in the mentality around here. Its as if these guys dont have mothers/daughters/sisters/cousins etc.

  7. Dear hell, if only you spent a fraction of your time on your hair instead of being a frustrated political scum.

    1. ya know what ss – now i know why you always talk about the hair, it’s ss as in sue sylvester from Glee, right? LOL … you’re a funny & dumbass troll!

  8. do you still need more proof of why these PR cyber bullies are behaving like this ? as I have said so many times, these PR cyber bullies are the descendants of coolies. they are uncouth, without culture, the list goes on. being the descendants of coolies, what to expect ?

    now at Stop The Lies, they have gone on to impersonate me and countless other readers by spreading lies and nonsense. have had enough of them. now just waiting for PM to dissolve parliament and wait for the Election Commission to announce the date for GE13. then finish these scums off for good !

Comments are closed.