Posted in Evangelis

Haris: “Bertaubat dan kembalilah ke pangkal jalan, korang”

Laporan semalam ‘ABU disappointed, says Hindraf “courting” BN‘ (fz.com, 5 April 2013).

ABU disappointed fz

Pemerhatian mudah

Ia begitu senang bagi DAP memberi kerusi Parlimen kepada Wong Tack, pengerusi Himpunan Hijau, untuk bertanding di Bentong.

Ia begitu senang bagi PAS memberi kerusi Parlimen kepada Hu Pang Chow, seorang Kristian, untuk membidan terjun ke Ayer Hitam di Johor.

Ia begitu senang bagi PKR memberi kerusi Parlimen kepada Hashim Hussein, seorang jeneral bersara yang kemasukannya ke PKR diumumkan pada 6 Mac 2013 (hanya sebulan lepas), untuk bertanding di Johor Baru.

PAS to field Christian candidate for first time 2013-04-06 09-34-06
http://www.straitstimes.com/the-big-story/asia-report/malaysia-elections/news/story/pas-field-christian-candidate-first-time-201

Habuk pun tarak

Berbanding dengan kemurahan hati DAP terhadap si kaki bakar wannabe itu, PAS terhadap si Kristian ketua dewan penyokong mereka, PKR terhadap si bekas jeneral itu, Pakatan Rakyat lokek pula untuk memberi walau sebiji kerusi kepada Hindraf.

Pakatan Rakyat payah sungguh mahu memberi ruang dan jalan bagi Uthayakumar untuk bertanding.

Ini selepas Pakatan Rakyat memekik lolong “Makkal Sakti, Makkal Sakti” pada tahun 2008.

Ini selepas Pakatan Rakyat menuduh kerajaan zalim sebab menahan pemimpin-pemimpin Hindraf di bawah ISA. Ini selepas Pakatan Rakyat mendakwa bahawa pihak berkuasa amat kejam kerana menganiaya kaum India di bawah tahanan polis.

Begitu banyak undi simpati yang berjaya diraih Pakatan pada musim pilihanraya lepas atas hasutan-hasutan mereka itu.

Tapi apa yang Pakatan ada buat bagi golongan kaum India yang miskin dan terpinggir di negeri-negeri Jerusubang yang dikuasai mereka?

“40 peratus” itu duduk negeri mana?

Haris Ibrahim mendakwa bahawa 40 peratus rakyat hidup terdesak.

Jadi berapa peratuskah daripada rakyat yang tertindas ini duduk di negeri-negeri Pakatan termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang 10 daripada 11 kerusinya dipegang Pakatan? Bukankan ramai setinggan (urban squatters) dan gelandangan yang hidup di ibukota?

Yang meringkuk di Kamunting selepas perhimpunan Hindraf Nov 2007 ialah peguam keturunan India. Namun yang mengaut untung durian runtuh ketika bulan Mac 2008 ialah politikus pembangkang yang bijak, cerdik, pandai dan oportunis.

http://harismibrahim.wordpress.com/2013/03/28/the-uncompromising-position-of-abu-and-a-compromised-hindraf/
http://harismibrahim.wordpress.com

Memandangkan keadaan yang demikian, kenapa si Haris Ibrahim ni melenting sakan kerna Hindraf mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri? Jumpa PM pun tak boleh, ke?

Bersemuka satu jam saja dengan PM sudah dituduh pariah, dituduh anjing kurap, dituduh mabuk samsu, dituduh pelacur, dituduh jual maruah oleh Dapster. Perrrgihhh lah engko semua.

Tapi Haris yang menuntut Hindraf bertaubat serta balik ke pangkal jalan.

Berkaitan:

Haris asks Najib if he is “ready to die”

Skuad Tahan isytihar perang terhadap Umno yang korup, kata ABU

Author:

I have no Faceook or Twitter.

9 thoughts on “Haris: “Bertaubat dan kembalilah ke pangkal jalan, korang”

  1. its typical of these people. the self righteousness. they think they are whiter than white.

    we’ll see. still early. the EC has yet to fix the dates for nominations and polling.

    I bet this assault on the Hindu community will intensify. they are desperate. they know they have lost the Malay votes. so in order for them to corner the Hindu votes, they will resort to intimidation and things like.

    1. I think our Indian friends are matured enough who to vote for. Don’t need to intimidate them. Cakap orang suruh taubat… sendiri taubat lagi baguslah…. Sembang aje lebih!!!!

  2. Helen,

    Si Haris ABU ni terang-terang bercakap bagi pihak Pakatan. Pakatan Rakyat pula sekalipun menamakan ‘team’ mereka dengan ‘Rakyat’, sebenarnya mereka mendabik dada mendakwa mereka mewakili majoriti rakyat Malaysia.

    Sikap mereka ibarat, “tong yang kosong kuat bunyinya”, walhal isinya ‘habuk pun tarak!” (sorry, pinjam ayat you).

    Kedangkalan Haris memahami apa sebenarnya perjuangan Pakatan yang lebih condong kepada DAP amat difahami kerana inilah kelemahan kebanyakan warga Malaysia yang tidak mahu berfikir walhal cukup tinggi tahap akademik mereka.

    Benarlah kata-kata arwah tuan guru saya dahulu, “tahu belum tentu berilmu”.

    Seorang bapa yang mempunyai sepuluh anak tidak mungkin mampu meluangkan masa yang sama untuk setiap orang anaknya, beliau juga tidak mungkin dapat menyediakan material kehidupan yang sama untuk setiap anaknya. Jika setiap anaknya menuntut keadilan mengikut konsep Pakatan yakni mereka mahukan kesamarataan, maka tentu bapa berkenaan akan dianggap zalim, tidak adil dsbnya.

    Sebagai warga Malaysia yang hidup biasa-biasa sahaja, sebenarnya kita semua tidak perlu fikir terlalu jauh.

    Perhatikanlah apa berlaku dalam kehidupan kita sendiri sebelum menuding jari menuduh orang lain tidak adil, zalim, korup dan sebagainya.

    Adalah lebih baik melihat buku akaun kita sendiri bukan mengintai buku akaun orang lain.

    Nota: Buku akaun saya berbaki RM10.21sen sahaja….alamakkkk!!!

  3. Haris Ibrahim adalah bagai tin kosong. Tin kosong macam itu la. Bising ya amat. Tapi kosong. Pot pet pot pet … amaran sana, amaran sini. Nak mati konon. Pigi dahhhh …. manusia macam kau, Haris, satu sen langsung tak berguna.

    Orang macam kau ni agen provokatif. Tapi yang pertama lari sembunyi macam ikon kau adalah engkau. Engkau tidak percaya kepada pandangan lain selagi ianya tidak sama dengan pandangan sampah kau itu.

    Tapi pada yang sama, kau terpekik terlolong macam keldai tentang hak asasi dan rasuah. Tapi engkau sebenarnya pelanggar hak asasi dan perasuah emosi. One word for you, Haris Ibrahim – berambus lah!

  4. Dari menjadi tin kosong lebih baik baca artikal ini demi genarasi kita akan datang;

    Mengapa Yahudi Bijak?

    Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.

    Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

    [Baca seterusnya di] http://zakizakirin.wordpress.com/

  5. Hindraf tu 100 kali mulia dr geng ABU..at least diaorg ade pendirian.. ni setakat kecoh dalam blog pembangkang tapi habuk tarak setakat vandalism tempat2 awam ngn sticker ABU lebih baik takyah… vandalism pun pukul 2-3 pagi.. kalau berani vandal siang2 la…

    anyway muka Haris Ibrahim ni langsung xde cahaya Nur…tak sembahyang ke tak… harap2 dah tua bangka camni toksah nak jadi batu api la Haris.. lebih baik bertaubat dengan Allah dan jangan syirik ngn pemikiran Liberal LGBT taksub ko tu… tah camne geng PAS bole sokong pun buat ramai rakyat confuse,…

  6. Gangster tahik kucing!!! Takutnya aku….. Kalau dia nak nau aku akan bawak sesiapa saje yg ada mykad utk mengundi. Kalau ia ada “big balls” ( cerita steven seagal) tunggu aku di muka pintu. Bawak seramai mana yg dia suka, tapi aku sorang je, aku ulangi, aku sorangje yg akan bawa !!!

Comments are closed.