Posted in Gunting Dalam Lipatan

Ubah.TV berbanding MCA punya tv

Janganlah pula sesetengah pembaca menyangka bahawa Kit Siang sudah uzur. Dia masih lagi “sihat dan kuat” (kerana banyak minum Milo, kot).

Baru semalam bakal YB Gelang Patah itu naik pentas untuk berceramah. Ia sebuah acara yang ditayangkan melalui live streaming oleh Ubah.TV, iaitu sebahagian daripada saluran media DAP.

kitsiangUbahTV
Kit Siang mengisyarakatkan todak melanggar Johor

Sebaliknya SwitchUp.TV adalah rangkaian televisyen Star Media Group, jentera media milik MCA.

Kelmarin The Star Online telah memuatnaik klip video wawancara dengan Ketua Wanita MCA Pulau Pinang yang meninjau pandangan beliau tentang sentimen para pengundi di negerinya.

StarTVtanchengliang

Klip video itu hanya ditonton sebanyak 41 kali dan diberikan empat ‘Thumbs Down’ oleh pelanggan YouTube.

Lihat juga pada latar video (screenshot atas). Rangkaian Internet TV milik The Star itu sengaja menonjolkan papantanda “penang.gov.my”. Sepertimana yang kita ketahui, nama “Pulau Pinang” adalah hak milik Lim Guan Eng.

Apapun, dipautkan di bawah temuramah The Star dengan Tan Cheng Liang, Ketua Wanita MCA Pulau Pinang.

StarTVfoood

Cuba kita bandingkan sambutan bagi video-video yang disiarkan oleh televisyen Star ini.

Nov 2012

Okt 2012

Sept 2012

Kesimpulannya televisyen Internet The Star boleh dikatakan agak popular. Hanya MCA sahaja yang tidak popular di kalangan peminat The Star Online.
.

Undi kaum India bagi MCA dalam PRU13

DAP lebih kuat MCA kerana parti pembangkang itu ada memegang kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak manakala MCA tiada.

MCA hanya tinggal kerusi di Johor dan Perak selain satu-dua buah kerusi di negeri-negeri lain.

Sekiranya pembahagian kerusi bagi calon BN mengikut status quo, maka MCA dijangka akan mempertahankan 15 kerusi Parlimen di semenanjung.

Di samping 9 daripada 15 buah kerusi tersebut terletak di kawasan majoriti Melayu, 7 daripada kerusi-kerusi Parlimen MCA mempunyai bilangan pemilih kaum India melebihi 10 peratus.

Sudah sekian lama talian hayat dihulurkan kepada parti itu oleh pengundi Melayu dan India setelah MCA ditolak kaum Cina.

MCA15indians

Gunting dalam Lipatan

Adakah MCA masih lagi mampu meraih sokongan orang Melayu dan orang India?

Pengerusi Hindraf P. Waytha Moorthy sudah mogok lapar selama dua minggu tetapi peristiwa tersebut tidak sekalipun disebut oleh The Star sehingga hari ini.

Waytha banyak menyelar pihak pembangkang sejak beberapa hari yang lepas ini. Contohnya beliau telah berkata bahawa projek mega prasarana seperti terowong bawah laut Pulau Pinang adalah kaedah untuk golongan elit mengisi tembolok mereka.

Waytha juga menyeru kepada Pakatan agar berhenti daripada melanjutkan pembohongan Buku Jingga mereka serta mendakwa bahawa seruan ‘Ubah’ hanya satu ilusi.

FMT telah menyiarkan rencana-rencana Hindraf yang antara lainnya bertajuk:

Namun seperti biasa, bad news for the DAP is good news for the MCA is no news in The Star.

Suratkhabar itu lebih gemar membawa propaganda DAP bahawa memang tidak pernah wujud perbezaan ‘bangsa’ — Star editor insists that ‘races’ have never existed’.

The Star adalah akhbar yang memenuhi citarasa dan selera jenis pembaca yang bertanggapan tiada warga keturunan India yang duduk di negara kita. Yang ada hanya Bangsa Malaysia.

Malaysian First Jerusubang

Catatan seorang Facebooker yang memberikan maklum balasnya terhadap berita laporan mogok lapar Waytha Moorthy:
.
“This guy is a joker…… he an embarrassment to Malaysians….. he so busy fighting for Indian rights can someone tell the joker that Indians are in INDIA…… if he was to fight for poor Malaysians irrespective of race and religion he will then surely have my support…..we do not need jokers with race baced themes in our country.”
.

Waytha physically weak but mentally strong

Adakah kaum India Malaysia yang berpendekatan Firster ini – yakni golongan yang dipupuk oleh akhbar The Star – akan mengundi BN atau Pakatan?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

9 thoughts on “Ubah.TV berbanding MCA punya tv

  1. 2 minggu tak makan dan dia tak mati lagi? Ini mogok makan ngelat ni. Dia ada curi makan ni.

  2. kalau Roti Bakar, Char Koay Teow & Resipi Kopitiam lebih menarik dari apa yang MCA mahu katakan, ada baiknya MCA bermuhasabah diri dan menanya ‘wth is wrong with us?’

    Menurut teman cina saya, isu CSL vs OKT masih lagi jadi perbualan & isu hangat: walaupun serasanya isu ini sudah lama namun ianya direcycle berulangkali: nasihat pada CSL – apakata mengambilcara Dr Boo dengan statement kononnya ‘saya sendiri menjemput LKS bertanding di Gelang Patah’.

    Isu-isu rumahtangga tak perlu diwar-warkan (tidak perlulah sampai ke tahap ‘gag order’ ala fuhrer Lim, ya?)

    Diberitakan BN menampil 40% muka baru utk PRU13, inilah masanya untuk politikus taman jurasik untuk berlagak mentor seperti LKS dan memberi sokongan pada muka-muka baru MCA. Untuk menyelamatkan MCA, memang sudah terlambat tetapi walaupun 85% menyokong DAP, pastikan yang 15% tidak berubah fikiran dan mintalah bantuan dari 15% ini: tanpa penyokong apalah sangat pada parti dan sudah pasti parti itu sendiri takkan wujud lagi?

    Kadang-kadang, dalam keghairahan MCA menangkis serangan DAP, MCA sendiri terlupa dengan kontribusi yang mereka lakukan selama ini untuk masyarakat cina: bukan untuk mendabik dada dan meminta masyarakat ini berterima kasih atau merasa terhutang budi tetapi sebagai ‘ammo’.

    Manifesto pembangkang tidak sempurna, lebih-lebih lagi banyak kekurangan untuk masyarakat cina sendiri: dari sekolah kebangsaan, wealth distribution, bahasa serta hak mereka. Sekiranya Malaysian Malaysia menjadi cara hidup, serasanya kaum cina tidak mahu peradaban ribuan tahun dipupuskan/lenyapkan. Dalam konteks ini, MCA perlulah pandai mengolah semula dan membaca makna yang tersirat.

    Gangguan seksual, cara gangsterisma DAP bukanlah cara hidup masyarakat cina di Malaysia – ini antara poin-poin yang boleh dipertengahkan.

    MCA juga perlu bercakap bagi pihak kaum cina yang miskin – kita mesti mengakui bahawa bukan semua orang cina di Malaysia ini kayaraya, jika ternampakan keikhlasan dalam memperjuangkan nasib mereka, saya percaya pasti ada sokongan tambahan.

    Ambillah pendenkatan ‘bangsawan mandarin’ di China dahulukala: ular yang menyusur akar, takkan hilang bisanya. Ikut resam padi, makin tunduk bila berisi.

    1. Anakjamil,

      Seperti yang selalu saya katakan, MCA tidak pernah beritahu masyarakat Cina bahawa walaupun undi mereka penting tetapi bukan segala galanya.

      Saya fikir masyarakat cina sendiri sdar betapa DAP memang tak guna tetapi mereka masih sokong DAP sebab mereka tak dapat terima bahawa kerajaan malaysia kini diketuai Melayu.

      1. ” mereka masih sokong DAP sebab mereka tak dapat terima bahawa kerajaan malaysia kini diketuai Melayu.”

        Saya tak merasakan begitu sebab masyarakat cina mengutamakan keluarga & anak-anak. Ini dapat kita lihat dari cara mereka berbelanja untuk pendidikan anak-anak mereka. Mereka juga banyak melabur, berjimat untuk memastikan keselesaan keluarga.

        Isu sebenarnya, pada hemat saya adalah kepincangan pada informasi untuk ‘wealth distribution’, ‘government assisted funds for non Bumi’, ‘pelaburan tertentu untuk mereka’ dan sebagainya disampaikan. Seperti unit Amanah Saham Malaysia/Amanah Saham Wawasan (?) contohnya (hanya segelintir sahaja yang mengetahui),

        Kadangkala, bahasa juga merupakan penghalang. Kita mesti akui kebanyakan rakyat Malaysia hanya pada nama namun kearifan dalam bahasa Malaysia sendiri terhad, jadi frontliner/customer service untuk agensi kerajaan haruslah mempunyai pengetahuan dalam bahasa lain selain bahasa Malaysia.

        Oleh kerana itulah DAP hidup subur kerana tugas mereka hanya mengapi-apikan sentimen kononnya bangsa cina menjadi mangsa di Malaysia. Oleh kerana itulah kadangkala kredit yang sepatutnya untuk MCA telah dihijack dan kenampakan dan disalahertikan seperti sumbangan DAP. Bak perumpamaan, lembu punya susu, sapi dapat nama.

        1. Saya juga berfikiran begitu.. Mereka sudah buat keputusan untuk beri kuasa pada DAP atas keyakinan PR akan menang kali ini. Tidak rugi untuk mereka mencuba nasib. Persoalan sekarang ini adalah apakah melayu Johor (negeri saya) akan beri kerusi kepada MCA? Tunggu dan lihat lah nanti.

  3. Talking about Indians, I’m now at my bro’s place at Puchong Lakefront for a gathering of sorts. Was at Tesco about an hour ago to get some beverages.

    A whole stretch of road behind Tesco, approximately 200 meters or so is closed. At least 130-150 tables are laid out for a fund raising dinner cum ceramah by PR. Based on the invited speaker on the backdrop, I can see Teresa Kok, Gobind, Teng CK & a face I’m not familiar with, a lady in glasses with a tudung on.

    Two observations.

    1) Half way through the dinner (it was only 08:30pm & they were just serving roasted duck), I could see Indians walking out. Based on my 20 mins observation, I would conservatively estimate over 100+ Indians leaving. The Chinese which makes up the majority of the crowd remained seated.

    2) I spent 20 mins or so to observe simply because the VIP, uncle Kit was making his speech. He was rehashing all the trite arguments about corruption as the reason to replace the current admin. I noticed the crowd was somewhat servile. They seemed more interested with the food & unexcited by the speech. This was in stark contrast with the rally I saw in MJC Batu Kawa, Kuching in 2011 where the crowd went wild with every word the speakers were saying.

    So, is this an indication of the loss of Indian support & supporters getting a tad tired with a prolonged campaign which started since the last election ended?

    1. FFC, you say ” So, is this an indication of the loss of Indian support & supporters getting a tad tired with a prolonged campaign which started since the last election ended? Maybe u are right maybe you are not. Your personal observation is appreciated.

      The personalities, the fund raising event is not important but the objective of it. The mere fact that 100 over Indians walked out because they served roast duck is not the issue. What one eats is their choice and I am sure the Indians are not there because what is being served.

      So why do you think the 100 over Indians walked out even when they stood silent with the cow head issue and everyone else in Malaysia keep silent with blatant disregard to their culture? Is is this an intimation that we are used to or indicating to the Malaysian Indians that you have o voice as a Malaysians Indian but how we the rest of Malaysians decide what it has to be even if suppresses humanity?

Comments are closed.