Posted in Gunting Dalam Lipatan

Kolumnis J-Star dilantik jadi pengarah komunikasi PKR

Kolumnis JStar yang disebutkan itu ialah Fahmi Fadzil, iaitu setpol Nurul Izzah.

Sifat sesumpah The JStar memang terlalu licik. Misalnya, kolum Fahmi pada 30 Ogos telah dihiasi dengan gambar patriotik Jalur Gemilang tetapi isi kandungan rencananya mempromosi bendera Malaysian Spring pembangkang.

Fahmi juga menulis dalam kolumnya di suratkhabar pro-pembangkang itu:

“Let us partake of this rallying spirit and remember all the other on-going contestations, including the fight for the memory of Merdeka Park, the fight for the truth behind the death of the Mongolian woman, and the fight for clean and fair elections. Let us keep fighting, peacefully, for a better future for us all. Selamat Hari Merdeka. Selamatlah Malaysia.”

http://www.thestar.com.my/Opinion/Online-Exclusive/On-The-Way.aspx
http://www.thestar.com.my/Opinion/Online-Exclusive/On-The-Way.aspx

Baru-baru ini Fahmi telah dilantik sebagai pengarah komunikasi PKR yang mempunyai pentas suratkhabar The J-Star untuk menyampaikan mesej Pakatan kepada audien seramai 5 juta orang penghuni bandar.

Turut diberikan corong suara JStar ialah juru strategi DAP Ong Kian Ming yang mempunyai kolum dalam suratkhabar milik MCA itu.

http://adqrate.com/newspaper/details?id=32&type=1
http://adqrate.com/newspaper/details?id=32&type=1

KOMASesuku daripada pembaca The J-Star terdiri kaum Melayu (lihat carta pai, atas). Ini kerana badan-badan kerajaan galak melanggan The Sneaky Star daripada NST.

Data Jabatan Perangkaan mengunjurkan bahawa tiga perempat daripada jumlah penduduk akan menghuni di bandar menjelang tahun 2020. Ini bermakna wadah The JStar akan lebih berkesan berbanding dengan Utusan dalam kempen PRU14.

Lebih-lebih lagi, satu suku pembaca suratkhabar bahasa Inggeris adalah golongan orang India. Kaum Cina hanya separuh daripada pembaca The J-Star. Orang Cina lebih gemar membaca suratkhabar bahasa Cina, The J-Star sebenarnya lebih menjurus kepada Jerusubang Kristian daripada ia berciri Cina.

PendudukBandar2020

Pengarang kanan The JStar June Wong menggesa supaya pembacanya mendesak kerajaan dengan pandai mengambil kesempatan tatkala pilihanraya kecil beserta pilihanraya umum akan datang.

“I have said it before and I will say it again: we can’t wait till 2035 for the right policies, their implementation and facilities to be done. It has to start now and I seriously urge fellow older voters to raise such issues using whatever platforms available, including by-elections and at the next GE.” — Sumber: Rencana nukilan June Wong (11 Sept 2013)

Pengarang-pengarang The JStar yang gemar berpolitik ini lagi kuat menghasut walaupun ia selalunya Awang Selamat yang sering ditegur oleh suratkhabar Jerusubang tersebut.

Baca juga:

Utusan lawan The J-Star

Pemandu paling banyak mengiklan di media pembangkang

Author:

I have no Faceook or Twitter.

2 thoughts on “Kolumnis J-Star dilantik jadi pengarah komunikasi PKR

  1. Helen cakap mcam mana pun sya tak caya 51% readership terdiri dari org Cina!!! Faham ke mereka baca Star atau sekadar beli untuk bungkus2 ikan, sayur dn buah2an kat pasar borong dan kedai2 runcit?

    Kan beli paper tu berbaloi, tebal. I komen ni bukan setakat main2 ya.. memang serious.

    1. re: “Kan beli paper tu berbaloi, tebal. I komen ni bukan setakat main2 ya.. memang serious.”

      Dalam bab ni, gua ‘caya lu :D

Comments are closed.