Posted in Mama DAPster

Bersih mahu mencetuskan Malaysian Spring?

Wong Chin Huat adalah ahli jawatankuasa pemandu Bersih. Beliau juga seorang Fellow di Penang Institute, badan pemikir kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng (CEOnya Zairil Khir Johari).

Gambar bawah: Chin Huat berdiri di belakang Ambiga, bersebelahan Saifuddin Nasution

Bersih 2.0. Tengok siapa yang duduk di sebelah Ambiga
Sidang akhbar Bersih

Baru-baru ini, Chin Huat menulis sebuah rencana bertajuk ‘Fears grow for a Malaysian Spring’ (29 Mei 2013) yang diterbitkan di Asia Times.

Dalam rencananya itu Chin Huat menyebut bahawa:

“Bersih 2.0, a civil society coalition that has consistently lobbied for a wide raft of electoral reforms, has so far refused to recognize the legitimacy of Najib’s minority government.”

Begitu pandai propaganda Pakatan yang kerap mengulang ungkapan licik “minoriti government” untuk memberi gambaran seolah-olah pentadbiran Najib tidak diberi keyakinan oleh rakyat kebanyakan.

Sekiranya Bersih enggan mengakui kerajaan Najib sebagai sebuah kerajaan yang sah, bagaimana pula dengan kerajaan-kerajaan lain yang sudah dibentuk berasaskan keputusan PRU13?

Adakah kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui Guan Eng boleh dikira tidak sah juga? Kiraan undi Pulau Pinang turut diputuskan oleh badan yang sama, iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya.

Bagaimana pula dengan kerajaan Khalid Ibrahim di Selangor? Adakah kerajaan pimpinan Pakatan diabsahkan oleh Bersih ataupun dianggap “tidak sah” sepertimana Bersih menganggap kerajaan Najib tidak sah?

Hari ini Selangor telah melantik barisan exconya. Sekiranya kerajaan persekutuan Najib dianggap tidak sah oleh Bersih, maka kerajaan negeri Selangor pun ikut tidak sah juga.

Dalam pada itu, pelantikan Hannah Yeoh sebagai Speaker akan tidak sah juga.

Twitter Cool, calm and collected ... 2013-05-31 01-31-00

Namun pengerusi Bersih S. Ambiga pula boleh menganggap pelantikan Hannah Yeoh kelmarin sebagai perkara elok.

Malah baru semalam sahaja Ambiga telah mentweet (atas) ucapan tahniah kepada Hannah atas pelantikannya sebagai Speaker Selangor.

Gerakan Bersih ini jelas tidak konsisten dalam pendiriannya.

Yang mana berkaitan dengan Pakatan semuanya dihalalkan sementara apa-apa yang ada hubungkait dengan BN diharamkan ikut suka hati Bersih.

Sebenarnya siapakah Bersih? Bukan pun kerajaan Najib perlu diiktiraf oleh sebuah NGO yang dibiayai dana asing.

Sebaliknya SPR merupakan badan berkanun yang diberikan kuasa oleh Perlembagaan untuk menjalankan pilihanraya.

Asalkan SPR mengiktiraf kerajaan BN sebagai pemerintah yang sah, maka sah lah pentadbiran Najib dan tak payah Guan Eng melebih-lebih dengan dakyah “kerajaan minoriti“.

Propaganda Pakatan mungkin boleh berjaya mewarnai tanggapan awam tetapi ia tidak ada kesan ke atas tafsiran yang dibuat betul mengikut lunas undang-undang.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

18 thoughts on “Bersih mahu mencetuskan Malaysian Spring?

  1. If they want a malaysian spring . summer , autumm, fall or winter go ahead its their choice but i really do hope that that the police take action against these ingrates by beating the living daylights out of these assholes…. enough is enough, we dont need crap like this here, Bloody fuck*** hypocrites.

    1. ni malaysia la mana ada empat musim. Nak menciplak pun sesuaikan lah dengan keadaan Malaysia.

      Malaysian rainy season anyone?

      Actually lagi banyak diorang bising lagi bagus. Bagi melayu menyampah. Undi pemuda cina more or less gone dah.

      Without the chinese votes forget 2/3. That’s the new reality. Concentrate to malays poor je cukup. Boleh bentuk kerajaan.

  2. When lies are repeated so many times, it will be taken as the truth. The legitimate government need to act now to clear these lies otherwise it will bear the brunt of negative perception and reputation. This cancer need to be contained and the negative effect must be mitigated as the longer it is left as such this will lead to the cancerous element to deepen its roots.

    Your write-up hits the mark regarding the status of kerajaan-kerajaan negeri. Kerajaan mesti berani kerana benar!

  3. Currently EM holds 1/4 of parliamentary seats. Going by their fairer vote distribution system, EM will have less than 20%.

    That means an area like Seputeh or Kuching will be represented by 3-4 MPs while Kapit, bigger than Pahang will be represented by one MP. Thus we’ll have a developed area getting several times the parliamentary allocation while the rural area gets next to nought.

    That dear readers is fairness ala DAP & PR. You actually think they give a damn about what’s happening in their constituencies? Any fallacies can be debunked with every candidate they parachuted in.

    As for the Malaysian Spring. Here’s a variation on the comment by an ex Star big wig. The Spring is orchestrated by the Chinese, fought by the Malays & Indians, for the benefit of the Chinese.

    1. Very true. But should be the rich Chinese

      Just when the Malays leaders start thinking about helping the poor regardless of race.

      Oh well, malays ultra once more.

  4. re: so far refused to recognize the legitimacy of Najib’s minority government.

    This should also be read as refusal to recognize a legitimate government formed in accordance with law and as per the constitution. I wonder how the Sedition Act are read by KDN on the official statement issued by Bersin in Asia Times.

    Btw, what opinion has Bersin made the on fraud in DAP internal committee election?

  5. PR banyak mengeluarkqn article di media international. Apakah usaha BN untuk memperbetulkan persepsi orang luar? Takkan biar aje? Dah kena lunyai dalam usaha media alternative masih lagi tak buat apa2?
    Masih tidurkah “pakar” strategi penerangan BN? Kalau begitu tukaah. Sam

    1. Dari dulu sampai sekarang yahoo, google dan online news lain berkiblatkan berita dari PR.
      BN perlu membetulkan jurang persepsi masyarakat international.
      Sebab tu orang luar sokong

      1. Juga penting dan wajib dilakukan segera, BN perlu memperbetulkan The Star.

        Wartawan asing agensi berita antarabangsa tidak membaca Utusan yang dalam bahasa melayu. Mereka membaca media tempatan dalam bahasa Inggeris.

    2. Do you know how many DAP/PKR has used AlJazeera and BBC? Anwar, Tony Pua, LGE are all mainstay on AlJazeera programming. Have The sad thing BN especially UMNO is so stuck with TV3 and RTM. Care to watch Chua Soi Lek on the TVB channels? In my fxxxing dreams.

      1. Nurul Izzah vs that ex BERNAMA editor guy. Nurul Izzah smooth je eventhough bnayak kenyataan menipu. The BERNAMA buy looks like a bumbling idiot eventhough cakap benda benar.

        That Bridget Walsh from Singapore of course pro Pembangkang which is understandable.

  6. Really can’ t understand why the Wall Street funded is still around. Why can’t BNM do something about the hundred of thousands foreign dana into the country. What’s the point of meminda money laundering act if you literally don’ t act?!

  7. Islam 1st. You are right. I also do not understand how foreign money come openly into this country to fund ex-lawyers to run around the streets of Kuala Lumpur in direct interference in our domestic politics.

Comments are closed.