Posted in Musuh dalam Selimut

Senang aje nak tipu Umno

Kadangkala berat satu naskah The J-Star boleh mencecah satu kilo. Ini kerana suratkhabar milik MCA itu sarat dengan iklan.

Iklan-iklan yang memenuhi The J-Star itu mendatangkan imbuhan teramat besar kepada syarikat media tersebut. Hanya dividen yang dikutip sahaja boleh sampai RM126 juta dan ini belum kira jumlah keuntungan lagi.

the bottom dollar” / “… MCA’s portion of dividends declared by Star last year would amount to RM126 million”, (The Edge, 27 Sept 2011)

DividendStar

Mungkin Umno harus beli iklan dalam The J-Star

Chua Soi Lek telah memberitahu badan NGO Transparency International dalam satu wawancara pada 18 Feb 2009 bahawa MCA adalah sebuah parti kaya kerana dividen yang diterima mereka daripada The Star.

Kiblat The J-Star adalah kepada iklan manakala kiblat parti tauke Cina itu adalah kepada wang dan sebab itulah MCA tidak mempunyai semangat setiakawan yang waja … kepentingan wang mendahului. Kesian Umno ditipu hidup-hidup dan ditikam belakang oleh MCA.

Many Colors, One Race

Anas Zubedy suka meletakkan iklan warna mukasurat penuh dalam The J-Star untuk menyampaikan mesej perpaduan ‘Many Colors, One Race’nya dan baru-baru ini, iklan Anas pula berjudul ‘Say something nice from Hari Merdeka to Hari Malaysia’.

saysomethingnice logo from may 13

anas zubedy Zubedy #SaySomethingNice campaign press conference coverage 2013-09-06 22-36-52
http://letusaddvalue.blogspot.com/2013/08/zubedy-saysomethingnice-campaign-press.html

Macam Regina dengan KJ

Sesiapa yang kerap membaca Malaysiakini akan menyedari bahawa Terence Netto ialah dedicated writer kepada Anwar Ibrahim.

Nampaknya Anas sebagai seorang pengiklan setia The J-Star pun diberikan dedicated writer seorang pemberita oleh akhbar Jerusubang itu, iaitu Yvonne T. Nathan.

anas zubedy Yvonne1
http://letusaddvalue.blogspot.com/2013/09/celebrate-merdeka-week-on-positive-note.html
http://letusaddvalue.blogspot.com/2013/09/spreading-nicety-nationwide-by-yvonne-t.html
http://letusaddvalue.blogspot.com/2013/09/spreading-nicety-nationwide-by-yvonne-t.html
http://letusaddvalue.blogspot.com/2013/09/zubedians-walk-talk-by-yvonne-t-nathan.html
http://letusaddvalue.blogspot.com/2013/09/zubedians-walk-talk-by-yvonne-t-nathan.html

Macam Regina & KJ kowtim dengan The J-Star

Pemberita Yvonne T. Nathan ini seolah-olah ditugaskan sebagai wartawan peribadi syarikat Zubedy.

Carian Google ke atas nama “Yvonne T. Nathan” sepanjang Past Month khusus dalam laman http://www.thestar.com.my membuahkan hasil 11 byline sahaja — yakni dalam jangkamasa bulan lepas ini, nama Yvonne melekat kepada lebih kurang 11 buah rencana semuanya dalam akhbar J-Star.

Daripada 11 buah rencana yang dikreditkan kepada Yvonne (screenshot bawah), tiga daripada mereka adalah liputan kempen Anas Zubedy.

Yvonne Google

Evangelista mata duitan

Sebenarnya ia adalah cara beroperasi The J-Star yang sudah diketahui semua pemain dalam industri media.

Bermakna ketika suratkhabar itu menyiarkan apa-apa jenis laporan pun, pertimbangannya akan lebih tertumpu kepada pihak atau syarikat mana yang rela mengeluarkan duit untuk mengiklan dengan The J-Star yang adakala setebal direktori Yellow Pages.

Contohnya kalau suratkhabar itu menyiarkan Food Review, maka The J-Star akan memujuk restoran yang dibuat review untuk membeli iklan.

Pengiklan besar yang menyumbangkan pendapatan lumayan kepada The J-Star akan diberi ruang yang luas beserta liputan positif dalam halaman-halaman beritanya.

Cuba anda teliti hubungan akrab The J-Star dengan syarikat AirAsia.

Begitulah jiwa dan naluri The J-Star – Buy ad, get news space free

Jadi tidak hairanlah kita apabila Zamkata bahawa akhbar evangelista itu adalah bersifat materialistik.

Bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Zainuddin Maidin pernah menulis:

“Akhbar The Star adalah kepunyaan MCA dan Utusan kepunyaan Umno tetapi pemimpin MCA tidak mengawal The Star seperti pemimpin Umno mengawal Umno kerana kepada orang Cina  komersialisme lebih penting dari nasionalisme.”

??????????????

Chinese First atau Malaysian First?

Betulkan The J-Star itu ada nasionalisme tulen ataupun ia sekadar lebih sudu dari kuah menerusi suapan cogankata-cogakata seperti — “Happy Merdeka Day; You can take a Malaysian out of Malaysia but you can’t take Malaysia out of a Malaysian.”

Sebenarnya kalau seseorang Bangsa Anak Malaysia Jerubang berhijrah ke Amerika Syarikat, Australia atau Kanada, sudah tentu dia akan berbangga menggelar dirinya Chinese American, Chinese Australian atau Chinese Canadian.

Label ‘Malaysia’ pada identitinya pasti terus lesap.

Ini The J-Star melaungkan cogankata “You can take a Malaysian out of Malaysia but you can’t take Malaysia out of a Malaysian” pada masthead-nya (lihat scan atas) untuk menipu Melayu lagi lah.

Kesian kaum Melayu selalu tertipu oleh sneaky evangelista bintang lima. Kesian Umno terpaksa pikul seekor biawak hidup.

i-love-pm-najib

To comments, click HERE.

Author:

I have no Faceook or Twitter.