Posted in Mama DAPster

Bekas hakim Mahkamah Rayuan yang menyebut tentang ‘backlash’ orang Melayu

Sedutan daripada ucapan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah tentang ‘Perpaduan Melayu Dari Perspektif Perlembagaan’.

Ucapannya disampaikan di ‘Wacana Kepimpinan Survival Ummah’, anjuran persatuan alumni UiTM dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 12 Mei 2013, di Menara MARA, Kuala Lumpur.

PETIKAN

“Saya tanya seterusnya, bolehkah Brunei dan Singapura masuk Malaysia? Jawabnya, Parlimen boleh dengan undang-undang, membawa masuk mana-mana negeri – Brunei, Singapura – dan mana-mana ke dalam Malaysia ini dengan suara majoriti sahaja.

Satu undi lebih, cukup, boleh bawa Singapura masuk ke Malaysia ini. Tidak payah dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Tetapi kalau ubah sempadan mana-mana negeri, maka negeri berkenaan kena perubahan sempadan itu diluluskan Dewan Undangan Negeri dan mendapat perkenan raja.

Tetapi hendak bawa masuk Singapura ke Malaysia ini dia perlukan hanya akta Parlimen yang mengatakan membawa masuk Singapura ke Malaysia, dengan satu suara majoriti, maka masuklah Singapura ke Malaysia.

Bayangkan akibatnya. Ini agenda yang saya katakan pengkhianatan itu, termasuklah agenda membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia.

Sebab itu kalimah Allah dicampakkan supaya orang PAS dan Umno, orang Melayu berpecah belah. Matlamat akhirnya ialah menawan hati orang Bumiputra Sabah dan Sarawak yang bukan Islam. Nampak tidak telunjuknya ke mana?

Tetapi kita Melayu termakan, mujurlah orang Sabah dan Sarawak menyebelah kita. Kerana itu, saya katakan, istilah. Kita hapuskan “Cina”, kita hapuskan “India” oleh kerana tiada dalam perlembagaan tadi.

“Maka kita letakkan, istilah: “orang Melayu”, “bukan Melayu” istilah “Masyarakat Pribumi”, “Masyarakat bukan Pribumi”. Gunakan mana yang berkenaan. Maka tidak ada lagi “Cina”, ‘India’….”

Sumber transkrip: Malaysiakini (24 Mei 2013)

http://blog.limkitsiang.com/2013/05/17/in-defending-his-seditious-speech-mohd-noor-abdullah-has-proven-he-is-racist-through-and-through-and-raised-question-how-a-closet-racist-could-rise-to-be-court-of-appeal-judge/

Juga:

‘GE13: Expect backlash from Malays, warns former judge Mohd Noor Abdullah’ (The Star, 12 Mei 2013)

‘Ex-judge sowing hatred and discord’ (FMT, 13 Mei 2013)

‘Karpal Singh buat laporan polis dakwa Mohd Noor keluar kenyataan berunsur hasutan’ (Roketkini, 15 Mei 2013)

***  ***  ***

Saya pelik kenapa pemimpin-pemimpin kanan Pakatan seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim boleh melenting mengatakan bekas hakim tersebut seorang “racist through and through”.

Pada asasnya beliau hanya mengesyorkan agar istilah ‘Cina’ dan ‘India’ dihapuskan dengan diganti dengan istilah sama ada ‘bukan Melayu’ ataupun ‘bukan Pribumi’. Katanya dengan itu “maka tidak ada lagi “Cina”, ‘India’.”

Saranan Mohd Noor sebenarnya mirip kepada saranan Hannah Yeoh dan puak Firsters, bukan?

Kelompok Firsters pun selalu meroyan kerana mahukan semua orang jadi buta warna kulit dan tidak lagi melihat pada semua warganegara sebagai etnik Cina atau etnik India tetapi sebaliknya sebagai “Malaysians”, noktah.

Kesudahan daripada tuntutan Firsters dipenuhi adalah hilang akan kewujudan ‘Cina’ dan ‘India’.

Hannah juga telah cuba dengan sedaya-upaya untuk menghapuskan istilah ‘Cina’ dan ‘India’ daripada dikekalkan penggunaannya di Malaysia. Sampai Adun DAP itu mahu menghantar petisyen kepada Perdana Menteri agar memansuhkan butiran kategori ‘Cina’ dan ‘India’ dalam borang surat beranak.

Yang berbeza cuma Hannah Yeoh mahu menggantikan istilah ‘Cina’ dan ‘India’ dengan istilah ‘Anak Malaysia’ manakala Mohd Noor mengesyorkan istilah ‘Cina’ dan ‘India’ diganti dengan istilah ‘bukan Melayu’ (ataupun ‘bukan Pribumi’).

Jadi kenapa pula Kit Siang dan Karpal berasa perlu untuk menegur Mohd Noor seorang “rasis”. Bukankah hasrat puak Malaysian First dan hasrat bekas hakim itu sama sahaja, iaitu menidakkan istilah ‘Cina’ dan ‘India’?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

25 thoughts on “Bekas hakim Mahkamah Rayuan yang menyebut tentang ‘backlash’ orang Melayu

  1. part of the transcript says: ‘Saya galakkan, pertama, perkahwinan antara Melayu dengan orang Cina dan orang India.

    yalah, racist sangat lah tu.

    1. isu dia kawin melayu kena masuk islam.. mana doranng nak.. kalo ikut style indon.. boleh kawin civil tanpa perlu ikut tukar agama.. dorang stujulah kot… tpi majoriti melayu tak nak plak macm tu.. huhu.. delima malaysia

  2. Lim Kit Siang is a devil in a human disguise. He is the racist one.

    He dreams of racism, eat, talk, shit etc of racism. He hates Malays/Islam just like Lee Kuan Yew of Singapore. He has his own cyber terrorists called the Red Bean Army. These cyber terrorists spread lies, rumours, online ‘assassination’ etc ….

    Yes, Lim Kit Siang is the big racist. DAPSTERS are racists. DAP says one thing but does another thing. They know how to do reverse psychology with the help of the Star of course.

    The Star is a racist newspaper, anti Islam and anti Malay. In general. Chinese are racists. Sorry Helen. You are the exception.

    The Singapore MSM mostly get news on Malaysia by taking hook, line and sinker from the Star. Copy and paste lah. Not surprising as DAP is the brother of PAP. I stop reading S’pore MSM a long time ago. I don’t even watch their TV news anymore as I see only PR politicians on S’pore TV news. Very biased. The other day it was Ambiga’s face on TV. I changed the channel as fast as I could.

    Another thing, Malay Malaysians must be conversant in English. This include oral and written. They should be as good as the DAPSTERS if not better. The reason is because the DAPSTERS use English to get their message across on S’pore TV. Hence, Singaporeans in general are pro Pakatan (except for Malays maybe).

    1. haha for me practically anyone regardless of their skin colour can be racist. the problem is when they’re being hypocritical about it. Tu yang tak boleh tahan.

  3. Saya melihat ianya lebih kepada serangan ke atas bekas hakim tersebut. Berkemungkinan besar ianya atas keberanian seorang berstatus hakim, yang faham benar selok belok dan interpretasi perlembagaan negara.

    Dalam youtube ketika satu sesi membincangkan isu kalimah Allah, bekas hakim ni siap offer pada Perkasa macam mana, klausa hak istimewa orang melayu boleh di capitalize untuk memperkasakan kuasa politik dan ekonomi melayu dengan cara yang bukan selalu didengar.

    Mungkin dia bekas hakim yang ultra melayu dan vokal. Bukan standard hakim pencen yang urban dan liberal, yang lebih suka duduk diam2 dalam mini perpustakaan di rumah mereka.

  4. Bila orang yang mahir tentang undang-undang bercakap, dia bercakap dari sudut undang-undang yang sebenarnya. Tetapi perkara yang diperkatakan itu membuatkan orang takut.

    Nanti ada pula yang tahu apa yang mereka uar-uarkan selama ini adalah salah.

    Dalam istilah politik mereka, mengaku salah bermakna mengaku mereka kalah. Jadi orang yang tidak sealiran dengan mereka akan dikatakan recist bagi menutup mulut orang tersebut.

    Hipo betul.

    :)sarah.

  5. Helen, I was there that fateful day, and I would like to stressed that he did not calls on the Malays to deny the rights of the non Malays. Instead he only asked all Malaysians, especially those in power, to upheld Perlembagaan Malaysia.

    The issues of the day was why Pribumi rights as enshrined by the very Perlembagaan that granted the Non-pribumi status warganegara secara jus soli, was and is being questioned and denied over and over again by various quarters?!

  6. i think the continous rants of how racist are the UMNO by the PR have gone to the points where even the ‘silent’ malays are beginning to speak up and says..’so what?’.

    What i mean by the silent malays are the urbaned and educated malays who have all this while never bothered to take any interest in politic but are silently supporting UMNO. That’s one group that will provide the backlash. They wont be that silent anymore..

    For as long as Anuar, LKS, LGE and Karpal can’t understand the word ‘nepotism’, how do you expect we ‘the silent malays’ would want you to teach us the meaning of the words like ‘ transparency,fair, bersih, equal, corruption, peace?..

    Silent no more…

    dosh li

  7. “Tetapi kita Melayu termakan, mujurlah orang Sabah dan Sarawak menyebelah kita. Kerana itu, saya katakan, istilah. Kita hapuskan “Cina”, kita hapuskan “India” oleh kerana tiada dalam perlembagaan tadi.”

    Helen, don’t publish above clause/ mkini – maybe its translation mistake with purposed of putting more aji no moto to your kueh teow sup ma..

    Its clear mentioned at min#6.55 [vid] “hapuskan istilah” – bukan “hapuskan Cina, India…”

    Kindly maintained yours ..

    Nak perfect – tak boleh tapi buatlah yg terbaik.

    semoga helen n pembaca/ komen berjaya dalam mencapai cita-cita

    1. re: “istilah. Kita hapuskan ‘Cina’, kita hapuskan ‘India’

      From the context of the sentence it’s clear that he means istilah should be hapuskan, and not that Cina and India should be done away with.

      Secondly Malaysiakini had explained that the judge was repetitive in his speech.

      Malaysiakini had included a disclaimer in their English translation that because the judge was repetitive, some segments where he repeated himself were left out from the transcript that they prepared.

      1. how sure you are about “the transcript that they prepared”.

        more .. whats wrong if ‘malays’ wanted to ‘expressed’ theirs as per explained by perlembagaan?

        in this case its not about trying to or to hijacked or to demand but its accordingly as per perlembagaan say

        these similar to what Singapore do, Taiwan do, China do and all Independent country do

        Rights must have a limitations and should referred as accordingly with perlembagaan of every each country.

        1. If the judge was repetitive, then he said the same thing 2-3 times or 3-4 times in slightly different sentences.

          He suggested hapuskan istilah ‘Cina’ dan ‘India’. I doubt that anyone would misunderstand him to mean hapuskan orang Cina dan orang India.

        2. If the judge was repetitive, then he said the same thing 2-3 times or 3-4 times in slightly different sentences.

          He suggested hapuskan istilah ‘Cina’ dan ‘India’. I doubt that anyone would misunderstand him to mean hapuskan orang Cina dan orang India.

          1. i like it.. its lovely [like you] you used “I doubt that anyone would misunderstand him” – means no judgement, no provocation, it tells about worries yet negotiable

            articles are always sharpen than a sword.

            well, I wish you n yours n readers all the best and success in this world n hereafter

  8. What has been going in this country since the past 10 years? We have become more suspicious of each other than ever!

    It is time authority take action against hate-mongers. We need affirmative action!

  9. Helen..sorry for the belated Wesak Day wish..
    Anyhow, what do you feel or think about the ex-judge remarks? Are you agreeable – that we follow the constitutions re race but at the same time the usage of ‘cina’ & ‘india’ as ‘bukan melayu’ or ‘bukan peribumi’ be replaced by it instead?

    1. No. The reason I’ve been against the DAP 2.0 trajectory is that they were hell-bent on ethnic cleansing my Aku Cina identity for their party political gains.

      Now the DAP 3.0 cakap berbelit-belit denying the Chinese tsunami is even a worse putar alam.

  10. satu perbahasan yg baik. kalau semua rakyat Malaysia khususnya kaum china yg berfikiran dan berpandangan macam Helen, Malaysia akan aman dan rakyatnya hidup bahagia serta harmoni.

  11. Selamat pagi Helen, saya Tak pernah terlepas dari mengikuti tulisan anda.. Tapi ini pertama Kali saya membuat komen…TAHNIAH KRN TERUS MENULIS SECARA JUJUR….

  12. speaking of a backlash, the Chinese Celops are inviting the Malays to respond with their latest act being supporting Adam Adli.

    it really amazes me that these Celops think that the Malays will just sit tight and do nothing, say nothing.

    let’s not kid ourselves. for every action, there is a reaction. the question is, when will the Malays respond ?

    and I would like to remind these Celops that Azmin Ali has made it known that both BN and PR should come together and start talks on how to reconcile the differences of both parties in the best interests of this nation.

    oh wait. hear that ? howls of obscenities being hurled at Azmin for “selling out”. okay ! okay ! I made that up ha ha ha ! but seriously, would you doubt what I’ve just said ?

    their perpetual hysteria is getting to the stage where reasons no longer apply. its now all about “faith”, as in faith in the infallibility of their leaders.

  13. kalau geng depa kata semua betul. kalau pihak lain semua dianggap rasis sedalam-dalamnya. ‘sel-sel teroris’ mereka dalam media sosial yg selama ni dok tulis bangsa malaysia depa kata bagus. kalau tampar muka depa dgn selipar jamban pun tak terasa sakit sbb kulit tebal. semua sama saja tebal, HY, LGE, LKS, @iamokman dan semua talibarut DAP di the star.

  14. The problem is most Malaysian Chinese especially the DAP kind do not understand the National Language. They do not know the meaning of the word ‘istilah’. Hence, they ‘melenting tak tentu pasal’, getting worked up for nothing, name calling the judge etc. What a pitiful lot!!

Comments are closed.