Posted in Gunting Dalam Lipatan

Soalan Tan Sri dan mungkinkah ini jawapannya

Sebelum ini Zam ada kata akan “menyiarkan dari semasa ke semasa betapa kelicinan The Star menjadi duri dalam daging untuk membuka mata seluruh rakyat yang prihatin terhadap keselamatan negara ini”.

Blog Zamkata, yang dikendalikan oleh mantan Menteri Penerangan Zainudin Maidin, hari ini mengemukakan persoalan ‘Siapapun Boleh Reka Cerita Ini‘ — “Tidakkah anda terfikir bahawa sesiapapun boleh membuat cerita-cerita rekaan seumpama ini …”.

Zam merujuk kepada sekerat berita yang terselit dalam laporan The Star hari ini bertajukPKR vows to go on with rallies until concerns are addressed.

[Menyimpang sekejap: Rencana The Star tersebut ditulis oleh Regina Lee. Pasti pembaca-pembaca blog kita masih ingat lagi pada nama Ms Lee ini, iaitu salah seorang wartawan kegemaran Jerusubang.]

Soalan bekas pengarang kumpulan Utusan tersebut berbunyi:

“Kenapa The Star boleh menyiarkan berita yang hanya merupakan dakwaan suatu pihak [Rafizi Ramli] semata-mata.” (sumber, SINI)

Zam juga bertanya ke mana perginya etika kewartawanan The Star.

Seharusnya orang yang tertuduh – dalam hal ini SPR – patut diberi ruang oleh akhbar berkenaan yang dengan selamba sahaja menyiarkan cerita rekaan Rafizi untuk memberi penjelasan dan pencerahan.

Tetapi ini tidak. The Star telah menyebarkan tuduhan-tuduhan yang dibuat Rafizi – tanpa terlebih dahulu diselidik kesahihan dakwaan itu – kepada audiennya yang seramai 5.63 juta di seluruh pelosok negara.

Ia sebenarnya sudah terterap dalam DNA The Star untuk membuat kerja-kerja yang lebih mendatangkan faedah kepada DAP meskipun media itu milik MCA.

Untuk memahami kenapa senjata makan tuan, sila baca

Kertas Putih yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri

(14 Mac 1988)

Sedutan Kertas Putih bertajuk ‘Ke Arah Memelihara Keselamatan Negara’ yang diterbitkan untuk menyingkap perjalanan Ops Lalang 1987.

Penglibatan akhbar

“73. Akhbar memainkan peranan yang amat penting di dalam masyarakat dengan menyampaikan berita, memberi ulasan, menyiarkan pendapat pembaca mengenai perkara-perkara tertentu, dan sebagainya. Akhbar juga mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk pendapat awam atau “public opinion”. Pihak yang memiliki akhbar dan redaksinya boleh memainkan peranan ini dengan berbagai cara. Perkara-perkara yang dipilih untuk dimuatkan sebagai certia di dalam akhbar, penonjolan yang diberikan kepada sesuatu berita, pendapat-pendapat pembaca yang dipilih untuk dimuatkan, dan rencana-rencana yang ditulis, semuanya boleh digunakan untuk mempengaruhi pembaca dan mendesak Kerajaan.”

“74. Justeru itu, akhbar juga boleh juga terlibat dalam mewujudkan suasana dan keadaan yang menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam. Dalam hubungan ini, akhbar-akhbar The Star dan The Sunday Star, Watan dan Sin Chew Jit Poh begitu ghairah memuat dan menonjolkan berita-berita, pendapat-pendapat dan rencana-rencana yang menyemarakkan perasaan perkauman dan melaga-lagakan pemimpin-pemimpin satu kaum atau pertubuhan dengan pemimpin-pemimpin kaum atau pertubuhan lain. Kesemua akhbar-akhbar ini sengaja menonjolkan isu-isu sensitif termasuk isu pelajaran, isu bahasa, isu agama, isu hak masing-masing kaum dan sebagainya untuk menegakkan kepentingan politik masing-masing yang memiliki atau mengurus akhbar-akhbar itu dan memperjuangkan kaum masing-masing tanpa menghirau kesannya ke atas keharmonian kaum, ketenteraman awam dan keselamatan negara.” (Sumber: blog Jebat Must Die)

Pembangkang adalah tuan media

Di antara penelitian yang menarik ialah pandangan bahawa “media arus perdana di negara ini dipunyai oleh pembangkang” oleh seorang pengarang Utusan, Ku Seman Ku Hussain.

Beliau menulis:

“Pembohongan, fitnah dan pencerobohan sempadan peribadi dilakukan dengan sebebas-bebasnya oleh media sekutu pembangkang. Perbuatan ini boleh mengubah persepsi masyarakat bahawa itu suatu yang benar, dan yang benar dianggap sebaliknya.”

Pemerhatian Ku Seman di atas tentang percubaan untuk mengelirukan orangramai agar sesuatu yang benar dianggap sebaliknya mungkin dapat sedikit banyak meleraikan kemusykilan Tan Sri tentang tindak-tanduk The Star pada masa kini.

The Star sememangnya media sekutu pembangkang serta ia mendokong puak-puak yang bersekongkol dengan sibertrooper-sibertrooper DAP.

Gelagat The Star pada hari ini bagai sirih pulang ke gagang. Pengharaman The Subversive Star oleh KDN dalam tahun 1987 semestinya bersebab.

Baca juga

Zamkata: Mulakan boikot dengan pemulauan akhbar The Star

Author:

I have no Faceook or Twitter.

23 thoughts on “Soalan Tan Sri dan mungkinkah ini jawapannya

  1. So, apakata Zahid Hamidi & Najib. takkan selamanya nak biarkan penyebar dakyah evangelista DAP berleluasa membuat sesuka hati dan menggugat ketenteraman awam. jika benar the star tidak bersalah, kenapa tak saman saja blogger ini?

    1. Kita masuk UMNO. Kita vote out Najib, Zahid Hamidi. Cakap banyak tak nak.

      Better yet, kita suruh new PM, lantik Helen Ang jadi senator, pastu jadi deputy minister ke, CEO, MCMC ke …. Kalau Zam boleh jadi Menteri Penerangan dulu, takkan Helen tak boleh?

      Kita tak nak media bias to pembangkang or Gomen, Kita nak media beretika. Better yet whack both sides.

  2. DS Najib memang lembaplah, Helen… Msians nowadays rely so much on DS Dr Zahid Hamidi.. baik dia yg jd Perdana Menteri! From my observation, Zahid Hamidi couldn’t care less whether he’s POPULAR or not.. d most important thing is that: he carries d responsibility given to him with integrity & courage. Bagi Zahid, tak popular pun tak apalah.. yg penting DISEGANI, DIGERUNI pihak pembangkang, undang-undang tetap undang2 tak kira siapa! Tun Mahathir is one in a millions.. *sigh*

    1. Melati,

      Yup. I begin to feel irritated with the principle of “play safe”:by Najib.

      What Najib is thinking by including Hindraf leader as assistsnt minister.

      Did not Najib feel he should act when Mahfuz insulted Rosmah by saying Najib would have put Rosmah’s undergarment into Dr Mahathir’s mouth.

      And why on earth Na jib not doing anything with AG

      Kit siang said Najib as ‘satan” and Najib did not do anything.

      1. Najib, Najib. Aku ingat hari tu boleh menang 2/3 so tolerate je la. Kita tak ada maklumat, dia ada. Kita bagi dia benefits of the doubt.

        Kena ke, dia lagi clueless dari kita. Heck, Pak Lah yang tidur, tak pandai tu perform lagi bagus. Ni kes tikus membaiki labu dah ni.

    2. What’s the matter with Zam? Brain damage ke? Surely he should not know that Regina Lee is not going to present the BN side of the story. But he is a fine one to be complaining. It is not as though Utusan is famous for presenting both sides to a story.

      1. Blog dia, dia nak complain ikut dia la.

        Kalau Harakah Daily ke, Rocket ke, expected. Ni STAR. Suppose to be MCA owned. Tak nak pro gomen pun, at least neutral la.

        Kalau brain damage tak boleh menulis la.

    1. Lam dah buat. Tapi saya perasan, habis jugak kat kedai.

      Kena ada strategi nih. UMNO mana? tidur.

  3. Helen,

    Sudah naik berbuih mulut cakap bahawa politik Malaysia hari ini lebih kepada politik persepsi. Teringat kata-kata pengerusi SPR minggu lepas, dakyah yang digerakkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab adalah penyebaran khabar angin secara berulang-ulang sehingga masyarakat “terpaksa” menerimanya tanpa mengetahui sejauh mana kesahihan sesebuah isu/berita tersebut. Segala-galanya negatif.

    Bak kata Zulkiflee Bakar bercerita tentang “hantu raya tak bertuan” ini. Masalah disini segala pencerahan yang dibuat oleh pihak yang dituduh semua dijelaskan di dalam media yang ditolak oleh setengah daripada jumlah pengundi. Celik sahaja mata, rakyat disajikan dengan berita dari media pro pembangkang. Alam maya dikuasai oleh mereka. Bagaimana pencerahan tersebut hendak sampai kepada seluruh masyarakat. Media pro kerajaan seolah-olah menjadi media kelas kedua. Lihat saja komen-komen di mana-mana portal pro pembangkang, di mana suara-suara pembela kerajaan. Kalau ada seorang sekalipun, mereka akan di serang bertubi-tubi tanpa sesiapa mempertahankan fakta atau pencerahan mereka.

    Suatu masa dahulu kerajaan dituduh kejam terhadap perlaksanaan Ops Lalang. Sekiranya operasi ini tidak dijalankan pada masa tersebut, tidak tahulah bagaimana keadaan kita pada hari ini. Apa yang dilihat pada hari ini, pihak pembangkang seolah-olah cuba bertindak untuk melepasi “red zone”. Masyarakat kita sesetengahnya masih menyimpan perasaan dendam. Samada betul atau tidak, apa yang berlaku di Malaysia hari ini adalah kesinambungan dari dendam kesumat semalam dikalangan ahli-ahli politik. Sekiranya si polan ini memerintah, maka orang-orang yang didakwa pernah memenjarakan mereka akan disumbat ke dalam penjara. Selagi perasaan dendam ini wujud, maka ianya tidak berkesudahan. Rakyat juga yang menerima akibatnya.

    Kabinet baru hanya boleh ditentukan keberkesanannya selepas pemilihan pucuk pimipinan parti masing-masing terutamanya UMNO. Anggota kabinet hari ini masih belum boleh tidur lena. Banyak kemungkinan akan berlaku.

  4. Helen,

    Allow me to raise another matter, but somewhat related to the behaviour of the Star.

    Dato’ Seri Zahid Hamidi dan Dato Seri Najib perlu juga beri perhatian kepada Radio BFM. Misalnya Mary Siva Sodhi pernah membantah dan menolak iklan 1 UNDI DAP = 1 UNDI PAS. Caroline Oh pula membantah analisa siapa yang mengundi siapa di dalam GE13. Katanya “who i vote for is no business of any one else”

    What these two DJs were not aware of or are not sensitive to is — what they feel in no business to be aired on Radio. The Channel is supposed to discuss matters of public interest. Not their personal likes and dislikes.

    This Channel is generally fond of airing topics usually critical of Government programs and or actions. BUT they routinely exclude the Government spokes-person. BFM usually also invite the public to vent their opposition to the Government. So one-sided. What do you call this type of coverage – journalism???

    Whatever the business strategy adopted by the CEO, one Malik Ali – the radio station is behaving like a radio channel for the Opposition. Days after the GE13, this Radio Channel repeatedly played recording of the famous WW2 speech by British PM, Sir Winston Churchill “we shall overcome and we shall not surrender”.

    The message of “we shall overcome, …… ” by BFM is no doubt to lend moral support to the Pakatan ilk.

    This was followed by the same radio station airing over and over the song titled “we shall fight”

    What is the real intention of this station? To stoke anger among the Pakatan ilk? And why the Government side (not the BN side) not given coverage too?

    There were other programs, prior to and following the GE13 – that promote this one-sided expose non-stop for weeks. BFM Radio was among the first to rush to disprove the PM Dato Najib’s assessment and notion that there was a Chinese Tsunami in GE13. Why?

    I hope the management of this radio station is asked to gave account of its activities. The sooner the better.

    Thank you.

    1. They’re EVERYWHERE! In The Star, in the new media, in the social media, in the international media and search engines, and now you’re telling me over the airwaves too.

      At this rate BN will pushed to the opposition benches by GE14, especially with a humongous crop of first-time voters coming of age.

      See, once they’ve gotten hold of S’gor, we can’t dislodge them anymore. Once they get into Putrajaya …

      1. Helen,

        The problem is simply Najib refuse to act. If I were to be the PM, in no time, I would […]

        Sorry Shamshul. We can’t publish that [what you wrote which I’ve rendered in ellipsis]. — Helen

      2. Najib tak cukup brutal dan tak layak jadi PM untuk masa sekarang.

        Media baru cannot be stopped. Progressions of things, tapi kalau kita brutal diorang takde la blatant sangat.

        Fight fire with fire. Tak dengar Metallica ke.

    2. I have to agree with Economist Kampung. The radio announcers of BFM would ” innocently” present issues , and then invite members of public to give their views. Very often the callers would then “vent” their dissatisfaction ( hatred) and blasted gomen/malays . These are being done subtly but at times blatantly . A case in point today when a caller claimed that Malaysia has 2 sets of laws/rules where Malays and umnos have special immunity ( sic) ? It is really getting very tiresome. Bfm radio, please note that your listeners are no fools.

      1. Cont…
        The caller said that some people can get away with murder. Literally ! You don’t have to guess what he was trying to get at ! Hey you announcers, don’t try to play goody2 and dumb.

      2. Kalau betul kita ok je … ni downright lies. Seriuosly aku rasa Helen kena ada dalam MCMC. Harapkan Zahid Hamidi, politik je lah kerja dia.

        Helen, on his own times is more effective than MCMC. Imagine Helen dalam MCMC.

    3. Let’s just say that I know Malik personally and I so-o-o remember what he once told me once upon a time..though I can’t say much over what & why (my cover will be blown to smithereen then) all I can say ‘who’s the bitch,now?’

  5. Kita di Malaysia ssyik saja membincangkan”punca penyakit” bila bertindak utk mencegahnya agak lembab kecuali bila keadaan telah tersangat genting.

    Masalahnya undang-udang baru negara , sesungguhnya mereka ini ialah pakar” memanupulasikan “undang-undang, selagi tak dibuktikan bersalah di mahkamah puak-puak ni akan terus melaksanakan “agenda licik” mereka.

    Kalau zaman ISA dah lama dah mereka- mereka ini kena ” tapaw”.
    Kerberkesanan ISA ialah pencegahan dapat dibuat bukan hanya di peringkat pelaksanaan ataupun perancangan malahan lebih hebat di tahap ” idealogi ” lagi.

    Demi yg dikatakan alaf baru dan sebagai ” taraf dunia” ,keharmonian yg dinekmati Malaysia walaupun tidak sempurna telah tergadai???

    ” Barang yg lepas jangan di kenang ” .

    1. “Kalau zaman ISA dah lama dah mereka- mereka ini kena ” tapaw”.
      Kerberkesanan ISA ialah pencegahan dapat dibuat bukan hanya di peringkat pelaksanaan ataupun perancangan malahan lebih hebat di tahap ” idealogi ” lagi.”

      Maksud:

      “Dengan ISA, kita boleh buat apa yang aku suka. Orang yang tak setuju boleh ditahan atas alasan ancaman keselamatan. Ikut Suka Aku.”

  6. Kalau tutup the star, ramai pula yang tak ada kerja nanti. Tak kesian ke tengok kawan-kawan di the star menganggur? Pernah berlaku dulu, semasa operasi lalang. 6 bulan mereka tak kerja
    Tapi, kalau kerajaan BN ada telor, tutup saja 2-3 bulan star ni, baru mereka kenal langit tinggi atau rendah.

    1. Tak payah tutup. Buang Wong Chun Wai je. Dia millionaire many times over, tak payah kesian pun.

      Dia tak ada, yang lain tu faham-faham je lah. Orang Malaysia ni, melayu ke, cina ke, india ke, kadazan ke, iban ke mana reti susah. Gertak sikit back in line la mereka,

      Ni gomen lembik, tu yang tikus berkeliaran tu.

Comments are closed.