Posted in Musuh dalam Selimut

Pemimpin parti yang terbijak memberi harapan tercerah bagi masa depan Umno

The Sleepy PM meletakkan menantunya Khairy Jamaluddin duduk sebagai ‘consultant’ di Tingkat Empat bangunan ini (bawah).

Bangunan Perdana Putra 01

Ada juga faedahnya seseorang yang bercita-cita tinggi itu untuk berkahwin dengan anak perempuan timbalan perdana menteri.

khairyNori

Sebagai hantaran pengantin, Pak Lah hadiahkan keris bagi sayap Pemuda buat main Gempur.

Sebelum kemasukan Khairy, tidaklah Pemuda Umno merasakan ada perlunya gerakan tersebut menyerlah sifat keMelayuan mereka dengan menghunus keris.

Akan tetapi Khairy yang bukan lahir di Malaysia, yang bukan melalui alam persekolahan di Malaysia dan bukan menuntut di universiti di Malaysia terdesak untuk menunjukkan jati diri Melayu pekatnya itu.

Maka keluarlah keris itu dari sarung tatkala PAU.

Sebelum kemunculan Khairy, adakah pernah mana-mana pemimpin Umno menghunus keris ketika berlangsungnya mesyuarat perhimpunan agung?

umno-keris-2007

Bintang Khairy kembali bersinar?

Oleh Karim Raslan

Khairy Jamaluddin dianggap sebagai seorang yang unik dari dulu lagi. Beliau lebih tinggi, tampan (hitam manis) dan bijak daripada kebanyakan ahli politik di Malaysia.
.
Pada pendapat saya, hanya Rafizi Ramli (yang perlu menurunkan berat badan beliau dengan segera) mampu bersaing dengan beliau dari segi politik mahupun intelek. Bagi ahli politik yang lain pula, tidak kira kalau mereka dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, mereka setakat pemerhati dalam apa yang bakal berkembang untuk menjadi pertarungan untuk masa depan kepimpinan kaum Melayu dan akhirnya, Malaysia.
.
Memandangkan Ketua Pemuda Pas Nasruddin Hassan Tantawi, semakin tidak relevan dalam arena politik nasional (kecuali dalam menggesa pembatalan konsert!), jelas bahawa dua pemimpin muda ini akan terus menjadi pesaing politik untuk beberapa dekad.
.
Saya berpeluang menyaksikan saudara Khairy beraksi di forum Malaysian Student Leaders Summit (MSLS) yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia di United Kingdom dan Ireland (UKEC) pada hujung minggu lepas. Saya perlu akui kagum dengan peningkatan yang dicapai beliau selepas berjaya mengharungi jerit perih dunia politik mencabar beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun baru menyertai Kabinet lebih kurang tiga bulan, ternyata  pemimpin berumur 37 tahun ini telah pantas menyesuaikan diri dengan portfolio beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan.
.
Beraksi dalam wacana yang mencabar ini, Khairy bukan sahaja berjaya menjawab soalan sukar dengan yakin dan jelas, malah sempat menambahkan elemen lucu dalam jawapan beliau (sesuatu yang jarang ditemui dalam Umno).
.
Jelas, beliau telah berjaya meningkatkan prestasi sejak debat pertama dengan Rafizi Ramli di London pada awal tahun lepas (dianjurkan oleh UKEC juga) dimana saya merupakan salah seorang daripada hadirin.
.
Ternyata medan kempen dan ceramah telah menjadikan beliau lebih yakin untuk mengambil pendekatan yang jujur dalam menjawab soalan sukar.
.
Sebagai contoh, apabila ditanya tentang kualiti Pakatan yang beliau kagumi, Khairy mengambil masanya sebelum menjawab dengan tenang – “semangat setiakawan”. Kejujuran dan keterbukaan yang ditunjukkan oleh jawapan beliau (jarang ditemui dalam Umno) telah disambut dengan meriah oleh para hadirin.
.
Tambahan pula, Ahli Parlimen Rembau yang telah berjaya meningkatkan majoriti beliau sebanyak tiga kali ganda pada PRU 13 yang lalu mampu mengakui kesilapan kerajaan beliau dan menegaskan bahawa BN perlu lebih efisien dalam menangani isu 3C – Corruption, Crime and Cost of Living (Rasuah, Jenayah dan Kos Sara Hidup) kalau ingin menjadi pilihan pengundi muda. Sebetulnya, kalau isu 3C ini mampu ditangani, tidak mustahil pengundi bandar mungkin akan memilih BN semula.
.
Lebih penting lagi, walau kita berada di musim pemilihan Umno (Khairy akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda) di mana secara lazimnya, pesaing utama untuk jawatan tertinggi dalam Umno selalunya membakar sentimen pro-Melayu, Khairy mampu mengimbangi agenda sayap kanan parti beliau dengan agenda rakyat Malaysia yang lebih meluas dengan baik.
.
Beliau tidak mengarahkan mereka yang tidak setuju dengan pendapat beliau atau dasar kerajaan untuk berhijrah ke negara lain. Sebaliknya, memberi penerangan baik tentang perjuangan bersifat moderat dalam Umno di samping mengakui kewujudan elemen konservatif dalam parti beliau.
.
Pemimpin seperti Khairy Jamaluddin bukan sahaja memberi nafas baru kepada arena politik tetapi mampu meyakinkan golongan “Middle Malaysians” seperti diri saya tentang masa depan politik Malaysia.
.
Kemampuan Khairy untuk memperjuangkan agenda moderat Melayu tanpa menggadaikan kredibiliti beliau dengan akar umbi Umno menunjukkan bahawa MASIH ADA HARAPAN LAGI UNTUK UMNO.
.
Saya turut mengagumi, kebijakan yang ditampilkan beliau apabila ditanyakan soalan berikut – “Apakah perkataan terbaik untuk menggambarkan Ketua Pembangkang?” Selalunya apabila Anwar Ibrahim menjadi topik perbualan utama, pemimpin Umno akan guna bahasa kesat. Sebaliknya, Khairy memilih perkataan – “tidak konsisten” – untuk menggambarkan bekas pemimpin Abim ini. Dengan ini Khairy telah berjaya mengkritik tanpa bersikap biadab.
.
Saya berpendapat Khairy telah berjaya meyakinkan pengkritik beliau (termasuk saya sendiri) bahawa  beliau seorang yang lebih merendah diri dan memahami keinginan akar umbi politik setelah berjaya mengharungi fasa mencabar di mana beliau dipinggirkan dari jawatan Kabinet.
.
Pengalaman beliau menunjukkan penting ketekunan dan tidak mudah mengalah dalam menghadapi apa jua cabaran dalam hidup mahupun politik. Ternyata, jatuh-bangkit seseorang itu bergantung kepada dirinya sendiri. Mungkin sudah tiba masanya untuk bintang Khairy kembali bersinar…
.

Sumber: Sinar Harian, 27 Ogos 2013

Keranamu Khairy

Pada tahun 2004, BN memegang 198 kerusi di Parlimen.

Election 2004

Enter frame, KJ

Begitu bersinarnya Bebudak Tingkat Empat sehinggakan Pakatan berjaya menang tambahan 58 kerusi Parlimen dalam pilihanraya tahun 2008.

Keranamu Khairy, nasib politik Pakatan melambung tinggi.

Hutang budi dibawa mati Pakatan kepada KJ.

Election result 2008

Yang di bawah ini ialah “Press secretary to the Minister of Youth and Sports”.

Lihat profil Twitter Regina Lee:

Regina Lee (reginalah) on Twitter

reginalah vangeyzel No politico staffer

Makcik duduk bersebelahan

Rasa-rasanya belum ada lagi disenaraikan “politico staffer hottie list”.

Tetapi di bawah ialah gambar Menteri Belia bersama pak mentuanya serta hottie Nori (berbaju kuning keemasan) anak mantan Perdana Menteri yang diTwitpic di bawah oleh Regina Lee.

Twitter reginalah PM Najib and Pak Lah

NoriKebaya

Khairy mengorak langkah

Sebelum Tun Abdullah Badawi tampil dengan menantunya, perdana menteri-perdana menteri tidak menggalakkan anak mereka berkecimpung dalam politik serentak.

I.
Tun Abdul Razak Hussein menjadi perdana menteri 1970-1976. Tatkala Tun Razak masih hidup, anaknya Najib tidak berada di persada politik. Apabila ayahandanya meninggal, Najib baru berumur 22 tahun.

II.
Tun Hussein Onn menjadi perdana menteri 1976-1981, dan meninggal dunia pada tahun 1990.

Anaknya Hishammuddin hanya bertanding kerusi Parlimen Tenggara di Johor pada tahun 1995, iaitu selang 14 tahun ayahnya bersara.

III.
Tun Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri 1981-2003.

Anaknya Mukhriz menjadi seorang exco Pemuda Umno pada tahun 2004. Mukhriz tidak pun dinaikkan oleh Tun semasa beliau masih PM.

IV.
Budaya nepotisme telah diterap dalam Umno oleh pak mentua dan si menantunya.

Jadi tidak hairanlah kita The J-Star boleh begitu sayang kepada KJ. Kenapa tidak? KJ memang sewaktu dengan keluarga-keluarga dinastik parti Pakatan seperti Kit Siang-Guan Eng, Anwar-Nurul, Karpal-Gobind-Jagdeep, Nik Aziz-Nik Abduh.

Nyata sekali kenapa Khairy dianggap bintang sinaran Umno. If you can’t beat ’em, join ’em. And then get them to join you macam Khairy dan pilihan setiausaha akhbar Scissoratinya itu.

Advertisement

Author:

I have no Faceook or Twitter.

30 thoughts on “Pemimpin parti yang terbijak memberi harapan tercerah bagi masa depan Umno

  1. I do wonder if the Scissorita Regina is paid more by the government than what she was used to by London lover, WCW.

    Isn’t a secret that the government pays aren’t as lucrative since it’s pretty much regulated according to rigid pay scales.

    So if the government is paying her less, is her minister making up the shortfall from his supposedly deep pockets?

    Anyways, why lah Komtar’s resident genius didn’t consider replacing Rainbow with Yo Mama? Or did he?

  2. Karim Raslan’s praises of KJ make me want to puke. Does he think we were born yesterday? His statement “Kemampuan Khairy untuk memperjuangkan agenda moderat Melayu tanpa menggadaikan kredibiliti beliau dengan akar umbi Umno menunjukkan bahawa MASIH ADA HARAPAN LAGI UNTUK UMNO.” Is he kidding? If KJ is harapan UMNO then UMNO is doomed.

    We, the rakyat know who KJ is and what were his roles when his sleepy FIL was the PM. We also know that his FIL had given him free rein of the country’s finance. No amount of praises can wipe out KJ’s mishandling/mismanagement of the country’s economy. KJ is to be blamed for the state of the country we are facing now and he is also responsible for BN’s poor performance in 2008.

    “dan menegaskan bahawa BN perlu lebih efisien dalam menangani isu 3C – Corruption, Crime and Cost of Living” – KJ is synonym with corruption. How is he going to fight corruption […]?

    1. For Karim Raslan, KJ is indeed the exemplary Malay, the Great Hope.

      Why ?

      Because like him, KJ is the type, what shall we say, tiada jiwa Melayu. The type of Malays who look down on other Malays simple because they think, due to their education and background, they are better than the rest.

  3. Helen,

    Yang menghunus keris tu Hishamudin Hussein la.. lepas kena sergah terus HILANG TELOR sampai sekarang ni…

    1. Betul, tapi fenomena menghunus keris itu dibawa Khairy.

      Hishamuddin sudah menjadi Ketua Pemuda sejak 1998 lagi. Dalam tahun-tahun Hisham mengetuai Umno pra-Khairy, tidak pula dia pernah menghunus keris.

      Bibit keris tersebut atas diatur desakan Khairy yang mahu buat wayang, umpama publicity stunt lain yang dibuatnya seperti menghiasi muka depan majalah, memperagakan fesyen, masuk Wataniah dll gimik.

      1. Mungkin anda benar berkaitan keterlibatan KJ dalam isu keris itu. Isu hulur kemudian minta maaf ini menyebabkan Hisham dipanggil bacul. Saya sangat marah atas kebaculan Hisham ini.

        Idea menghunus keris ini tidak bijak akan tetapi idea memasukkan kembali dalam sarung sambil meminta maaf adalah lebih tidak bijak yang mudaratnya akan berpanjangan.

        1. Sampai lani HTH kena panggil menteri pandan pakai bunga…

          Helen KJ pun buat wayang masa US mai Malaysia dulu bila nak bagi mou sampai kena asak dan ditolak…mcm la kita taktau FIL sapa masa tu!

          Wayang Kuat!

            1. Rafiza? I thought KRaslan terlebih puji dia melambong… dia belum sampai tahap KJ pun sebenarnya…

              ____________________________________________________________________________

              Edited. — Helen

  4. Much as I enjoy seeing UMNO engage in ritual cannibalism I do think it is bit unfair to blame KJ and his ilk for its (UMNO’s) weak sauce performance of late.

    Well I know you also blame the MCA, too. No doubt KJ et all are greedy duplicitous politicians but at the end of the day it was a convergence of factors that created the perfect storm for a weakening of UMNO hegemony.

    Furthermore these recents elections were never a referendum on UMNO leadership per se but rather one of redefining the Sino-Malay relationship. It was just prettied up in progressive language, so as to obscure the real issue(s)

    If the blame game continues in this vein without addressing the real issues that plague UMNO and its vision for this country, eventually UMNO would be overrun not only by the barbarians at its gates but also from the enemies within.

    I once wrote a little piece on KJ on this board. My opinion of him is still the same but I do think it is pointless “blaming” his kind when they are the logical extension of the hubristic nature of UMNO internal politics.

  5. Nori should be careful or else she going to end up with a madu, two.. if the fat kid from PKR managed to lose weight.

  6. Ms H. We must now assume those in politics love to have SEX very much extramaritally. I therefore propose in order to bring down everyone’s temperature down to normal, we have a self-imposed ban or moratorium on such unsubstantiated gossip which will give peace to their wives and families and stability to our politics, Malaysian politics. Hello handsomes !

  7. wow gosip about madu. mungkin zairil chistoper lim khir johari sedang bagi sop untuk vagi lee how to win man and influence him. sop dari christine lim khir johari..

    i pun percaya satu hari nanti vagi lee pun nak duduk kat atas sana. bila tengok tweet ..tweet dia macam horny tu i tak suprise vagi lee dah terbayang-bayang kehotan our menteri..

    1. re: “This KJ really remind me of Anwar”

      This KJ really, really reminds me of Anwar. I don’t think we’re judging him prematurely. We have his Fourth Floor Boys history before our eyes.

      Both of them were/are the worst corrupters of Umno.

    1. Not sure if the new direct member voting system will favour him.

      He’s been adept at milking publicity and he’s way ahead of any potential challenger in using the social media.

      Wrt to marketing and self-promo savvy, he tops the Umno pile.

  8. Just hope he don’t turn out to become like Pemuda MCA. Nanti bukan Tsunami Cina tapi Tsunami Pemuda!

    Tak masuk akal out of the millions of Pemuda how come not even one qualified to be his Press Secretary? Kenapa Khairy? Why Regina?

    KJ tolong jawab sikit..

    1. Saya boleh tolong jawab. Saya harap Helen tak tapis komen saya.

      Why ?

      Regina. The name. Okay, if you replace the Re with Va, then combine Va with the other four alphabets, what do you get ?

      Please Helen ! Please ! Don’t tapis my comment. Please !!!!!

      I know I m being mischievous ha ha ha !!!!!!

  9. I prefer Dr. Asyraf Wajdi Dusuki above KJ anyday.

    However, since Dr Asyraf career in politic is still new, and he was brought by former PM Tun Abdullah, his popularity is not there among UMNO ranks.

    1. Datuk Dusuki Ahmad’s son, izzit? … pernah saya menemuramah DDA dalam zaman silam dinosaur saya sebagai pemberita NST.

        1. Tak kenal Dr Asyraf. Memang setuju tentang Ustaz Fathul Bari Jahya tambahan pula dia orang kampung saya walaupun tak pernah jumpa personally.

          1. Dulu ada juga terbaca artikel Dr Wajidi sebelum dia bertanding PRU12, tapi kalah, lepas tu dia agak senyap…tapi bergerak aktif sebenarnya seperti dalam Isu Nama Allah dsbnya…tapi Dr Fathul Bari memang saya admire kepetahan bercakap dan clarity pemikiran beliau…

  10. Amanat Khas Pulau Pinang.

    Kajian telah mendapati bahawa kebanyakan penduduk Pulau Pinang tidak pandai menggunakan Excel.
    Oleh yang demikian marilah belajar Excel beramai-ramai.
    Marilah kita mertabakkan pengunaan Excel di kalangan rakyat Pulau Pinang.

    Jom kita Excel. Mertabakkan Excel agar Pulau Pinang Selamat, Bersih, Hijau dan Sihat!

Comments are closed.