Posted in Evangelista Bintang Tiga

MCA ada berkempen untuk Umno?

Dalam kenyataan akhbarnya beberapa hari lepas (2 April 2013), presiden MCA Chua Soi Lek merintih, “DAP seeks to destroy MCA”.

Memang betul.

DAP tidak mempunyai apa-apa rasa belas kasihan terhadap MCA. Bukan sekadar DAP dan Dapster, malah masyarakat Cina secara keseluruhannya pun mahu membunuh MCA.

“Ini kali lah”

Stanley Koh ialah bekas ketua unit penyelidikan MCA. Dalam kolumnya di FMT hari ini, beliau bertanya “Haruskah kita mengasihani MCA?”

Should we pity MCA Free Malaysia Today
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/04/08/should-we-pity-mca/

.

NO!

.
Sahutan daripada Anak Bangsar Malaysia

http://www.malaysiakini.com/news/225366
http://www.malaysiakini.com/news/225366

Sentimen orang Cina

Yang orang Cina marah-marah ialah MCA “tidak ada telur” dalam menghadapi Umno.

Kata Kee Thuan Chye:

“What a thing for an MCA leader to say. It almost sounds like begging! […] For this alone, the MCA deserves to eat egg. It has no balls in standing up to Umno, now it shows it has no balls going into the elections.”

Kee ialah seorang penulis yang buku susulannya dilancarkan juga oleh Lim Guan Eng baru-baru ini.

CJMY - Citizen Journalist Malaysia 2013-03-25 23-12-37
Guan Eng selaku tetamu kehormat di acara pelancaran sebuah buku awal Kee Thuan Chye (duduk, kiri)

“Tiada maaf bagimu”

Timbul kontroversi apabila Penang Club menolak tempahan Kee Thuan Chye untuk mengadakan acara pelancaran bukunya yang berjudul ‘No More Bullshit’ di tempat (venue) dewan kelab tersebut.

http://www.malaysiakini.com/news/224823
http://www.malaysiakini.com/news/224823

LGEpaper

Evangelista Bintang Tiga

Di bawah telunjuk DAP, orang Cina terikut-ikut sifat Lim Guan Eng yang hasad dengki dan berdendam kesumat.

Maka dengan itu, MCA tidak akan dimaafkan oleh 90 peratus orang Cina yang menyokong DAP pada masa kini.

Orang Cina sebenarnya mahu pemimpin mereka melawan Umno. Sebab itulah gerakan ABU diberi sambutan galak.

Sikap MCA

Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong dalam kenyataan akhbarnya dua hari lepas (6 April 2013) berkata:

“The real fear is that DAP has repeatedly urged the rakyat to vote PAS during campaign rounds and at ceramahs. However, helping PAS to win the Kedah and Kelantan state goverments and introduce PAS hudud enactments are step-by-step moves to pave the road for PAS to capture Putrajaya.”

Mengikut Timbalan Menteri Pelajaran MCA itu, DAP telah menyeru kepada orang Cina supaya mengundi PAS.

Adakah MCA menyeru kepada orang Cina supaya mengundi Umno?

Telur di hujung tanduk

Menjawab soalan “Haruskah kita mengasihani MCA?”, bekas ketua unit penyelidikan MCA, Stanley Koh, dalam rencananya hari ini menaju: “Utter defeat may be just what MCA needs in order to reform itself”.

Stanley juga mendedahkan:

“In 2001, when Chinese NGOs and community leaders pleaded with the party leadership not to acquire Nanyang Siang Pau and China Press, did MCA listen? Did it care for the Chinese community’s interest in the strengthening of democratic institutions, including a free press?

“Chua [Soi Lek], who was then a member of the party’s central committee, fully supported the move to acquire the Chinese newspapers.”

Persoalannya apa guna bagi MCA menjadi tuanpunya suratkhabar, sama ada ia akhbar Cina ataupun The Star?

MCA adalah pemilik The Star pada nama sahaja.

Tidak masuk akal bagaimana DAP, seteru utama parti Cina BN itu, boleh berjaya memperoleh sokongan 90 peratus masyarakat Cina sekiranya empayar media di Malaysia yang paling besar, paling kuat dan paling berkesan ada di tangan MCA.

Di bawah ialah jumlah pembaca The Star mengikut pecahan etnik.

http://adqrate.com/newspaper/details?id=32&type=1
http://adqrate.com/newspaper/details?id=32&type=1

Suku daripada pembaca Star adalah kaum India

Sebanyak 24 peratus daripada pembaca suratkhabar tersebut terdiri daripada kaum India meskipun orang India hanya 7.5 peratus jumlah penduduk Malaysia.

Orang India yang miskin tidak mampu membeli suratkhabar. Pembaca The Star yang keturunan India ialah golongan kelas pertengahan, profesional dah dijangka ramai di antara mereka adalah Kristian yang fasih cakap orang putih.

Orang India berada yang duduk di bandar, yang berpendidikan tinggi serta berkerjaya lumayan membaca The Star. Mereka juga penyokong tegar Pakatan.

Kumpulan Media Star mempunyai audien 5.63 juta.

Pembaca Utusan Malaysia
Pembaca Utusan Malaysia

Yang tinggal mengundi MCA hanya orang Melayu kampung yang membaca Utusan.

Kenapa orang Melayu kampung yang membaca Utusan masih sanggup mengundi MCA?

Mungkin kerana Utusan tidak mengkritik MCA sebagaimana media arus perdana yang lain sering mencemuh MCA secara halus dan tersirat.

Adakah Utusan bercakap benar apabila ia memberi gambaran yang baik terhadap MCA atas semangat kekitaan BN?

Pengarang The Star sendiri pun berkata Utusan ialah sebuah suratkhabar penipu.

Star Editor's Choice (TheStarEC) on Twitter 2012-12-30 21-08-17

Berkaitan:

Pakatan sees Utusan as Enemy of the State

Dr M, Perkasa, Utusan dan pemberontakan DAP

Author:

I have no Faceook or Twitter.

13 thoughts on “MCA ada berkempen untuk Umno?

  1. Persoalanya! adakah MCA benar-benar jujur dan iklas dalam perjuanganya di dalam Barisan National bedasarkan konsep perjuangan Barisan National itu sendiri, atau hanya berada didalam barisan selagi UMNO masih mampu mengepalai kerajaan? Persoalan ini bukan sahaja harus dijawab olih MCA sendiri, malah harus dibuktikan dengan tindak-tanduk mereka.

    Apa yang jelas dan nyata sikap MCA hanya menumpang ‘sekira masih berada’ yang membuatkan MCA berada dalam keada’an apa yang mereka ada sekarang, dan memberi ruang bagi DAP memonopoli cara pemikiran orang Cina bagi berjuang untok kepentingan satu kaum atau dengan lebih tepat domiansi politik kaum Cina di Malaysia ini, dan menidakan wujudnya kaum-kaum yang lain, yang DAP percaya bolih dilakukan dengan memechah-belahkan perpaduan politik orang Melayu terutama UMNO.

    Selagi UMNO wujud dan mendapat sokongan kukoh orang Melayu adalah menjadi satu penghalang yang besar kapada cita-cita politik DAP dan pendokongnya, sebab itulah “ABU” digerakan, dan apakah reaksi MCA mahupon Gerakan terhadap gerakan ini?

    sudah pasti mereka mengangap “oh this is UMNO problem” never a Barisan National problem, kalau ABU berjaya MCA dan Gerakan pon akan untung, kalau tak berjaya pon tatak lugi maa ….!

    Keiklasan dan kejujuran menampakan kekuatan walaupon bersndarkan di dahan yang rapoh.

    Helen ! I doubt any MCA or Gerakan or even Chinese pay much attention to your blog that could change their political thinking, that why Chua sooi Lek didn’t even smiles when Najib announce the BN Akujanji.

    1. re: “Helen ! I doubt any MCA or Gerakan or even Chinese pay much attention to your blog”

      Takpe. As long as readers tweet up to the BN leaders, the purpose is served.

  2. Kalau orang Cina anggap MCA ‘tidak ada telor’ salahkan diri orang Cina sendiri. Sebabnya MCA terpaksa bergantung kepada sokongan UMNO untuk kelangsungan hidup MCA.

    Sekiranya majority orang Cina menyokong MCA, parti ini akan menjadi kuat, boleh angkat muka dalam BN dan menjadi garang.

    Ini semua hendak sokong DAP. Tanpa sokongan Melayu, bumiputera lain dan India gagahlah DAP sebagai pembangkang. Buat bising bolehlah, tapi perkara perkara yang penting jangan haraplah!

  3. Hypocrisy, fraud and tyranny?

    Maybe it’s just me, but it seems that describes Lim Guan Eng perfectly.

    Nice one, whoever came up with that.

  4. Helen, what did hannah yeoh say about salahuddin ayub said no chinese can ever be pm or mb?

    1. I dunno. She’s taken some (selected) of her Twitter feeds off the public domain. Possibly accessible to only twits who are her followers. Am not sure how the Twitter mechanisms work as I don’t have a Twitter a/c.

      I only read Twitterjaya from the Internet.

      So nowadays because HY has made some of her tweets semi-private, saya tidak lagi dapat memantau kesemua wahyu yang diturunkannya kepada para pengikut taksub Jerusubang.

      1. Oh ok. I was just wondering. I would have thought she would be to first to sound off at anything deem not “transcending race”. Looks like she has selective hearing when it comes to pas or a hypocrite.

  5. The DAP leadership sat on their butts for 44 long years collecting the Federal and States allowances and their Party management fees to become multi-millionaires in the process. They did nothing for the Chinese, Malays, Indians and all. And at the end of the day, they join up thus :- DAP-Singaporean Chinese. PKR-very rich. PAS-very religious. All these extremists make no sense to me by way of administration of the Federal and State Governments. The DAP does not deserve any vote.

  6. DAP berjaya mempengaruhi orang2 Cina untuk menganggap diri mereka ditindas walaupun mereka lebih kuat mencerca, memaki hamun & menghina kaum lain. Lebih kurang sama macam Israel yang selalu anggap diri mereka mangsa walaupun mereka yang sebenarnya lebih banyak mengebom Palestin.

    saya terbaca blog Anak Pak Hamid, ada komen dari reader tentang penulis blog menulis entry berbaur ‘anti-Chinese.’ selama ini hanya Yahudi saja yang suka tuduh2 kaum lain ‘anti-Semitik’. Tapi sekarang sudah menular kepada DAP evangelistas pulak. Lebih kurang sama kan permainan mereka?

    bak kata pepatah, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. macam mana perangai Yahudi yang pura2 jadi evangelist, telah berjaya menanam sikap & pandangan yang sama kepada Cina DAP yang berasakan mereka ditindas dan dimangsakan oleh Melayu UMNO.

    siapakah mentor DAP? PAP. siapakah mentor PAP? cari sendiri.
    anti Chinese = anti Semitik?

    For further reading, http://anaksihamid.blogspot.com/2013/04/where-angels-fear-to-tread.html

  7. Tertarik dengan komen pembaca MT ini. Sekadar ingin berkongsi disini. http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/55768-kissinger-cables-chauvinist-dr-mahathir-disliked-by-non-malay-community

    [written by Lorenzo, April 09, 2013 17:40:04
    It was actually “Hobson’s choice” for the Chinese. Would it make any difference if they objected? There is this proverb “If you can’t beat em, join em”.

    EDITOR: That’s the best excuse I have heard in years. ha ha ha ha only the Chinese are smart enough to come up with such excuses. And then ask the Malays and Indians to wake up konon ha ha ha ha.

    RPK]

    Terpulanglah kepada generasi baru anak muda masyarakat Cina termasuk barisan pimpinan MCA untuk menentukan halatuju kedudukan mereka. Sekiranya DAP adalah harapan terakhir untuk membela perjuangan,kedudukan dan masa hadapan mereka di Malaysia, terjunlah ke kapal DAP (ada peluang untuk bersama Karpal juga). Naluri manusia, sentiasa memilih untuk menaiki kapal mana yang lebih selesa dan menguntungkan. Apa daya untuk kita menghalang mereka. Zaman sekarang perjuangan ahli politik bukannya berlandaskan prinsip, tetapi pihak mana yang mampu mengembungkan poket.

    re : Kenapa orang Melayu kampung yang membaca Utusan masih sanggup mengundi MCA?

    Orang Melayu masih memerlukan Utusan sebagai sumber bercorak nasionalis kepada kaum Melayu khususnya yang menetap di kampung. Adalah sesuatu yang aneh sekiranya pak aji kedai-kedai kopi hendak membaca The Star dikhalayak melainkan akhbar politik Harakah dll ataupun sekurang-kurangnya Sinar Harian yang seakan-akan The Star versi bahasa Melayu. Sikap tidak kisah/tak apa memang telah lama ada pada orang Melayu tidak kira di kampung atau di bandar sanggup menyokong mana-mana calon bukan Melayu. Secara jujurnya, saya jarang melihat jentera-jentera MCA turun padang membantu memeriahkan mana-mana program anjuran UMNO/BN/federal di kawasan saya sebaliknya orang-orang Melayu yang terhegeh-hegeh beria-ia turun padang sekiranya mana-mana orang kuat MCA turun.

    re : Mungkin kerana Utusan tidak mengkritik MCA sebagaimana media arus perdana yang lain sering mencemuh MCA secara halus dan tersirat.

    Adakah Utusan bercakap benar apabila ia memberi gambaran yang baik terhadap MCA atas semangat kekitaan BN?

    Saya rangkumkan pandangan peribadi saya untuk 2 soalan tersebut. Saya memilih semangat kekitaan BN sebagai alasannya. Tetapi jika diperhalusi rencana-rencana di Utusan yang merujuk kepada masyarakat Cina, sudah menjadi kebiasaan masyarakat Melayu untuk cakap secara berkias. Samada secara sedar atau tidak. Tidak mampu secara terang-terangan mengkritik MCA demi menjaga reputasi dan semangat setiakawan di dalam BN dan juga prinsip mereka hanya menyerang pihak-pihak yang banyak menghentam mereka khususnya parti-parti di dalam PR. Maka terpaksalah menulis perkara yang baik demi menjaga hati kawan sebelah. Jikalau hendak ditulis cacat celanya, saya fikir akan fobialah mereka seperti puak-puak DAP yang sentiasa terkena tempias ke muka sendiri sekiranya membaca rencana di Utusan.

    Modus operandi DAP memang boleh dibaca. Meyakinkan secara menghasut masyarakat untuk membantu mereka melumpuhkan senjata orang-orang Melayu dengan menolak UMNO sebuah parti dominan di dalam BN (undi Melayu telahpun dipecahkan) dan juga lidah masyarakat Melayu iaitu Utusan dan stesen-stesen TV nasional. Kerana media-media tersebut mempunyai pengaruh yang paling besar kepada BN khususnya UMNO. DAP kini tidak perlu bersusah payah kerana The Star sendiri telah dihulurkan dengan sepinggan penuh Friskies.

    Sekiranya MCA dan Gerakan masih lagi gagal mengemukakan barisan pemimpin baru mereka yang lebih “ganteng” untuk melawan anak-beranak Lim yang menjadi hero kaum Cina buat masa sekarang,maka ranap dan karamlah bahtera MCA/Gerakan kelak dan pejabat MCA/Gerakan akan digazetkan oleh UNESCO menjadi salah sebuah monumen tinggalan sejarah di Malaysia. Seandainya berlaku lagi persempadanan semula/pertambahan kerusi Parlimen di kawasan bandar-bandar baru pada masa akan datang, tidak tahulah kepada untung nasib BN.

Comments are closed.