Posted in Evangelista Bintang Tiga

Letakkan syarat wajib bersolat jemaah maghrib jika politikus evangelis mahu berbuka puasa di masjid

Isu penggunaan surau di Sedili, Johor — Niat: Sengaja atau tidak sengaja?

Tuduhan “menghina Islam”

Yang menggunakan surau tersebut ialah satu rombongan pelancong Singapura keturunan Cina.

Mengikut banci yang diambil 2010, Singapura mempunyai 2,779,524 orang penduduk berusia 15 tahun ke atas.

Seramai 397,386 orang Singapura penduduk yang umur mereka 15 tahun ke atas, ataupun sebanyak 14.3 peratus sahaja, adalah beragama Islam.

SingaporePop
Penduduk Singapura mengikut pecahan kaum

Sebagai perbandingan, 45.3 peratus penghuni Singapura adalah penganut Buddha beserta pengikut ajaran Tao-kepercayaan agama tradisi Cina sementara 18.2 peratus penduduk adalah Kristian.

Singapura ialah sebuah negara sekular dan Islam pula agama minoriti kecil.

Orang Cina Singapura sebenarnya kurang pendedahan kepada sensitiviti kaum Islam apatah lagi sensitiviti Muslim di Malaysia sejak dua menjak ini.

Kalaupun rombongan 14 orang Cina Singapura penganut Buddha tersebut kurang peka tentang ketidak-sesuaian surau sebagai tempat meditasi, ini tidak bermakna mereka sengaja menghina Islam.

Kita sendiri tidak terdedah kepada apanya sensitiviti penganut Buddha, katakan di negeri jiran Thailand, dan Ibrahim Ali juga tidak mengetahui pantang larang masyarakat Cina terhadap sampul surat warna putih.

These worshippers at Singapore's City Harvest Church
Pemujaan evangelis di Gereja City Harvest Singapura

Surau secara kebetulan dan bukan pemilihan

Bekas mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin berkata sesuatu tempat itu tidak boleh dianggap sebagai surau untuk orang ramai jika ia dimiliki secara persendirian dan seterusnya apabila ianya milik persendirian, maka pemilik mempunyai hak untuk membenarkan sesiapa sahaja untuk membuat apa-apa aktiviti. (Lihat laporan Astro Awani semalam.)

Rombongan penganut Buddha Singapura itu bukannya memohon supaya dibenarkan untuk “menjadikan surau itu tokong” sepertimana didakwa oleh sesetengah blogger Melayu.

Mereka pada asalnya telah meminta untuk menyewa dewan. Namun dewan telah ditempah sebelum itu untuk kegiatan Kristian, mengikut laporan The Unspinners bertajuk ‘Tak perlu perbesarkan insiden surau Kota Tinggi’.

Sekiranya mereka dibiarkan menggunakan dewan atau bilik mesyuarat, pasti tidak akan timbul apa-apa kemusykilan.

Pokok pangkalnya, ia tidak terlintas pun di kepala kumpulan penganut Buddha itu untuk menggunakan surau. Dengan tanpa apa-apa perancangan terdahulu (niat) menggunakan surau, maka tuduhan niat atau motif jahat menghina Islam adalah tersasar.

chidlrenMeditate

Adakah meditasi satu bentuk upacara agama?

Ambil misal kata senaman yoga. Ianya kegiatan jasmani dan bukan upacara agama Hindu. Meskipun begitu, ada di antara gerakan-gerakan yoga yang mempunyai unsur pemujaan matahari (sun worship).

Satu lagi contoh ialah wayang kulit. Pertunjukan wayang kulit bukan upacara agama Hindu. Namun demikian, ada terkandung ciri-ciri jampi dalam babak pembukaan panggung. Begitu juga dalam bibit ‘Menghadap Rebab’ tatkala persembahan makyong.

Bagi penganut Buddha, imajan Siddhartha Gautama bukannya untuk memenuhi fungsi sebagai patung Buddha untuk dipuja atau disembah seolah-olah Buddha itu seorang dewa.

Dalam kes penggunaan surau di Sedili, ada kemungkinan gambar di tengah ruang solat itu diletakkan dengan tujuan untuk memberi tumpuan (yakni dijadikan fokus minda) demi membantu penganut menjalankan meditasi.

Yang penting untuk orang Islam faham, kumpulan penganut Buddha tersebut menjalankan “MEDITASI” dan bukannya upacara menyembah dewa. Kalau untuk mendirikan solat, sudah tentu ia akan disebut “sembahyang”. Ini tidak. Disebut “meditasi”.

HannahMasjid

Turun naik masjid

Berlainan pula politikus evangelista. Sudah berkali-kali mereka dilarang MAIS dan JAIS daripada memperkudakan tempat ibadah bagi tujuan politik mereka.

Sultan Selangor pun murka.

Akan tetapi para politikus Kristian Pakatan ini masih bertekad mengingkari titah sultan serta tidak mengendahkan larangan yang dikeluarkan badan-badan agama.

Gambar-gambar evangelis masuk keluar masjid dan surau, di SINI.

hannahmosque3

MAIJ mengambil tindakan tegas dan cepat. Begitu juga polis Johor.

Di Selangor, keadaannya berbeza kerana negeri diperintah Pakatan serta PAS sanggup menggadai Islam.

Orang Islam Johor mengamok dengan pelancong asing yang kegiatan mereka tidak kena pada tempatnya.

Orang Islam Selangor lebih suka pejamkan mata kepada karenah si evangelis di surau dan masjid yang mahu mengebas kalimah Allah, cuba memurtadkan orang Melayu serta menukar bentuk puasa Ramadan.

Yang bermasalah adalah ahli-ahli jawatankuasa masjid dan surau orang PAS Selangor. Gajah di depan mata tetapi dilenting mereka kuman di seberang laut.

 2013/08/16 at 4:54 pm
Komen @ 2013/08/16 at 4:54 pm

Author:

I have no Faceook or Twitter.

31 thoughts on “Letakkan syarat wajib bersolat jemaah maghrib jika politikus evangelis mahu berbuka puasa di masjid

  1. Sebenarnya tidak perlu untuk beliau memohon maaf di atas perkara ini. Saya melihat seorang Muslim yang amat berhati baik dan membuat satu pahala dengan membenarkan penganut selain dari penganut Islam untuk menggunakan surau tersebut. Beliau telah memberikan satu teladan bahawa Islkam adalah satu agama yang amat bertoleransi.

    Tetapi malangnya sesetengah pihak agama yang ektrim telah memutar belit perkara ini. Mereka telah memberikan satu imej yang cuba menakutkan para buakan Islam bahawa Islam adalah satu agama yang ektrim dan ganas. Segala bentuk yang tidak disetujui oleh pihak tersebut harus dihukum dengan undang-undang. Inilah yang menjadikan Islam satu agama yang menakutkan pada para bukan Islam.

    Paka penganut kristian telah lama membenarkan penganut Islam untuk sembayang di dalam gereja. Malah sesetengah gereja telah dijadi masjid tanpa pengubahsuaian yang banyak.

    1. Re. “Bekas mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin berkata sesuatu tempat itu tidak boleh dianggap sebagai surau untuk orang ramai jika ia dimiliki secara persendirian dan seterusnya apabila ianya milik persendirian, maka pemilik mempunyai hak untuk membenarkan sesiapa sahaja untuk membuat apa-apa aktiviti”

      Menurut lapuran penduduk setempat, bangunan itu didirikan atas kelulusan sebagai sebuah surau. Jadi ianya tetap sebuah surau walaupun ianya harta persendirian. Mungkin Dr Mohd Asri tidak membaca atau meneliti cerita sebenar disebalik kewujudan surau itu. Saya ada terbaca yang pegawai daerah disitu juga kesal dengan kejadian itu kerana beliau sendiri adalah orang yang beria-ia membantu dan menyokong untuk pembinaan surau tersebut.

      CJB

      Re . “Saya melihat seorang Muslim yang amat berhati baik dan membuat satu pahala dengan membenarkan penganut selain dari penganut Islam untuk menggunakan surau tersebut.”

      Nampaknya kamu lebih mahir tentang dosa dan pahala orang Islam dari para alim ulama dari kalangan Islam sendiri ya? Fyi, sesuatu yang jelas dalam rakaman meditasi kumpulan tersebut terdapat unsur “chanting” yang didefinisikan seperti berikut:

      chanting present participle of chant (Verb)

      1. Say or shout repeatedly in a sing-song tone.
      2. Sing or intone (a psalm, canticle, or sacred text).

      Dari pengamatan saya, kedengaran bunyi “chanting” dalam video tersebut seperti bunyi pemujaan dalam agama Buddha. Jadi walau apa pun intrepretasi tentang aktiviti kumpulan tersebut, masih ada unsur-unsur keagamaan. Ini adalah dilarang sama sekali dalam Islam.

      1. Surau itu telah tercemar dengan gambar berhala dan juga pemujaan yang berlaku. Meditasi dengan mantra chanting tetap mencemarkan surau tersebut. Jadi semua pihak perlu akur dan menghormati authoriti Islam untuk melakukan apa yang difikirkan terbaik.

        Orang Islam pun rata-rata akur dengan keputusan yang telah diambil. Sultan Johor sendiri telah bertitiah, diatas kapasiti baginda sebagai ketua agama Islam Johor, jadi pihak-pihak lain, terutamanya bukan Islam tidak perlulah berpolemik lagi tentang perkara ini, kerana dikhuatirkan akan membawa seribu satu salah faham.

        Tidak perlulah mana-mana pihak menegakkan benang yang basah!

        1. re: “Sultan Johor sendiri telah bertitah”

          Maka titah baginda sultan akan diakuri.

          re: “authoriti Islam untuk melakukan apa yang difikirkan terbaik”

          Itu di Johor.

          Pelik bin hairan apa yang sedang dibuat oleh pihak penguatkuasa agama di Selangor dan sama ada jabatan-jabatan agama negeri berfikir bahawa masjid dan surau di Selangor tidaklah dicemari kegiatan-kegiatan politik sungguhpun Sultan juga sudah bertitah.

          1. Saya pun hairan, kalau wanita muslim yang sedang ‘cuti’ pun akan elak masuk Rumah ALLAH, bagaimana pula dengan evangelis-evangelis yang telah Helen, perincikan dengan gambar2 sekali.

            Saya pun pening bin hairan akan hal ini!

        1. Batu hitam apa saudara? Batu gantung ka batu apa? Boleh terangkan dengan lebih lanjut? Supaya kami yang kurang pandai ni dapat jadi pandai macam saudara?

        2. Dear Kepalangantuk. Tank you for asking. Please find the following for your information.

          Introduction: What is the Ka’aba?:

          The Ka’aba (literally “the cube” in Arabic) is an ancient stone structure that was built and re-built by prophets as a house of monotheistic worship. It is located inside the Grand Mosque in Makkah, Saudi Arabia. The Ka’aba is considered the center of the Muslim world, and is a unifying focal point for Islamic worship.

          The Ka’aba is a semi-cubic building that stands about 15 meters high and 10-12 meters wide. It is an ancient, simple structure made of granite. In the SE corner, a black meteorite (the “Black Stone”) is embedded in a silver frame. Stairs on the north side lead to a door which allows entry to the interior, which is hollow and empty. The Ka’aba is covered with a kiswah, a black silk cloth which is embroidered in gold with verses from the Qur’an. The kiswah is re-done and replaced once a year.

          History:
          According to the Quran, the Ka’aba was built by the prophet Abraham and his son Ishmael as a house of monotheistic worhip. However, by the time of Muhammad, the Ka’aba had been taken over by pagan Arabs to house their numerous tribal gods. In 630 A.D., Muhammad and his followers took over leadership of Mecca after years of persecution. Muhammad destroyed the idols inside the Ka’aba and re-dedicated it as a house of monotheistic worship.

          Role in Muslim Worship:

          It should be noted that Muslims do not worship the Ka’aba and its environs. Rather, it serves as a focal and unifying point among the Muslim people. During daily prayers, Muslims face toward the Ka’aba from wherever they are in the world (this is known as “facing the qiblah”). During the annual pilgrimage (“Hajj”), Muslims walk around around the Ka’aba in a counter-clockwise direction (a ritual known as “tawaf”).

          http://islam.about.com/od/mecca/p/kaaba.htm

          1. funny, it was the same thing said by my buddhist friends about the image/statue of buddha. how it’s a focal point for meditation and not worship. buddha is not god or a prophet, merely a human teacher and it is up to you to follow his ways,… or not. sounds cool. suppose there are common grounds in all religion.

            maybe kak helen boleh tolong suluhkan?

    2. Re. “Paka penganut kristian telah lama membenarkan penganut Islam untuk sembayang di dalam gereja. Malah sesetengah gereja telah dijadi masjid tanpa pengubahsuaian yang banyak.”

      Di Malaysia ni belum ada lagi orang Islam yang sembahyang dalam gereja dan gereja ditukar jadi masjid. Orang Islam di Malaysia adalah dalam golongan Ahli Sunah Wal jamaah (suni) jadi fahaman kami berbeza dari golongan syiah contohnya. Jangan pandai-pandai nak samakan orang-orang Islam di Malaysia ini dengan sesetengah golongan Islam diluar sana e.g. di Amerika Syarikat dulu pernah kecoh seorang wanita yang menjadi imam untuk solat Jumaat yang mana ia bertentangan dengan ajaran Islam.

      1. Yang menariknya, cjb dah berlagak mufti, boleh keluarkan fatwa sendiri dan cuba nak memperbetulkan akidah orang Islam! HEBAT!!!

        1. cjb “berlagak mufti, boleh keluarkan fatwa sendiri dan cuba nak memperbetulkan akidah orang Islam!” adalah sehebat pemimpin evangelista dan para pengikut mereka yang menampakkan diri lagi Islam, lagi rajin mengenakan tudung, lagi kuat berpuasa, lagi arif memetik ayat dan hadith daripada orang Melayu yang lahir Islam.

          Itulah, kalian membiarkan saja PAS terus mendodoi dan membelai evangelista DAP.

            1. re: “Saya rejects PAS.”

              Not good enough.

              To recall brother Shamshul Anuar’s complaint, MCA does not and refuses to confront the DAP. Worse than that, it even permits the media empire that it owns to promote the DAP evangelistas.

              Those who do not want to see Allah disyirikkan must be proactive against PAS’s flip-flop tunduk kepada DAP dalam perkara-perkara agama.

              e.g. We know Ong Kian Ming and his fellow evangelista’s stand on the use of kalimah Allah. Yet OKM is still being invited by PAS to grace events in the masjid and surau.

              1. Sebab itulah Helen, suara moderasi perlu juga hadir daripada kalangan bukan Islam, supaya apa yang dibuat PAS dan DAP dan PKR dapat ditelanjangkan dengan lebih jelas!!!

                Masalahnya kebanyakkan suara daripada Bukan Islam rata-rata suara yang menyokong PR. Ini akan menghalalkan apa saja yang dibuat oleh golongan extremis ini yang jika mengikut perancangan mereka, kita akan jadi Arab Spring ala Syria dan Mesir!

                http://islam1st.org/2012/07/surah-al-khafi-dan-jalan-pintas-ke.html

                1. re: “suara moderasi perlu juga hadir daripada kalangan bukan Islam”, “Masalahnya kebanyakkan suara daripada Bukan Islam rata-rata suara yang menyokong PR”

                  All the more reason I – as the suara moderasi daripada kalangan bukan Islam, dan sebagai seorang bukan penyokong PR – do not need the friendly fire from you guys in my own blog. There are enough Dapsters and evangelistas shooting at me without you folks adding to the firepower.

                  re: “apa yang dibuat PAS dan DAP dan PKR dapat ditelanjangkan dengan lebih jelas!!!”

                  Which I’m doing a darn good job of!!! Has it sunk into you people how RARE I am?!

                  Yet you people dunno how to weigh, balance and prioritize and are still adamant on tripping me up just like what the Dapsters and evangelistas are always attempting to do.

                  There is no need TO ATTACK ME. It is sheer stupidity for the Malays who support BN to keep on attacking and questioning me.

                  Bila nanti saya putuskan untuk mengundur, lu orang pegi lah cari ganti penulis lain bukan penyokong PR yang mampu menjadi suara moderasi serta boleh menelanjangkan apa yang dibuat PAS dan DAP dan PKR dan lebih-lebih lagi memblog dalam bahasa Melayu.

                  1. We surely need more of you.

                    The friendly fire mostly comes from pelawat sekali sekala, anon, cybertroopers berlakon melayu etc.

                    Although in general I very much agreed on the things you said. It is just that at times we differ in how we see things.

                    The Seri Pristina episode, in principal I very much shared your sentiments. But how we choose to debate the whole thing, the angle etc, certainly different.

                    The Hindraf issue we have to agree that we don’t see eye to eye on it.

                    Having said all this, I very much empathy with your predicaments. But being misunderstood is part of the whole process Helen. I think you are tebal and tabah enough for it.

                    ‘Bila nanti saya putuskan untuk mengundur, lu orang pegi lah cari ganti penulis lain..’

                    Jangan merajuk dulu Helen. But it is your prerogative and it is beyond our control really. But until then we will be loyally trolling your blog while it lasts. I think what you did will benefit us all in the long run. Maybe it is not for us but for our youngs most definitely!

                    That is in part, thanks to you. Tun M pun orang masih kata macam-macam. Bukan senang nak jadi statesmen (or women) la Helen.

                    Kan?

                  2. “Which I’m doing a darn good job of!!! Has it sunk into you people how RARE I am?!

                    Yet you people dunno how to weigh, balance and prioritize and are still adamant on tripping me up just like what the Dapsters and evangelistas are always attempting to do.
                    There is no need TO ATTACK ME. It is sheer stupidity for the Malays who support BN to keep on attacking and questioning me.
                    Bila nanti saya putuskan untuk mengundur, lu orang pegi lah cari ganti penulis lain bukan penyokong PR yang mampu menjadi suara moderasi serta boleh menelanjangkan apa yang dibuat PAS dan DAP dan PKR dan lebih-lebih lagi memblog dalam bahasa Melayu.”

                    The narcissism and self-righteousness is strong with this one.

                    If I were a Barisan Nasional supporter, you are not considered irreplaceable. There are alternatives such as Ridhuan Tee and Shen Yee Aun. Stop The Lies is also a suitable alternative, they do a better job in whipping up anti-opposition propaganda. This probably explains why you are attacking them, they are competitors to your “market share”.

          1. Re. : Itulah, kalian membiarkan saja PAS terus mendodoi dan membelai evangelista DAP.

            Sangatlah benar apa yang dikatakan Helen. Sebab tu di Johor Sultan dan Menteri Besarnya tegas dan tak beri muka pada Melayu Islam Singapura yang “terkhilaf ” dalam isu surau tersebut yang mana dia telah diambil tindakkan dan surau tetap akan dirobohkan. Cuma di peringkat Federal yang LEMAU.

  2. Cib,

    Sampai mcm ni kamu nak bertoleransi, apa kamu dah mabok ke?

    Di Malaysia rumah ibadat Cina, Hindu dan Christian tumbuh macam cendawan. Kita orang Melayu & Islam dah banyak bertoleransi,
    1. orang cina letak tokong tepi jalan kita tutup mata.
    2. orang Hindu letak tokong atas tanah orang dari kecil sampai besar tokong tu. Berapa banyak tokong atau rumah ibadat hindu yang diregisteredkan, ada orang Melayu kisah.
    3. Di Georgetown, Jalan Macalister rumah kedai convert to church or every 200 meter to 300 meter you could see churches, are we Malay care? NO –

    Jadi – you respect your religion and I respect my religion!

    Masjid atau Surau ada rumah Allah, adalah tangungjawab orang Islam untuk kita take care kesucian Masjid atau Surau .

    Apa itu kesucian dalam Islam dan macam mana kita menjaga kesucian didalam rumah allah (Masjid atau Surau)

    1. Rumah Allah itu kena bersih, bersih dari segi luaran dan dalam.
    2. Masjid atau Surau tak boleh ada patung2 untuk disembah. Ini telah menduakan Allah.
    3. Masjid atau Surau – ada tempat kita mendalamkan ajaran Allah, disini kitab Allah diletak ditempat yang bersih.

    Adab-adab ketika ke masjid dan semasa di masjid
    DALIL-DALIL DARI ALQURAN DAN ALHADIS:

    1. Membersihkan mulutnya dari bau yang tidak enak ketika hendak mendatangi masjid .

    Disebutkan di dalam Shahih Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdillah, dari Nabi Shalallahu ‘alahi wa sallam beliau bersabda:

    مَنْ أَكَلَ الْبَصَلَ وَالثُّومَ وَالْكُرَّاثَ فَلَا يَقْرَبَنَّ مَسْجِدَنَا فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ تَتَأَذَّى مِمَّا يَتَأَذَّى مِنْهُ بَنُو آدَمَ
    ” Siapa yang makan bawang merah, bawang putih atau bawang bakung (jengkol, petai dan selainnya), maka sungguh janganlah dia mendekat masjid kami, karena malaikat terganggu dengan apa manusia terganggu dengannya”.

    2. Membaca sholawat atas nabi dan berdoa ketika hendak masuk ketika telah sampai pada pintunya.

    Disebutkan dalam Sunan Abu Dawud dan dishahihkan Al Imam Ibnu Hibban dari sahabat Abu Humaid atau Abu Usaid Al Anshory, berkata: Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam bersabda :

    Jika seseorang dari kamu masuk masjid, maka hendaklah dia membaca sholawat atas nabinya, kemudian hendaknya dia berkata :

    اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
    “Ya Allah ya Tuhan kami, bukalah pintu-pintu rahmat-Mu untukku ” .

    Kemudian ketika keluar membaca :
    اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ
    “Ya Allah ya Tuhan kami , sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dari keutamaan -Mu“.

    Atau membaca doa-doa yang terdapat di dalam hadits-hadits shahih yang lainnya .

    3. Ketika masuk mendahulukan kaki kanan, kerana bagian kanan itu untuk sesuatu yang mulia , sedangkan ketika keluar melangkahkan kaki kiri, dalam rangka memuliakan yang kanan.

    Al Imam Bukhari dan Muslim telah mengeluarkan di dalam ” Shahih Keduanya ” , dari Aisyah rodhiyallahu anha, dia berkata :
    كَانَ النَّبِيُّ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ
    “Bahwasanya Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam suka mendahulukan bagian yang kanan ketika memakai sandal, bersisir, bersuci dan dalam semua urusannya (yang mulia) ” .

    4. Menunaikan hak masjid yaitu melakukan sholat dua rakaat sebelum duduk (sholat tahiyatul masjid) bila mana pun seseorang masuk dan walaupun sudah terlanjur duduk sebelum sholat.

    Disebutkan di dalam Shahih Bukhari dan Muslim dari sahabat Abu Qatadah bin Rib’i Al-Anshory, dia berkata: Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam bersabda :

    إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلَا يَجْلِسْ حَتَّى يُصَلِّيَ رَكْعَتَيْنِ
    “Jika seseorang dari kamu masuk masjid maka janganlah dia duduk (di dalamnya) sehingga dia melakukan sholat dua rakaat “.

    Al Imam Ibnu Hibban telah meriwayatkannya di dalam “Shahihnya” dari sahabat Abu Dzar bahwa dirinya telah masuk masjid (dan dia duduk sebelum sholat), maka Nabi Shalallahu ‘alahi wa sallam berkata kepadanya :’Apakah kamu telah melakukan sholat dua rakaat ?’, dia berkata : belum , maka beliau katakan :‘berdirilah kamu dan sholatlah dua rakaat ‘” .

    5. Tidak mengumumkan barang yang hilang di dalamnya .

    Al-Imam Ahmad, Muslim dan selain dari keduanya telah meriwayatkan hadits dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu.
    مَنْ سَمِعَ رَجُلًا يَنْشُدُ ضَالَّةً فِي الْمَسْجِدِ فَلْيَقُلْ لَا رَدَّهَا اللَّهُ عَلَيْكَ فَإِنَّ الْمَسَاجِدَ لَمْ تُبْنَ لِهَذَا
    “Barang Siapa yang mendengar seseorang sedang mencari barang yang hilang di dalam masjid , maka hendaklah dia berkata : Semoga Allah tidak mengembalikannya kepadamu, sesungguhnya masjid-masjid itu tidaklah dibangun untuk demikian ini ” .

    6. Tidak melakukan jual beli di dalamnya .

    Disebutkan di dalam hadits yang telah diriwayatkan Al Imam Tirmidzi, Nasai dan selain keduanya, juga dishahihkan oleh Al Imam Ibnu Khuzaimah dan Hakim dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, sesungguhnya Nabi Shalallahu ‘alahi wa sallam bersabda :

    إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أَوْ يَبْتَاعُ فِي الْمَسْجِدِ فَقُولُوا لَا أَرْبَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ …الحديث.
    “Jika kalian melihat seseorang menjual atau membeli sesuatu di dalam masjid, maka katakanlah Semoga Allah tidak memberikan keuntungan pada perdaganganmu… ” .

    Jual beli secara syar’i adalah tukar menukar barang dengan suka rela di atas sisi yang disyariatkan, maka jual beli itu ada empat macam:

    Barang dijual (ditukar) dengan barang .
    Barang dijual dengan matawang .
    Matawang dijual dengan matawang (tukar menukarwang) baik yang sejenis seperti ringgit dengan ringgit atau yang tidak sejenis seperti ringgit dengan dolar.
    Manafaat dengan harta ( jual jasa) .

    Nota:
    Segala sesuatu yang tergolong dalam makna jual beli secara syar’i dan dilakukan di dalam masjid maka dia telah melakukan pelanggaran di dalamnya sehingga berhak didoakan kerugian sebagaimana yang ditunjukkan di dalam hadits ini , dan sebagian ulama memakruhkan memberikan pelajaran untuk anak-anak (juga dewasa) di dalam masjid yang ditetapkan upah di dalamnya karena tergolong dalam jual beli kecuali yang dibolehkan oleh syarak seperti yang difahamkan oleh riwayat berhubung kisah bayaran wang jualan unta yang didoakan oleh Nabi kepada sahabat yang menjualkannya kepada Nabi SAW yang ketika itu Nabi SAW sedang solat dengan para sahabah iaitu ketika itu berada dalam masjid.

    7. Tidak melakukan pekerjaan yang manfaatnya kembali kepada pribadi seseorang, sedangkan jika manfaatnya kembali kepada keumuman agama kaum muslimin seperti berlatih menggunakan pedang, mempersiapkan alat-alat perang untuk berjihad dan yang lainnya yang tidak mengandung makna penghinaan bagi masjid, maka tidak mengapa .

    Di dalam “Shahih Bukhari dan Muslim” dari Aisyah rodhiyallahu anha , dia berkata :

    “Sungguh aku melihat Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam pada suatu hari di pintu kamarku, sedangkan kaum muslimin Habasyah sedang bermain-main tombak (berlatih menggunakannya) di dalam masjid , sementara Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam menutupi aku dengan pakaiannya , maka aku melihat permainan mereka”.
    Di dalam salah satu lafadznya Umar masuk lalu merendahkan badannya untuk mengambil kerikil, maka kerikil itu dilemparkannya kepada mereka, kemudian beliau Shalallahu ‘alahi wa sallam berkata : “Biarkan wahai Umar ” .

    8. Tidak mengeraskan suara ketika berbicara:

    Di dalam ” Shahih Bukhari ” dari sahabat Sa’ib bin Yazid radhiyallahu ‘anhu , dia berkata : Aku pernah berdiri di dalam masjid , maka ada seseorang yang telah melempar kerikil kepadaku, lalu aku perhatikan orangnya ternyata dia adalah Umar bin Khathab, maka dia berkata: “datangilah dua orang itu kemudian bawalah mereka kepadaku”, lalu aku mendatanginya dengan dua orang itu , dan dia berkata: “Siapa kalian ini atau dari mana kalian berdua ini ?”, maka keduanya berkata :dari Thaif, lalu Dia (Umar) berkata : “Kalau kalian berdua dari penduduk negeri (Madinah) ini tentu aku cambuk kalian, karena kalian telah mengeraskan suara di masjid Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam” .

    Sebagian ulama membolehkan mengeraskan suara dalam pembicaraan ilmu (agama) dan selainnya yang diperlukan kaum muslimin karena ia adalah tempat berkumpulnya mereka yang terkadang harus melakukannya .

    9. Tidak membaca syair-syair yang mengandung makna syirik dan mungkar, sedangkan jika mengandung makna yang benar seperti makna tauhid dan ketaatan tidaklah terlarang selama tidak menjadikan orang lain yang ada di masjid tersibukkan dengannya dari ibadahnya.

    Terdapat di dalam “Shahih Bukhari dan Muslim”, dari sahabat Abu Hurairah bahwasanya Umar berjalan melewati Hasan bin Tsabit sedang mendendangkan syair-syair di dalam masjid , maka Umar mengarahkan perhatian kepadanya dengan tidak suka , maka Hasan berkata :“Sungguh aku pernah mendendangkan syair (di dalam masjid) dan di dalamnya ada seseorang yang labih baik dari engkau (yaitu Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam)”.

    10. Tidak duduk melingkar di dalamnya sebelum ditegakkannya sholat juma’at walaupun untuk mempelajari ilmu (agama), disebabkan akan memutus shaf-shaf kaum muslimin dan disamping itu mereka diperintahkan untuk berkumpul lebih awal pada hari jum’at dan merapatkan shaf yang di depan dan seterusnya .

    Terdapat di dalam hadits yang diriwayatkan Al Imam Ibnu Khuzaimah di dalam “Shahihnya” , dan Tirmidzi di dalam “Sunannya” dan dia menghasankannya dari Amer bin Syu’aib dari bapaknya dari datuknya, dari Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam :

    أَنَّهُ نَهي أَنْ يَتَحَلَّقَ النَّاسُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ قَبْلَ الصَّلَاةِ
    “…. Sesungguhnya beliau melarang manusia duduk melingkar (di dalam masjid) pada hari jum’at sebelum sholat (jum’at) “ .

    11. Tidur di dalam masjid dibolehkan baik laki-laki maupun perempuan , terlebih lagi bagi para musafir dan orang yang tidak memiliki rumah atau karena ada hajat .

    Terdapat di dalam “Shahih Bukhari” dan selainnya bahwa Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu tidur di masjid Nabi Shalallahu ‘alahi wa sallam di masa beliau ketika dirinya masih muda sebelum berkeluarga .

    Al Imam Bukhari menyebutkan hadits dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu , dia berkata : “Sungguh aku melihat tujuh puluh ahli suffah – yaitu para sahabat yang fakir – (tidur di masjid Nabi), tidak ada dari mereka yang memiliki rida (pakaian bagian atas badan) , sebaliknya di antara mereka ada yang memiliki kain penutup badan saja , atau satu helai pakaian saja, kain itu mereka ikatkan pada leher-leher mereka, maka di antara pakaian itu ada yang naik sampai pertengahan kedua betisnya, dan di antaranya ada yang naik sampai kedua mata kakinya , lalu dia rapatkan dengan tangannya karena tidak suka auratnya terbuka” .

    Wahai saudaraku muslimin hiasilah diri engkau dengan adab dan akhlak yang mulia di manapun berada terlebih lagi ketika di dalam masjid, pakailah masjid itu hanya sebagai tempat dzikir (beribadah) kepada Allah, janganlah dijadikan sebagai tempat bermain, berdagang, tempat duduk-duduk, dan sebagai jalan tanpa ada sebab, janganlah engkau berikan bagian (ibadah) itu untuk selain Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalamnya . Dia Yang Maha Suci berfirman :

    أَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا

    “Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya di samping (menyembah) Allah ” . (QS Al-Jin :18).

    Seseorang yang menegakkan perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah dan Rasul-Nya niscaya dia meraih keberuntungan di dunia dan di akhirat kelak .

    وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا
    “Dan barangsiapa menta`ati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar“.(QS Al-Ahzab:71).

    إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ (7)جَزَاؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِي رَبَّهُ(8َ

    “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah surga `Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya“.(QS Al Bayyinah: 7-8).

    1. Tambah lagi satu larangan:

      “MERUJUK masalah wanita haid masuk ke masjid, kalangan ulama berbeza pendapat. Imam Malik dan pengikutnya tidak memberi peluang sedikit pun bagi mereka untuk memasukinya. Imam as-Syafi’i dan sekian banyak ulama lain hanya membolehkan wanita haid sekadar berlalu bukan menetap.

      Ini bertitik tolak daripada pemahaman mereka atas firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 43 (yang bermaksud): “Wahai orang beriman, jangan mendekati solat dalam keadaan mabuk sehingga kamu menyedari apa yang kamu ucapkan. Tidak juga berjunub kecuali sekadar berlalu saja.”

      Apabila kita meneliti ayat di atas, ia berbicara mengenai junub iaitu yang tidak suci disebabkan melakukan hubungan seks atau keluar sperma, sedangkan haid tidak termasuk dalam pengertianberkenaant.
      Namun demikian, sebahagian ulama berpendapat haid lebih berat daripada junub sehingga kalau junub saja sudah dilarang, sudah tentu haid lebih-lebih lagi. Ini dikuatkan dengan beberapa hadis Nabi SAW, seperti diriwayatkan Ibnu Majah melalui Ummu Salamah, bahawa Nabi SAW menyampaikan dengan nada keras: “Masjid tidak dibenarkan (untuk dikunjungi) oleh haid dan junub.”

      Berkaitan pertanyaan di atas, saya tekankan bahawa penghormatan pada masjid memerlukan kita melaksanakan tuntutan di atas. Bagaimanapun, ada ulama yang memahami larangan itu hanya berlaku khusus untuk Masjid al-Haram (Makkah) dan Masjid Nabawi (Madinah).

      Bahkan, seperti ditulis as-Syaukani dalam buku beliau berjudul Nail al-Authar, iaitu larangan ini disebabkan kebimbangan terjadinya sesuatu (terhadap kebersihan masjid) dari haid.

      Pendapat itu didukung oleh (sahabat Nabi) Zaid Tsabit. (Sila rujuk Nail al-Authar). Sekiranya jika tidak ada kebimbangan, maka dalam pandangan sahabat Nabi ini, wanita yang haid dapat dipertimbangkan untuk duduk di serambi masjid. ”

      http://www.bharian.com.my/articles/PersoalanAgama_Wanitahaiddilarangmasukmasjid/Article/

        1. re: “Mensyrikikkan ALLAH merupakan dosa besar yang tidak terampun.”

          Itu di tahap sebuah surau kecil milik persendirian di sebuah kawasan pelancongan terpencil.

          PAS pula boleh flip-flop aje tentang percubaan untuk merampas kalimah Allah oleh evangelista yang menggoncang asas dan tonggak kepercayaan Islam.

          1. Sebab itu ramai Melayu dah nampak dan tolak PAS. Masalahnya Helen, taksub parti dan pemimpin menjadi-jadi untuk ahli-ahli Surga!

          2. Re . “MERUJUK masalah wanita haid masuk ke masjid,”

            Helen cuba tanya Mama Dapster dan pengikutnya, dia fahamkah tentang pekara ini. Jangan main sedap hati aje masuk Masjid dan Surau tak kira waktu.

  3. “… kumpulan penganut Buddha tersebut menjalankan “MEDITASI” dan bukannya upacara menyembah dewa.”

    Ya, ya, betul, betul. Criticism / penalty should be directed on real culprits like HY.

    “… imajan Siddhartha Gautama bukannya untuk memenuhi fungsi sebagai patung Buddha untuk dipuja atau disembah seolah-olah Buddha itu seorang dewa.”

    In another way, Buddhism is not exactly a religion in true sense (there’s no reference made to God in Buddhism; Gautama Buddha is neither a deity nor God).

    1. Gautama Buddha Sakya Muni dihantar untuk memperbetulkan semula akidah penganut Sanatana Dharma.

      Beliau ada mengkhabarkan tentang kedatangan Maitreya kepada para pengikut-pengikutnya sebelum kematiannya.

      ‘Dalam kitab yang terkenal dari agama Buddha, Maha pri Nibhan Sutta dan T.W.Rhys Davids, J.Eitel, Carlongen Newman telah menulis berdasarkan autoriti dari kitab-kitab Buddhis dalam bahasa Sanskrit dari bahasa Cina yang paling meluas; bahawa Buddha yang Diberkahi maju ke depan dengan suatu rombongan besar dari para pengikutnya ke tempat tinggal Malla yang ada di Koshinagar di seberang sungai Harinyvati. Setelah sampai dia berbicara kepada Ananda, ujarnya:

      Bawakan aku sebuah bantal. Kepalanya harus menghadap ke utara di antara dua pohon cemara. Wahai Ananda, saya merasa lemah; saya ingin berbaring. Bantal dibawakan kepadanya, dan Buddha berbaring atasnya. Kemudian ketika dia kembali kesadarannya dan telah terbangun, beberapa tanda istimewa muncul di pepohonan dan di langit serta di bumi. Ananda menganggap hal ini menunjukkan hormat. Tetapi Buddha mengatakan tanda-tanda ini tidak ada kaitannya dengan penghormatan terhadap dirinya, tetapi penghormatan besar adalah kesadaran akan dirinya, ikatan kewajiban dan pengikut yang tulus. Buddha melanjutkan kata-katanya: “Wahai Ananda, jadi, bisakah engkau menghormati tuanmu?” Mendengar hal ini, air mata mengalir di pipi Ananda. Ini karena ia merasa bahwa ia masih belum apa-apa kecuali pencari kebenaran, dan dia masih begitu jauh dari tujuan yang sempurna: tetapi tuannya, tuannya yang baik hati, akan segera wafat. Kemudian Buddha bertanya kepada para muridnya: Saudara-saudaraku, dimanakah Ananda? Seseorang memanggil Ananda. Ananda menghampiri dan berkata kepada Tuan yang dihormatinya: Kegelapan dan kegalauan sedang mencari kebijaksanaan. Orang-orang yang terbenam dalam dengan emosi, dan nafsu, dan buta, sangat mendambakan cahaya. Wahai engkau yang begitu sempurna, “pencetus cahaya kebijaksanaan”. Dengan kata-kata ini Ananda duduk di sampingnya, dan Buddha berkata: Ananda, hentikanlah; jangan bersedih hati atau berurai air mata seperti ini. Bukankah telah kuberitahukan berulang-kali kepadamu sebelum ini, bahwa adalah fitrah kita untuk berpisah dengan yang kita kasihi dan barang-barang yang disukai. Seorang yang tidak bijak akan mengira bahwa dirinya adalah segalanya, tetapi seorang yang sadar mengenal bahwa ego-nya itu bukanlah realitas. Dia menyadari khayalan alam semesta ini, dan yakin bahwa semuanya akan lenyap kecuali kebenaran dan ketulusan.

      Saya menyerahkan diri jasmaniku ini yang berupa daging dan tulang. Ruh dari alam ini akan terus hadir. Saya telah memutuskan untuk mencari peristirahatan dan kedamaian, karena saya telah menyelesaikan karya risalah saya. Hanya inilah apa yang kucari sekarang. Wahai Ananda, engkau sangat dekat kepadaku karena pengabdian dan kecintaanmu yang takkan musnah. Apapun yang kaukerjakan itu sudah benar, teruslah berusaha dengan sekuat mungkin tenagamu. Hanya dengan demikian kemudian kamu akan menemukan pembebasan dari nafsu rendahmu, takhayul dan kebodohan. Kemudian Ananda menahan tangisnya dan bertanya siapakah yang kelak akan mengajar mereka setelah (Buddha) tiada. Untuk ini Gautama Buddha menjawab: Saya bukanlah satu-satunya Buddha yang datang ke dunia ini, ataupun saya bukanlah kereta yang terakhir. Pada saatnya yang tepat, Buddha yang lain akan bangkit – seorang yang suci, cahaya di atas cahaya, dan seorang yang akan menyebarkan kebijaksanaan dan ilmu. Dia akan mengetahui rahasia alam, dan akan dengan seluruh keagungannya, dia akan menjadi pemimpin yang mengungguli seluruh manusia dan menjadi pengajar umat manusia dan jin. Dia akan menggelar kebenaran Ilahi dengan cara yang sama seperti yang saya kerjakan. Dia akan menyiarkan agamanya dan ini dalam kenyataannya akan menjadi yang terbaik. Dia akan mencapai puncak kejayaan dan kemuliaan. Dia akan menikmati kehidupan bersama orang-orang yang tulus, seperti yang saya lakukan. Murid-muridnya akan berkali-lipat menjadi ribuan sedangkan saya hanya beberapa ratus. Ananda merasa tenteram dengan kata-kata ini lalu berkata: Doakan, Tuan, bagaimana kita bisa tahu akan hal itu? Untuk ini Buddha yang diberkahi berkata: Dia kelak adalah Maitreya yang seutuh-utuhnya. (“Gospel of Buddha” oleh Carus P. halaman 215-218).

      Maitreya (sebut Sanskrit) atau Metteya (ini dalam bahasa Pali) adalah katakunci yang amat penting.Kata ‘Mat’ ‘Mad’ atau ‘Met’ adalah identiti bagi Nabi Muhammad.Kitab-kitab Ibrani menyebutkan perkataan ‘Emet’ ‘Muhammadin’ dan ‘Ahmad’,Veda menyebutnya sebagai ‘Mahmah’,’Mahamad’ atau ‘Ahmad’ dan Buddha mengelarkannya sebagai ‘Metteya’.

      Di dalam Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. 111, 76:

      “Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama Maitreya (baik dan murah hati). Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini keseluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agung ini daripada awal hingga keakhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan memperkenalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih ramai daripada pengikut aku (Buddha)”.

      Perkataan `Maitreya’ di dalam bahasa Sanskrit atau “Metteyya” di dalam bahasa Pali bererti dia yang memiliki sifat kasih sayang, belas kasihan, baik atau murah hati. Ia juga membawa makna seseorang yang pemurah dan mesra. Satu perkataan Arab yang membawa erti segala sifat yang tersebut ialah ‘Rahmat’. Di dalam Al-Quran (Surah Al Anbiyaa, Surah 21 ayat 107)

      “Dan tiadalah Kami (Allah) mengutus kamu (Muhammad),melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”

      Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) dipanggil dengan gelaran “dia yang bersifat kasih sayang atau rahmat atau ‘Maitreya’.

      Perkataan Belas Kasihan dan dia yang Bersifat Belas Kasihan disebut di dalam Al-Quran tidak kurang daripada 409 kali.

      Tiap-tiap Surah di dalam Al Quran bermula dengan perkataan yang amat indah sekali iaitu “Bismillah Hir-Rahman Nir-Rahim” yang bererti “Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang’.
      Hanya Surah At Taubah (Surah 9) tidak bermula dengan perkataan Bismillah

      Perkataan Muhammad ada juga di eja “Mahamet” atau “Mahomet” atau ejaan yang lain dalam berbagai bahasa. Perkataan “Maho” di dalam bahasa Pali dan “Maha” di dalam bahasa Sanskrit bererti sangat baik atau besar atau sangat mulia dan masyhur dan perkataan “Metta” bererti belas kasihan. Maka perkataan “Mahamet” atau ”Mahomet” bererti Belas Kasihan Yang Amat Besar.’

      http://hijabulcrewz.blogspot.com/2010/01/tanda-tanda-kedatangan-penyelamat_1085.html

  4. Tahun 1978 dunia dikejutkan dengan peristiwa mass suicide pengikut2 Jim Jones. ( 909 inhabitants of Jonestown, 303 of them children, died of apparent cyanide poisoning, mostly in and around a pavilion – wiki). Jim Jones juga diberi gelaran “father of the rainbow family”.

    Mohon Jabatan Agama Islam sentiasa memantau kegiatan si tembam pungkok selambak ni, dah naik seram tengok gambar2 dia dalam masjid..

Comments are closed.