Posted in Hah!

MCA minta maklum balas bagi usaha baikpulih

Sudah menjadi lumrah bahasa kebangsaan dipandang sepi oleh parti komponen Cina BN tersebut.

Pesanan di laman MCA (screenshot bawah) seperti lazimnya tidak disampaikan dalam bahasa Melayu.

Apapun, sesiapa yang berminat memberikan buah fikiran boleh menghantar cadangan anda menerusi e-mel kepada alamat transform@mca.org.my

Anda juga digalakkan untuk menyalin-tampal maklum balas yang diberikan kepada MCA itu bagi dikongsi bersama di ruangan komen blog ini sekali.

Malaysian Chinese Association 2013-06-06 19-14-37

Author:

I have no Faceook or Twitter.

18 thoughts on “MCA minta maklum balas bagi usaha baikpulih

  1. Suggestion to mca & gerakan. Bubar sahajalah & join dap. Tidak perlu teruskan lakonan. The public is not stupid.

    1. Ya! Musang berbulu ayam! 97% (DAP+MCA+Gerakan). Tak kan bumiputera tak faham kot ?

  2. Helen, majority Islam ASWJ takkan menerima DAP sebagai rakan kongsi UMNO mahupon Barisan- biarpon LKS cuba utk memasukkan diri dalam Barisan dgn One Barisan- kejayaan UMNO dalam PRU13 yg lalu ialah kerana umat Islam melihat UMNO kurang mudharat berbanding PAS yg tahaluf siyasi/bekerjasama dgn DAP yg dikategrikan KAFIR HARBI

    Oleh itu MCA perlu berubah-1- jangan ikut rentak DAP 2- saya lihat kefahaman ttg sensitivity ugama bai di klgn ahli MCA muda spt SYA Syen Yee Aun 3- elok sahaja dia dijadikan strategist MCA 4- MCA kalah dalam PRU13 kerana 2 factor utama iaitu undi Cina kepada DAP dan MCA mengikur rentak DAP dalam isu ugama Islam

    Sewajarnya MCA lari dari mengikut rentak DAP terutama yg bersangkut paut dengan ugama Islam- MCA sewajarnya membuat differentiation dan taktik pemasaran dan penjenamaan yg paling baik utk MCA iaialh REALIBILITY dalam SERVIS dan keupayaan untuk menjadi rakan kompinen Barisan kerana MCA amseh dilihat kafir zimmi..jikMCA belajar utk tidak masuk campur urusan ugama Islam, menghiormati ugama Islam (terutama hudud-biarlah org islam spt saya yg menerangkan Hudud berdasarkan fatwa Al Fathoniyah oleh ulama terkenal syeikh Ahmad Al Fathoni iaitu ulama mujaddid dunia Melayu dan Syeikh Aii Gommah Al Azhari-u;ama kini)…saya yakin MCA mampu bangkit semula

    Pasca PRU13 sudah timbul suara RASIONAL Cina dalam bentuk SYA dan dia mendapat banyak sokongan dr kaum Melayu….ya saya yakin ini petanda yg baik utk MCA bergerak ke arah tersebut-jadilah rakan setia komponen Barisan bukan musuh yg tikam rakan kongsi Barisan dr belakang-moral of the story ;)

    1. kafir zimmi, kafir harbi …. ni zaman dulu ni – zaman kejatuhan islam, zaman ulamak islam confuse tidak dapat mengikut peredaran masa.

      Pak Sheikh pergi belajar middle east pakai kitab zaman dulu. Tak update2. Balik je paksa kita ikut. Tak payah layan. Fikir sendiri je.

      Kerajaan othmaniah dulu dah hapuskan mulsim and non-muslim categorization to citizen category. Kita pun kena update la. Tak payah ikut “ulamak’ outdated ni. Fikir sendiri la.

      At one time, Mekah/Madinah is the only region in the othmaniah empire allowed to practice slavery. Bila kerajaan othmaniah ban slavery orang Mekah mengamuk kata tak “Islamic”, nak memberontak dan sebagainya. What the hell is this? It seems silly now kan.

      Till today mentality zaman dulu ni masih ada hence slavery in north africa, in Saudi etc. apa susah, beli budak2 all over the world, have some sheikh declare them as slaves and then rape all you want …. Buat malu Islam je. It is still happening in some deserts in Saudi etc.

      Bottomline, do not listen to Islamist or Evangelist for that matter.

      Setuju, MCA has to play grown-ups, jangan ikut rentak DAP. Do not touch on religion or keistimewaan orang melayu at all. There are still idiots around yang akan react.

      Target cina sederhana, dapat 30% support je dulu.

      and also whack UMNO all you want, orang melayu tak kisah sebenarnya. In fact, akan menyokong dalam senyap. Trust me on this.

  3. I will write something in that blog and will inform you the progress….

    :) sarah

  4. Dear MCA

    You can start with having control of the Star and all the products under that group.

    Then take control of KTAR and UTAR.

    You pay their salary. You should be able to take control of your staff. How can we take you seriously if you cannot control people under your payroll?

    Then take charge of your members.

    Today you definitely cannot exercise editorial control on the Star.

    Seriously UTAR and KTAR are incubators of MCA haters. Take control of your lecturers, then only can MCA take control of the students.

    Stop giving scholarships to MCA haters. If you cannot control how your money is used, how can [you] be any use to the rest of us?

    1. CSL cares not for the printing press for he is busy making youtube videos. Why worries over nama buruk BN spread by theStar when you have UMNO coolies working ever hard fighting it. Tak percaya cer tanya Ah Jib Gor…how dare they say he was Bugis!

  5. Tanya sama CSL, kalau bini dia main kayu tiga dengan jantan lain dia nak biarkan saja? Sanggup jadi dayus sebab bini dia banyak duit? Mana maruah?

    1. Melayu mungkin kisah Cina tak kisah. So let it go, man.

      Anwar depan belakang diorang boleh sanjung, nak cakap apa.

      1. I’m thinking that Rabbit cakap berlapik. Kias at MCA’s tolerance of Si Gunting main kayu tiga and not at CSL’s personal life.

  6. Satu lagi sindawara MCA, bukan cuba menutup kelemahan tetapi cuba menyembunyi ketidak iklasan dalam perjuangan mereka selama ini.

    Kaum Cina bijak dalam menentukan halatuju mereka, dan apa yang mereka mahukan, mereka tidak perlu pandangan orang lain, jauhsekali dari kaum lain.

    PRU 13 menjelaskan apa yang mereka mahu, cuma tidak kesampaian, sebaliknya jika mereka mengutamakan kenegaraan (bukan kaum) mereka pon sedia maklom langkah-langkah yang perlu diambil.

    Parti Gerakan telah bersindawara dengan mengatakan 1 BN mungkin lebih membawa kebaikan, sekarang MCA pula bersindawara meminta pandangan memulihkan parti.

    Adakah MCA dan Gerakan beranggapan rakyat Malaysia yang lain terlalu bodoh atau buta dengan permainan sindawara mereka.

    1. Kita kena bersangka baik. Ni budaya kita.

      Kena berhati-hati tapi kena bersangka baik. Nabi ajar :))

  7. How can MCA do better than DAP? That is the answer.

    There is no longer moderate way accepted by Cina DAP only the other extreme i.e. they want power over the Malays. I don’t think any Cina DAP wants anything less than that, which MCA can’t give.

    The ball now is on UMNO’s court. Najib has tried the moderate and modest way and that is still not enough for Cina DAP. Nothing much can be done now. Just focus on all BN areas and strengthen the Malays and Indians’ support since there is no other way. Takkan lah masih nak terhegeh-hegeh lagi pada Cina DAP kat Malaysia ni.

    Percaturan MCA dan Gerakan pada PRU13 bersekongkol dengan DAP secara sembunyi (allegedly) dan percaya UMNO akan tewas telah tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Sekarang ini MCA menjerit lolong ke sana sini cuba mencari jawapan dan jalan penyelesaian dilihat hanya sebagai “damage control” strategi, Orang-orang Melayu yang peka tidak lagi percaya kepada MCA. Sokongan mereka kepada MCA hanya atas dasar untuk memenangkan BN mulai saat ini, tidak lebih dari itu.

    PRU14 nanti, UMNO patut letak calon Melayu dikawasan majoriti Cina, kalah pun puas hati, sebab kita telah pasti apa yang tersirat dihati sanuburi kaum Cina DAP.

    MCA kalau betul-betul jujur dan ikhlas, revamp the Star inside out. Itu langkah pertama kalau berani dan ada telor la…then we can talk.

    “MCA minta maklum balas bagi usaha baikpulih” = Ibarat masuk gerai jual nasi ayam dan tanya nasi lemak ada tak?

  8. Dear MCA,

    Please whack UMNO leadership left, right and center. Kita tak nak tengok menteri kaya dah – itu sahaja. Tapi janganlah whack benda2 berkaitan dengan perlembagaan. Yang tu bagi DAP buat.

    Jangan tiru DAP dalam memperjuangkan agenda cina. Dong Zong etc, buang masa je.

    BN nak 30% sokongan cina sahaja, cukup. Fokus dapatkan undi cina sederhana.

  9. MCA minta maklum balas?
    bagus bunyinya tetapi ibarat melepas batuk ditangga itupun di rumah yang sudah siap dan itupun kerana pahat masih berbunyi di sana-sini.
    pada saya MCA dan zamannya sudah berkubur. Begitu juga Gerakan.
    Saya tidak fikir usaha ‘saki-baki’ MCA ini telus sebab kesungguhannya nyata tak nampak.
    saya fikir orang cina yang 90% beri undi kepada DAP akan kekal bersama DAP.
    sekarang ini baki 10% sahaja yang perlu fikir apa nak buat. baki 10% ini seharusnya ‘declare’ keluar MCA dan keluar Gerakan.
    mereka boleh tubuhkan parti baru….
    parti baru dengan imej baru, gagasan baru dan diterajui hanya oleh muka baru…SYA mungkin boleh mulakan sesuatu….

  10. http://sarahtdssbn.blogspot.com/2013/06/penjenamaan-semula-mca.html

    What i e-mail mca.

    Perlu pihak tuan ingat bahawa sebarang pembaharuan bukanlah perkara yang mudah tetapi ia amat diperlukan oleh MCA. Perkara pokok yang perlu pihak MCA ingati ialah, pembaharuan atau penjenamaan ini adalah untuk memastikan parti MCA relevan dengan keadaan sekarang. Saya tidak katakan semasa kerana buat masa ini parti tuan benar-benar telah ditolak terus oleh hampir 90% orang Cina.

    Berikut adalah perkara-perkara yang perlu pihak tuan lakukan sebagai tindakan asas (basic)

    1.Wujutkan satu badan penjenamaan semula sementara yang dipengerusikan oleh bukan ahli MCA dan bukan dari bangsa Cina. Cadangan saya Tun M atau Tuanku Aziz atau Kamalanathan atau Shahril Samad. Mereka saya rasa lebih layak kerana mereka boleh melihat MCA dari kaca mata luar. Adalah mudah untuk orang luar melihat setiap kelemahan kita berbanding orang dalam.

    2.Daftar semula keahlian MCA. Ini bermakna setiap ahli yang perlu didaftarkan semula. Ini bagi menjamin ahli-ahli yang benar-benar berminat akan mendaftar. Pada pendapat saya, selepas PRU#13, ahli MCA yang mendaftar semula akan berkurangan. Dengan cara ini, MCA akan dapat menilai jumlah ahli yang sebenarnya selepas PRU#13. Disamping itu juga, cara ini membolehkan pihak MCA mendapat maklumat terkini ahli. Segala-gala maklumat ini penting dalam pejenamaan semula MCA.

    3.Semua ahli jawatankuasa yang ada sekarang perlulah bersedia untuk mengisytiharkan harta mereka kepada umum. Ini sangat penting. MCA perlu menukar imej sama sekali. Tidak boleh ada lagi sedikit pun kotoran samada benar atau rekaan yang boleh dikaitkan dengan MCA selepas ini.

    4.Tutup semua Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) MCA ditempat/lokasi yang MCA kalah. Pasti MCA mempunyai data mengikut pusat pengundian dimanakah MCA mendapat sokongan. Pusat Khidmat Masyarakat di kawasan pengundian itu perlu diteruskan tetapi dipusat pengundian yang kalah, tutup sahaja. Jangan lagi MCA membuat kerja yang sepatutnya dilakukan oleh orang lain. Jika masyarakat dikawasan yang tiada PKM, MCA memerlukan bantuan, mereka harus pergi ke kawasan yang mempunyai PKM. Ini akan membuatkan MCA akan lebih dihargai. Selama ini MCA melakukan banyak perkara sehinggakan ada yang mengambil mudah kehadiran MCA. Mulai sekarang, bertegaslah. Berkhidmat kepada yang memerlukan dan yang menyokong MCA.

    5.Biasiswa dan bantuan perlulah diletakkan syarat hanya pada ahli MCA atau BN sahaja. Kecuali dalam kes-kes bantuan istimewa, syarat itu perlu diwajibkan kepada yang memohon bantuan. Jangan lagi memberi bantuan kewangan tanpa syarat di atas.

    6.Wujudkan blog dan FB page baru untuk MCA. Letakkan satu jabatan yang menguruskan media alternatif ini. Serasa saya, MCA mampu menggajikan pekerja sepenuh masa untuk jabatan ini. Tugas jabatan ini adalah untuk memasukkan segala maklumat untuk disampaikan kepada ahli-ahli MCA. Kaitkan blog dan FB. Setiap hari poskan sekurang-kurangnya tiga perkara yang telah dilakukan oleh MCA seluruh negara. Dengan cara ini, MCA tidak lagi dianggap tidak relevan. Ingat, Imej adalah segala-galanya untuk MCA pada masa ini.

    7.Dengan info keahlian baru, MCA boleh menawarkan perkhidmatan ekslusif hanya untuk ahli-ahli MCA sahaja. Beri perhatian khusus kepada ahli MCA yang benar-benar memerlukan MCA. Mungkin MCA akan dikatakan kejam kerana memilih bulu, tetapi buat masa ini MCA perlu servival. Ini bermakna, ahli-ahli yang benar-benar ikhlas dan jujur harus diberi perhatian. mereka inilah yang mca perlu jaga. MCA menawarkan banyak kemudahan seperti biasiswa, kolej swasta, latihan kemahiran dan lain-lain. TAwarkan semua kemudahan yang ada kepada ahli-ahli Mca dahulu.

    8.Susun atur dan pertingkatkan lagi penguasaan golongan muda di MCA. Ini bermakna golongan yang berumur kurang daripada 40 tahun. Beri mereka kebebasan untuk memperjuangkan dan menghidupkan MCA disamping menjadi contoh toleransi kepada generasi muda. Link golongan muda ini dengan pemuda parti kompenen yang lain dan bersatu hati bersama pemuda komponen BN disamping berjuang menaikan imej mca sebagai parti yang prograsif dan agrasif mempertahankan negara, bangsa dan agama.

    9.MCA perlu memilih pemimpin yang fasih berbahasa malaysia, inggeris dan China (manderin, hakka dan lain-lain dialek) agar boleh menerangkan segala-gala perancangan kerajaan kepada masyarakat. Dengan kelebihan bertutur tiga bahasa dengan baik akan memberikan MCA peluang sebagai wakil orang china menghubungkan mereka dengan malay and indian.

Comments are closed.