Posted in Gunting Dalam Lipatan

Musang berbulu ayam kenakan Najib melalui perang saraf

Perdana menteri telah mengadakan perjumpaan dengan Hindraf pagi tadi.

Niat baik Najib Razak telah diperlekehkan. Wakil-wakil Hindraf yang bertemu dengan PM pula dilontarkan pelbagai kata-kata nista oleh puak pembangkang.

Apa yang terserlah dalam serangan-serangan melalui media alternatif ke atas para pemimpin Hindraf tersebut ialah sikap menghina kaum India secara amnya.

Mereka dilemparkan kata-kata kesat seperti “pariah“, bangsat, (terjemahan daripada bahasa Inggeris “low life”) dan “najis” (“blooming low down shit”) oleh para penyokong pembangkang yang menulis komen dalam Malaysiakini.

Mereka juga dicerca dengan stereotaip “pemabuk” yang ketagih samsu, “kumpulan pengemis” dan dipanggil “ular“.

Seterusnya pengerusi Hindraf P. Waytha Moorthy, naib pengerusi W. Sambulingam dan penasihat gerakan tersebut N. Ganesan digelar petualang serta dituduh sebagai pengkhianat bangsa dan didakwa menjual tubuh kepada Umno,

Tuduhan Malay First, Indian First

Tapi kononnya Kit Siang dan Guan Eng “Chinese Last”.

Memandangkan liputan negatif oleh media baru, maka timbul persoalan pokok iaitu apakah peranan media arus perdana?

Pihak pembangkang, khususnya DAP, boleh begitu kuat menyebarkan dakyah Malaysian First mereka yang kononnya mendokong prinsip buta warna kulit atas ehsan dan kerjasama media (baca: The Jerusubang Star).

Ambil contoh kritikan ini yang dibuat terhadap Hindraf oleh seorang pelanggan Malaysiakini ekoran pertemuan Najib dan Waytha Moorthy:

“And Hindraf’s self-serving ‘Indian 1st‘ platform is a stab-in-the-back of all right-thinking Msians who are fighting for a new future that is RACE-BLIND.”

Ungkapan “Indian First” ini sebiji dengan tohmahan “Malay First” terhadap timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Pemimpin evangelis DAP 2.0 dan pengikut-pengikut mereka berjaya menjadikan “ras” sepatah perkataan yang dianggap kotor.

Malay-sian

“Indians are in India”, we are all Malaysians

Daripada cuba memperbaiki tanggapan negatif terhadap kaum India yang dipegang oleh Malaysian Firsters, pemimpin evangelis DAP 2.0 – seperti Hannah Yeoh umpamanya – lebih rela menidakkan kewujudan kaum India di negara kita.

Kita semua “Anak Malaysia”, tegas Hannah. Anak-anaknya sama sekali bukan berketurunan India.

Cuba tengok pada komen Facebook (screenshot bawah) yang merujuk kepada mogok lapar yang dijalankan oleh Waytha:

Waytha physically weak but mentally strong

Komen oleh Facebooker tersebut berbunyi “can someone tell the joker [Waytha Moorthy] that Indians are in India”.

Sebuah lagi komen di Facebook yang memberi maklum balas kepada rencana FMT berkata “An Indian [P. Uthayakumar] is asking a Muslim party [PAS] for a seat yet the majority of the insults are uttered by the Chinese. Calling him garbage and dog.”

Uthaya wants to be a PAS candidate

“Not race based”

Ramai daripada generasi muda penghuni bandar termakan dengan pujukan Firster, sepertimana yang diolah oleh gadis di bawah:

“Let’s fight for all Malaysians equally. Not race based. There are poor people of all races who need help. Let’s fight to uplift all Malaysians no matter who they are please.”

Stop the Buku Jingga lie  Free Malaysia Today 2013-03-21 10-52-30

DAP menuduh lawan sebagai ‘rasis’ dan ‘bigot’

Ada dua kelemahan dalam hujah yang diajukan oleh Kelley Sarojakumari Kuttan di atas.

Yang pertamanya, sesiapa yang memperjuangkan bangsa dibayangkan sebagai ‘rasis’.

Hindraf seringkali dimomokkan sebagai rasis oleh jenis-jenis Firster ini kerana gerakan tersebut menimbulkan permasalahan golongan miskin India untuk perhatian umum.

Puak Firsters gemar berteriak bahawa Hindraf adalah rasis. Sekarang teriakan mereka dilanjutkan kepada dakyah bahawa Hindraf yang rasis bakal bersekongkol dengan Umno yang merupakan Bapa Segala Rasisme.

Kelemahan yang kedua ialah sikap hipokrit Pakatan berjaya disembunyikan melalui laungan “Let’s fight for all Malaysians equally. Not race based. There are poor people of all races who need help. Let’s fight to uplift all Malaysians no matter who they are please.”

Pada hakikatnya Pakatan tidak mengendahkan golongan daif. Lihat sahaja pada keadaan di Pulau Pinang di mana kaum India sudah mula ‘diusir’ dari pulau itu kerana tidak mampu membeli rumah.

Firsters mahu Hindraf membela Cina miskin

Hasil pendekatan Firsters yang bertekad mahu menyama-ratakan semua orang ialah tiada sesiapa pun yang akan dihulur bantuan pada akhirnya. Kalau Hindraf tidak mendesak dan terus mendesak, kedua-dua BN dan Pakatan akan melepas tangan sahaja.

Hindraf menonjolkan kepincangan hidup masyarakat India yang terpinggir tetapi mereka dituduh rasis atas alasan tumpuan mereka hanya kepada kaum India.

Puak Firsters Anak Bangsar Malaysia Malaysian Malaysia ini mahu Hindraf membela nasib orang Cina miskin untuk membuktikan bahawa gerakan yang dipelopori penganut Hindu itu tidak rasis mengikut ukuran Papa, Mama dan anak-anak buah Dapster mereka.

MusangBerbuluAyam

Musang berbulu ayam

Kenapa propaganda Buta Warna Kulit ini oleh Pakatan boleh lebih berjaya sehingga Hindraf dan Umno sering dimaki-hamun sebagai rasis?

Kenapa Najib Razak sendiri turut menjadi mangsa perang saraf Pakatan yang memomokkan Hindraf pada hari ini?

Salah satu sebab ialah cengkaman ke atas media aliran bahasa Inggeris oleh penyunting beserta wartawan yang sebulu dengan Pakatan. (Media Cina tak payah cakap.)

Kumpulan Media Star yang mempunyai audien 5.63 juta orang pernah mempromosi evangelista gila sakan.

hannah-yeoh-to-be-in-live-tweet-session-2012-04-25-15-31-081

Pada waktu tengah hari tadi, bacaan Twit Meter menunjukkan Hannah Yeoh mempunyai 61,550 orang pengikut Twitter. Selang beberapa jam, bacaan Twit Meter sudah meningkat mencapai angka 61,601 iaitu tambahan sebanyak 51 orang.

Seperti yang diketahui kita,

Bad news for the DAP is good news for the MCA is no news in The Star

Sebenarnya ia kelihatan seperti Hannah Yeoh malu untuk anaknya digelar seorang berketurunan India.

Jadi anak Hannah Yeoh bangsa apa?

Kenapa The Star tidak bertanya kepada Hannah Yeoh apa pasal anak sulungnya dicatat sebagai seorang anak “Cina” dalam surat beranaknya?

Serta apa butir keturunan – Cina juga? – yang didaftar bagi anaknya yang kedua?

Sebelum ini, The Star boleh pula memberitakan kelahiran anak Hannah Yeoh sebagai sebuah khabar besar. Kenapa kali ini akhbar tersebut memilih untuk bersenyap?

Seperti lazimnya, agenda The Star adalah untuk menaikkan nama politikus Kristian evangelis DAP.

Walhal sebagai seorang wakil rakyat, Hannah Yeoh tidak berusaha pun untuk cuba menaikkan imej kaum minoriti India yang dikaitkan dengan gejala-gejala sosial yang kurang sihat.

Twitter hannahyeoh 5 weekbaby

Sebaliknya wanita itu sanggup menidakkan keturunan anak-anaknya sendiri dengan berselindung di sebalik propaganda bahawa kaum India tidak wujud di negara kita. Mengikutnya yang ada hanya ada satu bangsa, iaitu Bangsa Anak Malaysia.

Sekiranya The Star boleh melapor ‘Yeoh welcomes baby girl’, saya rasa akhbar itu harus menemuramah Si Ratu Twitter juga untuk kali ini perihal anak keduanya.

Janganlah asyik ‘Bad news for the DAP is good news for the MCA is no news in The Star’ sahaja.

Yeoh welcomes baby girl 2012-05-12 03-50-43

Author:

I have no Faceook or Twitter.

55 thoughts on “Musang berbulu ayam kenakan Najib melalui perang saraf

  1. Helen,

    Part of the problem lies with mind boggling UMNO’s attitude of refusing to punish those who play racial issues.

    Refusing to act when the govt of the day( UMNO led) was slandered will only result in one thing:that these useless politicians or media that support them become bolder.

    A simple case is Nizar lied about the RM207 billion allegedly received during the tenure of Dr Mahathir from Japanese Govt. Tokyo already denied it. What Najib administration is waiting for?

    Charge Nizar in court. Refuse bail on him. It will send message that it does not pay to slander. Instead, AG does not take any action.

    When people detained for rioting, all police can do is taking statement. What the hell IGP is thinking about. No need taking statement and then release them. Detain them. why release them?

    Another case is ROS. I believe the Ketua Pengarah is “makan gaji buta”. Why no action against DAP over messy affair to choose DAP office bearers. Yet ROS boss simply refuses to perform his duty. suspend DAP. what is so difficult about it.

    1. Sham,

      Memang bunyinya amat mudah tetapi ianya ibarat menarik rambut dalam tepung: rambut tak putus & tepung tak berselerak.

      ROS/DAP
      Sekiranya diambil tindakan, memandangkan PRU13 sudah hampir sangat, bukankah ianya dianggap bagai tindakan seorang pengecut (yang tak berani bertanding ) kerana merasakan ianya akan kalah? Sudah pasti, kes-kes penyokong baru yang bersimpati akan bertambah, bukan? Yang merasakan, DAP dianiaya dan membuatkan DAPsters merasakan benarlah mereka bangsa yang tertindas.

      Nizar & Rusuhan
      Kita ada undang-undang serta peraturan antarabangsa yang perlu kita lalui. Menahan mereka hanya menguatkan sentimen ‘BN tidak berubah sama sekali’ – hanya sekadar retorik semata.

      Ini adalah antara sebab banyaknya timbul penyokong baru untuk BN, seperti saya. Bila saya membaca mereka melaungkan ‘Freedom to (insert whatever)’ dan mereka melanggar batasan, saya sendiri terfikir ‘apa lagi yang mereka mahukan, bila segalanya sudah diberi/benarkan?’ Maka, laungan mereka ibarat jeritan orang psiko yang meroyan tanpa sebab munasabah.

      Pada saya juga, panggilan rasis yang dilemparkan serta cerita-cerita merapu yang direka menguatkan perasaan bahawa mereka ini (pembangkang) bukanlah yang boleh membina Malaysia, malah pada saya mereka hanya akan menjahanamkan sahaja.

      Saya juga pasti banyak pengomen di sini, walaupun tidak begitu menyukai BN atau dahulunya anti-BN, sedikit sebanyak merasakan betapa tidak adilnya tohmahan/cercaan yang dilontarkan – seperti artikel ini yang mana bagi rakyat Malaysia yang berfikiran waras, kita juga mahu bangsa India di Malaysia menikmati serta berkongsi kemewahan negara ini.

      Saya gembira dengan pertemuan Hindraf/Najib dan diharap segala permasalahan dapat diselesaikan sebaik mungkin: seperti mana kita mahukan hak kita sebagi bangsa melayu, mereka juga mempunyai hak yang perlu kita dengar, dalami dan selesaikan. Bezanya antara pengomen di sini serta pencerca di MKini (misalannya) ialah pengomen di sini mahukan yang baik, yang molek untuk saudara kita biarpun berlainan ras.

      Kadang-kadang memang nampak seperti BN agak lemah, tetapi laungan yang kuat, taktik ala gerila, keangkuhan, pengejian/pencercaan yang diamalkan pembangkang tidak menampakkan diri mereka itu hebat tetapi lebih kepada ‘trying hard at attempting to be something that they’re not’. Kesederhanaan kadang-kadang merupakan senjata paling ampuh untuk menambat hati orang.

      1. Setuju bahawa terdapat banyak implikasi sekiranya pihak Kerajaan membawa sesuatu kes berkaitan politikus pembangkang ke Mahkamah – setidak-tidaknya tohmahan bahawa BN cuba berselindung di sebalik undanag-undang untuk membunuh demokrasi di Malaysia sepertimana yang dibuat oleh parti PAP di Singapura.

        Kedua ialah faktor kebijaksanaan pengundi masa kini – rata-rata pengundi di Malaysia adalah lebih matang dan berpengetahuan jika dibanding dengan 15 tahun lalu dan ini dibuktikan dengan cara pola pengundian semasa PRU12 yang lalu dimana BN telah “dikejutkan” dengan kehilangan banyak kerusi dan, pada hemat saya – perkara yang sama akan dialami oleh PR pada PRU13.

        Akhir kata, bagi saya, adalah lebih baik untuk BN tidak bertindak melalui mahkamah dalam menangani kerenah politikus-politikus PKR. TQ

      2. Anakjamil,

        Sebenarnya ianya mudah saja. Gunakan prinsip sebagai garis panduan. Jika kita berkata jika Nizar didakwa maka BN akan dituduh mengenakan pembangkang, JANGAN KITA LUPA pula dengan tidak mendakwa puak PR akan kata betul lah tuduhan mereka kerana Kerajaan tak jadi dakwa.

        Siapa hormat orang yang takut buat keputusan? Tiada siapa. Ini bukan soal persepsi. Ini soal menegakkan hukum. Selagi kita tidak ambil tindakan pada Nizar selagi tu dia berani kata yang bukan bukan.

        Adakah Kerajaan masih bermimpi bahawa dengan begitu lemah lembut pada pembangkang maka mereka akan berterimakasih. Jangan mimpi le.

  2. It is high time that Dato Seri Dr Chua Soi Lek and Tan Sri Dr Koh Tsu Koon unite and raise their flags in Pulau Pinang to get rid of these DAP gypsies from Singapore. The PR is only held up by one King who is less than 62 years old. The other 5 have expired by date. The PR and DAP are at the weakest in Pulau Pinang where the DAP leadership wants to ape the failed policies of Lee Kuan Yew whose impeccable academic credentials of a Double Star First in Law from Cambridge but not Oxford and probably a Third Class in the Bar Finals London tower above the DAP muddle-headed leadership with mundane intellect. They could not even mount a normal intra party elections. Dato Seri Dr Chua and Tan Sri Dr Koh, this is your finest hour to get rid of these foreign elements from Pulau Pinang ! The moment you raise your flags, tremendous support will come and you have more Tan Sris and Datuks than you can count ! James Bond said ‘You only die once !’ Not twice !

    If the DAP cared for the Malaysian Chinese, why did they sit out 44 years in the cold and let us all suffer ? Why ? Now, DAP does not deserve to have one single iota of our support! Go home to Daddy, Daddy’s Action Party ! This is where DAP really belongs. Singapore !

  3. Kenapa propaganda Buta Warna Kulit ini oleh Pakatan boleh lebih berjaya sehingga Hindraf dan Umno sering dimaki-hamun sebagai rasis?

    Helen, as much as lots of “kemunafikan”/hyprocrisy in their plots, have it ever cross your mind that this is what majority of the rakyat want. If you notice when Anuart speak, nowadays, he like to say something along the line like “Melayu Cina India kita sama sama bangunkan”. After 50+ years of race base politic, never tired? Ever cross your mind that he knew / saw something you didn’t realize. ;)

    A successful politician speak what the people like to hear. Especially a politikus like Anuart. And their campaign was totally aim for middle class (which 90% Chinese are). If they are smarter, they portray it as class struggle, middle class vs UMNOputra, BN will be in grave dangers.

    So BN will survived I think, because of weak opponents. How I wish we have a strong, reliable options than these 2 clowns from both sides.

    1. I can understand that the Pakatan pollies will say whatever the voting public wants to hear.

      What I can’t understand is MCA allowing its media machinery to backstab BN.

      Like today’s meeting between Najib and Hindraf for instance. It should have generated positive publicity for the BN camp for having some heart compared to the Pakatan side whose supporters ask “He’s not dead yet, meh?”

      But the brownie points for Najib from the Indians didn’t materialize in The Star b’cos the paper played the story according to the Pakatan script, that is after two weeks of blacking out the hunger strike.

      1. I see. Sorry for missing the point. It’s either the Star has lots of Pakatan moles or the staffs are all pro PR.

        In both ways, MCA are too thick not to see it. This make me recalled the Kg Buah Pala issue, the Star actually came out to defend DAP while the villagers slated the Star later for making false claim.

        1. The Star DNA is opposition. That’s why they were shut down during Ops Lalang.

          I’m not surprised to hear you say that the paper sided with LGE and DAP against the Kg Buah Pala villagers. They sided with the DAP branch pollies against the elderly schoolteacher who was bullied in Taman Kaya too.

          And they will repeat performance during GE13. BN pollies must be prepared for the unexpected scissors stab in the back.

          1. Helen

            That why less and less Chinese are with MCA and Gerakan ,they know that MCA are strategicly preparing them with race blinds DAP ,I wounder, does UMNO realize what MCA is playing.

            1. I hope the pro-Umno bloggers will ask their party whether the leaders are aware that all this is going on.

          2. Unfair comment… After all, the Star did report about the hornbill mauling panda today…. (*struggling to contain giggles & keeping straight face)

            1. :)

              Firsters will say that the panda – an animal found only in China and nowhere else in its natural habitat – is racist.

          3. Going by our blessed lady of SJ’s logic, Shay’s racial classification based on maternal rather than paternal lineage is the antithesis of racial profiling & discrimination one supposes.

            The million ringgit question would be how was Kayleigh classified. The question is relevant in the blessed lady’s context as she has consistently parroted the conjecture of doing away with racial profiling.

  4. All political parties in Malaysia play the racial card. The power sharing formual is the ultimate racial deck of cards. If laws were applied without fear or favor, there would be very few elected reps and maybe even political parties.

    All politicans say want people want to hear. Very rarely do politicans say want people need to hear.

    1. re: “All politicans [sic*] say want what people want to hear. Very rarely do politicans [sic*] say want people need to hear.”

      * Freudian slip and “cans” as in tin-tin kosong?

      (note: The paragraphs below are not a riposte to Conrad but I’m using this space since the opportunity arises for me to bring up the subject matter below.)

      How about The Scissors start telling people what they need to hear instead of going full throttle on their Yasmin Ahmad gear?

      I’m not advocating propaganda but I do believe some of the topics that I’ve brought up here – e.g. the 822,567 citizenships given in the year 1958 – could have been carried by the paper and its associated digital media to lend an insight to their 5.63 million (figure cited by the Star bosses themselves) audience.

      How many of the Anak Bangsar Malaysians are aware that even up to the early 1950s, many of the Chinese (apart from the Straits Chinese of Penang and Malacca, and the kampung Chinese of Kelantan and T’ganu) were transient workers like the Bangladeshis and the Burmese working here today.

      Don’t forget that during the WWII, the local Chinese supported China in her war with Japan and Chinese nationalism was mainland/motherland oriented.

      And they were remitting money home to their families in China (like the Indians do).

      That’s why when the opportunity cropped up in 1946 under the Malayan Union’s liberal citizenship offer, there were few takers. Anyone with an interest in reading the history of Malaya as well as the formative years of Umno and MCA would have known of these facts.

      But the Firsters who are buta sejarah dan bukan itu sahaja, yang tak reti bahasa, are all guns blazing on a Seek and Destroy mission against anyone bringing up any perspectives other than those aligned to their own Kumbaya Lalaland.

      And they dare thump their chests like they’re they most patriotic Malaysian First to walk the land? No wonder Kadir Jasin was pissed off. I don’t blame him.

      1. Helen,

        Many of my chinese friends were dumbfounded when I told them that prior to 1957, their status is just like Bangladeshi or Nepali here nowadays.

        And many more were equally puzzled when I told them, at stroke of 9 pen by 9 malay sultans, massive citizenship were guaranteed, an unprecendented move unheard and even unmatched until today .

        And they complain and complain about why they feel like 2nd class. Yet they refuse to wear songkok in State assembly as it is associated with Malay/ And they expect Malay leaders to toss yee sang happily with them.

        The expect Malay leaders to understand “the need to study separately” from non Chinese students . Yet they refuse to understand that the “allah” issue is about the very foundation of a religion.

        They expect ministerial post on them but without supporting the govt of the day. They played out for days on “pendatang” issue although Dato Ahmad ismail meant no insult. Yet they were so forgiving when Perak DAP leader insulted Dr Zambri as “bastard”.

        1. re: “Yet they refuse to understand that the ‘allah’ issue is about the very foundation of a religion.”

          The Star coverage of the kalimah Allah issue was decidedly biased, with the exception of the Ikim weekly column which I can’t believe that many Jerusubangites would bother to read.

          I don’t see that the pribumi of Sabah & Sarawak worshipping Allah is something so criminal but the way the evangelistas have been aggressively talking up the issue and how adamant they are on hijacking is offensive.

          What’s worse is when ‘they’ (presumably them) resort to falsifying Wikipedia — see here.

      2. Must have been a Freudian slip :D

        Ayuh, Yasmin Ahmad. Don’t get me started……..

        I just want to throw out comment a by temenggong over at the Mkini thread. I hope readers do not think that I attempt to turn all threads into a discussion about Hindraf but want I want to establish is the narrative that this election indeed any election is about the race dynamic between the Malay and Chinese which temenggong articulates extremely well.

        This is the quote in question :

        “ Cala, the NEP is not an issue for Hindraf. Their 18 Points is the issue. The NEP can remain along with the 18 Points. Nurturing a 2 party system is also not a goal for Hindraf. That burden falls on the majority Malay and Chinese if they so wish for a 2 party system. Indians need not share that burden. They are clearly focused on the 18 Points. Hindraf must always have political choices, and not just restricted to share the oppositions’ burden. That is not politics, that is political servility, which clearly Hindraf has demonstrated it does not have. It retains its choices and exercises it as and when necessary.”

        Now as a bourgeois Anglo Indian who should be drunk on the kool aid but whose upbringing thankfully fortified him against it, I would just like your readership to understand that for Hindraf it is not about picking sides but rather the “burden” of a 2 party system is not something that [a] minority disenfranchised should concern themselves with merely because neither side offers anything radically different from the other.

        1. Ugh. There’s a typo in the last para. It should be bourgeois Anglophile Indian (a Hindraf epithet) and not Anglo Indian.

          Tak about Freudian slip…….

  5. that’s what i was trying to deliver in my comment of previous entry about the dress…google image search result only showed HY wore a Punjabi dress…NO RESULT for SARI…even for Elizabeth Wong, Teresa Kok and Teo Nie Ching. Even if they had wore, the result maybe not in the top 10 pages in google search.

    DAP & evangelistas look down to Indian. not only through verbal & written messages, but also can be seen from the BODY LANGUAGE.

    These evangelistas more willing to be seen in mosques, with Malay Muslim folks rather than be seen inside temples with Hindu Indian.

    Why? because Hindu Indian have nothing to offer to DAP? who marginalize who?

    I wonder is Mr. Ram is an Indian or Sikh or Punjabi? Despite getting married to an Indian guy, HY is reluctant to be associated with the people of his dear husband. completely shun away from anything related to India ethnicity.

    If I were to marry anyone Non-Malay, i would have some interest to get to know their culture, customs, food bla bla bla….and yet she’s a politician. but she doesn’t use this advantage to gather support from poorer segment of Indian in her constituency. I forgot, in Subang Jaya there’s no poor people….all rich one…

    she only represent the so-called EDUCATED HIGH CLASS people.

  6. Antara emosi dan matlamat menghalalkan cara

    Beberapa perkara yang perlu kita persetujui berasama dalam hal ini :

    1. Menjadi tanggungjawab pemimpin negara agar nasib rakyat di negara ini dibela terutama mereka yang berada dalam kemiskinan / oku/ yatim/ dll yang memerlukan bantuan dan perhatian daripada pemerintah. Ianya bukanlah menjurus kepada sesuatu kaum sahaja seperti Melayu , Cina atau India/ Tamil sahaja. Tugas ini telah sedikit sebanyak telah dimainkan oleh kerajaan melalui pelbagai bantuan sehinggakan kadar kemiskinan penduduk negara ini dapat dikurangkan. Banyak angka dan data boleh dijadikan bukti bagi menjawab persoalan ini.

    2. Bantuan oleh kerajaan telah dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa menidakkan sesuatu kaum. Kek ekonomi di negara kita tidak sejak 50 tahun dahulu tidak pernah dikecilkan bahkan diperbesar sehinggalah sekarang kerana semua kaum tidak diambil bahagiannya untuk diberikan kepada kaum lain. Inilah pendekatan kerajaan BN selama ini dan tak akan berubah demi memaksimumkan kehendak satu-satu kaum. Namun begitu dalam masa yang sama kita berharap takkan ada lagi tuntutan yang rasis dan bersifat konfransai yang dilakukan oleh HINDRAF sebelum ini. Orang Melayu ada yang memandang HINDRAF sebagai kumpulan yang tidak erti diuntung selama ini.

    3. Memang terdapat sebilangan / peratusan daripada penduduk negara ini yang masih miskin. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor terutamanya pewarisan kemiskinan daripada keluarga asal kepada anak mereka yang mewarisinya daripada datuk, bapa dan mereka sendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan pula oleh taraf pendidikan mereka yang tidak baik. Kita sedar bahawa dalam dua dekad terakhir ini banyak berlaku mobiliti sosial dalam kalangan rakyat negara ini sehingga mewujudkan golongan menengah yang memiliki taraf kehidupan yang lebih baik daripada keluarga asal mereka. Semua ini berlaku dengan peluang pendidikan dan pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan. Peratusan rakyat negara ini yang menghuni golongan menengah menjadi bahagian terbesar dalam kalangan rakyat selain golongan bawahan dan atasan.

    4. Bukanlah menjadi tanggungjawab hakiki kerajaan menghapuskan kemiskinan setiap individu. Peranan ini boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja dalam persekitaran keluarga, masyarakat, pemimpin masyarakat, bahagian agama dan parti politik. Kerajaan tidak bertanggungjawab memberi ikan setiap kali rakyatnya kelaparan. Bidalan cina ada menyatakan bahawa seseorang yang diberikan pancing akan dapat makan untuk seumur hidupnya. Dalam hal ini kita seharusnya berhujah dengan lebih akademik bahawa peranan ini telah dimainkan dengan sebaik mungkin oleh pihak kerajaan.

    5. Pendekatan populis yang dimainkan oleh HINDRAF sebelum ini ialah dengan menyerang dan berkonfrantasi dengan kerajaan. Pemimpin kerajaan pada masa itu dikhabarkan menolak rundingan dan permintaan mereka sehinggakan golongan HINDRAF memasuki gelanggang jalan raya sebagai cara menuntut hak dan permintaan mereka. Hasil gabungan HINDRAF dengan pembangkang terutama pengundi bandar telah menyebabkan berlakunya tsunami politik 2008. Ia kemudiannnya menjadi sejarah. Dalam hal ini HINDRAF sepatutnya mendapat bahagian mereka ( permintaan ) kerana kerajaan Pakatan telah berjaya menumbangkan BN di 5 negeri. Sepatutnya HINDRAF tidak dikesampingkan oleh Pakatan kerana ia sebahagian daripada jentera pilihanraya mereka selama ini. Lebih tepat lagi ia sebahagian daripada tentera yang menumbangkan BN. HINDRAF berjasa.

    6. Apabila HINDRAF sekali lagi diperdayakan oleh Pakatan, barulah mereka menyedari bahawa tindakan bermusuh dengan BN tidak dapat menyelesaikan masalah. Harpkan pagar pagar makan padi. Ia dibuktikan dengan musnahnya Kampung Buah Pala dan pemusnahan kuil Hindu di Selangor. Seburuk-buruk kerajaan BN mereka tidak pernah melakukan semua ini. HINDRAF mula sedar mana kawan dan mana lawan. Akhirnya agenda besar mereka bagi mengangkat isu kaum Hindu/ India tidak ke mana. Sama ada mereka terdesak atau telah berubah fikiran/ pendekatan inilah yang sedang mereka lakukan.

    Persoalan

    1. Tindakan anggota DAP menyemai perasaan rasis/ menghina/ melabel pengikut dan pemimpin HINDRAF ialah sebagai satu cara memberi nama buruk kepada HINDRAF. Ia memberi warna buruk kepada mereka dengan meminta pengundi menyatakan bawaha mereka telah berpaling tadah/ tidak ikhlas dalam perjuangan/ boleh dibeli/ berharga murah/ mudah menyerah dan segala palitan yang negatif. Sebenarnya dalam masa yang sama sepatutnya pemimpin HINDRAF wajar menempelak pemimpin Pakatan yang telah menggunakan tenaga / isu/ kepimpinan mereka dalam usaha menumbangkan BN pada 2008. Tetapi ini tidak dilakukan oleh pemimpin HINDRAF kerana mahu menjaga air muka mereka sendiri bahawa mereka dalam keadaan sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.

    2. Serangan dan penghinaan dalam bentuk kata-kata ini sebenarnya memperlihatkan DAP sebenarnya memburuk-burukkan mereka yang telah menjadi askar Pakatan pada 2008. Mereka cuba memalukan bekas penyokong Pakatan dengan segala macam watak jahat. Jika anda menyokong saya anda adalah kawan saya dan jika anda tidak menyokong saya anda adalah musuh saya. Dalam hal ini kita sebenarnya telah dapat membuat kesimpulan bahawa DAP / PKR/ PAS tidak bersedia atau mahu bertanggungjawab menunaikan permintaan HINDRAF

    3. Kita dapat andaikan bahawa sesiapa sahaja yang mahu membantu HINDRAF (walaupun belum tentu ditunaikan) akan mendapat sokongan daripada mereka/ masyarakat India amnya. Dalam hal ini kita sedia maklum bahawa BN akan mendapat sokongan yang baik daripada mereka jika kerajaan BN bersedia berbincang dan meneliti permohonan HINDRAF. Inilah yang akan berlaku sekarang.

    Natijah isu HINDRAF

    1. Hubungan kaum di negara kita akan lebih bersifat mementingkan kaum sendiri

    2. Mementingkan kaum sendiri kadang-kadang perlu apabila ada perasaan tanggungjawab terhadap masa depan anak cucu bangsa mereka yang sewajarnya dipelihara. Mereka tidak mahu anak cucu hidup merempat dan menderita. Ini adalah tindakan yang wajar.

    3. Sesuatu kaum yang hidup senang lenang ( dibaca sebagai Orang Cina ) berpendapat perjuangan HINDRAF bersifat rasis. Orang Cina di negara ini memiliki kekayaan yang begitu banyak dan berada dalam keadaan makmur. Sesiapapun memerintah mereka akan tetap berada dalam status quo yang sama. Bahkan mungkin sekali lebih baik daripada sekarang andai Pakatan mampu menumbangkan BN, kerana pemain utama dalam kementerian kewangan dan ekonomi tentu sekali akan dipegang oleh DAP. Tidak pernah terlintas di fikiran HINDRAF bahawa selama ini mereka dinafikan hak/ peluang sehinggakan kaum Cina jauh meninggalkan mereka.

    4. bersambung

    1. re: “Bantuan oleh kerajaan telah dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa menidakkan sesuatu kaum.

      Bantuan kerajaan dilaksanakan dengan memberi banyak kelebihan kepada Melayu. Ia tidak dilaksanakan dengan sama rata.

      re: “Kek ekonomi di negara kita tidak sejak 50 tahun dahulu tidak pernah dikecilkan bahkan diperbesar sehinggalah sekarang kerana semua kaum tidak diambil bahagiannya untuk diberikan kepada kaum lain.”

      Tidak betul, contohnya serangan Dawn Raid ke atas syarikat Guthrie yang diketuai Khalid Ibrahim telah memindah hak milik dari tangan orang putih ke tangan orang Melayu.

      Peniagaan Cina – misalnya bank-bank saiz sederhana – juga telah diserap masuk ke dalam anchor bank sehinggalah pada hari ini, industri perbankan dikuasai Melayu.

      Banyak lagi rungutan para ahli korporat and tauke SME Cina tentang desakan-desakan yang dihadapi mereka kesan daripada dasar-dasar kerajaan yang mahu menguntungkan Melayu.

      Sebab itulah 85% orang Cina bandar tidak menyokong kerajaan.

      1. Re Dawn Raid : Adakah orang putih yang menjadi tuan punya Guthrie sebelum Dawn Raid itu layak diklassifikan sebagai “suku kaum” Malaysia? Bukankah dengan membawa “pulang” Guthrie itu suatu yang baik untuk Malaysia dari segi ekonomi? Dan, tidak kah Guthrie itu disenarai di BSKL sekitar 1989 dan sesiapa sahaja, termasuk orang Cina dan Mat Salleh, boleh membeli saham Guthrie selepas penyenaraian tersebut?

        Re Bank-bank bersaiz sederhana – Kejadian Asian Economic Crisis sekitar tahun 1997 dan Sub-Prime Loan Crisis sekitar 2007 menjadi bukti langkah BNM untuk mengstrukturan-semula bank-bank di Malaysia adalah tepat … Lagipun, langkah yang diambil oleh BNM itu hanyalah berdasarkan program Basle I dan Basle II – itu sahaja

        1. Komen asal oleh pembaca bergelar ‘orang lama’ berbunyi: “Kek ekonomi di negara kita tidak sejak 50 tahun dahulu tidak pernah dikecilkan bahkan diperbesar sehinggalah sekarang kerana semua kaum tidak diambil bahagiannya untuk diberikan kepada kaum lain.”

          (a) Contoh Guthrie menunjukkan pengagihan kek ekonomi dan bagaimana equiti bertukar tangan dari satu kelompok (kaum orang putih) kepada kelompok lain.

          Adakah gerakgeri sedemikian (bukan hanya merujuk khususnya kepada tauke Guthrie) tidak mempunyai impak yang lebih meluas ke atas skema perkauman?

          Dengan keluarnya tauke estet orang putih dari negara kita, struktur ekonomi yang dahulunya bergantung kepada tanaman getah pun ditukar corak. Satu-satu kaum yang mengalami kesan daripada penstrukturan semula tersebut adalah orang Tamil penoreh getah.

          (b) Boleh MYQ berkongsi sedikit keterangan tentang bank-bank yang terpilih menjadi anchor bank serta yang mana diserap. Kita boleh sambung perbincangan selepas ini.

      2. benarkah kerajaan BN tidak membantu rakyat?

        saya tidak melihat kenyataan ini benar kerana saya juga rakyat yang hidup biasa, pernah bekerja makan gaji, pernah menjadi penganggur yang tidak dihormati, pernah mencuba pelbagai bidang perniagaan lalu gagal sehingga hampir bergelar muflis!
        sekarang semua itu sudah menjadi sejarah.

        kenapa?

        saya pergi hampir kemana jua wujudnya agensi kerajaan untuk memohon bantuan modal. tanpa pengalaman dan skil berniaga, bukan berbangsa melayu walau isteri orang melayu. saya mohon tetapi gagal juga…kenapa? kerana silap agensi, kerana silap borang, kerana kesilapan kertas kerja.

        saya teruskan usaha, cari agensi yang bersesuaian, belajar prepare kertaskerja yang betul dan saya mohon lagi sehingga berjaya mendapat bantuan modal.

        hari ini saya berniaga seperti peniaga lain, saya dihormati di kawasan saya berniaga seolah-olah saya sudah berjaya sepenuhnya walaupun pada hakikatnya, saya masih baru.

        realitinya…saya memahami bahawa kerajaan menyediakan banyak ruang dan peluang melalui agensi-agensi sedia ada bukan hanya untuk kaum melayu tetapi untuk semua tetapi rakyat harus usaha sendiri mencari.

        saya bertemu dengan ramai juga yang tidak jumpa agensi berkaitan. kebanyakkannya pernah cuba di satu agensi dan bila gagal, tidak berusaha cari lagi dan mohon lagi. terus mereka kata kerajaan tidak membantu…. inilah masalah rakyat Malaysia… bukan kerana bangsa!

        Parti mewakili bangsa, tetapi bangsa itu sendiri perlu berusaha!

        Kerajaan Bn mewakili semua bangsa… polisi atau dasar kerajaan BN adalah untuk semua…. kita yang malas nak cari…..!

        1. Saya ulang kenyataan saya (disalin-tampal semula) untuk membalas komen Alwie yang berbunyi “benarkah kerajaan BN tidak membantu rakyat?”

          Saya berkata tadi: Bantuan kerajaan dilaksanakan dengan memberi banyak kelebihan kepada Melayu. Ia tidak dilaksanakan dengan sama rata.

          Ada perbezaan dari segi pemahaman “tidak dilaksanakan dengan sama rata” dengan komen Alwie “benarkah kerajaan BN tidak membantu rakyat?”

  7. Berkenaan Guthrie – komen saya hanya untuk mengatakan Guthrie bukanlah satu contoh yang sesuai untuk apa yang Helen ingin katakan …

    Berkenaan anchor banks, secara tidak rasmi, kerangka perancangan BNM pada mulanya (sekitar awal 90an) hanya memperuntukkan dua sahaja anchor bank tempatan yang akan dapat bersaing secara jangka panjang berdasarkan saiz ekonomi Malaysia setelah mengambil kira agenda pembukaan sektor kewangan Malaysia … tetapi disebabkan faktor-faktor tertentu, jumlah ini telah dinaikkan kepada sepuluh semasa implimentasi pada 2001/2002.

    Sebelum implimentasi, bank-bank di Malaysia telah diberi kebebasan untuk memilih rakan-rakan penggabungan dan ini telah melahirkan sepuluh anchor bank, iaitu Affin, Alliance, AmBank, Bumi Commerce, EON, Hong Leong, MBB, RHB, Public, Southern … Bumi Commerce kemudian bertukar menjadi CIMB dan sekitar 2006, CIMB mengambil alih Southern Bank menjadikan 9 anchor bank komersil tempatan. Pada 2010, Hong Leong bergabung dengan EON menjadikan cuma 8 anchor banks sahaja.

    Dari 8 anchor bank komersil tempatan ini, MBB, RHB, Affin dan CIMB boleh dikategorikan sebagai GLC manakala cuma satu dari baki 4 boleh dikategorikan sebagai bumi-controlled iaitu AmBank yang dikelola oleh TS Azman Hashim. Dua bank iaitu Public dan Hong Leong dikawal oleh dua tycoon Cina Malaysia yang terkenal manakala Alliance adalah dibawah kelolaan samada MCA atau Singapura – bergantung kepada siapa yang membuat analisa … Mengambilkira GLC sebagai hak rakyat jelata, diantara 4 bank yang dikawal secara persendirian, cuma 25% adalah bumiputra, 50% Cina Malaysia dan 25% lagi Singapura.

    Secara tidak rasmi, jumlah anchor bank komersil tempatan yang dijangka dapat berdaya saing secara jangka panjang telah dinaikkan dari dua kepada empat berdasarkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu pusat Perbankan Islam Dunia dan kejayaan bank-bank ini menembusi pasaran serantau. Berdasarkan andaian ini, akan berlaku lagi penggabungan bank-bank di Malaysia …. TQ

    1. Terima kasih kerana mengambil masa dan usaha untuk memberi penjelasan.

      re: “Mengambilkira GLC sebagai hak rakyat jelata”

      Ataupun GLC memang pada tanggapan awam dipandang sebagai agensi Melayu? cf. Petronas

      Antara salah satu sebab kajian CPPS-Asli beberapa tahun lepas tentang pegangan equiti Melayu telah dipertikaikan serta mencetuskan kontroversi.

      1. Berdasarkan penggunaan bahasa (semantics???), GLC ialah hak rakyat kerana rakyat ialah kerajaan.

        Dari segi persepsi pula, terdapat pelbagai kemungkinan kerana persepsi itu adalah hak individu dan saya bukanlah seorang yang berpersepsi GLC = Agensi Melayu …

        Walau bagaimana pun, dari segi ras – mungkinkah pandangan GLC = Agensi Melayu adalah kerana diminda golongan tersebut apa yang tidak dipunyai oleh golongan mereka adalah dipunyai oleh golongan lain, dan disini makna golongan ialah Melayu? Mungkin saya silap tapi sekiranya inilah sebabnya, kemungkinan tiadanya semangat keMalaysiaan bagi golongan ini …

        1. (i) Apa salahnya GLC mengambil lebih ramai kakitangan bukan Melayu? cf pelantikan Omar Mustapha Ong pun ada yang kurang berpuashati. Kalau dia tu bukan Islam, saya kira peluangnya tipis (persepsi saya lah ,)

          (ii) cf Low Siew Moi dijadikan pemangku pengurus besar PKNS pun kecoh

          1. Saya cadangkan Helen adakan semakan di syarikat kepunyaan Cina. Perbezaan ketara sangat dari jumlah pekerja pengurusan, tangga gaji juga peluang kenaikan pangkat.

            Apa yang saya cuba katakan adalah sikap perkauman kita masih kukuh. Melayu di GLC mestilah pilih melayu manakala Cina di syarikat cina mestilah pilih cina. Akan tetapi Cina lebih untung kerana kontrak GLC yang dipegang oleh melayu akhirnya pergi juga ke saku cina melalui melayu.

            Kita kena juga fikirkan saudara India kita. Saya risau kerana kita dah keterlaluan abaikan mereka. Harap kerajaan pertingkatkan usaha membantu saudara India kita ini.

          2. Pertama, GLC memang mahu ambil kakitangan bukan Melayu tapi bilangan bukan Melayu yang mahu bekerja diGLC tidak lah ramai – saya bukan bercakap mengenai jawatan di taraf Omar Mustapha Ong tapi berkenaan jawatan pegawai biasa (entry level graduates) dan kebawah. Ambil contoh Maybank, ramai bukan bumiputra berjawatan pengurus dan keatas tetapi amatlah sedikit, terutama lelaki China, yang memohon untuk jawatan pegawai … saya tidak dapat memberi jawapan yang konklusif mengapa Lelaki Cina tidak berminatmenjadi pegawai bank tetapi saya difahamkan kerana ada banyak pilihan lain yang diminati oleh mereka.

            Kedua, Jika tiada kemasukan berterusan dari bawah, sememangnya susahlah untuk meningkat jumlah pekerja bukan bumiputra di sesuatu institusi.

            Ketiga, tahap “kesetiaan pekerja kepada majikan” adalah teramat rendah dewasa ini dan telah menjadi kebiasaan untuk sesaorang itu untuk bertukar kerja demi mencari pakej ganjaran yang lebih baik dan ini mungkin mengurangkan lagi jumlah bukan bumiputra di GLC memandangkan pakej ganjaran swasta sememangnya lebih menarik berbanding GLC.

            Berkenaan Cik Low Siew Moi @ PKNS, beliau ialah salah satu contoh yang sememangnya ada pekerja bukan bumiputra di peringkat pengurusan di GLC. Berkenaan kekecohan mengenai perlantikan beliau, yang kecoh ialah orang politik dan bukannya rakyat jelata.

            Berkenaan politik, sememangnya apa yang dibuat oleh pihak lawan akan dipolitikkan oleh para politikus – itulah hakikatnya Untuk kedua-dua pihak di Malaysia ini jadi tidak perlu dihairankan.TQ

            1. re: “Jika tiada kemasukan berterusan dari bawah, sememangnya susahlah untuk meningkat jumlah pekerja bukan bumiputra di sesuatu institusi.”

              Hujah yang wajar dipakai untuk menjawab dakwaan Dapster kenapa orang Cina tidak ada yang menjadi Jeneral tentera pada masa kini :)

    2. This is a very accurate description of the consolidation process. I too believe another round of consolidation is in the works looking at some telling market behaviour.

        1. Banks.

          In relation to your posting on Indians, lets just say that we have a lot of data proving conclusively the vulnerability of the Malaysian Indians. The real question is in wealth creation and trickle down effects, when a community is too fragmented to self help.

          1. re: “a community is too fragmented to self help”

            It doesn’t help when the ones who are better off in that community insist that Indians are only to be found in India as a nationality. And having the likes of Kimma who want to be bumiputera (as if it is a racial identification).

          2. Isn’t that the point? Their grief and anguish is real, our Indian bretherns. But what is more important, finding real solutions or getting Queen Elizabeth to intervene?

            Is Indian-ness / Tamilness or Hindu-ness at threat here or the socioeconomic deprivation of the Indian community (including the Christians, Kimmas and etc.)? I’ve come across more Indian and Malay doctors than Chinese ones in my entire adult existence. I’ve seen and heard Ananda and Tony and Vinod and Gnanalingam and Barkath. The last I checked the son of Samy Vellu, Vell Paari, has the cheek to call Mahathir evil when his family’s exploits in outright plunder would put Shahrizat’s to shame.

            1. re: “getting Queen Elizabeth to intervene”

              A brilliant ploy to obtain media international media attention, don’t you think?

  8. “It’s a clue to the literary authors that you read? :D” – Helen

    lol. Very good Helen.

    On a lighter note I was lurking on the BN official website and noticed this of my favourite MP, Khairy “the Man” J.

    “Beliau memilih novel Heart of Darkness karya Joseph Conrad sebagai novel terbaik yang pernah beliau baca kerana penulisan yang baik serta plot tentang kolonialisme dan kapasiti manusia ke arah kejahatan yang dipaparkan dengan jelas oleh penulis agung itu”

    Coincidence ? Or does Conrad have deeper purposes here…….

    1. I was taken to watch Apocalypse Now as a kid (obviously “taken” as which kid, and a girl at that, in her right mind would have chosen that movie to watch).

      Coming away from that film – b’cos it wasn’t any sort of enjoyable moviegoing experience for obvious reasons and I remember my feelings again for the same reason that it was certainly an out-of-the-ordinary moviegoing experience – the thought crossing my mind was “what were those people thinking?” It was all just a mass of confusion.

      I knew (guessed) the origin of your pseudonym from the very beginning. You think too much.

      1. Conrad. You don’t also happen to be a Lord Jim from some other sites, do you?

        1. Nope. This is the ONLY blog that I think is worth commenting on.

          Btw who is Lord Jim ? He/She worth reading ?

          Helen, re : Apocalypse Now.

          I am that certain type of male

          1. Sorry folks, didn’t complete my comment.

            Helen, re : Apocalypse Now.

            I am that certain type of male that believes that may be the greatest flick ever made.

            From the film:

            “You’re an errand boy, sent by grocery clerks, to collect a bill”

            This is kinda of what I think of our so-called wakil rakyat.

            Re: Thinking too much

            GLCs. There is a reason why in Hindraf’s Blueprint there is a point about participation in GLCs. Semantic or not, GLCs are part of the Malay dominated system, which Hindraf wants in on.

          2. I don’t read Malaysian-today.net comments that much, he’s a regular there.

  9. Actually, it’s Joseph Conrad’s Lord Jim.

    I was just curious as to who this Lord Jim, commentor is.

Comments are closed.