Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM INDIA

(Updated) Uthaya dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan

Mutakhir: Pelaksanaan hukuman ke atas Uthayakumur tidak dibenarkan pertangguhan dan beliau dihantar ke penjara Kajang. — 6.05 petang

Laporan berita di SINI.

***  ***  ***

Q&A bersama pemimpin Hindraf P. Uthayakumar pernah disiarkan di blog ini dalam bahasa Inggeris — Uthaya: “No ‘ubah’ for Indian poor in Pakatan dictionary” (12 April 2013).

Di bawah ialah penterjamahan wawancara tersebut ke bahasa Melayu.

Berkaitan:I support Uthayakumar for Parliament

***   ***  ***

Uthaya : Tiada ‘ubah’ untuk India miskin dalam kamus Pakatan

By P. Uthayakumar

(Terjemahan oleh Malay Princess)

Soalan: Mengapakah Hindraf bertanding sedangkan sebelum ini menyatakan mereka bukan parti politik?

Penjelasan: Apa yang Pakatan janjikan pada 2008, satu daripada 18 tuntutan Hindraf tidak pun mereka tunaikan walaupun mereka berjaya menubuhkan ‘Putrajaya’ di lima buah negeri kerajaan Pakatan selama lima tahun.

Skim Perumahan Pekerja-Pekerja Ladang tidak pernah dilaksanakan yang sepatutnya mampu memberi manfaat kepada 500,000 orang Indian miskin di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak.

Tidak ada walau satu pun lesen berniaga kacang putih, kontrak mengutip sampah atau lesen perniagaan besi buruk yang diberikan kepada masyarakat India di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak walaupun Pakatan mempunyai 100% kuasa untuk berbuat demikian.

Malah tidak ada satu bahagian pun dalam kontrak-kontrak jalanraya, lanskap dan pembinaan kerajaan negeri yang berjumlah puluhan juta ringgit yang dikongsi dengan masyarakat India. Malah tidak ada satu pun jawatan budak pejabat yang diberikan kepada seorang kaum India miskin di mana-mana negeri Pakatan.

Terutamanya pada zaman dan era di mana lelaki berkulit hitam sudah pun menjejakkan kaki ke Rumah Putih malah menggunakan sebahagian nama Islam pada namanya (Barack Hussein Obama)

Malah dalam Manifesto Pilihanraya ke-13 dan Buku Jingga yang diumumkan Pakatan Rakyat, tiada satu pun bahagian untuk masyarakat India disebut dan diberi perhatian apabila mereka berjaya menakluk Putrajaya. Dan sekarang, Perdana Menteri bayangan, Dato Seri Anwar Ibrahim menolak untuk menandatangani 18 tuntutan Hindraf.

Uthayakumar sebagai pemimpin de facto Hindraf yang paling senior akan menjadi suara Hindraf dan bertindak sebagai semak-dan-imbang di peringkat politik tertinggi, di Parlimen dan Putrajaya untuk masyarakat yang terpinggir yang mana tidak langsung diingini [diberi perhatian dan tumpuan] oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Seperti juga Umno/BN, Pakatan juga hanya mahukan mandur-mandur kaum India yang hendak ‘cari makan’ sebagai Adun dan Ahli Parlimen yang boleh mereka kawal dan tidak akan memperjuangkan 18 tuntutan Hindraf.

Tetapi Pakatan baru memegang kuasa selama lima tahun sedangkan BN sudah memerintah selama 57 tahun. Mengapa Hindraf perlu bertanding?

Sebagai contoh, salah satu masalah ialah di mana Pakatan mempunyai 100% kuasa di Selangor untuk memberi tanah kepada kesemua 97 sekolah Tamil di Selangor serentak dalam satu masa berdasarkan Seksyen 76, Kanun Tanah Negara. Menteri Besar Pakatan hanya memerlukan 5 saat untuk menandatangangi dokumen dan bukannya 5 tahun. Tetapi mengapa Pakatan enggan berbuat demikian?

Terdapat seratus masalah serius lain yang dihadapi masyarakat India di mana Pakatan boleh mengatasinya dengan memberikan satu jalan penyelesaian tetap dan menyeluruh di lima negeri Pakatan tetapi tidak dilakukan.

Tidak ada ‘Ubah’ untuk orang India miskin dalam kamus Pakatan. Dato Seri Najib juga menyatakan beliau baru saja menjadi Perdana Menteri selama empat tahun dan dia perlu diberikan peluang sekali lagi selama 5 tahun. Bolehkah kita memberikan Najib lima tahun lagi? SUDAH TENTU TIDAK. Oleh itu, kita memerlukan sekurang-kurangnya seorang Ahli Parlimen dari Hindraf di Parlimen.

Mengapa P. Uthayakumar/Hindraf perlu bertanding di Kota Raja /Sri Andalas yang akan memecahkan undi kaum India/Pembangkang dan memberikan kemenangan kepada BN?

Pada pilihanraya umum 2008, Pakatan memenangi lima negeri dek kerana 100,000  [orang pendemo] Makkal Sakhthi yang berhimpun pada 25 November 2007. Perhimpunan Hindraf menggunakan perjuangan Makkal Sakhti yang membawa suara kaum India yang bersimpati terhadap P. Uthayakumar dan peguam-peguam Hindraf yang dipenjarakan di bawah ISA. Namun sekarang, Pakatan enggan memberikan walau satu pun kerusi daripada 222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi DUN kepada Hindraf. Adakah ini adil?

Uthayakumar bersetuju untuk bertanding di bawah tiket Pakatan Rakyat menentang BN supaya tidak berlakunya perpecahan undi Pembangkang. Namun Pakatan menolak beliau. Mengapa?

Mengapakah Uthayakumar tidak layak menjadi calon Pembangkang? Adakah disebabkan beliau bercakap bagi kaum India tanpa rasa takut atau mengambil hati? Adakah kerana Uthayakumar enggan menjadi mandur India bagi Pakatan? Adakah kerana Uthayakumar tidak boleh dikawal?

Undi Pembangkang/India tidak akan berpecah sekiranya Pakatan memberi laluan kepada Hindraf/Uthayakumar bagi pertandingan satu lawan satu menentang Umno/BN di Kota Raja dan Sri Andalas. Jadi, BN tidak akan menang.

Bolehkah Uthayakumar menang?

Ya. Di Kota Raja, Melayu membentuk 44%, India 29% dan Cina 24%. Undi Melayu akan terpecah kepada dua dan Pakatan akan mendapat 22%. Kita mempunyai 29% pengundi India. Malah hanya dengan 30% undi Cina pergi ke Uthayakumar dan 70% pergi ke Pakatan, kita boleh menang dengan majoriti kecil.

Tidak seperti Pilihanraya Umum 2008, pengundi Cina mempunyai pilihan lain dan akan lebih menyenangi seorang peguam India yang dikenali, aktivis hak asasi manusia yang disegani dengan rekod 24 tahun perkhidmatan, pernah ditahan sebanyak 12 kali, yang memperjuangkan kes-kes berkepentingan awam, perbicaraan tuduhan hasutan ‘penghapusan etnik’ di Kg Medan yang masih berlarutan di mana Uthayakumar berhadapan dengan hukuman tiga tahun penjara dan juga bekas tahanan ISA berbanding calon wanita dari PAS.

Pada PRU 2008, Arumugam yang tidak dikenali telah menang sebagai calon bebas di kerusi negeri Bukit Selambau. Pada PRU 2004, lama sebelum kebangkitan perhimpunan Hindraf 25 November 2007, penduduk tempatan yang tidak dikenali, Krishnan bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Kota Raja dan kerusi DUN Sri Muda tetapi tidak hilang deposit. Malah, tidak ada undi tentera, Orang Asli atau Felda untuk BN memanipulasi.

Mengapa bertanding di Kota Raja dan Sri Andalas dan bukannya di kerusi MIC/BN yang lain?

Dengan 29% pengundi India, Kota Raja adalah kawasan pengundian dengan jumlah pengundi India paling tinggi di Malaysia. Dan kira-kira satu pertiga daripada keseluruhan populasi India di Malaysia adalah di Selangor. Jadi, peluang menang yang terbaik adalah di sini.

Adakah Hindraf/Uthayakumar mahu BN keluar dari Putrajaya?

Ya. Pendirian politik kami adalah tidak mengundi Umno/BN. Sama ada seseorang itu mahu mengundi Pakatan atau tidak, ia terpulang kepada individu berkenaan. Bagaimanapun, kami tidak tidak bersedia untuk bertanggungjawab dengan keputusan mengundi Pakatan atas sebab-sebab yang sudah dijelaskan. Hindraf tidak bersedia untuk bertanggungjawab di atas kegagalan Pakatan Rakyat membela masyarakat India miskin.

Inilah dilema kami. Tetapi kami mahu Pakatan membawa Hindraf bersama-sama ke Parlimen dan Putrajaya. Kenapa tidak? Untuk menjadi kuasa semak-dan-imbang dalaman kepada Pakatan bagi memastikan kaum India tidak akan dipinggirkan untuk 57 tahun lagi di bawah pemerintahan Pakatan. Dan kami tidak mahu Pakatan menjadi klon Umno/BN.

Mengapakah Pakatan enggan memberikan Uthayakumar atau Hindraf walau satu kerusi?

Uthayakumar dan semua di dalam Hindraf enggan menerima anugerah dan jawatan Datuk, Senator, Pengarah, Ahli Majlis atau sebarang kontrak, projek atau peluang ‘cari makan’ di lima negeri Pakatan kerana mereka akan menjadi mandur India bagi Pakatan sebagaimana mandur MIC dalam Umno/BN.

Disebabkan ini, Pakatan tidak dapat mengawal Uthayakumar/Hindraf dan tidak dapat menghalang beliau daripada memperjuangkan isu kaum India tanpa takut dan mengambil hati mana-mana pihak. Perjuangan Uthayakumar/Hindraf menentang perkauman Umno dan Pakatan, tentang kesamarataan, peluang yang sama untuk memajukan sosial serta ekonomi ke tahap lebih tinggi dan tentang penyelesaian kekal serta menyeluruh sebagaimana yang diberikan kepada kaum Melayu dan Cina.

Namun sama seperti Umno/BN, Pakatan juga mahu Hindraf bermain politik dengan masyarakat India miskin dengan memberikan penyelesaian sementara dan ad hoc seperti lebih banyak bungkusan makanan, kampit beras dan kerusi roda, memberikan cek replika RM5,000, RM10,000 dan janji-janji kosong tentang tanah untuk sekolah Tamil, kuil Hindu, tanah perkuburan Hindu, penempatan orang India dan propaganda politik dan pengiklanan yang maksimum terutama dalam akhbar harian India.

Bagaimanapun, tanpa pemilikan tanah, Pakatan telah menafikan penyelesaian tetap dan menyeluruh bagi masyarakat India miskin seperti Skim Perumahan Pekerja-Pekerja Ladang, seperti pemilikan tanah Felda 10 ekar yang telah memberi manfaat kepada orang Melayu Islam, lesen perniagaan, kontrak, peluang perniagaan, pinjaman perniagaan, biasiswa, latihan kemahiran dan banyak lagi dasar kerajaan untuk orang Melayu miskin.

Punca asal kepada masalah India miskin yang kain meruncing hari demi hari adalah disebabkan oleh kerajaan Umno/BN dan juga oleh empat kerajaan negeri Pakatan yang terlepas daripada dipertanggungjawabkan kerana mengabaikan masyarakat India.

Mengapa tidak berikan saja Pakatan lagi lima tahun dan jika mereka tidak bekerja kuat, kita tukar saja mereka?

Selepas merdeka, Umno/BN diundi kali pertama untuk lima tahun tetapi memegang kuasa selama 57 tahun. Dengan hanya 8% pengundi, kaum India tidak mempunyai kuasa untuk mengubah Pakatan. Malah jika selepas lima tahun, kita boleh menendang keluar Pakatan dan mengundi semula BN, BN juga tidak akan dapat menunaikan janjinya kepada kaum India. Kita tidak akan ke mana. Kita akan kembali ke titik asal permulaan.

Kenapa tidak kita bergerak seiringan? Mengapa perlu menunggu selama lima tahun? Mengapa tidak kita undi saja Hindraf bersama-sama Pakatan menuju ke Parlimen dan Putrajaya pada masa yang sama? Mengapa mesti kita bazirkan lagi lima tahun?

Apakah yang wakil tunggal Hindraf di Parlimen boleh lakukan?

Jika kita tidak mempunyai walau seorang pun wakil Hindraf di Parlimen, Pakatan di Putrajaya akan meneruskan agenda mereka tanpa ada sesiapa yang menyoal dan memberi tekanan di peringkat tertinggi politik. Dan Pakatan mungkin akan menjadi satu lagi klon Umno/BN dalam sedikit masa saja lagi.

Walaupun PKR hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen pada Pilihanraya Umum 2004 tetapi ia meningkat ke angka 31 Ahli Parlimen pada Pilihanraya Umum 2008 ditambah mereka sekarang memerintah Selangor dan juga sebahagian daripada kerajaan negeri di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dan Perak (11 bulan). Sudah tentu ia hasil sokongan kuat rakyat Perhimpunan Hindraf pada 25 November 2007. Tetapi hari ini, Pakatan Rakyat tidak mahu mengiktiraf sumbangan tersebut dan memberi walau satu kerusi kepada Hindraf.

Di peringkat antarabangsa contohnya, Ahli Parlimen Hindraf boleh melobi Kesatuan Parlimen Antarabangsa, Pertubuhan Parlimen Komanwel, Parlimen Eropah, PBB, Kongres AS dan sebagainya dalam menentang polisi perkauman Umno/BN dan Pakatan yang memangsakan masyarakat paling lemah di Malaysia. Ia akan memberikan perbezaan kerana Ahli Parlimen Hindraf adalah perwakilan yang dipilih oleh rakyat.

Tapi Pakatan adalah parti berbilang kaum dan berdasarkan keperluan serta lebih banyak menjaga kebajikan masyarakat India miskin?

Ya, Pakatan memberi masyarakat India miskin lebih banyak beras dan hamper berbanding Umno/BN. Hakikatnya Pakatan lebih pandai mendiskriminasikan kaum India berbanding Umno/BN.

Jika kita tanya diri kita apakah yang telah Pakatan lakukan untuk masyarakat India miskin di Selangor selama lima tahun pemerintahan mereka berbanding Umno/BN, jawapannya adalah hampir tiada apa yang dilakukan.

Jadi kita perlukan sekurang-kurangnya seorang Ahli Parlimen Hindraf untuk terus memberi tekanan kepada Pakatan supaya tidak melaksanakan dasar perkauman yang meminggirkan masyarakat India miskin seperti yang Umno/BN telah lakukan selama 57 tahun.

Sepanjang tempoh lima tahun yang lalu, adakah Ahli Parlimen PAS Kota Raja atau mana-mana daripada 82 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk 11 mandur Ahli Parlimen dan 15 Adun dari kaum India menyoal, memberi saranan atau tekanan kepada sekurang-kurangnya 0.1% daripada 18 tuntutan Hindraf dan kaum India miskin dalam Parlimen atau DUN dan di peringkat antarabangsa seperti mana yang catatan harian dalam www.humanrightspartymalaysia.com?

Tiada. Mereka tidak pernah sekali pun membuat  protes keluar dari Parlimen, atau memfailkan usul kecemasan di Parlimen atau digantung dari menghadiri mesyuarat Parlimen dan DUN kerana memperjuangkan sebarang isu kaum India yang serius.

Tetapi, ia pernah dilakukan untuk Teoh Beng Hock, Anuar Ibrahim, tiga remaja Melayu yang mati ditembak di Shah Alam, pemuda Malaysia (Yong) yang dijatuhkan hukuman mati di Singapura dan banyak lagi isu kaum Melayu dan Cina. Tetapi tidak pernah sekali pun untuk isu India miskin. Kenapa? Kerana tiada kepentingan politik dalam memperjuangkan isu India miskin?

Apakah yang Pakatan dan Umno/BN mahukan daripada pengundi India?

Undi India percuma dengan hampir tiada balasan keuntungan kepada pengundi India. Dan untuk mengekalkan India miskin yang membentuk kira-kira 80% populasi India sebagai buruh murah yang melakukan kerja 3D iaitu Dirty, Dangerous and Difficult, kerja kotor, bahaya dan susah dengan gaji serendah RM13.00 sehari dan dinafikan hak KWSP, Socso, faedah perubatan dan pemberian bonus. Masyarakat India miskin hari ini telah menjadi hampir sama jika tidak lebih rendah keadaannya daripada pekerja asing.

Mengapa Pakatan dan Umno/BN mengambil kesempatan terhadap kaum India yang mundur?

Kerana walaupun terdapat hampir satu juta pengundi India di Malaysia setakat daftar pengundi 2013, UMNO/BN telah memecahkan dan memanipulasi pengundi serta kawasan undi India bagi menafikan hak walau satu kawasan pengundian majoriti kaum India daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi DUN di Malaysia.

Ini berlaku supaya kaum India boleh terus ditindas dan dikekalkan sebagai masyarakat India miskin dan dinafikan suara di peringkat politik tertinggi. Dan sama seperti Pakatan dan Bersih juga tidak mahukan walau satu kerusi majoriti kaum India untuk sebab yang sama. Sebagai contoh di in Klang, Sri Andalas, Sentosa, Sri Muda, Pandamaran, Kapar, Port Klang, Shah Alam, kita boleh melihat orang India ada di mana-mana.

Tetapi kita tidak mempunyai walau satu pun kerusi majoriti India* baik Parlimen atau negeri. Ini adalah pengajaran politik yang kita semua perlu belajar dan bekerja keras untuk lima tahun akan datang bagi menghasilkan sekurang-kurangnya satu kerusi majoriti India di setiap 7 kerusi negeri yang mempunyai pengaruh pengundi India yang kuat –  Kota Raja, Padang Serai, Batu Kawan, Ipoh Barat, Telok Kemang, Cameron Highlands dan Tebrau dengan menukar nombor kad pengenalan dan mendaftar sebagai pengundi di kesemua kawasan ini bagi PRU ke-14. Jika dan hanya kita berbuat demikian dalam tempoh lima tahun yang lepas, kita mampu menang dan mempunyai sekurang-kurangnya tujuh Ahli Parlimen Hindraf pada PRU ke-13 ini.

Anwar Ibrahim baru-baru ini menyatakan bahawa Pakatan boleh mengatasi BN dengan kelebihan 10 kerusi Parlimen. Jika kita dapat menguasai tujuh daripada 10 kerusi berkenaan, kita boleh menggunakannya untuk memberi tekanan kepada Pakatan bagi menamatkan semua polisi perkauman Umno/BN dan Pakatan Rakyat yang menindas masyarakat India miskin. Walaubagaimanapun, sehingga ke hari ini kita masih bergelut hanya untuk satu kerusi di Kota Raja.

Hak dan bukannya belas kasihan (Rights not mercy)

______________________________________________________________________

Nota: * N.30 Buntong di Perak adalah sebuah kerusi DUN yang mempunyai majoriti pemilih India sebanyak 49.4 peratus. – Helen Ang

Author:

I have no Faceook or Twitter.

6 thoughts on “(Updated) Uthaya dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan

  1. Ini amaran kepada semua yang antiBN. Kalau awak cakap sesuatu yang ‘fitnah’ dan tak baik berkenaan BN, kamu akan dipenjarakan. Tapi kalau kamu insaf dan menyokong BN, kamu akan diberi jawatan menteri.!

  2. Salam Perjuangan…bila memperkatakan tentang kaum…kita selalunya mudah beranggapan & berpersepsi dari sudut pandangan peribadi sahaja…tiada yang berpandangan menyeluruh umumnya…tambahan jika pandangan diberi dari sudut kepentingan peribadi…memang nyata dan jelaslah akan semua kesalahan akan terletak pada pihak kerajaan semata-mata..lebih2 lagi jika diri bercita2 tinggi melangit…namun apakah dapat dinyatakan dengan pasti yg empunya diri akan menjaga rakyat sebagaimana janji ???…atau sekadar manis dimulut sahaja…kerajaan dari dulu lagi tidak pernah meminggir mana2 pihak….cuba tanya ananda krisnen atau samy vellu sendiri…apa yang tidak pernah dilakukan kerajaan atau peluang yg tidak pernah diberi kepada masy india di Malaysia ini..????..Namun inilah Malaysia…semua yg dibuat baik akan nampak jahat & buruk semata2 bila individu dah senang dan bermimpi tinggi….namun hanya kaum melayu sahaja tidak dibenarkan bercakap tentangperjuangan bangsa melayu kerana RASIS dikatakan….Wallahualam…Wassalam…

  3. re: “N.30 Buntong di Perak …”

    Majority of the people living in Buntong are Indians and majority of them can speak Cantonese very fluently too. Perak state probably has the highest Indian population among all the states in Malaysia (don’t have actual statistic).

    1. Selangor has a huge population, the largest. So in absolute numbers, Selangor has 737,389 Indians (13.5%).

      In absolute numbers, Perak has 289,387 Indians (12.3%).

      In terms of percentage, Negeri Sembilan is tops with 15.2% Indians.

Comments are closed.