ISMA akan berjasa melingkupkan MCA ini kali

April 13, 2013 at 12:17 pm 7 comments

Presiden Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia, Ustaz Haji Mohd Yusoff Haron, dua hari lepas (11 Apr 2013) mengumumkan senarai ahli ISMA yang akan bertanding dalam PRU13 atas tiket parti BERJASA — sumber: laman sesewang Ikatan Muslim Malaysia (ISMA)

Penyertaan ISMA akan menimbulkan persaingan tiga penjuru yang memecahkan undi Melayu. Perkembangan ini bakal menguntungkan pihak pembangkang seraya merugikan BN.

Tindakan ISMA bertujuan memberi tekanan kepada BN agar diletakkan calon Muslim dari Umno di kerusi campur majoriti Melayu dan bukannya calon bukan-Melayu yang mewakili parti-parti komponen gabungan tersebut.

Pada bacaan saya, ISMA mungkin telah memutus untuk menjadi ‘spoiler’ memandangkan keadaan semasa di mana Evangelista Bintang Tiga kian hari kian bersikap agresif.

Ekoran diperkasakan oleh tsunami DAP, mereka sudah sampai takat berani mahu mengebas kalimah Allah serta mendakwah kepada golongan Melayu Islam.

MCA ialah tuanpunya Kumpulan Media Star yang giat mempromosi kultus politikus evangelis DAP 2.0 yang begitu angkuh serta suka membuli orangramai.

Akhbar milik MCA The Star juga mendokong penyebaran ethos serta kelompok-kelompok yang berkiblatkan Kristian-Barat — baca ‘GEMPAR! Jarum halus dakyah Kristianisasi dicucuk The Star‘.

***  ***  ***

Berikut adalah senarai nama (dalam kurungan) calon ISMA-BERJASA di 8 kerusi Parlimen dan 3 kerusi DUN:
.

  • P 128 Parlimen SEREMBAN (Ustaz Abdul Halim Abdullah)

Penyandang: John Fernandez (DAP)

Calon 2008 yang kalah: Yu Chok Tow (MCA)

Peratus pemilih Melayu (2013): 44%
.

  • P107 Parlimen SUBANG  (Ustaz Mohamad Ismail)

Penyandang: Sivarasa Rasiah (PKR)

Calon 2008 yang kalah: S. Murugesan (MIC)

Peratus pemilih Melayu (2013): 47%
.

  • N 25 DUN KAJANG  (Ustaz Mohamad Ismail)

Penyandang: Lee Kim Sin (PKR)

Calon 2008 yang kalah: Low Lee Leng (MCA)

Peratus pemilih Melayu (2013): 48%
.

  • P 097 Parlimen SELAYANG (Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman)

Penyandang: William Leong (PKR)

Calon 2008 yang kalah: Lee Li Yew (MCA)

Peratus pemilih Melayu (2013): 45%
.

  • P 009 Parlimen ALOR SETAR (Ustaz Abdul Fisol Md Isa)

Penyandang: Chor Chee Heung (MCA)

Calon 2008 yang kalah: Gooi Hsiao Leung (PKR)

Peratus pemilih Melayu (2013): 61%
.

  • N 11 DUN DERGA

Penyandang: Dr Cheah Soon Hai (Gerakan)

Calon 2008 yang kalah: Cheung Khai Yan (PKR)

Peratus pemilih Melayu (2013): 56%
.

  • P 017 Parlimen PADANG SERAI (Ustaz Hamidi Abu Hassan)

Penyandang: N. Gobalakrishnan (PKR)

Calon 2008 yang kalah: Boey Chin Gan (MCA)

Peratus pemilih Melayu (2013): 56%
.

  • N 22 DUN GURUN

Penyandang: Dr Leong Yong Kong (MCA)

Calon 2008 yang kalah: B. Kalaivanar (PKR)

Peratus pemilih Melayu (2013): 56%

.

  • P 072 Parlimen TAPAH (Ustaz Shaharuzzaman Bistamam)

Penyandang: M. Saravanan (MIC)

Calon 2008 yang kalah: Tan Seng Toh (PKR)

Peratus pemilih Melayu (2013): 46%
.

  • P 109 Parlimen KAPAR (Ustaz Mohd Pathan Hussin)

Penyandang: S. Manikavasagam (PKR)

Calon 2008 yang kalah: P Komala Devi (MIC)

Peratus pemilih Melayu (2013): 51%

.

  • P 116 Parlimen WANGSA MAJU (Tuan Haji Aminuddin Yahaya)

Penyandang: Wee Choo Keong (PKR/bebas)

Calon 2008 yang kalah: Yew Teong Look (MCA)

Peratus pemilih Melayu (2013): 53%

Mengikut kenyataan akhbar yang dikeluarkan Ustaz Yusof, kerusi-kerusi sasaran merupakan kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu namun ditandingi dan dimenangi oleh calon-calon bukan Melayu dalam PRU12 yang lepas.

Daripada 11 kerusi tersenarai di atas, sebanyak 7 adalah kerusi tradisi MCA.

Ujar Ustaz Yusof, untuk “demi menjaga kekuasaan politik orang Melayu Islam di negara ini, ISMA melihat antara langkah terpenting yang perlu diambil ialah menawan semula kawasan-kawasan yang selama ini telah diberi laluan selesa kepada pihak lain”.

MCA kaya-raya

MCA dijangka akan ditamatkan riwayatnya dalam PRU kali ini kerana parti tersebut tidak segan untuk mengkhianati semangat setiakawan BN.

Parti tersebut hanya mahu menikmati kelebihan-kelebihan yang diperolehinya sebagai anggota BN tetapi tidak sanggup membuat apa-apa pengorbanan untuk bersama-sama menanggung beban berkempen.

Bukan sahaja MCA enggan menggalas tanggungjawab dengan memberi maklumat yang tepat tentang kegiatan evangelista dan politikus evangelis malah sebaliknya The Star senantiasa bersedia merekayasa untuk memenangkan DAP 2.0.

Di samping itu, The Star sengaja menutup aib si politikus evangelis DAP, gereja-gereja evangelis (DUMC dan City Harvest Subang Jaya) serta ia amat keberatan sekali untuk membidas dan menyangkal hujah-hujah songsang yang dikemukakan DAP beserta ‘NGO-NGO’ yang pro-pembangkang.

MCAstarDividend

Asal dapat mengaut untung lumayan, MCA sanggup membiarkan sahaja media miliknya membuat sesuka hati, iaitu sering serta giat mempromosi politikus Kristian puak pembangkang (kedua-dua DAP dan PKR).

Memperlekehkan bahasa kebangsaan

Cuba tengok.

Sudah genap dua minggu banner berikut (screenshot bawah) yang membawa cogankata kempen MCA berbunyi ‘We want stability’ terpampang di muka depan laman rasmi parti itu.

Ia tertera dalam bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris. Bahasa kebangsaan selalu diketepikan oleh MCA.

Penggiat-penggiat politik MCA masih lagi gamat dalam kepompong etnik yang dikongsinya dengan rakan-rakan seperjuangan DAP mereka.

Adakah MCA menampakkan ia sebuah parti yang menghormati kaum Melayu walhal bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan yang termakbul dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 pun tidak mampu dihormati?

Malaysian Chinese Association Panda

Screenshot diambil hari ini (lihat tarikh di penjuru kiri)

Berkaitan:

Pecah undi Melayu: Berjasa lwn MCA, Perkasa lwn Gerakan

Advertisements

Entry filed under: Gunting Dalam Lipatan. Tags: , , , , .

Raja Petra on the possibility of returning home Blog Kit Siang menggelar Dr M sebagai “Kutty” (updated)

7 Comments Add your own

  • 2. lee pak sing  |  April 13, 2013 at 12:38 pm

    undi bn tak akan pecah. dah sepakat mahukan bn menang besar. tinggal lagi apakah mca mahu menang?

    saya tengok bilik gerakan mca masih lagi tidak dibuka sedangkan bilik gerakan umno yang mana kerusi mca bertanding sudah bersedia begitu padu. benarlah apa dikata helen. mca nampak gayanya berkempen memenangkan dap.

    apa boleh buat. kalau begini gayanya semacam mca memang tak mahu menang. apa yang isma buat mungkin akan pecahkan undi melayu yang sokong pas. orang pas tak akan undi calon dap atau pkr kalau ada calon islam lain tawar diri bertanding.

    Reply
    • 3. The International Jew  |  April 13, 2013 at 12:59 pm

      kalau Pas kalah teruk pada PRU13, wajar Umno buat pertimbangan agar Pas dan golongan Malayu PKR di jemput untuk berrunding dengan BN.

      MCA dah nyata hanya setakat apa yang Mat Salleh kata “mere passengers” tak buat kerja.

      Reply
      • 4. Helen Ang  |  April 13, 2013 at 1:04 pm

        Bukan setakat penumpang tetapi api dalam sekam.

        Reply
        • 5. Ibni Ismail  |  April 14, 2013 at 1:26 pm

          api dalam sekam.. tepat benar perumpamaan itu walaupun saya lebih gemar gunakan musang berbulu ayam..

          Reply
    • 6. anakjamil  |  April 13, 2013 at 2:57 pm

      Hari ini, di kawasan saya di Selangor .. seramai 8 – 10 orang (yang saya jangkakan pelajar Universiti) sudah mula datang rumah ke rumah berbekalkan ‘Selangor Times’ dan senarai nama pengundi.

      Reply
      • 7. Helen Ang  |  April 13, 2013 at 3:01 pm

        Selangor Times is worse than Pravda and Xinhua.

        And Pakatan dare thump its chest that its championing the freedom of speech…

        Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Recent Posts

Kalender

Pengunjung

  • 7,617,852 hits

Archives

Feeds


%d bloggers like this: