Posted in Evangelista Bintang Tiga

Raja Petra: “ha ha ha ha, hanya orang Cina akan cukup bijak …”

Oleh Lim Tat

Tertarik dengan komen pembaca MT ini. Sekadar ingin berkongsi di sini. http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/55768-kissinger-cables-chauvinist-dr-mahathir-disliked-by-non-malay-community

written by Lorenzo, April 09, 2013 17:40:04

It was actually “Hobson’s choice” for the Chinese. Would it make any difference if they objected? There is this proverb “If you can’t beat em, join em”.

EDITOR [Raja Petra Kamarudin]: That’s the best excuse I have heard in years. ha ha ha ha only the Chinese are smart enough to come up with such excuses. And then ask the Malays and Indians to wake up konon ha ha ha ha.

RPK

Dr Mahathir disliked by nonMalay community

Terpulanglah kepada generasi baru anak muda masyarakat Cina termasuk barisan pimpinan MCA untuk menentukan halatuju kedudukan mereka.

Sekiranya DAP adalah harapan terakhir untuk membela perjuangan, kedudukan dan masa hadapan mereka di Malaysia, terjunlah ke kapal DAP (ada peluang untuk bersama Karpal juga).

Naluri manusia, sentiasa memilih untuk menaiki kapal mana yang lebih selesa dan menguntungkan. Apa daya untuk kita menghalang mereka. Zaman sekarang perjuangan ahli politik bukannya berlandaskan prinsip, tetapi pihak mana yang mampu mengembungkan poket.

re : Kenapa orang Melayu kampung yang membaca Utusan masih sanggup mengundi MCA?

Orang Melayu masih memerlukan Utusan sebagai sumber bercorak nasionalis kepada kaum Melayu khususnya yang menetap di kampung.

Adalah sesuatu yang aneh sekiranya Pak Aji kedai-kedai kopi hendak membaca The Star di khalayak melainkan akhbar politik Harakah dll ataupun sekurang-kurangnya Sinar Harian yang seakan-akan The Star versi bahasa Melayu.

Sikap tidak kisah/tak apa memang telah lama ada pada orang Melayu, tidak kira di kampung atau di bandar, sanggup menyokong mana-mana calon bukan Melayu.

Secara jujurnya, saya jarang melihat jentera-jentera MCA turun padang membantu memeriahkan mana-mana program anjuran Umno/BN/federal di kawasan saya. Sebaliknya orang-orang Melayu yang terhegeh-hegeh beria-ia turun padang sekiranya mana-mana orang kuat MCA turun.

re : Mungkin kerana Utusan tidak mengkritik MCA sebagaimana media arus perdana yang lain sering mencemuh MCA secara halus dan tersirat.

“Adakah Utusan bercakap benar apabila ia memberi gambaran yang baik terhadap MCA atas semangat kekitaan BN?”

Saya rangkumkan pandangan peribadi saya untuk 2 soalan tersebut.

Saya memilih semangat kekitaan BN sebagai alasannya. Tetapi jika diperhalusi rencana-rencana di Utusan yang merujuk kepada masyarakat Cina, sudah menjadi kebiasaan masyarakat Melayu untuk cakap secara berkias. Samada secara sedar atau tidak.

Tidak mampu secara terang-terangan mengkritik MCA demi menjaga reputasi dan semangat setiakawan di dalam BN dan juga prinsip mereka hanya menyerang pihak-pihak yang banyak menghentam mereka khususnya parti-parti di dalam PR.

Maka terpaksalah menulis perkara yang baik demi menjaga hati kawan sebelah. Jikalau hendak ditulis cacat celanya, saya fikir akan fobialah mereka seperti puak-puak DAP yang sentiasa terkena tempias ke muka sendiri sekiranya membaca rencana di Utusan.

Modus operandi DAP memang boleh dibaca. Meyakinkan secara menghasut masyarakat untuk membantu mereka melumpuhkan senjata orang-orang Melayu dengan menolak Umno sebuah parti dominan di dalam BN (undi Melayu telahpun dipecahkan) dan juga lidah masyarakat Melayu iaitu Utusan dan stesen-stesen TV nasional. Kerana media-media tersebut mempunyai pengaruh yang paling besar kepada BN khususnya Umno.

DAP kini tidak perlu bersusah payah kerana The Star sendiri telah dihulurkan dengan sepinggan penuh Friskies.

Sekiranya MCA dan Gerakan masih lagi gagal mengemukakan barisan pemimpin baru mereka yang lebih “ganteng” untuk melawan anak-beranak Lim yang menjadi hero kaum Cina buat masa sekarang, maka ranap dan karamlah bahtera MCA/Gerakan kelak dan pejabat MCA/Gerakan akan digazetkan oleh Unesco menjadi salah sebuah monumen tinggalan sejarah di Malaysia.

Seandainya berlaku lagi persempadanan semula/pertambahan kerusi Parlimen di kawasan bandar-bandar baru pada masa akan datang, tidak tahulah kepada untung nasib BN.

Komen Lim Tat pada asalnya @ 2013/04/10 at 4:30 am

Author:

I have no Faceook or Twitter.

19 thoughts on “Raja Petra: “ha ha ha ha, hanya orang Cina akan cukup bijak …”

  1. tapi our yb dari mca amat ambil berat tentang pengundinya walaupun melayu lebih ramai. kami akn still mengundinya kalau masih tercalon

    -dari DUN Gurun

    1. masalahnya…ialah PERSEPSI (perception), yang dah banyak kali disebut dalam banyak blog. Politik ialah tentang persepsi ataupun tanggapan. Walaupun YB MCA kerja kuat di peringkat DUN tetapi parti MCA keseluruhannya dilihat sebagai lesu dan lemah dalam menangkis serangan DAP yang ganas.

      kerja kuat patut diiklankan. DAP memang pandai mengiklankan diri mereka, membina jenama parti mereka sebagai satu jenama yang terkini dan segar berbanding MCA yang hidup segan mati tak mahu.

      antara UMNO, PKR dan PAS jurang di antara mereka dalam pelbagai taktik dan strategi bolehlah dikatakan sama tara.

      siapa agaknya yang jadi konsultan & penasihat kepada strategi dan taktik MCA dan DAP yang macam langit dengan bumi ni?
      dua-dua Cina based party (walaupun DAP mendakwa parti berbilang bangsa). tapi atur gerak serangan mereka sangat2 berbeza.

      melainkan seperti yang disyak wasangka umum, MCA dan DAP sebenarnya ada persetujuan bersama yang tidak tertulis untuk to let one of the party to win for the survival of Chinese in Malaysia.

        1. Thanks for posting this, Helen. Sebenarnya saya lebih tertarik kepada quote “Hobson’s choice” for the Chinese didalam komen pembaca ini jika dikupas dengan lebih meluas berbanding artikel yang disiarkan.

          re : siapa agaknya yang jadi konsultan & penasihat kepada strategi dan taktik MCA dan DAP yang macam langit dengan bumi ni?

          Itu sebabnya saya menyebutkan tentang sekiranya berlaku kajian persempadanan semula pada masa akan datang, apakah implikasi yang diterima oleh kedua-dua belah pihak baik BN/PR. Walaupun ianya memakan masa beberapa tahun lagi tetapi kerja-kerja kajian Ong Kian Ming dan rakan-rakannya terdahulu jangan dipandang remeh. Kewujudan kawasan Parlimen/DUN baru secara automatiknya akan mengubah corak pengundian disesuatu kawasan disebabkan pecahan kawasan. Kemenangan sesuatu parti ditentukan mengikut isu semasa yang dimainkan. DAP adalah pilihan untuk warga bandar dan juga kawasan yang mempunyai populasi kaum Cina yang ramai. Sekali DAP menakluki sesebuah kawasan, adakalanya agak sukar untuk dikembalikan kepada MCA/BN.

          Pemindahan pusat pemerintahan kerajaan persekutuan dari KL ke Putrajaya bukan sekadar didorong atas faktor kesesakan pembangunan, pengasingan di antara pusat ekonomi & pemerintahan dsb. Tetapi jika difikirkan dari satu sudut lain, apalah gunanya kerajaan yang diterajui UMNO, memerintah di tengah-tengah kawasan yang dikelilingi kerusi-kerusi parlimen yang dikuasai pembangkang.

          re : melainkan seperti yang disyak wasangka umum, MCA dan DAP sebenarnya ada persetujuan bersama yang tidak tertulis untuk to let one of the party to win for the survival of Chinese in Malaysia.

          Ini yang menjadi tandatanya kepada pengundi-pengundi atas pagar/non-partisan. Pengamatan saya seorang yang naif dalam hal politik menganggap politik hari ini adalah perniagaan. Survival bangsa dan perjuangan diatas sesuatu hak/tuntutan jatuh nombor 2. Itu sebabnya saya kurang berminat terhadap mana-mana aktivis yang terjun kedalam politik walaupun mereka berniat suci. Pada saya, itu tidak menunjukkan keikhlasan perjuangan mereka terdahulu melainkan ahli politik bersara dan selepas itu menjadi aktivis kepada masyarakat. Itu masih boleh diterima

          Sehingga kini, saya sendiri terntanya-tanya apakah punca utama yang sebenar-benarnya menyebabkan terhakisnya kepercayaan umum terutamanya kaum Cina terhadap MCA. Saya sendiri sebagai rakyat biasa adakalanya tidak sabar untuk menunggu apakah kesudahan telenovela PKFZ. Adakah terdapat pergeseran dalaman antara UMNO-MCA susulan isu ini yang tidak diketahui umum. Adakah berlaku pengkhianatan diantara mana-mana pihak dalam isu ini.Saya tidak akan mengulas lanjut tentang perkara ini kerana ianya sesuatu yang subjudis. Biarlah masa yang menentukan. Jika diukur kepincangan MCA berpunca dari moral pemimpin, mengapa parti lain di dalam PR mampu menerima perkara yang sama.

          Sekiranya DAP mampu mengumpulkan keseluruhan undi sekalipun dari kaum Cina, saya fikir ianya tidak membawa sebarang makna. Kerana itulah sahaja pilihan yang mereka ada. Seandainya BN diberi semula mandat dengan kelebihan undi UMNO, ahli-ahli perniagaan Cina akan datang sendiri bertemu pemimpin UMNO untuk mendapat kepentingan perniagaan. Selama ini pun dikhabarkan sesetengah mereka tidak berurusan secara terus melalui MCA. Tidak dipastikan berlakunya pakatan sulit diantara MCA-DAP untuk survival kaum Cina. Sekiranya untuk kepentingan perniagaan dikalangan ahli politik, saya percaya. Tetapi tidak menjadi sesuatu yang mustahil sekiranya PAS-UMNO bergabung memandangkan telah beberapa kali duduk semeja kerana terdapat orang UMNO itu ada didalam PAS dan begitu juga sebaliknya (vice-versa) jika kedua-dua pihak saling turut-menuruti syarat. Untuk mencuri semula penyokong PKR untuk bergabung bersama UMNO-PAS juga tidak menjadi masalah besar. Sebut sahaja sentimen Islam, maka akan mereka tahulah hasilnya.

          Andaian saya, UMNO tidak berasa bimbang diatas undi derma penyokong MCA kepada DAP selagi undi kaum Melayu membantu memberi kemenangan kepada kerusi yang diduduki atas tiket UMNO. Sekiranya MCA tutup kedai selepas PRU13, tibalah masanya kaum Bumiputera Sabah & Sarawak (sekiranya tidak terjejas) di angkat ke jawatan yang lebih tinggi di dalam Kabinet/persekutuan memandangkan komposisi mereka di dalam sektor awam juga semakin meningkat dan turut memberi sumbangan kepada kerajaan. Sekiranya BN diberi mandat baru, maka seharusnya landskap baru politik pemerintahan Malaysia berubah wajah dan dicorak semula kerana itu yang dikehendaki rakyat.

          Berbalik kepada asas artikel ini, mengapa saya tertarik kepada petikan “Hobson’s choice for the Chinese” adalah kerana untuk meletakkan kesamarataan taraf masyarakat Cina di dalam segala aspek di Malaysia, hanya DAP sahaja yang dapat membantu mereka ketika ini. DAP juga hanya menunggu gerakan “checkmate” untuk menumbangkan MCA.

          Bagi kaum-kaum lain sekiranya kedua-dua calon yang bertanding tidak memenuhi kriteria,tidak mampu memikirkan keputusan tepat/membuat perbandingan untuk kedua-dua belah pihak, pilihan yang ada adalah samada mengundi/tidak mengundi atau jalan terakhir undi sahaja BN walaupun anda rasa ianya sebuah gabungan parti purba sekiranya melihat penggabungan parti di dalam PR sesuatu yang tidak idealistik untuk masa depan negara.

          1. I read this a few times and pondered at its significance.

            “Sehingga kini, saya sendiri terntanya-tanya apakah punca utama yang sebenar-benarnya menyebabkan terhakisnya kepercayaan umum terutamanya kaum Cina terhadap MCA.”

            – Lim Tat

            Did DAP cornered the hip market and secured the votes of the younger generation who are by nature more anti-establishment?

            Saya kira, masalah MCA berpunca daripada faktor dalaman dan juga asakan dominasi UMNO dalam BN. In a way MCA never recovered beyond 1969 and the rise of UMNOputras sealed their fate. The turbulent years after Lee San Choon was discribed as simply disastrous. I remembered what MGG Pillai said once – MCA became an appendage of UMNO. Kalau kira balik, Tun Ling Liong Sik boleh diibarat Perdana Menteri Malaysia bukan Melayu yang pertama (walaupun tanpa watikah dan hanya untuk beberapa hari) apabila mengambil alih jawatan Pengerusi Barisan Nasional ketika puncak krisis UMNO.

            After Tun Ling Liong Sik, the party falls back into disarray in a weak Ong Ka Ting (not his fault really) compounded with a rising (rejuvenated and younger) DAP winning in 2008. In retrospect, DAP transitioned just in time (who remembers Kerk Kim Hock and Goh Chok Tong indeed?). In comparison, MCA is really a parti dinosaur.

            The Chinese will need to check the excesses of DAP and their arrogance and they will need Gerakan and MCA. The Malay majority’s sentiment is correct. MCA and Gerakan must take their fight to DAP in Chinese majority areas and let the constituency weigh the balance of risks and benefits.

            Every MCA or Gerakan seat for every DAP candidate might not be realistic, but it will at least force DAP to rear their ethnocentric bent and give Malaysians a better view of MCA or Gerakan’s communal compromise. Will Najib force MCA on a death march? I doubt it. Every general must preserve a few pieces in a chess game. The idea here is to balance out the odds.

          2. re : Did DAP cornered the hip market and secured the votes of the younger generation who are by nature more anti-establishment?

            Mata saya sering di illusikan dengan geraksaraf yang dimainkan oleh parti-parti politik Malaysia di ruang siber. Secara mata kasar, saya memang melihat kebanyakan generasi muda tidak mengira bangsa adalah lebih cenderung untuk menjadi anti-establishment dan juga keinginan semulajadi manusia untuk menukar/ubah sesuatu benda kepada yang baru setelah melihatnya terlalu lama (macam hari raya).

            Generasi muda adakalanya tidak mahu mengambil tahu susur galur & liku-liku perjalanan Malaysia terdahulu kerana sejak mereka lahir, negara ini telah berdiri tegak dengan segala yang ada di depan mata. Kelebihan yang ada di pihak DAP, mereka mempunya ramai pakar silap mata yang berkemahiran tinggi untuk cuba meyakinkan rakyat.

            Bagi orang Melayu, sungguhpun perpecahan undi terbelah kepada beberapa parti, apa yang diperjuangkan selama ini tidaklah jauh berbeza iaitu Melayu dan Islam. Jika ada orang Melayu mendakwa mereka ketinggalan, dizalimi atau ditindas selama ini, ianya tidak masuk akal. Tidak perlu saya sebutkan panjang lebar apa yang telah mereka terima/kecapi sehingga hari ini.

            Tetapi yang menjadi persoalan diantara MCA dan DAP yang dilihat pada hari ini, ianya bukan sekadar perjuangan ke atas survival kaum Cina, tetapi keinginan rakyat untuk mengetahui apa yang berada di sebalik DAP seperti yang disebut-sebut oleh Mohamed Razali Abd Rahman.

            1. re: “apa yang berada di sebalik DAP”

              Sanggup buat segala apa sahaja asal menang.

      1. actually there’s nothing wrong with taking care of own community interest (in this case, Chinese interest). but it must be done without stepping other races heads or hatred or superiority feeling given the fact Chinese already prominent & superior in business.

        but as DAP follow the footstep of its idol PAP which based in Singapore which is called as ‘Little Israel’ in South East Asia, so there’s no way DAP will follow the path of peace and harmony as they always preach on Twitter etc.

        MCA, a true symbol of peaceful collaboration between Chinese community and others finally surrender to DAP.

        MCA must be blamed and must take responsibility this time for not guarding their house from enemy disguised as the caretaker.

  2. the Malays are not sleeping. the Indians are not sleeping. even the Natives of Sabah and Sarawak are not sleeping. its the Chinese who are sleeping.

    they, the Chinese, they are now in wonderland. I don’t blame them. in fact, you can’t blame them for anything nowadays. the moment you point fingers at them, whether the person pointing the finger is Malay, Indian, or Chinese, they will label that person a racist.

    but they, the Chinese, they don’t understand that the more they label their detractors as racist, the more the Chinese reveal themselves as intellectually and politically bankrupt.

    speaking of the DAP, now that Fong Po Kuan has announced that she’s not contesting, the DAP’s transformation to a party operated by Anglophiles and Christian evangelists is almost complete. do the Chinese community know about this ?

    DAP 2.0 is so passe, so yesterday Helen. after this GE, we will have to call it DAP 3.0 since in DAP 2.0, we still have people like Fong, M Kula and the doctor Boo in it.

    by the looks of things, not only are the Anglophiles and Christian evangelists going after the blood of MCA, MIC and Gerakan, they are also using this GE to finish off people like Fong, M Kula, Dr Boo and the like.

    1. That’s what I am thinking too.

      There is some sort of feud among the Evangelist Christians and the majority Buddhists in DAP. This is what you get when you bring religion into politics. Disunity.

      No wonder, the Church people seems to be almost quite, these days. No re-mention of the Allah word, by Guan Eng either.

      Why can’t they learn from the Malays? If not because of religion, PAS would not have existed. Those, what seems religious people are formerly with UMNO, but decided to break ranks when they are not appointed into government.

      1. Sorry.
        It should have been;

        “There is some sort of feud among the Evangelist Christians and the majority Buddhists in DAP’s grassroots and supporters”.

        If the young does not bother about religion, the elders will.

      2. you know what I think ? once the Anglophiles and Evangelists have complete control of the DAP, the Chinese will have no idea what hit them.

        fighting for Chinese education ? there will be the occasional nod here and there, but not much action from the DAP. Chinese culture ? same, but behind the backs of the Chinese, these Anglophiles and Evangelists will smirk “they think we’re with them ?”.

  3. PAS goes for the Malay elites because the ‘derma jihad’ is fat and the Marhaen because they can be manipulated and be forced to derma for a certificate to heaven.

    The DAPster goes for the Anglophiles Chinese because of the almost same belief of The Chosen Flock. The hona kia is corrupted, lazy and cannot count. They want to be the lord of the Malay lands and teach Malays a thing or two in usage of power to subjugate.

    To almost every kampongs and fringe urban Malays, a Chinese is always a towkay. And mak oi, were they loaded (the towkay that is). Where did they get the riches from?

    The Chinese, Malays, Indians and anybody who cares to do business with them. They were the factors that can make or break a towkay.

    What the DAPster is doing now is trying to kill the goose that is laying the valuable eggs. Do that long and aggressive enough, they might sing “Me, me who has nothing…. la la la.”

  4. The International Jew speaks sense. I support most of his arguments on the exuberant Chinese types in the DAP which leadership originated from Singapore. Vide. City Harvest Singapore.

  5. Chinese will be left out like in Sarawak -if they choose DAP – there are growing disatisfaction with RACIST DAP and Malays/Indian are UNITED to ousted DAP- well if you want to jump from safer ship to a diggy boat-you are most welcome

  6. The young Malaysian Chinese types range for 21 to 60 who should know better. Yes ! We must have fairness and equality everywhere. But this is an imperfect world where we will always try to make perfect.

    But for the young Chinese to be revolutionary and radical, I do not think there is a place for them anywhere in the World, not even in today’s China !

    But even if DAP wins all, they are only the 3rd fiddle to the trio – 3rd class. and worse, a separate party with different beliefs from the other 2.

    Then, DAP is a Singaporean party full of Malaysian Chinese chauvinists whose idol is Lee Kuan Yew – what a mix.

    How the Malaysian Chinese fit into this new political landscape with the BN as led by the UMNO with the 14 component parties + PKR + PAS against the DAP chock-a-bloc with chauvinistic Chinese, is anybody’s guess ? And Lee Kuan Yew has already said that the gates of castle Singapore will not be opened for refugees now or in the future !

Comments are closed.