Posted in Gunting Dalam Lipatan, Uncategorized

Akhbar arus perdana The Malay Mail adalah versi cetak kembar Malaysiakini

The Malay Mail hari ini memuatkan rencana-rencana berikut yang dipetiknya dari Malaysiakini:

  • ‘Raising police standards’ (mukasurat 4)
  • ‘MACC probes another NFC-style case’ (m.4)
  • ‘Umno Youth finds movie irksome’ (m.8) – — [tentang filem ‘The New Village’]
  • ‘PAS: We have no links to Shiite teachings’ (m.8)
  • ‘Protesters seek help to raise bail’ (m.11) — [tentang pendemo Perhimpunan Black 505]
  • ‘Anwar angry at election petition dismissals’ (m.12)
  • ‘Stop ranting about shower canteen’ (m.15) — [tentang sudut pandangan masyarakat India terhadap SK Seri Pristana]
  • ‘Don’t deprive the best of their dreams’ (m.17) — [tentang penuntut tidak ditawarkan kursus yang dipilih di IPTA]
  • ‘Weighing bone of contention’ (m.17) — [tentang kes Alvivi]

Senarai liputan berita The Malay Mail di atas jelas berkiblatkan pihak pembangkang.

Nota: Kandungan berita tempatan The Malay Mail hari ini juga dicedok daripada Bernama, The Malaysian Reserve dan FMT.

The Chinese Christian Female newspaper

Mengikut Audit Bureau of Circulations (ABC), edaran suratkhabar-suratkhabar bahasa Inggeris adalah seperti berikut (tempoh Julai-Disember 2012):

  • The Sun — 302,477 naskah sehari (percuma)
  • The Star288,916 naskah sehari
  • The New Straits Times93,321 naskah sehari

ABC tidak mencatatkan jumlah edaran The Malay Mail.

The Malay Mail telah diambil alih pengurusannya pada tahun 2012 oleh Kumpulan Redberry yang memacu suatu halatuju baru. Namun ianya ketara bahawa suratkhabar tersebut bukan lagi diterajui lelaki “Melayu”.

Sebaliknya ramai di kalangan wartawan kanan The Malay Mail – yang dikepalai Frankie D’Cruz – adalah beragama Kristian. Begitu juga geng bekas The Malaysia Insider yang baru diserap masuk ke dalam Malay Mail Online kebanyakannya pun pemberita wanita Kristian.

Taburan penduduk negara

Menjelang tahun 2020, tiga-perempat daripada penduduk Semenanjung akan menghuni di bandar. Umno dianggap sekadar sebuah parti orang kampung dan peneroka Felda.

PendudukBandar2020

Kekuatan Pakatan mengatasi kekuatan BN di Lembah Klang yang merupakan kawasan bandar.

Salah satu sebab mengapa suara Pakatan boleh berjaya disebar luas ialah hasil cengkaman propaganda pembangkang ke atas penduduk bandar menerusi pelbagai saluran multimedia yang dikuasai mereka.

Jadual bawah: Orang bandar membaca The Star manakala orang kampung membaca Utusan.

EdaranSuratkhabar

Kawasan paling padat penduduk ialah Selangor (lihat peta di bawah).

Ia adalah negara pengibar panji-panji (flagship) Pakatan di mana pengaruh BN kian hari kian luntur.

SelangorPopulation
Sumber: http://www.spad.gov.my

BN ditenggalami arus media Inggeris

Pakatan mampu menang perang persepsi kerana hampir semua media cetak (kecuali NST) beserta media dalam talian, yakni portal berbahasa Inggeris, rata-rata dikuasai mereka.

Agensi berita asing tidak pula menjadikan akhbar Melayu seperti Utusan, Harian Metro, Kosmo! atau Sinar Harian mahupun Berita Harian sebagai bahan dan sumber rujukan.

Penceritaan (naratif) kebangsaan dicorak mengikut rentak Pakatan kerana media pro-pembangkang memang gila politik 24/7.

RMK10_Eds.pdf 2013-07-29 14-18-44

Media MCA sedia berkhidmat

Pusat-pusat bandar (lihat peta ‘conurbation’ atas) merupakan enjin penjana ekonomi. Kawasan-kawasan tersebut yang sedang berkembang maju juga memperlihatkan pertambahan pesat penduduk. Kawasan-kawasan ini adalah milik Pakatan.

The J-Star yang bertapak di bandar, contohnya, banyak membawa dakyah DAP.

Ide pemikiran orang bandar yang mahukan “perubahan” pasti akan menular ke kawasan-kawasan luar bandar kelak.

The J-Star adalah pilihan popular penduduk bandar.

MCA harus dianggap tergamak mengkhianati BN kerana terus membela The J-Star si gunting dalam lipatan itu.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

18 thoughts on “Akhbar arus perdana The Malay Mail adalah versi cetak kembar Malaysiakini

  1. Ada ke orang yang beli dan baca MM lagi???? Mesti tuan punya yang baru ni banyak duit…it is like flogging a dead horse….

    Dulu, zaman dahulukala, MM ni memang gah, namun arus perkembangan tidak memihak kepadanya…..

    Mungkin benar kata orang, orang banyak duit ni adakala hilang halatuju, namun kemungkinan besar adalah agenda tersembunyi. Almaklumlah, musim hentam orang melalui penerbitan dizaman kebebasan bersuara….

    Tunggu dan lihat bila pula ianya akan dirombak supaya diberi nafas baru….kerana kalau kita jalan jalan dikaki lima, berlambak dan membukit MM ni dikiosk….

    1. Tertakluk kepada selera pembaca. Saya rasa penyokong pembangkang akan meminati The Malay Mail kerana pendekatannya mirip kepada Malaysiakini.

      Mungkin MM akan kembali gah.

      1. Ada juga kemungkinan itu berlaku Helen, namun dalam zaman serba siber ini, orang zaman sekarang lebih suka membaca melalui peranti masing-masing samada laptop, tablet dan seangkatan dengan nya.

        Lagipun kalau berita ( saya belum pun menjengok naskah alaf baru MM) diambil dari sumber sumber seperti yg dinyatakan, maka bila disiarkan keesokan nya sudah menjadi basi. Kalau diedar secara percuma pun, mungkin tak ramai yang hendak ambil.

        Tengok saja the star online, diolah dan digubah untuk selera sekarang dan saya beranggapan mereka tidak bergantung sangat pada edisi cetak untuk menarik pembaca.

        Pembaca akhbar berbahasa Inggeris diMalaysia terhad. NST untuk gulungan veteran, the star, satu ketika untuk yuppies, kini untuk pihak anti kerajaan manakala the sun untuk mereka yang tidak ada bajet untuk beli surat khabar.

        Dan dizaman kegemilangan nya,MM adalah untuk semua golongan, khasnya peminat sukan dan para pencari kerja…tak gitu Helen?? hehehehe (the 70s, the 80’s and part of the 90s)

        Anyway, kita tengok dan lihat jer lah…

      2. When I was strongly Pro-Pakatan, The Star was mysteriously appealing to me, although I know it is (or is it “it was”) BN mouthpiece. Now I know why, thanks to you.

        The Malay Mail will attract some crowd, especially those who are not keen on reading online news portal or don’t bother subscribing.

    2. Kita perlukan alternatif kepada media pro kerajaan seperti The Star, NST, Utusan, dan Berita Harian. : )

      Sekarang, kita hanya ada The Sun dan Sinar Harian.

  2. Hahaha itu Cina Beng Penang. Gila-gila pergi ke Paragon. Di Paragon ada sebuah supermarket upmarket yang namanya SAM’s Groceria. So Mat Salleh the name. So classy.

    SAM is not a Mat Salleh but Saya Anak Malaysia. SAM is MYDIN’s tapi upmarket.
    http://www.themalaysianinsider.com/business/article/mydin-to-open-two-sam-grocery-stores-this-year/

    http://www.samsgroceria.com/our-stores/stores/

    But I like the store. It is so classy, tak macam itu Sunshine yang Cina Gerakan punya. Ada jual Wagyu beef, sushi, french pastry. Walaupun Melayu tapi so classy.
    The Cina kaya semua pergi sana to be seen dengan orang putih.

    Kalau Melayu hendak maju dalam perniagaan, kenalah berinovasi. Go SAM Go!

    1. Wah demi nak kelihatan anglophile depa rela flock Sam grocer ye w/pun tiada babi dan arak dijual kat situ hehe

  3. DAP itu Cina dan Cina itu juga DAP. MCA juga Cina. Jadi apa hendak dihairankan apabila MCA selaku pemilik STAR tidak ambil pusing tentang STAR yang juga mewakili suara Cina (DAP). Perhatikan, ada bezakah matlamat DAP dan MCA? Tidak ada beza lansung kerana kedua2nya berjuang untuk ketuanan Cina. Ketuanan Cina akan lengkap apabila Cina (yang telah menguasai ekonomi Malaysia) menjadi kuasa penentu politik. Jadi apabila ditanya apa lagi Cina mahu? Jawapannya ketuanan Cina. .

    1. I’m not holding my breath right now. Unless of course they can find a way to make it whiter and cleaner tway to hold it …..duh..

      :p sarah

  4. Circulation vs Readership, apakah statistic diatas dapat memberi gambaran yg tepat?

    Dkota2 ini banyak Hotel2 taraf 5bintang dimana daily circulation adalah satu “business” contra (ikut Chinese practice), fixed arrangements antara Dapsters and geng (Towkey2 hotel pasti geng rapat). BTW my business community 98% are Chinese, never seen any one of them reading STAR… or even NST!

    The recent Chelsea/Malaysia match – dalam stadium Metro gave out free copies, keluarga saya saja kutip 8naskah (bawa balik untuk alas kotak kucing I baru beranak) – dah lewat malam tak pun sempat nak baca.

    Star pun satu… nak psycho rakyat into believing their circulation, I tak heran if they buy 300K copies each day and send direct to the “surat kabar lama” collection centres. Years ago I was told a cabbage importer dumped whole shipment of the vege into the sea to ensure control local prices???

    1. … all these while hari2 I pi 7E to get a copy of the Sun, specially for my cats…

          1. I noticed the Buletin Mutiara is just large enough to line my dustbin. The paper is of such good quality that water cannot seep into the dustbin.

            Thanks Penang for such a useful publication.

    2. Actually, this afternoon when I was in this old but busy shopping mall on jln ampang, a man was shoving Metro and one paper I didn’t notice its name, to me. Heran.

  5. As per Malay mail, I just ask you, Malay who????? But if you ask me about j-Star, i can give you how their hard copies doing right now in Seremban compare to Utusan.

    During a time when I’m still buying J-Star (before GE#13), it hard to find The Star copies around 6 pm. That inclueded in the 7-11 or petrol stations kiost unless if you go to the main distributer who received the not selling copies. Usually from small newspaper seller.

    Now I found out that the Star copies was abandon in those places. Unless if J-Star increase their distribution copies an Utusan reducing it to explain this situation or The Star buyer is reducing and Utusan is increasing right now.

    As for on-line, I don’t know how they rate it but unless you counted using IP address, the hit cannot be counting out. As per today, I open J-Star on-line nearly 5 times just for reference.

    :p sarah

  6. The Malay Mail is not read by the Malay. It is good to rebrand as CCF Mail. It will attract more Anglophile Chinese.

Comments are closed.