Posted in Papa DAPster

Guan Eng serang presiden Persatuan Pengguna P. Pinang

Cuba telita modus operandi (kaedah gerak langkah) Lim Guan Eng terhadap sesiapa sahaja yang dianggap olehnya sebagai musuh ketat.

Mangsa terbaru ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), iaitu S.M. Mohamad Idris.

Twitterdzainalabidin Blapa lapat maa@mpkotabelud
Zainal Abidin ialah Ketua Umno Pulau Pinang

Ia Guan Eng yang sebenarnya menyerang peribadi Idris

Sedutan:Kenyataan Sidang Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 27.3.2013
.

  • Serangan peribadi secara terbuka oleh Presiden CAP SM Mohd Idris sebagai balasan kepada jemputan saya untuk berdialog atas cadangan projek 3 lebuhraya dan sebatang terowong bawah dasar laut adalah sangat mengecewakan kerana beliau telah gagal untuk membalas dengan fakta dan secara objektif.”
.
  • “Kerajaan negeri telah memulakan rundingan awam sejak tahun 2011 dan keengganan beliau untuk berunding atas isu ini hanya menekankan hakikat bahawa kenyataan subjektif yang berasaskan sentimen tidak akan membantu membentuk masyarakat sivil.”
.
  • Saya tidak akan berbalasserangan peribadi tetapi akan membiarkan rakyat awam untuk membuat keputusan untuk memilih di antara cadangan kerajaan Persekutuan atau cadangan kami untuk meleraikan kesesakan trafik.
.
  • Kita harap agar CAP dapat menujukan masalah pengangkutan awam ini kepada kerajaan Persekutuan dengan semangat dan kekerapan yang sama seperti yang mereka lakukan terhadap kerajaan negeri.”
.
Twitterdzainalabidin@umnoonlineAgenda Sebenar
Zainal Abidin ialah Ketua Umno Pulau Pinang

Gunting dalam Lipatan

Menjelang PRU13, jumlah pemilih telah meningkat seramai tiga juta lebih orang. Pemilih yang bakal membuang undi untuk buat pertama kalinya kebanyakan adalah golongan muda yang bersikap anti-establishment, khusus di kalangan kaum Cina.

pasteDAP telah amat rajin mendaftar pemilih-pemilih baru. MCA keberatan untuk mendaftar pemilih baru Cina atas kesedaran mereka-mereka ini tetap akan mengundi DAP juga — jadi tidak berbaloi.

Guan Eng pada hari ini menjadi raja dalam memainkan sentimen populisme, contohnya sepertimana yang tersirat dalam ayat-ayat yang digariskan merah dalam petikan kenyataan akhbar Ketua Menteri itu di atas.

Perkembangan ini – yakni cengkaman propaganda Guan Eng dan DAP 2.0 ke atas orangramai terutamanya penduduk bandar – boleh berlaku kerana dalam tempoh 5 tahun yang berlalu, akhbar milik MCA iaitu The Star tidak pernah cuba untuk menangani dakyah yang disebarkan secara meluas itu.

Justeru MCA sekarang nyawa-nyawa ikan setelah ditikam belakang oleh Gergaji Dua Mata yang dibelanya sendiri.

LGEpaper

SMidrisLGE

Cakap tak serupa bikin

Dalam rencana blognya yang bertajuk ‘Democracy : The Hypocrisy of DAP Cyber Troopers and Supporters‘, presiden Pergerakan Hak Belia Malaysia Shen Yee Aun menyelar sifat hipokrit DAP dan penyokong-penyokong parti itu.

Shen diserang dengan begitu teruk sekali oleh para sibertrooper serta penyokong DAP setelah beliau mengetuai rombongan untuk menghantar memo kepada Ketua Menteri kesayangan Dapster itu beberapa hari lepas (22 Mac).

Kata Shen:

“DAP are the loudest to shout for freedom to assembly, gather, protest and yet when any individual or entity protested against them, they quickly claimed that it is wrong. So is DAP actually shouting for freedom of both side or only just 1 sided where only pro DAP supporters are allowed to protest?”

DapsterPaper

Pada tempoh hari juga, Guan Eng melenting (The Rocket, 25 Mac 2013) bahawa demo-demo yang bersifat “ganas dan rasis” telah diadakan oleh para penyokong BN terhadap pentadbirannya.

Dwi-standard yang diamalkan oleh DAP cukup terserlah. Apabila pihak BN yang buat protes, mereka akan dituduh oleh Guan Eng sebagai sebagai “ganas dan rasis”.

Perangai hipokrit dan bermuka-muka Dapster ini mengikut bentuk acuan pemimpin Papa dan Mama mereka. Pada hakikatnya, cogankata “hak kebebasan bersuara dan berhimpun” itu sekadar retorik lantang yang disogokkan Pakatan sahaja.

Shen Yee Aun beralih kepada MCA
Shen Yee Aun beralih kepada MCA

Ibubapa pengkritik pun diserang Dapster

Shen Yee Aun juga menceritakan bagaimana pengikut-pengikut taksub DAP itu bukan setakat memaki-hamun dirinya tetapi turut melemparkan pelbagai tohmahan terhadap kedua-dua orang ibubapa beliau.

Apa jenis manusia si Dapster-Dapster ini?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

11 thoughts on “Guan Eng serang presiden Persatuan Pengguna P. Pinang

  1. Dapsters adalah makhluk yg suka memaki hamun org yg tidak bersependapat dengannya, suka memandang org lain sebagai bodoh dan low class, tetapi tidak sedar bahawa parti yg mereka sanjung tu….guna Excel pun tak tahu, and sekarang, guna Word pun tak tahu…typo error from RM4bil to RM6bil?

    Only an idiot would accept both excuses. And only a bigger idiot will puji how humble Tokong is to admit to both mistakes…

    Kelakar betul lah penyokong pembangkang…

    How to run a country like this?

  2. helen,

    One mistake that these DAP paranoid leaders commonly do is that they assume they can “force” people to submit to them by them (DAP) becoming threatening and hawkish.

    What they do not realise is that on many occasions people keep quiet as they do not want to create a scene.

    1. Helen,

      I notice “the insecurity” in Guan Eng. He easily (or rather always) on defensive mode.

      He has limited capability when it comes to problem solution. The over abuse answer is “blame UMNO”. What is it with Guan Eng that he simply fails to understand that he is now the “Ketua menteri’, not an opposition leader.

      He takes thing too personally (typical of a sissy). People question him as he is the “Ketua Menteri” he must be able to convince people or at least able to give a decent reply.

      1. Lord Lim of Penang is like the shamans of yore. Back then, the prescription for headache, tummy ache, constipation, diarrhea was probably some ointment made of some obscure roots etc. Fast forward to the present day, his excuse is always the same; UMNO, UMNO, UMNO & UMNO yet again.

        If he could blame UMNO for his lacklustre marital relationship, you can bet your bottom dollar he would. If only he didn’t fall for the sweet Rainbow, he would probably blame UMNO for getting her to seduce him too.

        Trite lines. Too bad a lot of deluded people actually believe the crap he’s saying. Come to think of it, if his ass can speak his fart would probably make more sense than his words.

  3. Menilai sikap dan tingkahlaku pemimpin sepatutnya menjadi perhatian semua rakyat Malaysia terutama yang akan mengundi dalam PRU13 nanti.

    Amat mudah menilai untuk menentukan siapa calon yang layak untuk diberi undi jika setiap calon itu dinilai dari aspek tingkah laku mereka dalam membuat kenyataan.

    Sikap seperti Tokong Lim, Mama Hannah dan yang seangkatan dengannya sama sekali tidak boleh diterima oleh majoriti rakyat yang menghargai ‘kesopanan dan kesusilaan’….

  4. enough is enough, it’s time to punish dap this coming ge. championing all races my foot! kalau berani suruh LGE tanding kwsn majoriti melayu la, kalau nak test sokongan melayu. pangkat cm tapi mcm gangster kg dusun.

  5. mengenai terowong.. si gunting x masukkan berita Pemuda BN PP menyoal kos tambahan 2 billion.. tapi selit masuk bahagian Metro Utara

    jadi tak masuklah bahagian ‘Most Viewed’ utk cerita ‘Poser over mega rise in projects’ cost’

      1. TheStar sekarang editor Tamil sibuk mempertahankan si Tamil Rajagobal yang akan di buang kerana mulut celupar.

        FAM dah gantung ramai orang Melayu yang kritik FAM, tapi STAR tak heboh. Tapi sebab Rajagobal ni tak boleh perform, Malaysia asyik kalah teruk je, penulis Tamil sibuk pertahankan dan kutuk FAM.

        Bila di tanya kenapa pasukan Malaysia selalu kalah, Raja gopal kata sebab polisi FAM yang membawa masuk pemain impot!

        Kalau ini betul maka FAM perlu ubah polisi mengenai pemain impot dan ikut cakap RajaGobal.

        Dah tak tahu apa nak buat akhir sekali jurulatih FAM salahkan FAM sendiri!! Muahaha… memalukan.

        Kenapalah Rajagobal tak jawab dengan tulus, sebenarnya saya dah cuba yang terbaik. Tak tahu nak buat macam mana lagi nak majukan bolasepak Malaysia. Senang.

        Buka jalan FAM cari jurulatih tahap dunia macm hoki Paul Revington mcm terjun Pandalela.

Comments are closed.