Posted in Papa DAPster

Guan Eng menyelar Umno enggan membuka keahlian kepada semua

Kenyataan akhbar Lim Guan Eng

3 Jun 2013

<QUOTE>

“Keengganan Umno untuk menjadi satu parti tunggal yang inklusif atau berbilang kaum dan sebaliknya berkeras mahu berpegang kepada semangat parti satu kaum adalah suatu hukuman bunuh terhadap konsep 1Malaysian Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kenyataan Ketua Penerangan Umno merangkap Timbalan Menteri, Ahmad Maslan bahawa mustahil Umno menjadi sebuah parti tunggal untuk semua rakyat Malaysia membuktikan bahawa Umno terus-terusan mahu memecahbelahkan rakyat Malaysia mengikut kaum demi memelihara kekuasaan mereka.

Untuk lebih 50 tahun, BN Umno, MCA dan MIC telah memecahbelahkan Malaysia menurut kaum demi menghalalkan salah guna kuasa mereka, terutamanya rasuah, kapitalisme kroni dan penafian atau menghalang hak asasi manusia. Walaupun BN kalah dalam pilihanraya umum 2013, apabila BN kalah undi popular untuk pertama kali dalam sejarah negara; dengan hanya 47% undi berbanding 53% undi popular yang diraih Pakatan Rakyat, Umno masih lagi enggan menerima penolakan keras masyarakat terhadap politik perkauman.

Pakatan Rakyat memenangi undi orang Melayu bandar dan anak muda Melayu dengan majoriti yang jelas. Di peringkat nasional, Pakatan Rakyat memenangi 43% undi orang Melayu. Mesej perkauman Umno tidak mampu melampaui rasuah dan salahguna kuasa yang ia lakukan. Ini bermakna rakyat Malaysia daripada semua kaum telah memberikan mesej yang lantang dan jelas dalam PRU ke 13 yang lalu bahawa mereka mahu menjadi ‘Malaysian first’, di mana rakyat mendahului kroni, prinsip dan polisi yang baik dilihat lebih penting daripada kebencian dan ketakutan.

Sebaliknya Umno terus berpaut kepada ideologi melampau Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin yang memecahbelah dan menghancurkan, “Melayu pertama, Malaysia seterusnya” (Malay first, Malaysian second). Menjadi ‘Malaysian first’ tidak bermakna kita kehilangan identiti Melayu, Cina, Dayak, Kadazan atau India tetapi ia bermakna kita menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara seperti yang termaktub dalam lagu kebangsaan kita, ‘Negaraku’.

Memandangkan Umno adalah parti paling dominan, keengganan Umno untuk membuka keahlian kepada semua rakyat Malaysia bermakna tidak akan satu parti pun dari BN yang menjadi inklusif buat semua tanpa mengira kaum. Jelas sekali, slogan 1Malaysia Najib tidak ada makna langsung kecuali satu usaha propaganda untuk pilihanraya yang akan terbuang akhirnya apabila BN memenangi jumlah kerusi Parlimen terbanyak walaupun kalah undi popular.”

<UNQUOTE>

Sumber: http://limguaneng.com

Author:

I have no Faceook or Twitter.

41 thoughts on “Guan Eng menyelar Umno enggan membuka keahlian kepada semua

  1. Saya rasa dakwaan Guan Eng bahawa “Di peringkat nasional, Pakatan Rakyat memenangi 43% undi orang Melayu” adalah tidak tepat.

    1. memang tidak tepat….

      pada saya, dakwaan LGE ini menguatkan lagi andaian betapa benar hasrat orang cina umumnya supaya UMNO dikuburkan melalui ‘saranan melalui Gerakan dan MCA’ (dibelakangnya DAP) supaya UMNO dibubarkan dengan menjadikan BN satu parti tunggal.

      menuduh UMNO rasis hanya kerana UMNO mewakili orang Melayu adalah tidak berasas.

      contoh untuk renungan bersama ialah bolehkah dewan perniagaan orang cina dibubarkan dan dijadikan dewan perniagaan untuk semua kaum? maka dengan adanya dewan perniagaan untuk semua kaum maka semua rahsia perniagaan orang cina akan jadi rahsia perniagaan semua kaum di Malaysia, adakah saranan ini boleh diterima oleh orang cina khususnya LGE?

      seharusnya orang melayu yang sinonim dengan bahasa tersirat memahami ‘hasrat-jahat’ mereka ini dan terus memperkukuhkan UMNO…

      sewajarnya kedua-dua parti MCA dan Gerakan yang di satukan dan dijadikan satu parti tunggal dan boleh memilih samada untuk berdiri sendiri atau kekal sebagai parti komponen BN yang baru dan membuka keahlian kepada semua kaum terlebih dahulu.

    2. Well, I hope to have a more definite answer to that (the % of support by ethnicity) when I complete my statistical analysis of the GE but I tend to concur with you that the figure is wrong even without the benefit of any analysis.

      My second point is PR is not a party but a motley collection of opportunists. They did not even contest as PR as such saying that they obtained popular votes is a downright misleading.

      1. re: “a motley collection of opportunists”

        You’re so very, very RIGHT!

    3. UMNO lantik ramai orang India memegang kuasa dan menjadi kaya raya ma.. Zambry Kader India, Mukriz india, ali Hamsa India, Irwan Sri Gar India, Subahan Kamal India, Azzez Rahim, Ananda Krishanan, Tony fernandes, Nagalingam, ramai lagi.

      UMNO bagi lesen judi, telelkomunikasi pada YTL, Berjaya Ananda Syed Mokhtar dan lain-lain terlampau banyak nak tulis.

      Pemimpim UMNO sangat murah hati kepada Cina dan India ma sampai ahli UMNO adalah pengemis di negeri sendiri.. muhaha…

      Sape kat UMNO rasis? sikit lagi UMNO nak lantik India jadi raja..ooopss touch wood. Sudah pun. Raja Gobal..hehe.. yang tak boleh dikritik atau dibuang walau kalau 10-0 pun.

  2. Yang Guan Eng cakap “53% undi popular yang diraih Pakatan Rakyat” pun pembohongan juga. Dia nak kebas peratusan undi-undi rosak serta undi-undi yang diberikan kepada calon bebas.

  3. Tuan
    Saya orang Melayu yang ada 100% DNA Melayu. Bolehkah saya memohon menjadi ahli DAP. Saya mahu jadi ahli Melayu pertama yang tiada DNA Cina.
    Ahmad

    1. Ramai Melayu yang dah jadi ahli DAP – ada yang masih jadi ahli dan ada yang telah keluar dari DAP – contohnya Tunku Aziz …

  4. Tu dia.. ckp mcm diri tu maha sempurna.. BN kalah pru-13???? ..hellooo.. UMNO mng 88 kerusi, ok! ..mesti guan eng silap kira or taip ni..

  5. Suka atau tidak sikap LGE akan / telah jadi gambaran sikap orang Cina di negara kita.

    Nantikan balasan setimpal orang Melayu.

    Amri

      1. lol,

        Mereka laungkan “Hormati Raja Kami” bukan “Hormati Raja Kita”.

        Amri

  6. Memang telah dijangka LGE akan menanggok diair keroh sekiranya ada ruang walau sebesar zarah sekalipun – yang pentingnya, UMNO janganlah melatah tak tentu pasal kerana pada hakikatnya memang LGE hendak menghancurkan UMNO dengan apa cara sekalipon oleh itu abaikan sahaja apa yang LGE kata buat kali ini dan pada masa hadapan … bak kata omputeh – LGE is merely splitting hairs, so DS Najib and UMNO office bearers, do not be the fool who falls for his mischief and be trapped by deviousness. Biarkan anjing menyalak bukit

  7. Dear LGE,

    I believe before you start on your rant over how mono race UMNO is, it is wise that you upgraded or actually purchase original copies of MsExcel & MsWord: knowing how ‘poor’ DAP was but now since you kena bigtime Toto, i think you can afford it.

    I also believe you should also rectify your mailing system in the event you need to send notices for the next CEC: we all know how it went the last time around.

    I also would like to suggest you update your database, so you can actually distinguish between 15 and 700 and would then be able to communicate efficiently and as fast as possible to the RoS (should their claim is wrong).

    As much as we know you care so much on UMNO, I think it is wise we clean up our house before making comments over someone elses.

    I also would like to strongly suggest you don’t scream racist at everything: it’s not most malays hate the chinese, they just hate you.

    KThxBye!

  8. kalau umno dijadikan entiti satu parti spt yg dicadangkan saya akan keluar dari umno

  9. Heh2.. good job helen! ..nmpk sgt nk m’hapuskan UMNO dr muka bumi Malaysia nih.. UMNO ibarat akar tunjang sepohon pokok.. klu hendak dicantas akar tunjang ni.. percayalah, pokok akan mati n rebah ke bumi..

  10. Dewan perniagaan cina dibubarkan dan diganti dengan dewan perniagaan malaysia? Menarik ni. ada sp2 blh bg cadangan ni ke peringkat atasan. aku pun nk tau rahsia perniagaan org cina.

  11. Alahai Lim Guan Eng….statement yg keluar dari mulut dia selalu berupa provokasi..

    Rajin sangat menjolok sarang tebuan, boleh ke dia bertahan jika tebuan-tebuan ini nanti menyengat dia pulak?

    Suka hati Umno le nak buat apa mengikut perlembagaan dia orang..buat LGE, jaga aje le DAP tu, masalah dgn ROS tu dh ko selesaikan ke belum?

  12. Sah sudah melalui pernyataan lge ini bahawa kaum cina sudah sepakat mahukan umno didilutekan melalui cara menjadikan BN satu parti tunggal spt yang disuarakan oleh gerakan. Clever. Very cleber. Dalam kabus pagi kelam2 cahaya petang, ah jib gor sudah dikelabu-asapkan oleh cina. Lagi ah jib gor re-enforced usaha2 memujuk dan membelai cina melalui program 1M4U dengan melantik TS Michele Yeoh sebagai duta or something in that sense dan Irmo ketua program. Well, apa yang nak diharapkan dari shallow minded person yang sentiasa berkeliruan fikiran serta pandangan diantara matlamat kenegaraan dan matlamat kepolitikan persendirian kan.

    ah jib gor sangat cinta akan nama cina beliau. Ahli UMNO semua kena take serious note terhadap perkembangan terkini ini. Ah jib gor dah tak suka nama Mohd Najib dah. Tolong beri perhatian kepedulian yang tinggi ye. Terima kasih

    Oh ye, saya memang Melayu rasis. Ini perkembangan terbaru selepas pru13.

  13. LGE don’t understand UMNO. He think UMNO is DAP. He meroyan right now becouse of chinese tsunami. He try to take control right now by finding others people fault. So, brace yourself with more statement like this from him.

    :) sarah

  14. Hahahahaha…..

    Kenapa la LGE tu sibuk sangat pasal UMNO pulak ni? Biarlah UMNO nak jadi parti paling rasis sekali pun. Dah memang namanya pun “United Malays National Organisation” atau “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu”. Kalau dah masuk bangsa lain, bukan lah UMNO namanya.

    Apalah bangang sangat si tokong tu….

    1. Dan juga kepada semua orang yang sibuk nak bagi komen pasal UMNO jadi parti campuran tu, tolong ingat perkara-perkara berikut:

      1. Dato’ Onn dah cuba dulu, dan gagal dengan jayanya.

      2. Gerakan adalah contoh parti campuran berbagai bangsa, tapi di mana Gerakan sekarang?

      3. Dan yang paling penting sekali, UMNO bermakna “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu”, bukannya parti cina, india, bengali dan sebagainya. Kalu nak campur gak, buat le parti lain….

      Kalau tak faham lagi, tak tau le….. Jangan le jadi bangang sangat macam LGE tu. Dia selalu buat ‘typo error’….

  15. cara redbean leader menghasut,,,,,tentulah kena lagi terror…syabas guan eng….u showed you are really the DAP Redbean leader…

  16. Whatever the Opposition says now do not hold water, they lost. They did not go into the 13th General Elections with their eyes blind folded or their ears shut off from hearing. The Singaporean Trojan Horse DAP was alive and well for 47 long years since its founding indirectly by the brilliant Lee Kuan Yew with his failed 9 Policies for Singapore. With the failure of the DAP to deliver a conquered Malaysia to save Lee Kuan Yew’s distinguished reputation of a life-time, he is now having legacy issues with his own citizens who are waking up from their stupor since 1959. Where have all our money gone ?

  17. Helen,

    UMNO ditubuhkan untuk pertahankan hak Melayu. Siaa Guan Eng untuk berkata UMNO mesti dibubarkan.

    Yang menentukan kelansungan UMNO sebagai parti politik Melayu adalah ahli UMNO sendiri. Dan saya yakin 150% mereka tidak akan berani sokong usaha bubarkan UMNO. Jika mereka berbuat demikian dan Najib ikut, maka bersedialah Najib untuk hilang jawatan PM.

    Yang perkauman adalah DAP dan segala suku sakatnya. Yang menjadikan mereka “relevan” dalam politik cina ialah sikap DAP yang membawa orang Cina “berperang” dengan orang Melayu. Itu cara mereka kekal dihati masyarakat Cina.

  18. LGE ni demam agaknya masa bagi Press Conf. Kalau Malaysian First, PERJUANGKANLAH 1 Sekolah. Tak kan hilang kecinaan bak kata dia, kalau hanya bersekolah di SK kan? Betul tak LGE? PEMBOHONGAN memang dah sinonim dgn si Harbi ni.

  19. Bubar dulu DAP, PKR dan PAS. Buat satu PARTI nama PAKATAN RAKYAT. Boleh ke LGE? Kalau tak boleh simpan jelah perkataan RASIS tu dlm CEC.

  20. “Sebaliknya Umno terus berpaut kepada ideologi melampau Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin yang memecahbelah dan menghancurkan, “Melayu pertama, Malaysia seterusnya” (Malay first, Malaysian second)”

    This is wayyyyy better than having an Indian father tapi mengaku Chinese first or having a Chinese father but mengaku father Melayu. DAP memang pening party! These posers ingat Malaysians semua bodoh macam keldai ka?

    DPM for all his worth at least tak pretend to be something that he is not unlike most Malaysians.

    And UMNO for all its worth pun tak pretend to be something that they are not, walaupun it is even more multiracial than the DAP.

    I just don’t think UMNO should jadi tong sampah dan ambik segala macam politicals losers and rejects masuk parti UMNO. Enough of mediocrity. UMNO kalau lemah lagi tentu akan jatuh menyembah bumi, macam kat Tun M

    http://chedet.cc/?p=998#more-998

    1. “I just don’t think UMNO should jadi tong sampah dan ambik segala macam politicals losers and rejects masuk parti UMNO”.

      Kwang! Kwang! Kwang! siapa yang kena?

      Saya sangat setuju dengan kenyataan ini. Dan banyak sampah dari UMNO yang join PARTI ALAM FLORA.

  21. Boleh kah LGE terima tiada sekolah cina, tiada bahasa mandrin?, tutup semua persatuan cina, dan jangan guna nama cina…..

    1. Cara yang terbaik adalah dengan membiarkan Cina DAP dengan Cara Mereka. Lagi dia orang kurang ajar lagi bagus, supaya itu menjadi pengajaran pada orang-orang Melayu yang terlena. Orang Melayu ni seperti kata Tun M ” Melayu Mudah Lupa”. Mereka kena bagi kaw-kaw dulu baru nak beringat.

      Perkasakan pelajaran pelajar-pelajar Melayu dan tanamkan dalam diri mereka tentang “SEMANGAT KEMELAYUAN” yang tinggi. Dan ini juga menjadi tanggungjawab semua ibubapa Melayu.

      Masa untuk bertolak ansur sudah beraklhir. Sekarang ni kalau rakan-rakan Cina DAP minta tolong dari saya, jawapan saya senang aje ” Sorry No Have” atau ” Sorry Dunno”. Mereka tidak memerlukan duit dari saya, tapi ada pekara yang mereka tak boleh beli dengan duit yang mereka perlukan. Sekarang ni nak padang muka saya pun mereka rasa bersalah tak kena tempat. Sebab saya akan tunjukkan muka ” Ya Nak Apa?”.

  22. Menteri Besar /Ketua Menteri lain2 negeri sibuk mengurus negeri masing2. Tak ada masa utk menyibuk dlm ehwal politik parti lawan. Tetapi Guan Eng ada banyak masa menyibuk.

    Statesmen should lead – how to behave. Guan Eng isn’t a good example. Pity him. Still like a child. Sulk n reactionary.

  23. Well my reply to the Tokong is simple. Just because you open your membership to all doesn’t mean you are non racial. A case of point is DAP. How multi-racial they are (in terms of the composition of their membership) when more than 90% of their members are from one race. Just like PKM and their Regimen 10, having a token handful of Melayu-celup members doesn’t make you multi-racial.

  24. Hi Helen, my comment is simple and general. Any bona fide political party is eligible to stand for election. At the end it is the voters who decide. It appears to me Malaysians still vote for UMNO. Does LGE truly have a democratic mind?

    p.s. I nak buka parti yang mempunyai ahli yang mempunyai pendapatan kurang dari RM 3,000 sebulan … hidup kami tertindas lah …

Comments are closed.