Posted in Musuh dalam Selimut

Tun Dr Ismail: Kalau dah hidup segan mati tak mahu, baik cerai saja

Selepas kekalahan teruk MCA dalam pilihanraya Mei 1969, Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman menyatakan pendapatnya:

“Thus in the 1969 elections the sensitive issues of National Language and Special Rights handicapped the Alliance generally and caused the bloodshed of May 13th. We therefore enshrined the issues in the TunDr IsmailConstitution as subjects that cannot be raised in any form by the Opposition. Thus the weakness of our partners is protected. In future the MIC and the MCA cannot turn to Umno and say they face difficulties with these issues because from now on they will not be troubled by such issues. In future we require an agreement on the implementation of policy and less time should be spent explaining to each other the issues already accepted as part of the Alliance policy. In the future we should concentrate on the proper implementation of the National Language and the protection of the Special Rights of the Malays and defend the citizenship of the non-Malays.

“These three issues should be the basis of frank and sincere discussion among the three partners of the Alliance in order that we can achieve a respectable victory in the next general elections. But if we fall back on the old ways and speak without candour and sincerity and ‘sweep the problems under the carpet’ I think the Alliance will lose even more seats in the next general elections. If we do not achieve such an understanding then we may as well dissolve the marriage rather than continue with a relationship where we are all shy to live and afraid to die.”

(Sumber: The Reluctant Politician, terbitan ISEAS Singapore, 2007, mukasurat 237)

May10Scoreboard
Scoreboard keputusan pilihanraya Mei 10 tahun 1969

RUMUSAN

Tun Dr Ismail adalah seorang pemimpin yang tegas. Bercakap tentang beliau dalam satu wawancara dengan pengarang The Reluctant Politician Ooi Kee Beng, Tengku Razaleigh Hamzah berkata Tun Dr Ismail kalau beliau membuat ketetapan atas sesuatu, doktor itu pastinya sudah mengkaji butir-butir perkara tersebut secara terperinci.

Menyingkap apa yang dikatakan oleh Tun Dr Ismail dalam petikan di atas:

  • “We therefore enshrined the issues in the Constitution as subjects that cannot be raised in any form by the Opposition. Thus the weakness of our partners is protected. In future the MIC and the MCA cannot turn to Umno and say they face difficulties with these issues because from now on they will not be troubled by such issues.”

Beliau merujuk kepada pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dalam tahun 1971 yang memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan dengan menjadikan Perkara 152 sebuah topik di luar perbincangan (bermaksud status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipertikaikan) serentak dengan kedudukan istimewa orang Melayu diletakkan sebagai perkara sensitif yang tidak boleh dibahaskan awam. Seiring itu, hak kerakyatan orang bukan-Melayu juga dijadikan bahan sensitif yang tidak boleh disanggah.

GuntingMelakaMCA

Menurut Tun Dr Ismail, larangan-larangan tersebut – yakni seseorang yang mempertikaikan peruntukan bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu akan dikenakan caj hasutan – telah diwujudkan untuk melindungi kelemahan-kelemahan MCA dan MIC, rakan Perikatan Umno (“Thus the weakness of our partners is protected.”)

Mengikut beliau, status BM sebagai bahasa kebangsaan sudahpun diterimapakai sebagai dasar parti Perikatan (“issues already accepted as part of the Alliance policy”).

Tun Dr Ismail juga menganggap bahawa parti Perikatan harus menumpu kepada pelaksanaan penggunaan bahasa kebangsaan bagi masa depan.

Namun kita nampak bahawa sehingga hari ini BM masih lagi belum dimartabatkan dan sebaliknya ia sering pula diperlekehkan oleh kaum-kaum bukan Melayu.

    Screenshot dirakam pada pukul 3.25 petang

Tun Dr Ismail berpendapat parti Perikatan akan kalah lebih banyak lagi kerusi dalam pilihanraya akan datang (1974) sekiranya Umno, MCA dan MIC tidak boleh berjaya mencapai kata sepakat berhubung isu-isu yang disebutkan.

Tambahnya lagi:

“Kalau [Umno, MCA, MIC] masih tidak mampu mencapai persefahaman maka ianya lebih baik jika kita bubar sahaja perkahwinan kita daripada diteruskan sebuah ikatan di mana masing-masing hidup segan mati tak mahu.” (“If we do not achieve such an understanding then we may as well dissolve the marriage rather than continue with a relationship where we are all shy to live and afraid to die.”)

MCA masih dibelai Umno pada tahun 1969 meskipun parti Cina itu dihanyut arus anti-Melayu lalu parti Perikatan hilang undi popular dalam pilihanraya umum.

MCA tewas banyak kerusi sekali lagi pada tahun 2008, dan terus tersungkur pada 2013.

MCA yang sekarang ini hanya tinggal bangkai.

WismaDAP

Pembangkang sudah begitu riak sehingga suara J-Star DAP mula menganggap diri sebagai “untouchable“.

Tun Dr Ismail pun pernah berkata, kalau sudah tiada persefahaman lagi, baik pasangan Umno-MCA putuskan sahaja ikatan mereka.

Berkaitan perkembangan masakini, disyorkan si isteri curang dijatuhkan talak tiga.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

16 thoughts on “Tun Dr Ismail: Kalau dah hidup segan mati tak mahu, baik cerai saja

  1. Re. Wisma DAP

    Mesti tergelak sakan bila lalu Jalan Ampang nanti.

    Re. MCA yang sekarang ini hanya tinggal bangkai

    Bangkai Bernyawa

    Re. Pembangkang sudah begitu riak sehingga suara J-Star DAP mula menganggap diri sebagai “untouchable“.

    untouchable = Pariah? more like it…..

    Re. Tun Dr Ismail pun pernah berkata, kalau sudah tiada persefahaman lagi, baik pasangan Umno-MCA putuskan sahaja ikatan mereka.

    MCA ni dalam BN macam melukut ditepi gantang; Masuk tak menambah keluar tak meluak.

    OK soalnya sekarang apakah implikasi terhebat sekiranya UMNO menceraikan MCA dengan talak 3?

    1. Dalam pesepakatan mesti ada persefahaman,kalau sudah tiada persefahaman adalah lebih baik berpisah sahaja.

      Dalam sasuatu tindakan keberanian harus ada ,kenyataanya ada nya MCA dalam barisan apa faedahnya kalau tidak membantu Barisan (contoh PRU 2008 dan PRU 2013) ,apa faedahnya kalau hadir hanya memenohi kouta sedangkan pada hakikatnya membantu pehak lawan .
      Kalau MCA betul-betul jujur dalam perjuanganya MCA wajib nenarik diri dari Barisan.

  2. Kaw sya dulu dbwh MCA. Nk jumpa Adun mcam pi teropong Loch Nesh Monster. Sec asyik beri alasan YB sdg meeting dgn PM.

    Nasib baik kaw kpg kami steady. Our UMNO leaders are very efficient and dedicated so we don’t need the services of this MCA Adun. Jemput dia sekadar formalities, biasa hantar wakil dia aje. Kalo Ministers masuk baru le nampak batang hidung dia (nak bergambar kut). MCA’s representation makes no difference to us.

    As for our kaw komersial SAH semua penyembah tegar DAP. Tapi dulu tanpa segan silu segala services mereka tala ke Bgn MCA. Dulu DAP tak perlu buka opis, MCA did all the work for them. No choice as DAP tak tanding sini they sedekah their votes to PAS. Kelakar betul.

    Apek2 sini secara terang2 sembur Gomen dan Melayu, perangai seakan burung Nazak, tak sabar tunggu masa gomen dan Melayu mati. Kalau sya bole hantar rakaman perbualan harian mereka biar Najib dengar, mesti dia pun nazak.

    1. Najib dah dapat feedback selepas PRU13, tapi nampak gayanya masuk angin keluar asap juga hendaknya. Kita tengok lah gula-gula apa yang Najib nak persembahkan kepada orang Melayu di UiTM, Sabtu ni.

      Tapi saya masih berpegang pada pandangan yang dilontarkan A Kadir Jasin.

      Pada saya Najib seorang pemimpin yang lemah dan yang tak ada idea. Unlike Tun Razak.

      Najib pada segera berundur supaya cepat dianugerahkan Tun Najib.

  3. Helen,
    kata-kata Tun Dr. Ismail ini ternyata benar.

    maksud saya sejak zaman beliau lagi orang Melayu khususnya pejuang kemerdekaan sudah amat mengenali sikap kaum Cina tetapi perjanjian kesepakatan diteruskan juga, hak warganegara diberikan juga kerana adanya perjanjian berkenaan.

    kini, selepas merdeka selama 56 tahun, sikap kaum Cina yang asal kembali menghantui orang Melayu

    sikap apakah yang mereka bawa dari dulu hingga sekarang?

    TAMAK: ternyata selama 56 tahun kaum Cina melalui MCA telah mempergunakan UMNO di dalam BN untuk menguasai bidang ekonomi dan beberapa tahun DEB dilancarkan dimana UMNO dengan galaknya membantu Bumiputra khususnya orang Melayu, mereka sudah tidak senang duduk maka bersekongkollah mereka dengan DAP secara menggunting dalam lipatan.

    BUSUK HATI:Hasrat mereka cuma satu iaitu terus menguasai ekonomi dan mengekang peningkatan ekonomi orang Melayu dan lain-lain kaum di negara ini.

    DOMINAN: kalau boleh mereka cuma mahu orang Melayu terus menjadi pengguna atau pembeli dan bukan peniaga atau usahawan.

    MENTALITI TAUKE: mereka tidak mahu kaum lain khususnya orang Melayu memakai gelaran ‘TAUKE’, kerana mereka fikir hanya mereka saja yang layak. lawan perkataan ‘TAUKE’ ialah ‘KULI’, yakni mereka mahu kaum lain kekal sebagai ‘KULI’. Tidak mengapalah dengan seorang ‘KULI’ yang sedia ada kerana walaupun kaya, insan itu tetap dipanggil ‘KULI’ juga….

    kerana sikap inilah, Tun Dr Ismail ternyata lebih amat mengenali mereka. jadi, amatlah wajar saranan beliau supaya ‘the marriage be dissolved’ diterima pakai oleh PM Najib.

    itupun kalau PM Najib mahu mendengar nasihat orang tua….!

  4. Malangnya MCA dan MIC gagal untuk memperkasakan pemahaman perkongsian kita semua sebagai rakyat Malaysia. Atas sikap tikam belakang itulah yang membuahkan penolakkan Cina dan India kepada konsi seperti yang diingatkan oleh Tun M.

    Kedudukan hak istimewa duduk sebaris dengan hak kewarganegaraan bukan pribumi. Nampaknya bukan pribumi setelah hidup makmur di bumi bertuah sudah berani belot!

    Ada orang buta sejarah nampaknya!!!

  5. Tak taulah kot kot MCA punya pegangan perkahwinan, perkahwinan Mutaah versi syiah. Hanya untuk bersedap-sedapan bila nak. Bila rasa dah tak sedap cari orang lain atau bermain mata dengan orang lain. dalam diam.

    Tapi takut mintak cerai takut nanti kalau dah cerai suami baru tak berapa sedap. Jadi jalan selamat kaki satu lagi masih dalam UMNO walau hati dan perasaan, impian nak kat orang lain… perkahwinan ini hanya untuk persinggahan untuk mencari keuntungan.

    Mungkin UMNO punya pegangan perkahwinan sampai mati walau isteri tu dah curang dan main mata cuba jugak nak selamatkan perkahwinan atas janji-janji sebelum ikatan perkahwinan selama 30 tahun.

    Tapi dalam adat Melayu Islam, kalau suami masih simpan isteri curang dan masih nak menyembah nyembah masyarakat kita kata dayus, tak ada telor buat malu mak bapak kalau ada anak lelaki simpan bini curang. Tak tau lah kalau UMNO ni dikategorikan dayus atau takdak teloq..

    1. Ayi,

      MCA enjoys the best of both world. No need to battle DAP. Just win in Malay areas, courtesy of UMNO. But such days are coming to its end.

    2. ‘UMNO ni dikategorikan dayus atau takdak teloq.’

      Pemimpin-pemimpinnya saja. Dan jika mereka masih wujud selepas PAU, nampak gayanya perwakilan UMNO juga takdak teloq!

      Akar umbi telah ditipu untuk kesekian kalinya. Kalau Muhyidin tidak berani melakukan perubahan untuk bangsa, agama dan tanahair, UMNO akan berkubur dan dipusarakan sebelah jerat MCA.

      1. Islam1st,

        Bukan Muhyiddin saja. Jika ahli UMNO masih pilih orang seprti Hishamuddin, Nazri atau khairi, maka mereka mesti bersedia tengolk UMNO tumbang.

  6. Kalau dah main kayu tiga apa lagi kebaikan nya ? Hantar balik kampung je lah… MCA lama balik daa… ( ambil tona dan cara Tun M cakap sinis )

Comments are closed.