Posted in Evangelista Bintang Tiga

Tsunami Cina: Baling batu sorok tangan

Orang Cina sudah tunjuk belang dan tunjuk taring. Akan tetapi sekarang ini DAP yang telah menang besar dengan ehsan undi masyarakat Cina pula mahu menafi bahawa ada berlakunya “tsunami Cina”.

Dalam pilihanraya umum yang dijalankan pada tempoh hari, DAP menang 38 kerusi Parlimen. Parti tersebut berjaya menang 10 buah kerusi baru sementara mengekalkan semua 28 kerusinya yang sedia ada.

PAS hilang dua kerusi Parlimen (dulu 23 sekarang 21) manakala PKR hilang satu (daripada 31 kerusi pada Mac 2008).

Kerusi-kerusi Parlimen yang dimenangi DAP kali ini dalam PRU13 ialah:

    1. Gelang Patah — keluar mengundi: 88.9%
      (pemilih Cina: 52%, pemilih Melayu: 34%, Lim Kit Siang menang dengan majoriti 14,762 undi)
      .
    2. Kulai — 89.2%
      (C: 56%, M: 33%, Teo Nie Ching, 13,450)
      .
    3. Kluang — 86.6%
      (C: 49%, M: 39%, Liew Chin Tong, 7,359).
      .
    4. Raub — 82.9%
      (C: 40%, M: 50%, Sakmongkol, 2,814)
      .
    5. Kampar — 77.2%
      (C: 61%, M: 29%, Ko Chung Sen, 5,400)
      .
    6. Sibu — 79.7%
      (C: 65%, pribumi: 35%, Oscar Ling, 2,841)
      .
    7. Stampin — 77.2%
      (C: 73%, pribumi: 26%, Julian Tan, 18,670)
      .
    8. Sarikei — 77.4%
      (C: 66%, pribumi: 34%, Wong Ling Biu, 505)
      .
    9. Lanang — 78:6%
      (C: 72%, pribumi: 28%, Alice Lau, 8,630)
      .
    10. Sandakan — 75.3%
      (C: 53%, pribumi: 46%, Wong Tien Fatt, 1,088)

Sembilan daripada 10 kerusi Parlimen yang baru “ini kali lah” dimenangi DAP terletak di kawasan majoriti Cina.

Sembilan daripada 10 Ahli Parlimen baru DAP adalah orang Cina.

Sabah dan Sarawak: Empat kerusi Parlimen yang baru “ini kali lah” dimenangi DAP di Sarawak – iaitu Stampin, Sarikei, Lanang dan Sibu (sebelum ini dimenangi DAP dalam pilihanraya kecil) – mempunyai 65-73 peratus pemilih Cina.

Kerusi Parlimen yang baru “ini kali lah” dimenangi DAP di Sandakan, Sabah juga majoriti Cina.

Johor: “Ini kali lah” DAP berjaya menembusi tembok BN di kubu Johor dengan memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah, Kluang dan Kulai dengan majoriti besar beserta mengekalkan kerusi Bakri. Kalau bukan atas undi Cina, siapa lagi?

DAP menampilkan 14 orang calon bertanding kerusi DUN di Johor.

Mereka ialah Tan Chen Choon (Jementah), Lim Eng Guan (Bekok), Ee Chin Li (Tangkak), Chua Wee Beng (Bentayan), Chew Peck Choo (Yong Peng), Gan Peck Cheng (Penggaram, Tan Hong Pin (Mengkibol), Liow Cai Tung (Johor Jaya), Chen Kah Eng (Stulang), Cheo Yee How (Pengkalan Rinting), Dr Boo Cheng Hau (Skudai), Wong Shu Qi (Senai), Yeo Tung Siong (Pekan Nenas). Kesemua-semua 13 calon Cina menang.

Hanya seorang sahaja calon DAP kalah di DUN Johor, iaitu Shanker a/l Rengganathan di Paloh.

Statistik PRU13

Sejumlah 11,054,577 undi dibuang dalam pemilihan peringkat Parlimen PRU13.

Pakatan meraih undi popular sebanyak 50.9 peratus, yakni 5,623,984 undi. BN hilang sokongan popular dengan mencatat 47.4 peratus / 5,237,699 undi.

Umno parti yang mendapat undi terbanyak, yakni 3,241,286 atau 29.3 peratus undi.

DAP memperolehi 1,736,267 undi, iaitu 15.7 peratus berbanding 882,538 undi (7.98%) yang dipungut MCA. Secara kasar berdasarkan kiraan undi popular, prestasi DAP dua kali ganda lebih baik pencapaian MCA.

Kedudukan kerusi Parlimen:

  • Umno — 88
  • DAP — 38
  • PKR — 30
  • PAS — 21
  • MCA — 7
  • MIC — 4
  • Gerakan — 1

Kesan pengaruh undi Cina

Kelantan dan Terengganu hanya mempunyai segelintir sahaja penduduk Cina, masing-masing 3.4% dan 2.6%. Intipatinya pemilih Cina tidak mengenakan apa-apa impak mendalam terhadap kutipan undi di kedua-dua negeri pantai timur tersebut di mana PAS menongkah arus dengan pencapaian yang memuaskan.

Kesan tsunami Cina paling ketara di Johor. Pada tahun 2008, pembangkang menang satu kerusi Parlimen (Bakri) dan empat kerusi DUN.

Dalam PRU13, pembangkang menang lima kerusi Parlimen di Johor — Bakri, Gelang Patah, Kulai, Kluang (semua DAP) beserta Batu Pahat di mana Puad Zarkashi, calon Umno mesra Perkasa yang dipandang sebagai seorang Melayu ultra, telah tewas kepada calon PKR. Batu Pahat ialah sebuah kawasan 45.6 peratus pemilih Cina.

Seterusnya DAP kalah tipis di Labis dan Bentong.

LABIS

  • Peratus mengundi: 84.91% (berbanding 71.82% tahun 2008)
  • Pecahan kaum: M: 36.5%,  C: 46.5%,  I: 15.1%
  • Undi: MCA: 15,821  DAP: 25,568  Majoriti: 353

BENTONG

  • Peratus mengundi: 84.51% (berbanding 72.69% tahun 2008)
  • Pecahan Kaum: M: 44.9%,  C: 43.9%,  I: 9.12%
  • Undi: MCA: 25,947  DAP: 25,568  Majoriti: 379

Keputusan di Labis dan Bentong menunjukkan bahawa undi Cina telah berpindah secara besar-besaran kepada DAP dan pembangkang.

Seorang fellow di badan pemikir Penang Institute Dr Wong Chin Huat berpendapat bahawa undi Cina akan amat kuat pengaruhnya jikalau orang Cina melaksanakan strategi mengundi secara bersatupadu (“vote as a bloc”). Telahan Chin Huat – yang juga seorang ahli jawatankuasa pemandu Bersih – telah dibuktikan sebagai begitu tepat sekali.

[Nota: Penang Institute ialah sebuah think-tank yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng; CEOnya ialah Zairil Khir Johari.]

Voter turnout memberangsangkan

Mengikut laporan Sin Chew pada 29 Mac 2013, pemilih berdaftar Cina berjumlah 3.94 juta orang ataupun hampir 30 peratus daripada pecahan pemilih kesemuanya.

Mengikut kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya, 84.84 peratus pemilih keluar mengundi pada 5 Mei 2013.

Voter turnout secara am sebanyak 85 peratus (angka dibulatkan) adalah amat tinggi. Besar kemungkinan di kalangan hampir 4 juta pemilih Cina itu, voter turnout boleh mencecah 90 peratus ataupun lebih.

Kawasan-kawasan yang dimenangi DAP semuanya merekodkan peratusan voter turnout yang tinggi. Di Gelang Patah ianya 88.9%, Kulai 89.2%, Kluang 86.6% dan Bakri 86.7%. Maksudnya orang Cina berduyun-duyun keluar memberi sokongan kepada DAP.

Twitter rajiv4malaysiaBack in City Harvest Church

Screenshot atas: Tweet oleh Rajiv Rishyakaran, pembantu peribadi Hannah Yeoh yang berjaya dilantik menjadi Adun Bukit Gasing, Petaling Jaya “ini kali lah”

PRU13parlimen2008x

Tambahan undi kepada Pakatan

Pada tahun 2008, Pakatan memperolehi 653,120 undi di Selangor. Dalam pilihanraya tahun ini, undi Pakatan ialah 1,044,758. Tambahan undi kepada Pakatan di Selangor ialah sebanyak 391,638.

Sementara itu, peningkatan undi bagi BN di Selangor dari tahun 2008 ke 2013 hanya sebanyak 163,411.

DAP amat giat mengusahakan kempen mendaftar pengundi baru. Pada tahun 2008, DUN Subang Jaya mempunyai 33,412 orang pemilih manakala pada tahun 2013, jumlah pemilih kawasan tersebut telah meningkat hampir dua kali ganda kepada 61,688.

Di Pulau Pinang, Pakatan memperolehi sejumlah 492,863 undi dalam PRU13 berbanding 331,771 dalam PRU12. Tambahan undi kepada Pakatan di Pulau Pinang ialah sebanyak 161,092.

Sementara itu, peningkatan undi bagi BN di Pulau Pinang dari tahun 2008 ke 2013 sekelumit sahaja, iaitu 19,691.

Pola yang perlu diperhatikan ialah peningkatan undi yang begitu banyak bagi Pakatan di negeri-negeri yang dikuasai mereka iaitu Selangor dan Pulau Pinang.

Perkembangan ini dipupuk dengan usaha-usaha mencuci otak menerusi pendedahan tepu kepada media rasmi negeri Selangor TV, Media Selangorku, Selangorkini, Selangor Times dan The Star Metro.

Sekiranya dikaji negeri-negeri yang diperintah BN, tidak terdapat peningkatan jumlah pemilih yang mendadak. Di Pahang contohnya, BN mendapat 337,596 undi dalam PRU13 berbanding 268,288 dalam PRU12, iaitu pertambahan sebanyak 69,308 undi.

Mengikut banci yang dijalankan pada tahun 2010, Pahang mempunyai jumlah penduduk seramai 1,500,817 dan Pulau Pinang seramai 1,561,383.

Pahang dan Pulau Pinang mempunyai jumlah penduduk yang dekat-dekat sama (1.5 juta) tetapi di Pahang hanya 611,766 orang pemilih keluar mengundi (tidak termasuk undi rosak) berbanding di Pulau Pinang 727,244 (undi sah) dalam PRU13.

Perbandingan Pahang (negeri BN) dan Pulau Pinang (negeri DAP) menunjukkan penyokong parti DAP lebih mengambil berat penglibatan yang aktif dalam politik.

Kesimpulannya DAP sangat cekap dan agresif dalam menanam naluri fanatisme politik dalam sanubari para pengikut mereka.

Pertambahan undi Cina

Dalam PRU13, sebanyak 5,623,984 undi diberikan kepada Pakatan. Dalam PRU12, Pakatan telah mendapat 3,746,028 undi.

Bermakna Pakatan memperolehi tambahan sebanyak 1,877,956 undi.

Tambahan undi kepada Pakatan adalah paling banyak di:

  • Selangor: peningkatan sebanyak 391,638 (naik daripada 653,120 kepada lebih satu juta)
  • Johor: peningkatan 306,617
  • Perak: 175,151
  • Pulau Pinang: 161,092
  • Sarawak: 151,915
  • Wilayah Persekutuan: 125,422

Pulau Pinang

DAP menang semua 19 kerusi DUN yang ditandinginya di Pulau Pinang.

PKR pula mengetengahkan calon-calon berikut:

  1. Syed Mikael Rizal Aidid (Bertam) — kalah
  2. Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman (Pinang Tunggal) — kalah
  3. Norhayati Jaafar (Telok Ayer Tawar) — kalah
  4. Afif Bahardin (Seberang Jaya) — menang
  5. Norlela Ariffin (Penanti) — menang
  6. Lee Khai Loon (Machang Bubuk) — menang
  7. Ong Chin Wen (Bukit Tengah) — menang
  8. Law Choo Kiang (Bukit Tambun) — menang
  9. Maktar Shapee (Sungai Bakap) — menang
  10. Badrul Hisham Shaharin (Sungai Acheh) — kalah
  11. Cheah Kah Peng (Kebun Bunga) — menang
  12. Jayabalan A Thambyappa (Batu Uban) — menang
  13. Mohd Rashid Hasnon (Pantai Jerejak) — menang
  14. Abdul Malik Abdul Kassim (Batu Maung) — menang
  15. Mohd Tuah Ismail (Pulau Betong) — kalah
  16. Abdul Halim Hussain (Teluk Bahang) — kalah

Semua calon Cina PKR menang di Pulau Pinang.

Enam calon PKR Melayu di Pulau Pinang kalah:

  • Bertam (pemilih Melayu: 61.9%)
  • Pinang Tunggal (M: 70.2%)
  • Telok Ayer Tawar (M: 65.4%)
  • Sungai Acheh (M: 68.7%)
  • Pulau Betong (M: 59.1%)
  • Teluk Bahang (M: 60.4%)

Pola pengundian menunjukkan bahawa Pakatan ditolak di kawasan-kawasan Melayu pekat di Pulau Pinang.

Perak dan Selangor

Kerajaan negeri Perak 2013 dibentuk oleh 30 orang Adun Umno dan seorang Adun MCA. Calon-calon Gerakan (4), MIC (3) dan PPP (1) semua tewas.

Calon-calon Pakatan yang menang di DUN Perak ialah DAP (18), PKR (5), PAS (5).

DUN Perak dipisahkan mengikut garis pihak pemerintah Melayu di satu belah dan puak pembangkang Cina di belah yang lain.

Di Selangor, kekuatan ketiga-tiga komponen Pakatan adalah setara dengan DAP 15, PAS 15, PKR 14 kerusi DUN dipegang masing-masing.

Pemimpin DAP dan Dapster menguar-uarkan bahawa pemilih mengundi mengikut “urban-rural divide”, yakni orang bandar termasuk kaum Melayu dan generasi muda memilih Pakatan manakala orang kampung memilih BN.

Rumusan ini nampaknya boleh diterimapakai di Selangor. Sudah tentu sekali Melayu yang memilih pembangkang adalah peminat tegar The Star!

Ruj. carta pai: Sebanyak 25 peratus pembaca The Star ialah orang Melayu.

http://adqrate.com/newspaper/details?id=32&type=1
http://adqrate.com/newspaper/details?id=32&type=1

Johor dan Sarawak

Terdapat pertambahan besar penyokong Pakatan di Johor dan di Sarawak. Di kedua-dua negeri ini, DAP yang menang besar.

Di Johor, DAP menang 13 kerusi DUN kali ini berbanding 4 pada tahun 2008. PAS menang 4 kerusi DUN di Johor dan PKR satu. Bermakna undi bagi pembangkang di Johor adalah kebanyakannya undi untuk Cina DAP.

Di Sarawak, DAP menang 5 kerusi Parlimen kali ini berbanding satu pada tahun 2008.

PKR menang satu kerusi Parlimen Sarawak dan PAS sifar. Bermakna undi bagi pembangkang di Sarawak adalah kebanyakannya undi untuk Cina DAP.

Tahap sokongan Cina bagi DAP

Seputeh

Cuba kita tengok pada kerusi Parlimen Seputeh. Ia kawasan 89.69% pemilih Cina, 5.62% Melayu dan 4.54% India.

Teresa Kok menerima 61,500 undi dan lawannya Nicole Wong 9,948 undi.

Katakan undi golongan pemilih India dibahagikan 50:50. Maka DAP dan MCA masing-masing mendapat 1,631 undi India.

Katakan juga Teresa mendapat undi Melayu 30 peratus (sebenarnya 30% ini satu anggaran yang agak tinggi; sebagai perbandingan, hanya 5 peratus sahaja kaum Cina yang mengundi BN di Selangor mengikut dapatan maklumat oleh pengarah pilihanraya BN Selangor Mohd Zin Mohamed).

Maka kita anggarkan bahawa Teresa Kok telah mendapat 1,212 undi Melayu.

Jadi undi yang terima oleh Teresa daripada pemilih Cina ialah (61,500 undi semuanya tolak 1,631 undi India tolak 1,212 undi Melayu =) 58,657 undi Cina.

Sejumlah 71,859 undi telah dibuang di Seputeh. Dengan menggunakan formula nisbah kaum, lebih kurang 64,450 orang Cina, 4,038 orang Melayu dan 3,262 orang India telah keluar mengundi pada 5 Mei.

Mengikut kiraan yang kita buat tadi, Teresa Kok mungkin mendapat 58,657 undi Cina. Kita telah menganggarkan tadi bahawa 64,450 orang Cina keluar mengundi (voter turnout 83.6% daripada 85,976 orang pemilih berdaftar di Seputeh).

Maka kita boleh buat unjuran bahawa Teresa Kok – yang menang dengan majoriti pecah rekod 51,552 undi – telah berjaya meraih sekurang-kurangnya 91 peratus sokongan pemilih Cina.

Kalau bukan tsunami Cina apa lagi?

Kupasan butir-butir data pilihanraya di atas memberi gambaran kukuh bahawa telah berlaku tsunami Cina dalam PRU13.

Lagipun bukankah DAP telah berkempen bermati-matian di kalangan orang Cina? Ceramah-ceramah dan perhimpunan-perhimpunan raksasa yang menggegar alam di Johor, Pulau Pinang, Perak dan tempat-tempat lain semuanya dibanjiri lautan peserta Cina, bukan?

DAP juga begitu galak menggesa orang Cina yang bekerja di Singapura dan lain-lain negara asing supaya pulang untuk mengundi, sehinggakan perjalanan pulang mereka telah menimbulkan kesesakan lalulintas di Tambak Johor.

Umno yang menang undi Melayu

PAS meletakkan calon di 73 kerusi Parlimen dan yang menang 21. Kawasan-kawasan di mana PAS bertanding adalah kawasan majoriti Melayu. Lantaran itu, kekalahan PAS menggambarkan Pakatan hanya mendapat sambutan suam-suam kuku daripada kaum Melayu, terutamanya di pantai barat.

Pengundi Cina paling tinggi nisbahnya di:

  • Pulau Pinang (53.4 peratus)
  • Wilayah Persekutuan (52.2 peratus)
  • Johor (38.8 peratus)
  • Perak (37.7 peratus)
  • Selangor (34.0 peratus)

Pakatan meraih undi popular paling tinggi di Pulau Pinang (67.8%) dan Wilayah Persekutuan (63.1%). Ini bermakna Pakatan paling popular di dua buah negeri ini yang mempunyai peratusan pemilih Cina yang paling tinggi.

Lantaran itu, kita boleh mengandaikan bahawa sokongan tahap fanatik telah diberikan Pakatan (baca: DAP) oleh kaum Cina.

Kalau Pakatan lebih popular di kalangan orang Melayu, tidak masuk akal PAS akan kehilangan negeri Kedah. Juga Umno menang di negeri Perak atas undi Melayu yang amat mantap.

Kajian oleh Paraman Subramaniam, seorang penganalisa Hindraf, mendapati 15 swing seats yang dimenangi BN kali ini (yang gabungan itu kalah tahun 2008) semuanya kerusi Parlimen majoriti Melayu purata 79.3% dengan pemilih Cina pada purata 11.8%.

Umno telah menang balik 9 kerusi yang BN kalah dahulu. Bermakna BN mendapat balik sokongan swingback orang Melayu.

Sementara itu, Pakatan menang 22 swing seats yang dahulunya milik BN. Sebelas daripada kerusi yang Pakatan menang kali ini mempunyai purata 42.73 peratus pemilih Cina.

Tidak lain dan tidak bukan TSUNAMI CINA !!

Jadi kenapa sekarang ini DAP pula menafikan kejayaan sendiri selepas mereka puas bertungkus-lumus dan berhempas-pulas untuk mencetuskan satu Pemberontakan Cina? Ish, ish, ish. Lembu punya susu hendak diberikan nama kepada sapi gak.

Lagipun MCA, Gerakan dan SUPP sudah bungkus. Bukankah lingkupnya ketiga-tiga parti Cina ini kesan tsunami yang digerakkan DAP?

Malah dua orang calon MCA di Pulau Pinang telah hilang deposit — Lau Chiek Tuan di Berapit and Loke Cheang Gin di Pengkalan Kota.

Fakta-fakta yang dikupas di atas serta kemenangan besar DAP di depan mata mengesahkan bahawa sememangnya telah terjadi tsunami Cina.

Penafian DAP sebagai langkah damage control (mengawal keadaan) memandangkan wujud backlash kemarahan orang Melayu hanya membayangkan sifat hipokrit evangelista DAP yang membaling batu tetapi cuba menyembunyi tangan.

DAP sekadar mahu menipu dengan penafian bodoh sepatnya bahawa tsunami Cina tidak pernah terjadi.

Apa lagi Cina mahu? Cina mahu agar Melayu senantiasa lurus bendul serta telan bulat-bulat segala dolak dalih yang dikeluarkan politikus putar belit evangelis DAP 3.0 mereka.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

85 thoughts on “Tsunami Cina: Baling batu sorok tangan

  1. Welcome back Helen.

    Orang Melayu ramai yang tak ambil kisah nak mendaftar dan mengundi. Saya ada pengalaman sendiri ahli keluarga dan rakan yang tak sempat mendaftar dan tidak dapat mengundi, Ada yang mendaftar tapi malas mengundi sebab sudah menjangka BN akan menang.

    Very good article. Saya tak faham apa yang rasisnya mengatakan tsunami Cina. Memang ada Melayu dan kaum-kaum lain yang mengundi pembangkang dan kebanyakan mereka memang telah mengundi pembangkang sejak dulu lagi seperti penyokong PAS yang mahukan negara Islam.

    Satu lagi faktor yang saya rasa penyumbang kepada swing Cina adalah propaganda pihak gereja yang menentang kerajaan. Ini jauh berbeza pada pilihanraya-pilihanraya dahulu yang pihak gereja menyokong kerajaan atau tidak menyatakan secara terang-terangan sokongan mereka kepada pembangkang.

    Dan begitu jelas sekali penyusupan evangelistas gereja ke dalam DAP. Mungkin mereka ini tak puas hati hendak menggunakan kalimah Allah?

    1. Mereka mahu dijauhi dijauhkan label ‘tsunami Cina’ itu kerana DAP bersikap waspada — takut-takut Melayu akan celik mata dan mengambil langkah pencegahan.

      1. Correction: Langkah menangkis. Solly, brain tired after the marathon to write this piece and haven’t had dinner yet.

        1. Well it was worth the effort Helen, with this detailed analysis LKS, AI and SA can bungkus their PC last few days by denying the fact that it was a job well done by the DAP-Tsunami Cina had taken place!

          Shame on the Pakatan for not owning up to their winnings and blamed Najib instead.

          1. re: “Shame on the Pakatan for not owning up to their winnings and blamed Najib instead.”

            ROTFL.

            Blame Umno for DAP winning so big and for the big win that the party is now refusing to acknowledge.

      2. Helen,

        Knowing UMNO they ll turn this to their advantage, next election it will be a Malay Tsunami but it wont be good for the country….let s hope and pray all parties wise up….

        1. If that happens, we should keep in mind that it is the DAP which has set the course for this imminent collision with their brand of hate politics.

          Now it is Umno and Umno only that is able to halt the DAP juggernaut which has already steamrolled the MCA, Gerakan, SUPP and any conceivable form of internal opposition, even from within their own DAP party.

    2. Zack,

      Kadang kadang rasa nak lempang saja Melayu yang tak ambil peduli pasal mendaftar dan mengundi. Seorang rakan saya yang bekerja di sebuah hotel berkata dia sedih melihat hampir kesemua pekerja hotel yang Melayu tak mengundi.

      Bila ditanya mereka kata tak daftar, tak ada masa. Mereka ramai yang tinggal di keramat, hulu kelang, Pandan Indah sebagai contoh. Maksudnya dilahirkan dan dibesarkan di kawasan berhampiran.

      1. Inilah sikap yang ada dalam naluri Bangsa Melayu kita, tidak ambil endah, mempunyai sikap tidak apa, cukup apa yang sudah ada. Apabila semuanya telah berlaku, mereka sendiri yang menyalahkan bangsa lain, sepatutnya mereka kena cermin diri sendiri dulu.. Inilah yang dikatakan,” baling batu, sorok tangan..

    3. My daughter and my 3 melayu niece/nephew tidak kisah to register, so they missed the recent GE. 4 lost votes for BN. Next GE will make sure they vote, together with 3 more (youngest son and youngest nephews).

      This time, I will make sure all Melayus i know or related and their Melayu friends are registered as voters.

      Not only that, I will advise them to register in areas where BN have chance to win, like in my Titiwangsa area. I know quite a few Melayu friends are registered in Bukit Bintang and Kepong. What a waste. Will advise them to transfer registration to BN areas.

      I hope all Melayus, Indians and other non-Chinese races will do the same too.

      I am now an astute Malay racist. For this, i must thank DAP Lim Kit Siang for waking up and uniting the racist Malays.

      Before this, as usual most young Malays are having a ” tidak kisah, tidak apa ” syndrome. Today, Komrad Lim sudah tampar muka Melayu dan India kaw-kaw.

      1. No guarantee that they would vote BN either.

        There is a generational gap between young voters and the old.

  2. well said- and yet they claim Utusan was racist when Utusan whimpered “Apa lagi yg Cina Mahu”..the best way to tackle racial issue is to ban The Star

      1. Jika sudah berkali2 dituduh dan dicop sebagai rasis, sudah tidak apa lagi untuk Melayu (Umno) dan Utusan menjadi rasis sepertimana Cina DAP.

        Apa untungnya lagi untuk mempertahankan bahawa kita tidak rasis? Mereka tidak akan berhenti mencela kita. So, just be a racist la. Tak salah lagi kan?

  3. dulu dulu org selalu cakap pasal kaum india selalu cakap belit belit. nampak gaya nya yg sebenarnya falsafah ini dikeluar kan oleh kaum cina (baca: cina mcm DAP).

    dan sekarang memang kaum cina (baca: cina mcm DAP) memang cakap belit dan kaki belit.

    yg pelik nya camna DAP nak buat selama 5 tahun utk memaju kan kaum cina? dgn buat byk demo? dgn maki hamun dan menipu pengikut nya? atau dgn menukar agama pengikut nya kepada kristiani?

    1. Cina DAP sangat pandai pasca pru13. Mereka sendiri tidak akan initiate atau organize demo2 rally2 itu. Kerana mereka tahu akan berlaku reverse effect iaitu kebangkitan Melayu bersatu dan terus bersatu.

      So, cara yang bijak ialah dengan mendukung si kitol si kitol Melayu yang kalah (desperate and sore-losers paling teruk) iaitu brader PM 16 Seotember dan sekutu2 PKR brader itu untuk memimpin demo2 itu.

      Tapi apa pun helah mereka, orang2 Melayu telah curiga dan menghidu sikap tamak Cina DAP ini. Tahap kebencian dan kerasisan Melayu terhadap Cina DAP adalah maksima pada masa ini. Saya sendiri dah 2 minggu tak singgah ke satu pun kedai cina kerana berdendam ditipu bangsa itu.

      Malangnya bagi PKR, lebai2 Pas tidak berani ikut serta demo2 itu, kerana dahlah merosot teruk undi Melayu kepada Pas, jika mereka ikut bersekongkol, akibatnya PRU14 Pas akan tersungkur terus.

  4. The best analysis so far! Thank you Helen. Tsunami Cina is too obvious, takkan Tokong family nak deny lagi. Some Chinese yang I kenal are actually embarassed about the whole thing & cant quite look me in the eyes. As for me, now saya pun tak malu mengaku saya pun dah jadi rasis.

    1. Sharifah,

      And there is another tsunami, albeit on a smaller scale.

      That is the quite substantial Malay voters abandoning PAS in favour of UMNO. Which explain, UMNO is able to wrest Kedah from PAS. And not to forget UMNO increases its share of Kelantan DUN and Parliamentary seats.

      Now, many Chinese are on damage control mode. Unable to topple Bn (or more specifically UMNO), they are quite anxious for “punishment” to come.

      So, the theme of the day is “unity”. never mind for years they demonised BN (or UMNO) .

  5. Saya tak paham mengapa sekarang ni xbole sebut perkataan Cina.. tsunami Cina, kedai cina.. atau ape2 kaitan dengan cina. Dan-dan kene panggil racist… sejak bile kat Msia ade special law utk anti-semitism (cinasim) ni… haiyyaaaah

    1. Tepat sekali! Memang jelas DAP menerapkan strategi Zionis Israel. Setiap yang memburukkan Israel akan cuba dibungkam dengan laungan Anti-Semitism (racism), walaupun Zionis sangat racist dan chauvinis.

      DAP menggunakan perkataan Racist bertalu-talu. Kita maklum DAP berguru dengan PAP yang bersahabat dengan Israel. Apa cara untuk melemahkan strategi DAP tersebut?

    2. Lala, masalahnya ada Melayu@melalut yang sokong kata Malay ni racist, utusan tu racist dan kononnya dia tak racist. Kalau bangsa tu tak racist, kenapa dah besar panjang pun masih geli nak berbahasa melayu?

  6. Selamat Kembali Embak Helen

    As usual simple but easy to understand analysis by you… thank you.

    Should send a copy to OBAMA TOO……

  7. Apa nak kata ..memang analisa yg sungguh tepat …apa yg perlu lakukan sekarang tu yg lebih penting ..bn kalah teruk dalam perang cyber terutama dalam fb ..ada banyak blogger bn yg hebat dgn fakta antaranya bro rocky …jmd ..outsyed ..kickdefella dan tak lupa helen dan sya dan usaha perlu digerak dari sekarang untuk lawan dakyah diaorg …saya amat berharap najib serah tugas pada khairy menyatukan mereka ini untuk counter balik …tak lupa juga usaha daftar ahli bn seramai boleh …

  8. hai helen

    pada malam keputusan lagi tsunami cina telah dikenal pasti…

    Kemenangan PKR dan PAS juga banyak disumbangkan atas sebab faktor ini terutama di negeri pantai barat semenanjung.

    tsunami cina ini amat kuat tetapi benting menahan tsunami ini nampaknya lebih kuat.

    ini menunjukan jika orang melayu bersatu kombinasi tsunami cina dan india jika berlaku dengan mudah sahaja ia ditahan.

    1. Penganalisa Hindraf Dr Paraman yang saya petik dalam ulasan di atas berpendapat bahawa sokongan India pada masa kini adalah 50:50.

      Seperti yang kita ketahui, Hindraf sudah bersetuju untuk kerjasama dengan BN.

      Tinggal golongan India Kristian dan India kelas profesional yang masih menyokong Pakatan.

      Justeru itu, saya tetap kekal dengan pandangan awal saya bahawa jurang pemisah politik kita digariskan dengan orang Cina-Kristian di satu pihak dan orang Melayu-Islam dll di pihak bertentangan.

    2. Azhar,

      Syukur. Kerana di saat mereka diuji dengan hebat sekali, ramai juga Melayu yang nampaknya mahu diperintah oleh UMNO yang juga Umat Nabi Muhammad SAW DARI DIPERINTAH YAHUDI.

      Walaupun UMNO pun ada salah, namun UMNO masih ada sokongan dikalangan Melayu. Dan ramai Melayu agaknya sedar yang PAS tak boleh diharap (dari dulu lagi).

      Ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan orang Cina. Mereka sangkakan Melayu pun bengang sangat dengan UMNO. Tak memeranjatkan. Kerana sumber mereka pun jenis seperti STAR, Malaysiakini dan segala fasik, munafik.

      1. Ya amat setuju. Walaupun Umno ada salah dan kelemahan, Umno terus berubah untuk memperbaiki diri, dan kita diluar menjadi mata dan telinga untuk check and balance kelakuan Umno.

        Lagi pun, mana ada pertubuhan terutama parti politik yang sempurna. Jika diimbas, kelakuan DAP, PKR dan Pas lebih teruk kerana sifat ultra hipokrit dan suka menipu/spin mereka.

        Menanti sistem baru pemilihan Umno 2013 dimana 146,500 ahli boleh mengundi dan merobah struktur pimpinan parti berbanding hanya 3-4ribu sebelum ini, bermakna Umno semakin transformed dan reformed. Ini amat menakutkan DAP dan sekutu2 hipokrit mereka.

        Saya sangat gembira sebenarnya apabila calon Umno parliimen Temerloh Saifuddin Nasution kalah. Dia ni lebih DAP daripada DAP sendiri. Kekalahan Saifuddin umpama 10 kerusi ekstra kepada Umno. Sebaiknya dia join PKR saja.

  9. Lebih elok jika Tsunami Cina digantikan dengan Cinami kerana ia memberi konotasi yang lebih negatif.

  10. Satu analisa yang sangat baik. Sah data-data menunjukkan ia sememangnya tsunami Cina. TK kerana tidak jemu menuliskan artikel2 yang disokong dengan data dan kupasan yang mantap.

  11. I didn’t follow politic closely until a month or two before GE13. Thus I don’t know if the following is true.

    RPK said that in Bersih 2.0 and Bersih 3.0, it was the Chinese (presumably DAP supporters) who are calling for Chinese Tsunami. After it truly happened tak mau mengaku pulak. RPK rightly asked ‘what is it then?’

    Btw, if PR oust BN last GE and they form Government, I am pretty sure DAP don’t have any problem with the label. They might be mightily proud about it.

    1. re: “Btw, if PR oust BN last GE and they form Government, I am pretty sure DAP don’t have any problem with the label. They might be mightily proud about it.”

      You’ve put your finger on it.

      It’s their lidah bercabang, licik-slipperiness that has enabled them to decimate the MCA as well as get some of the urban and young Malay votes. Their primary method is characterized by fitnah – widespread and the most outrageous slander – by constant whinging and by instilling suspicion and hate.

      Most ordinary and decent people just simply cannot imagine nor fathom how low these Evangelista Bintang Tiga are willing to go.

  12. good and detailed analysis with strong concrete evidence….keep up your good work in writing…..

  13. Pertamanya orang melayu tidak faham bahasa cina. Jadi, apa yg ditulis dalam media cina tidak diketahui. Orang cina cakap melayu bodoh pun orang melayu tak tahu dan tak akan tahu. Kecuali dua tiga kerat melayu yang ke sekolah cina.

    Orang cina sudah terbiasa hidup tertekan dan ditekan. Akibatnya kehidupan mereka banyak terdorong oleh perasaan jing-zheng – hidup untuk bersaing- kesannya ialah biarlah orang lain mati asalkan aku dapat terus hidup. Walaupun perasaan ini baik, ia akan memberi mudarat jika ditelan terlalu banyak.

    Amalan yang sama ditekan oleh Allah melalui ajaran fastabiqul-khairat. Fastabiqul juga boleh diterjemahkan sebagai jing-zheng. Tetapi Allah memberi garis panduan dengan menambahkan konsep khairat sebagai satu perlombaan yang baik. Di sini bukan lagi Tanah Besar yang mana nenek moyang telah ditekan dan ditindas. Di sini adalah tanah untuk kita hidup bersama tolong menolong dengan semangat hu-xiang-bang-zhu.

    Bukan lagi jing-zheng untuk melihat orang lain mati. Tetapi jing-zheng dengan semangat hu-xiang-bang-zhu. Kita samada cina mahupun melayu tidak hidup menongkat langit, sampai masanya Allah akan menjemput kita pulang ke negeri abadi yang seharinya senilai seribu tahun.

    Sehari-hari kita habiskan usia demi perbalahan yang sia-sia kerana Allah tidak pernah benarkan kita memilih siapa ibu kita. Samada ibu kita cina atau melayu. Kita tidak boleh memilih ibu kita, tetapi kita boleh memilih sahabat kita.:,

  14. Pertamanya orang melayu tidak faham bahasa cina. Jadi, apa yg ditulis dalam media cina tidak diketahui. Orang cina cakap melayu bodoh pun orang melayu tak tahu dan tak akan tahu. Kecuali dua tiga kerat melayu yang ke sekolah cina. Orang cina sudah terbiasa hidup tertekan dan ditekan. Akibatnya kehidupan mereka banyak terdorong oleh perasaan jing-zheng -hidup untuk bersaing- kesannya ialah biarlah orang lain mati asalkan aku dapat terus hidup. Walaupun perasaan ini baik, ia akan memberi mudarat jika ditelan terlalu banyak. Amalan yang sama ditekan oleh Allah melalui ajaran fastabiqul-khairat. Fastabiqul juga boleh diterjemahkan sebagai jing-zheng. Tetapi Allah memberi garis panduan dengan menambahkan konsep khairat sebagai satu perlombaan yang baik. Di sini bukan lagi Tanah Besar yang mana nenek moyang telah ditekan dan ditindas. Di sini adalah tanah untuk kita hidup bersama tolong menolong dengan semangat hu-xiang-bang-zhu. Bukan lagi jing-zheng untuk melihat orang lain mati. Tetapi jing-zheng dengan semangat hu-xiang-bang-zhu. Kita samada cina mahupun melayu tidak hidup menongkat langit, sampai masanya Allah akan menjemput kita pulang ke negeri abadi yang seharinya senilai seribu tahun. Sehari-hari kita habiskan usia demi perbalahan yang sia-sia kerana Allah tidak pernah benarkan kita memilih siapa ibu kita. Samada ibu kita cina atau melayu. Kita tidak boleh memilih ibu kita, tetapi kita boleh memilih sahabat kita.:,

  15. Itu hakikat berdasarkan kajian yang menyeluruh.
    Kita terima dan ambil kira dalamw mentadbir negara kita Malaysia yang kita semua sayang.

  16. Now the chinese are stuck… what to do next? So ask Anwar to run riot… Then people forget about the chinese and go after Anwar… he he he… smart move ehh…

  17. Helen cuti bersalin ke hehhehe….ingat dalam pantang, tak dengar lama. Saya check juga dengan kawan2 polis, kot-kot Helen join Papagomo sama.
    Lepas ini, kalau ada:

    1) isu-isu sekolah cina, menteri mana yang mereka nak jumpa. Nak jumpa menteri Melayu, kan pasti malu nanti.

    2) Kalau ada isu pelajar-pelajar cina yang tak dapat PTPN, nak jumpa MCA, pejabat dah tutup, jumpa wakil rakyat DAP, kena makilah jawabnya

    3) Kalau kena tipu Ahlong, kena kejar dengan Ahlong, cina ni nak jumpa siapa? MCA dah tutup office, minta tolong dengan Hannah yeoh? Dapat lecture pasal kristian adalah. itu pun dakyah kristian bukan dakwah

    4) Rumah-rumah orang tua yang rata-rata penuh dengan orang cina ( ini yang paling sedih, orang cina ni tak suka emak bapa yang dah tua duduk dengan mereka agaknya), selalunya, wakil rakyat MCA yang datang, bagi bantuan duit, salurkan bantuan dari Jabatan Kebajikan masyarakat dsb, sekarang, MCA dah dimatikan. Wakil rakyat UMNO jarang ke rumah orang2 tua sebab, orang Melayu tak ramai disitu. Lepas ini, lihat sahaja kelibat DAP bagaimana.

    5) Bukan susah DAP nak bunuh MCA, tapi, bukan mudah DAP hidupkan aktiviti kemasyarakatan MCA.

    6) Belum lagi anak-anak nak buka sekolah…..selamat pening kepalalah wakil rakyat DAP/PKR/PAS, kau orang ingat dan nampaksenang sahaja BN memerintah, kau tak tahu apa yang mereka lakukan kepada rakyat-rakyat kerdil setiap hari.

    1. walaupun agak terlewat saya masih nk balas:

      org lain asyik tunding kesalahan pada yg nmpk tp lupa nk kesan 4 tundingan menghala balik macam mna jika dorg yg di letakkan utk memerintah. boleh ker tak? soalan tu 4 kali patah balik pd diri org yg menunding.

      Pakatan hanya nmpk salah bn dorg mmg x nmpk salah sdr, actually bende ni dituju padan penyokong pakatan jugak sbb isu rasuah BN yg amat ketara amat dipersoalkan tnpa dorg cube mengesan rasuah diberi oleh sape, kaum mana dan ada tk negeri2 yg diteraju pakatan utk pru12 jugak terlibat rasuah secara terangan.

      itu yg melayu lupa, sekejap sgt cpt sgt digula-gulakan dap dan PR. kalau melayu bersatu (scuh as betul jadi tsunami melayu) time tu cina terduduk tersungkur masuk ke longkong.

      saya sgt kecewa dgn melayu yg sgup tidak menyokong melayu BN tp sgup sokong cina PKR/DAP hanya kerana nk BN jatuh,

      1. boleh tak I nak minta tolong sesiapa bagitau la kat Melayu2 yang nak sokong rally 15 Jun ni, tolong hentikan…. BN menang sebab ada penyokong, ada ramai lagi…apa lagi nak dipertikai?

    2. Inilah bangsa Melayu yang hipokrit, menuding jari kepada bangsa lain.. sedangkan 4 jari yang menuding diri sendiri dia terlupa.. Kita semua ada kelemahan dan kesalahan masing2, ini harus kita akui, kita hanya manusia biasa.. oleh itu kita semua harus berubah dan memperbaiki diri kearah yang lebih baik dan positif.. INSHAALLAH..

  18. Ingat, hipotesis Helen bukan sahaja tepat tentang gunting dalam lipatan tetapi sikap gereja yang kian partisan.

    Pernyataan Bishop Paul Tan sekali lagi membuktikan keangkuhan golongan gereja dalam mempengaruhi sistem politik dan populariti PR (atau lebih khususnya DAP). Samada negara ini negara Islam atau negara sekular, I want to see the Church neutral in the entire affair.

    If the Catholic church cannot reign in their loose cannons and dumbasses, perhaps the foreign ministry can send a protest note to the Vatican. Bicara Paul Tan hanya akan mengundang cemuhan kerana sekarang beliau sudah jadi ‘expert’ analisis pilihanraya.

    https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/05/17/bishop-polls-anything-but-free-and-fair/

  19. Apakah cinami ini kalilah turut disumbangkan oleh kehadiran berpuluh ribu chinadoll yang hilang tak dapat dikesan lepas dapat VOA di Malaysia. Patutlah ada geng-geng ini kalilah yang menghalang imigresen daripada mengambil tindakan sebelum ni.

    Sebagai langkah penguatkuasaan,
    1. hapuskan VOA untuk pelancong China.
    2. Wajibkan sebarang kematian dalam komuniti cina diisytiharkan.
    3. IC untuk warga cina yang telah mati perlu dipastikan telah dibatalkan.
    4. Senang aje nak uji cina yang ada kat sini warganegara atau tidak, tanya saje beberapa soalan mudah dalam bahasa Melayu. Boleh faham dan jawab tak?

    Dalam bancian penduduk sebelum ini, kawasan yang mana pembanci dihalau, diarahkan anjing menghalau mereka, penduduk tak tahu bercakap bahasa Melayu mudah dan sebagainya perlu diambil perhatian dengan rasa curiga oleh imigresen. Banyak maklumbalas diripada pembanci berkenaan perkara ini sebenarnya.

    Lubuk-lubuk ini jika tidak dibanteras akan menjadi sarang jenayah, maksiat dan rasis!

    1. Interesting observation about China dolls … Hmmm … Ada yang dapat IC? (Thinking aloud)

  20. Superb writing with sound substances without lewd language. Is it all alright to you if I extend them to other blogs.

  21. Thank you for your painstaking effort in presenting a detailed analysis of the GE13 results and your insightful comments.

  22. Ms Helen, i believe you no longer using toilet paper to wipe after you pee. Now you had learn ‘basuh kencing’ using water just like malays, right?

    1. ur comment is totally irrelevent and very very racist. if u have nothing good to say juz keep quiet lah. moron.

  23. Congratulation Helen. Posting analisis ini amat jelas dengan fakta.

    Semalam seorang kawan (cina) beritahu…janganlah bimbang tentang ‘tsunami cina’ di Malaysia ni. Katanya, di mana-mana negara yang terdapat orang cina (walau pun ada chinatown), mereka tak pernah berniat memerintah negara berkenaan.

    saya menjawab, tentulah tidak perlu bimbang tetapi di negara ini ‘tsunami cina’ didalangi DAP dan di negara lain DAP tidak wujud.

    menurut perkiraan saya, sekalipun orang cina mengatakan ‘tsunami-cina’ yang berlaku bukan kerana terdapat keinginan atau usaha untuk ‘merampas’ kuasa pemerintahan negara, sokongan jitu yang diterima DAP membuktikan propaganda dan kempen membenci ‘kerajaan – yang khususnya UMNO’ telah berjaya menukar pandangan liberal orang cina kepada kesempitan pemikiran yang menjumud kepada kaumnya sendiri (rasis).

    oleh kerana itu, di manakah letaknya kesalahan orang Melayu sekiranya mereka memilih untuk menjadi rasis serasisnya?

    saya terfikir, alangkah baiknya jika nama negara ini iaitu Malaysia ditukar semula kepada ‘Persekutuan Tanah Melayu’ di mana kerajaan adalah 100% di bawah kuasa orang Melayu dan dengan itu, orang cina dan india hanya layak menjadi rakyat jika mereka mahu.

    adakah pendapat ini menjadikan saya rasis?

  24. So true (and well articulated), Helen.

    Now they’re running scared, kelam kabut wanna do damage control. Just look at the Letters on Mkini (Not only Chinese taken on a ‘good ride’, Chinese did vote for Umno candidates, too, Chinese felt voiceless when MCA was in cabinet blah blah blah). They’re grovelling now. Pathetic.

    It’s too damn late now. The Chinese didn’t vote for ‘democratic action’ or for the nation, they voted for UBAH to a Chinese party. Period.

    All that bullshit about racial equality, being Malaysian First etc makes me wanna puke. Knnccb…the tsunami was real and there’s no turning back now. You did the crime, now you do the time, suckers! IMO, many Malays have made up their minds and in their minds, DAP is akin to the CPM. And the Chinese are no better than “kominih” (communists).

    Am waiting for the backlash to pick up momentum. Then the Malays (in Penang) will say: Baru ada akai!!!

      1. You must be masquerading as a Chinese Helen Ang, aren’t you? If not what a disgrace to your parent for having born a person like you who are completely blind of the reality. It is not about race, but corruption that Malaysian is fighting for! You are really such an idiot!

        1. rasuah ada pemberi dan penerima.. why don’t u ask sapa dapat tender kontrak dan sapa yang beri rasuah kepada pejabat kerajaan.. kalau bukan orang cina? Robert kouk kalau tidak ditolong oleh Tun M takkan dia jadi kaya… Ananda Krishan takkan dapat bukak astro kalau Tun M tak benarkan… so.. adakah itu rasuah?

          kenapa tak cakap dalam perkhidmatan swasta..? LAGI BANYAK RASUAH,.. don’t talk cock.. anyway.. aku lepas ni akan jadi rasis…. dah orang cina kata melayu rasis.. so.. AKU MEMANG JADI RASIS MULAI SEKARANG… AKAN KUSEBARKAN KEPADA KAWAN AKU JUGAK SUPAYA MENJADI RASIS..

  25. DAP amat bijak memerangkap cina bn (mca, gerakan) supaya menyokong mereka, pedulikan dengan yg lain asalkan lambang roket, mata dan bulan pangkah saja. Tujuan ubah ini kalilah. Kalau tak macam tu DAP tak boleh menang besar.

    DAP sering sogokan cina BN dengan Kerajaan tidak adil dalam memerintah malaysia. Justru itu DAP mesti cari jalan untuk ubah ini kalilah. Sekarng tahun 2013 bukan 1969, cina perlu berubah menjadi cina Malaysia. Jadi apa tunggu lagi, anda semua kena sokong dan bantu DAP untuk dapat kuasa politik itu.

  26. Tsunami Cina, So what! Tsunami corruption by the Malay BN is ok and accepted! Malaysia will be doomed not by the Chinese but by the very own Malay race who are greedy. It is the Malays that robbed another Malay. Not the Chinese..after all all these years they didn’t really benefit from the Government. They are successful and surviving because of their hard work.

    1. yup,
      rasuah oleh BN – pasti mmg
      macam mana rasuah dr DAP? PKR?
      sekali lg menunding mmg sng mcm mna 4 tundingan lg? klo awak benar salmah awak akan paham maksud saya… klo melayu BN so ‘greedy… cina DAP apa?
      ……
      mencegah lebih baik dr mengubat rasanye….

      1. Islam1st, u r not muslim, u r stupid racist! U fail to understand this simple n sincere analysis.., just bcoz of your hatred, u blocked your mental, n u believe d crazy lks, lge n d crazy anwaribrahim blindly. U r real blockhead.

        1. mangkuk bodo annas amer tu.. islam1st tu regular commenter here la… dia bukan sokong LGE atau anuwar… lain kali cek blog helen dari mula.. tengok sapa regular sapa tak… aku tengok ko main terjah saja… buat malu je ko ni… huhu.. tu sharifah salamh tu red bean army.. mana ada orang melayu maki maki melayu sedap je kata orang melayu tamak… mulut takde ansuran minah puaka DAP tu…

    2. Red bean army detected… weh amoii… tak payah lah ko menyamar melayu.. shooh… why must use malay name? ashame to use chinese name ka? ko nak aku maki ko dengan bahasa sopan ke bahasa kurang ajar? jangan ingat kami akan bersabar kalau dipanggil bukan bukan… ada had ada masa…

    3. how can we be sure if dap becomes government there won’t be any rasuah?

  27. At least the indian bravely announce to the world that 2008 was Indian Tsunami. It look like the Indian can be trust to state what it was than the chinese DAP right…. What a cowards.

    :( sarah

  28. Lets look at it from the human perspective. Democracy means fairness to all and power to the majority. This simply shows that the BN government has not been practicing fairness to the electorate! It clearly indicates there is racial discrimination, chauvinism and a gross misrepresentation on the corridors of power in Malaysia. What happened in GE13 is a electoral correction just like the market correction! this correction process will definitely go on until a more amicable government which practices fairness’ to all is set up in Malaysia. There is simply no point in blaming a particular race for whatever happened on the 5th of May 2013.

      1. don’t be surprise, they are malays, ada ramai juga malays yang teringin nak dapat PM mata sepet yang tak tau BM.

Comments are closed.