Posted in PRU13

Analisa undi Perak: Sokongan bagi Umno mengimbas muka tsunami Melayu PRU14

Sudahpun timbul gelombang senyap tindakbalas Melayu. Ia muncul di Perak dalam pilihanraya umum yang lepas dan diperlihatkan oleh kejayaan Umno menang 30 kerusi DUN.

Kerajaan negeri pasca PRU13 di Perak adalah sebuah kerajaan Umno kerana ia ditunjangi 30 Adun Umno dengan hanya seorang wakil tunggal parti komponen, iaitu Adun MCA di Chenderiang (yang juga kerusi majoriti Melayu).

PerakParlimen2

Pembangkang memegang 28 kerusi — DAP 18, PKR 5, PAS 5.

Kalau Umno ialah taiko BN, jelas taiko Pakatan pula adalah DAP.

Undi PRU13 di Perak membayangkan pola perkauman tebal yang diwarnai corak Melayu cenderong kepada Umno, Cina kepada DAP.

Pada peringkat Parlimen, Pakatan mendapat 624,344 undi (54.7%) berbanding BN 512,451 undi (44.9%). Pada peringkat DUN, Pakatan meraih undi sebanyak 625,710 (54.8%) manakala BN memperolehi 506,947 (44.4%).

Pemilih berdaftar di Perak adalah terdiri 37.7 peratus Cina meskipun kaum Cina 30.4 peratus daripada jumlah penduduk negeri itu.

Mereka telah keluar dari awal pagi buta, berduyun-duyun serta berbaris berbatu-batu panjangnya untuk mengundi “ini kali lah”.

Di Parlimen Ipoh Timor yang dahulunya kerusi Kit Siang, DAP telah menang dengan majoriti 34,000 undi.

Di Batu Gajah – dahulunya kerusi Ahli Parlimen tiga-penggal Fong Po Kuan – ditampilkan seorang kroni Ngeh dan Nga yang telah menang dengan majoriti sebanyak 38,596 undi.

Sebenarnya ia Tsunami Cina yang menghasilkan kelebihan undi popular Pakatan di Perak.

May10Scoreboard

Mood perkauman yang sama

Pilihanraya Mei 1969 juga menyaksikan parti pemerintah Perikatan telah hilang undi popular.

Perak jatuh kepada pembangkang PPP selain Pulau Pinang jatuh kepada Gerakan (parti pembangkang pada waktu itu), Kelantan kekal di tangan PAS manakala di Selangor keputusannya seri 14-14.

Dalam tahun 1969, dewan undangan negeri Pulau Pinang dibentuk 24 kerusi DUN, Selangor 28, Kelantan 30 dan Perak 40.

Dalam PRU 1969, pembangkang di Perak menang 21 kerusi: PPP 12, DAP 6, Gerakan 2 and PAS 1. Perikatan menang 19 kerusi: Umno 18, MCA 1.

Maka diketahui bahawa sebelum ini pun pernah pemutusan undi menampakkan pertembungan Cina-Melayu di Perak.

Sejarah berulang selepas satu generasi

PerakParlimen

BN (12): Umno 10, MCA 1, MIC 1

Pakatan (12): DAP 7, PKR 3, PAS 2

Kedudukan kerusi Parlimen Perak 2013

Dengan kekuatan yang setara ini, yakni BN dan Pakatan masing-masing memiliki 12 kerusi Parlimen, maka Perak merupakan model paling sesuai untuk mengkaji tahap sokongan bagi Umno oleh orang Melayu dan DAP oleh orang Cina.

Pecahan Adun Perak mengikut etnik

BN (31): Umno 30, MCA 1

Pakatan (28): DAP 18, PKR 5, PAS 5

BN mempunyai 30 orang Adun Melayu dan seorang Adun Cina.

Pakatan mempunyai 18 orang Adun Cina, 6 orang Adun Melayu dan 4 orang Adun India (senarai penuh nama di nota kaki).

Daripada 5 orang Adun PKR di Perak, hanya seorang sahaja Melayu. Yang selainnya 3 Cina, 1 India.

Daripada 18 orang Adun DAP, tidak ada seorang pun Melayu.

Prestasi Adun-adun PAS

Seramai 17 calon PAS dan 11 calon Melayu PKR tewas kepada Umno.

Sebaliknya Umno telah menang 25 kerusi di kawasan-kawasan yang mana pemilih Melayunya melebihi 60 peratus.

Berlaku pertarungan sengit di antara parti-parti Melayu Umno dan PAS manakala di antara parti-parti Cina MCA dan DAP, komponen BN tersebut dengan selambanya memberikan walkover.

Adun-adun PAS menang dengan majoriti kecil antara 1,000 dan 3,000 undi berbanding Adun-Adun DAP yang menang dengan majoriti besar — contohnya Lim Pek Har di Menglembu dengan majoriti 16,799 undi, Wong Kah Woh di Canning (14,444 undi) dan Cheong Chee Khing di Bercham (13,916).

Lima calon PAS yang semuanya menang tipis:

  • Sungai Rapat: Radzi Zainon (2,638 undi) di kawasan 58.7% pemilih Melayu
    .
  • Changkat Jering: Nizar Jamaluddin (1,170), Melayu 62.5%
    .
  • Selinsing: Husin Din (809), Melayu 72.7%
    .
  • Titi Serong: Abu Bakar Hussian (1,794), Melayu 74.9%
    .
  • Gunung Semanggol: Mohd Zawawi Abu Hassan (1,405), Melayu 82.4%
    .

Umno menang di Belanja (pemilih Melayu 97.2%), Kampong Gajah (93.2%), Kubu Gajah (92.5%), Batu Kurau (89.6%), Bota (86.5%), Selama (84.5%), Kenering (83.0%) dan Kota Tampan (80.4%).

Lihat bawah untuk rujukan jalur 70% dan 60%.

Nyata sekali kawasan-kawasan Melayu pekat telah berpihak kepada Umno. PAS tidak mampu untuk menang sebarang kerusi yang lebih 90 peratus pemilih Melayu.

Melayu Pakatan menang di kawasan ramai Cina

Sebelum ini, bekas Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin (PAS) menduduki kerusi DUN Pasir Panjang yang mempunyai 69.1 peratus pemilih Melayu dan 12.7 pemilih Cina.

Untuk kali ini, Nizar berpindah ke Changkat Jering, sebuah kawasan yang mempunyai kurang pemilih Melayu (62.5%) dan di mana nisbah pemilih Cinanya jauh lebih besar, iaitu 25.8 peratus ataupun dua kali ganda Cina yang ada di Pasir Panjang.

Lebih-lebih lagi, pergolakan di Changkat Jering dan di tiga buah DUN yang lain – yakni Jelapang, Behrang dan Bota – pada awal tahun 2009 telah mencetuskan rampasan kuasa oleh BN.

Tindakan Adun Changkat Jering (2008-2013) Mohd Osman Mohd Jailu keluar PKR lalu mengisytiharkan dirinya seorang Adun bebas mesra BN telah menyemarakkan semangat anti-BN di kalangan penduduk setempat. Sebab itulah Changkat Jering boleh menjadi kerusi yang lebih selamat bagi Nizar.

Parlimen Bukit Gantang dilepaskan oleh Nizar kepada rakan separtinya Idris Ahmad yang menang dengan majoriti nipis 986 undi. Bukit Gantang ialah satu kawasan 25.2 peratus pemilih Cina dan 9.8 peratus pemilih India.

Calon PAS Mujahid Yusof menang Parit Buntar, satu kawasan Parlimen yang mempunyai 27.0 peratus pemilih Cina.

Calon-calon lain Melayu yang terhutang budi kepada ehsan undi Cina bagi kemenangan mereka ialah Abdul Yunus Jamahri (PKR) di Kuala Kurau yang mempunyai 38.7 peratus pemilih Cina dan Radzi Zainon (PAS) di Sungai Rapat yang mempunyai 30.6 peratus pemilih Cina.

Bota dan Behrang kekal di tangan Umno

Pelompatan Adun Bota dalam bulan Januari 2009 telah mencetuskan rentetan peristiwa yang membawa kepada perebutan kuasa dan krisis perlembagaan di Perak.

Namun Nasharuddin Hashim yang kemudiannya kembali pulang ke pangkuan Umno telah dicalonkan semula dalam PRU13 untuk bertanding di kerusi Bota yang disandangnya.

Kemenangan beliau di Bota pada Mei 5 lepas atas tiket Umno menandakan penduduk kawasannya tidak terikut-ikut pemilih Changkat Jering yang bersentimen anti-BN. Para pemilih Bota kekal bersama Nasharuddin dan Umno.

Kerusi ‘lompat’ Behrang yang dimenangi Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-2008) juga berpaling kepada Umno kali ini.

Hanya seorang sahaja calon Cina Pakatan yang kalah di Perak, iaitu Tan Yee Kew (bekas timbalan ketua Wanita MCA, kini PKR) yang tewas di Tanjong Malim.

Orang kuat evangelis DAP Ngeh dan sepupunya Nga telah bertanding di kerusi DUN yang majoriti Cina iaitu di Sitiawan, 74.3 peratus pemilih Cina dan Kepayang, 60.4 peratus pemilih Cina.

Backlash Melayu, kenapa di Perak

PAS tidak diberi tamparan sehebat oleh orang Melayu di Kelantan dan Terengganu sebab di Pantai Timur sememangnya kurang penduduk Cina.

Penduduk Cina di Kelantan hanya 3.4 peratus dan di Terengganu 2.6 peratus. Oleh kerana bilangan mereka yang sedikit itu, maka kurang terjadinya pergeseran di antara kaum di negeri-negeri yang diperintah PAS, tidak seperti yang berlaku dalam masyarakat majmuk Lembah Klang and di Pulau Pinang.

Backlash timbul di Perak ekoran pergelutan tahun 2009 di antara BN dan Pakatan telah mendedahkan orang Melayu kepada perangai puak pembangkang yang kebanyakannya orang Cina.

Di Perak, Umno mempunyai hubungan baik dengan istana.

Akan tetapi, (mantan) Menteri Besar PAS sebaliknya telah memohon derhaka serta para penyokong pembangkang dikenakan tindakan mahkamah kerana menghina Sultan bersangkut-paut pentadbiran Nizar ditumbangkan.

Perbuatan-perbuatan kurang ajar yang ditujukan terhadap keluarga di-Raja Perak telah menjejaskan hubungan kaum.

Mufti Perak Harussani Zakaria dan badan-badan Islam negeri lebih rapat dengan Umno. Tambahan lagi, Harussani amat berwaspada dengan perkembangan evangelisme yang terbawa-bawa DAP.

Ngeh-Nizar-Nga

Orang Kelantan dan Terengganu tidak takut negeri mereka barangkali diperintah Cina manakala di Perak, orang Melayu melihat dengan biji mata sendiri bagaimana DAP telah menjadi kuasa di balik taktha.

Besar kemungkinan trend yang sudah bermula di Perak ini akan menular ke negeri-negeri jiran menyebabkan orang Melayu pun mengundi en bloc kelak dalam pilihanraya yang akan datang.

Berkaitan:

Sah tsunami Cina dan ia menguntungkan PAS

Tsunami Cina: Baling batu sorok tangan

Analysis of the MCA wipe-out (results chart)

Vote swing: Chinese one way, Malay/Indian the other

Nota:

Kajian undi Melayu mengikut jalur

(a) > M 90%

Semua kerusi, yakni sebanyak 3 buah, yang mempunyai lebih 90 peratus pemilih Melayu dimenangi Umno.

(b) > M 80%

Sebanyak 5 buah kerusi yang mempunyai lebih 80 peratus pemilih Melayu dimenangi Umno. PAS hanya berjaya memenangi satu kerusi yang lebih 80 peratus pemilih Melayu.

(c) > M 70%

Sebanyak 5 buah kerusi yang mempunyai lebih 70 peratus pemilih Melayu dimenangi Umno. PAS memenangi 2 kerusi yang lebih 70 peratus pemilih Melayu.

(d) > M 60%

Sebanyak 12 buah kerusi yang mempunyai lebih 60 peratus pemilih Melayu dimenangi Umno. PAS menang satu.

Kerusi Kuala Sapetang merupakan outlier (luarbiasa) kerana ia sebuah kawasan 63.0% pemilih Melayu tetapi Pakatan dan BN-MCA kedua-duanya menampilkan calon Cina. PKR telah menang dengan majoriti 758 undi.

(e) C 70% – 90%

Lapan kerusi yang mempunyai di antara 70% dan 90% peratus pemilih Cina dimenangi DAP.

MCA dan parti-parti komponen BN yang lain tidak lagi berupaya memenangi sebarang kerusi yang lebih peratus 30 pemilih Cina.

Hanya satu kerusi borderline yang masih kekal di tangan MCA, iaitu Chenderiang yang mempunyai 30.6% pemilih Cina. Namun Chenderiang adalah juga kawasan di mana Melayu membentuk majoriti kecil 36.0% di samping pemilih bangsa lain yang agak ramai, yakni India 12.7% dan orang asli 20.6%.

Kawasan DUN BN

1. Belanja: Melayu 97.2%, Cina 0.25%

2. Bota: M 86.5%, C 5.57%

3. Selama: M 84.5%, C 8.95%

4. Kubu Gajah: M 92.5%, C 2.32%

5. Batu Kurau: M 89.6%, C 3.46%

6. Sungai Manik: M 65.4%, C 27.0%

7. Kampong Gajah: M: 93.2%, C 0.8%

8. Alor Pongsu: M 72.3%, C 11.3%

9. Kenering: M 83.0%, C 12.4%

10. Kota Tampan: M 80.4%, C 16.9%

11. Pengkalan Hulu: M 73.2%, C 9.74%

12. Temengor: M 64.4%, C 20.2%

13. Chenderoh: M 79.5%, C 14.9%

14. Lubuk Merbau: M 73.2%, C 18.2%

15. Rungkup: M 67.5%, C 23.0%

16. Manjoi: M 67.3%, C 22.4%

17. Hulu Kinta: M 60.0%, C 21.6%

18. Bukit Chandan: M 66.8%, C 23.8%

19: Manong: M 69.0%, C 24.0%

20. Slim: M 76.6%, C 10.4%

21. Behrang: M 56.4%, C 21.4%

22. Chenderiang: M 36.0%, C 30.6%

23. Ayer Kuning: M 56.0, C 25.3%

24. Changkat Jong: M 62.3%, C 12.6%

25. Kamunting: M 65.7%, C 18.7%

26. Pengkalan Baharu: M 66.6%, C 23.0%

27. Tualang Sekah: M 60.4%, C 28.2%

28. Lintang: M 55.6%, C 18.9%

29. Pasir Panjang: M 69.1%, C 12.7%

30. Pangkor: M 69.8%, C 23.0%

31. Trong: M 74.1%, C 16.5%

Kawasan DUN Pakatan

1. Pasir Bedamar: Cina 69.1%, Melayu 16.6%

2. Pokok Assam: C 72.4%, M 16.1%

3. Aulong: C 56.8%, M 26.2%

4. Pantai Remis: C 68.3%, M 14.1%

5. Malim Nawar: C70.8%, M 19.6%

6. Keranji: C: 75.6%, M 12.7%

7. Bercham: C 76.1%, M 12.1%

8. Kepayang: C 60.4%, M 23.8%

9. Buntong: C 44.0%, M 5.84%, I 49.5%

10. Canning: C 76.3%, M 13.7%

11. Tebing Tinggi: C 73.1%, M 20.6%

12. Pasir Pinji: C 87.5%, M 10.4%

13. Jelapang: C 67.6%, M 6.77%

14. Menglembu: C 90.1%, M 4.0%

15. Tronoh: C 62.4%, M 22.7%

16. Sungai Rapat: C 30.6%, M 58.7%

17. Simpang Pulai: C 63.7%, M 29.6%

18. Teja: C 50.1%, M 31.6%

19. Jalong: C 56.1%, M 14.3%

20. Sitiawan: C 74.3%, M 13.4%

21. Titi Serong: C 17.2%, M 74.9%

22. Kuala Kurau: C 38.7%, M 59.7%

23. Kuala Sapetang: C 29.0%, M 63.0%

24. Changkat Jering: C 25.8%, M 62.5%

25. Gunung Semanggol: C 12.7%, M 82.4%

26. Selinsing: C 17.7%, M 72.7%

27. Hutan Melintang: C 17.7%, M 49.8%, I 32.4%

28. Sungkai: C 53.8%, M 23.4%, I 18.9%

Adun-Adun BN di Perak

  • PARLIMEN PARIT (Umno)

1. Belanja: Mohd Nizar Zakaria (Umno)

2. Bota: Nasarudin Hashim (Umno)

  • PARLIMEN LARUT (Umno)

3. Selama: Mohamad Daud Mohd Yusoff (Umno)

4. Kubu Gajah: Ahmad Hasbullah Alias (Umno)

5. Batu Kurau: Muhammad Amin Zakaria (Umno)

  • PARLIMEN PASIR SALAK (Umno)

6. Sungai Manik: Zainol Fadzi Paharudin (Umno)

7. Kampong Gajah: Abdullah Fauzi Ahmad Razali (Umno)

  • PARLIMEN BAGAN SERAI (Umno)

8. Alor Pongsu: Sham Mat Sahat (Umno)

  • PARLIMEN LENGGONG (Umno)

9. Kenering: Mohd Tarmizi Idris (Umno)

10. Kota Tampan: Saarani Mohamad (Umno)

  • PARLIMEN GERIK (Umno)

11. Pengkalan Hulu: Aznel Ibrahim (Umno)

12. Temengor: Salbiah Mohamed (Umno)

  • PARLIMEN PADANG RENGAS (Umno)

13. Chenderoh: Zainun Mat Noor (Umno)

14. Lubuk Merbau: Siti Salmah Mat Jusak (Umno)

  • PARLIMEN BAGAN DATOK (Umno)

15. Rungkup: Shahrul Zaman Yahya (Umno)

  • PARLIMEN TAMBUN (Umno)

16. Manjoi: Mohamad Ziad Mohamed Zainal (Umno)

17. Hulu Kinta: Aminuddin Md Hanafiah (Umno)

  • PARLIMEN KUALA KANGSAR (Umno)

18. Bukit Chandan: Maslin Sham Razman (Umno)

19. Manong: Mohamad Kamil Shafie (Umno)

  • PARLIMEN TANJONG MALIM (MCA)

20. Slim: Mohd Khusairi Abdul Talib (Umno)

21. Behrang: Rusnah Kassim (Umno)

  • PARLIMEN TAPAH (MIC)

22. Chenderiang: Mah Hang Soon (MCA)

23. Ayer Kuning: Samsudin Abu Hassan (Umno)

***

24. Changkat Jong: Mohd Azhar Bin Jamaluddin (Umno) di Parlimen Teluk Intan

25. Kamunting: Mohammad Zahir Abdul Khalid (Umno) di Parlimen Taiping

26. Pengkalan Baharu: Abdul Manaf Hashim (Umno) di Parlimen Beruas

27. Tualang Sekah: Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Umno) di Parlimen Kampar

28. Lintang: Mohd Zolkafly Harun (Umno) di Parlimen Sungai Siput

29. Pasir Panjang: Rashidi Ibrahim (Umno) di Parlimen Lumut

30. Pangkor: Zambry Abdul Kadir (Umno) di Parlimen Lumut

31. Trong: Zabri Abdul Wahid (Umno) di Parlimen Bukit Gantang


Ahli-ahli Parlimen Pakatan di Perak

  • PARLIMEN TELUK INTAN (DAP)

1. Pasir Bedamar: Terence Naidu (DAP)

  • PARLIMEN TAIPING (DAP)

2. Pokok Assam: Teh Kok Lim (DAP)

3. Aulong: Leow Thye Yih (DAP)

PARLIMEN BERUAS (DAP)

4. Pantai Remis: Wong May Ing (DAP)

  • PARLIMEN KAMPAR (DAP)

5. Malim Nawar: Leong Cheok Keng (DAP)

6. Keranji: Chen Fook Chye (DAP)

  • PARLIMEN IPOH BARAT (DAP)

7. Bercham: Cheong Chee Khing (DAP)

8. Kepayang: Nga Kor Ming (DAP)

9: Buntong: A. Sivasubramaniam (DAP)

  • PARLIMEN IPOH TIMOR (DAP)

10. Canning: Wong Kah Woh (DAP)

11. Tebing Tinggi: Ong Boon Piow (DAP)

12. Pasir Pinji: Lee Chuan How (DAP)

  • PARLIMEN BATU GAJAH (DAP)

13. Jelapang: Teh Hock Ke (DAP)

14. Menglembu: Lim Pek Har (DAP)

15. Tronoh: Yong Choo Kiong (DAP)

  • PARLIMEN GOPENG (PKR)

16. Sungai Rapat: Radzi Zainon (PAS)

17. Simpang Pulai: Tan Kar Hing (PKR)

18. Teja: Chang Lih Kang (PKR)

  • PARLIMEN SUNGAI SIPUT (PKR/PSM)

19. Jalong: Loh Sze Yee (DAP)

  • PARLIMEN LUMUT (PKR)

20. Sitiawan: Ngeh Koo Ham (DAP)

  • PARLIMEN PARIT BUNTAR (PAS)

21. Titi Serong: Abu Bakar Hussian (PAS)

22. Kuala Kurau: Abdul Yunus Jamahri (PKR)

  • PARLIMEN BUKIT GANTANG (PAS)

23. Kuala Sapetang: Chua Yee Ling (PKR)

24. Changkat Jering: Nizar Jamaluddin (PAS)

***

25. Gunung Semanggol: Mohd Zawawi Abu Hassan (PAS) di Parlimen Bagan Serai

26. Selinsing: Husin Din (PAS) di Parlimen Bagan Serai

27. Hutan Melintang: (PKR) S. Kesavan di Parlimen Bagan Datok

28. Sungkai: A. Sivanesan (DAP) di Parlimen Tanjong Malim

Advertisement

Author:

I have no Faceook or Twitter.

31 thoughts on “Analisa undi Perak: Sokongan bagi Umno mengimbas muka tsunami Melayu PRU14

  1. Ni aku malas baca blog hang helen..hang ni best sgt smpi kdg2 dok pikiaq apa geng2 puak dapster nak balas…

    1. lol …. Helen …… belajar dari blogger pro-pakatan lagi senang, buat fitnah tanpa bukti dan menulis dan terus menulis …. lima minit siap satu blog …

      Si Helen nih, penuh dengan fakta, letih dulu sebelum siap satu blog …. BN tak hargai lagi tak tahu nak cakap apa …

      Helen, SALUTE!

  2. Helen, u buat analisa terperinci sangat psl tu puak2 UMNO tak baca krnl hal baca membaca ni kebanyakan pemimpin2 UMNO malas nak baca.klu psl proyek tak tido mlm baca habis siat.kaw…kaw…

    1. Najib pun malas membaca. Dia tak mcm Tun M. Najib suka dgr org ampu dia. Skg rasalah sendiri kuih bulan cina. PAU nanti silap gaya berakhirlah jawatan Presiden UMNO. Eloklah dia memohon untuk jadi calon Presiden MCA untuk menguji populariti.

  3. tahniah helen….
    analisis pasca pru13 mengenai Perak memang amat penting untuk renungan orang Melayu seluruh Malaysia.
    amat malang sekali, fakta yang begitu jelas di Perak tidak diambil peduli oleh orang Melayu khususnya yang pro-pembangkang.
    dengan kekuatan yang agak seimbang antara BN dan Pembangkang di Perak, tidak banyak manfaat dapat dinikmati oleh rakyat Perak khususnya orang Melayu.
    MB Zamberi kena kerja lebih kuat lagi….

  4. in short, it is an urban tsunami mainly caused by a chinese tsunami. nuff said..

  5. The best part of the analysis IMO would be the picture of sock puppet MB Nizar & the two cousins. Both cousins seem to be speaking at the same time while Nizar has the look of a school kid about to be marched into the principal’s room. Priceless…

    1. LOL.

      You heard of how N2 used hidden microphones to instruct the former Speaker on what to say and do during the Assembly sessions? It was discovered when BN took over the state.

  6. Just to share a link about interview with Tun Daim, former Finance Minister.

    http://www.mole.my/node/20459

    And the best part of the interview for me is the following :

    “Let’s recognise that nowhere in world is it easy to get a two-thirds majority. Urban voters everywhere in the world are anti-government. BN’s strength lies in the rural areas. Yet too much time and money were wasted in urban areas where the results were almost certain.”

  7. Read this…vintage LGE the racist agitator in action again. It is classic LGE – turning a Wesak Day message into a rabid, hysterical anti-BN/UMNO attack. Note that there are 8 paras and of that only one even talks about Wesak day while he devotes the rest to politics and anti-UMNO attack. So much for reconciliation….

    http://limguaneng.com/index.php/2013/05/24/2013-dap-wesak-day-message-malaysia-must-not-be-myanmar-1990-revisited-enbmcn/#more-3156

  8. Those Penangites who voted for Tokong might be interested to know how the Dear Leader (of Penang) spends our monies. Apparently within weeks of assuming position, he is in London for an official visit. Let’s see what he’s up to….

    24th May – Speech to Pakatan Supporters’ Club
    25th May – Speech to students of London School of Economics on…Pakatan and politics

    I would love to know if the CM’s official job description also includes speeches praising Pakatan and whacking BN to overseas students using public funds. Apparently for reasons unknown, my best buddy Jeffery also accompanying the Tokong and his baldy wife to London.

    I guess this is the signs of things to come to us Penangite for voting for the Tokong.

  9. Saya sangat gembira dan penuh bersemangat pulang mengundi di Beruas, Perak di mana Dato Ngeh bertanding parlimen tersebut.

    Mudahnya PRU 11 dan PRU 12 saya dan 14 ahli keluarga lain mengundi PAS (Dun) dan DAP (Parlimen).

    Cuma kali ini semuanya kembali ke BN (DUN berjaya kekal di tangan UMNO/BN) tetapi Parlimen kekal masih dipegang oleh DAP.

    Kenapa?

    Bekas ADUN sebelum ini Dato Hamdi gagal membuat sebarang perubahan kepada Dun Pengkalan Bahru walaupun sudah menjadi wakil rakyat hampir 25 tahun. Tidak pernah hadir dalam mesyuarat, dan kerap menghantar wakil. Kesannya tiada satu yang berjaya kerana wakil sekadir senyum dan angguk sahaja. Pada PRU-12, 3 nama calon telah sampai ke meja Tun Pak Lah sebagai mengantikan beliau yang gagal (sudah tentu UMNO sana sudah menolak dia, dan ditolak sejak PRU-11) membawa perubahan. Entah macam mana saat mendapat feedback daripada Putrajaya, nama dia tersenarai semula. Seluruh akar umbi terkejut. Bagaimana orang yang telah ditolak masih diterima semula???!! Yang bawahan nie tahu…dia begitu byk duit […]

    Maka, UMNO Beruas telah mengarahkan semua ahli-ahlinya untuk mengundi PAS/pembangkang. Ini, disemarakan lagi kenaikkan harga minyak semasa zaman Pak Lah yg amat tinggi.

    Pada PRU-12 nasib dia masih baik…menang kelebihan 12 undi. Undi POS yang tiba-tiba sampai, walaupun pengiraan asal dia sudah tewas.

    Parlimen sebelum ini ialah Dato Seri LKY seorang lagi yang gagal walaupun hampir 25 tahun menjadi wakil rakyat disitu. Setiap kali PRU dia mencanangkan LEBUHRAYA…. sehingga kini tiada apa yang berlaku. Sebagai Menteri semasa itu apa yang Dato Seri LKY lakukan? Nothing…! cina, melayu dan india tidak mendapat sebarang faedah.

    Melayu memang tidak percaya pada DAP, kerana agenda mereka menimbulkan syak wasangka. Tetapi kerana kebencian kepada UMNO/BN yang tidak pernah melihat kemahuan akar umbi/bawahan membuatkan undi protes yang amat ketara.

    Oleh kerana kesilapan Nizar memberikan 999 pajakan kepada kampung baru kepada cina. Melayu amat tersentuh hati. Tanah, agama dan bangsa adalah ketuanan Melayu yang sentiasa di canang oleh UMNO. Ia akan terus kekal begitu. Itulah kesilapan Nizar dan DAP.

    Sebagai seorang melayu yang sudah menetap di Selangor hampir tujuh tahun. Balik mengundi di Beruas merupakan satu langkah terbaik untuk memberikan pengajaran kepada PAS dan DAP supaya jgn cepat membuat perubahan drastik terutamanya melibatkan ‘ketuanan melayu’. Saya sudah jangkakan Perak akan kekal pada UMNO/BN. Ini adalah hasil pusing-pusing sekitar Beruas dan UMNO kembali bersemangat apabila calon baru diterima oleh Putrajaya.

    Cik/Puan Helen.

    Saya sudah berusia 33 tahun. 33 tahun inilah saya kenal tauke2 kedai cina di pekan beruas. mereka juga mengenali ayah saya. Mereka semakin bongkok dan lesu kerana usia. Anak2 semua ke bandar mencari peluang lebih baik berbanding keadaan di Beruas.

    saya tidak salahkan cina sekiranya ini tsunami mereka yang menuntut perubahan. saya sendiri sedih melihat keadaan Beruas. melayu pun berduka dengan keadaan beruas.

    PR kalah di beruas kerana gagal memahami sentimen ketuanan melayu. dan kerana itulah UMNO keseluruhan di Perak bernasib baik. melayu di kampung bukan nak pembangunan atau duit, mereka sendiri byk tanah yang ditanam dengan getah dan kelapa sawit. lebih baik duduk dikelantan yang ‘dihina’ umno kerana tiada kemiskinan tetapi ada ilmu agama/ulama.

    PRU-14 bergantung kepada kejayaan Putrajaya memberi signal yg baik kepada orang kampung. mereka leka, kami undi PR semula.

    sekadar meluah perasaan hati……

  10. Very good analysis, now Dapsters boleh lawan kami punya Helen Ang tak when it comes to analysis, come lets debate professionally, no personel attack maa ok. Saya sokong Helen.

  11. excellent analysis kak Helen… both BN and opposition, when they read this, will come up with their own game strategies to win in PRU14.

    1. Helen,

      Excellent analysis. I must admit that UMNO is really lucky. Lucky in the sense that the other 2 competitors, namely PAS and PKR performed badly from 2008 to 2013.

      The thing with UMNO is that on many occasions, it likes to go after those who clearly reject UMNO and BN. and UMNO tends to underestimate the bulk of voters that always be its life line, the simple (does not mean stupid or poor) and humble folks; the malays in rural areas.

      For a start, UMNO must accept reality that whatever offered to chinese would be taken but no votes in return. Let us face it. UMNO symbolises malays controlling power, something that DAP cant stomach.

      The election again shows how DAP was held by by none other than UMNO. Gerakan, MCA are dying breeds and offer no match to DAP.

      My advice to UMNO. Stop the nonsense of dissolving all components of BN. UMNO is still strong although it must not be complacent. Dissolving UMNO and other BN components will not bring back the Chinese voters.

      Why worry about their votes? Election 2013 already shows to us that Chinese though have significant influence, is not the king maker.

      Who are the King makers? The Malays who reside in places like Pondok labu, Kulim or Teluk Bahang and the likes. so, pamper them. they are your political life line, Najib.

      1. BN can’t afford to keep losing the urban and young votes either. BN will lose them if it does not rein in the scissorsing of The Star.

        1. helen,

          Yup. But do not forget its base: the Malays. and the only way forward is “taking bull by its horn”.

          Example: show that UMNO des not tolerate slander. Charge the boy( Astro boy) who said that there was a blackout in Bentong during counting of votes. show no leniency.

  12. Dear Helen..
    Do you have the % figure right for DUN CHENDERIANG.
    It does not look right. Could it be a typo error?

    Thanks

      1. thanks.. ya it is correct..
        Malays : 36.03
        Chinese : 30.62
        Indian : 12.73
        Others : 20.62
        but with the “others” percentage is even higher than the Indian, I am trying to figure out who are these “others” and why the percentage is so high here. This is definitely a very unique position..

  13. Thank u for ur amazing and tireless analysis helen. This really helps get a clearer picture of malaysian voting patterns

  14. Have said it before and will say it again, there has been many constructive criticism, ideas, thoughts, etc given to BN, its up to najib and gang to listen and plan ahead without wasting precious time.

    The opposition is not going to sit idle, they are doing SO much better in social medias, and going creating “trouble” in pro bn websites like this, so what is the response?

    I recall, one post said we should go to pro pkr sites and do the same to them. Anyway, I am doing my part, I will go to the pro pkr sites and stir things up a bit.

    Helen keep up the good work, have shared your pages to my circle of pro bn friends. We will keep fighting.

Comments are closed.