Posted in Musuh dalam Selimut

Pemandu paling banyak mengiklan di media pembangkang

Syarikat-syarikat bersangkutan dengan kerajaan (GLCs) lebih suka mengiklan dalam media pembangkang. Sebab itulah The JStar yang saban hari sarat dengan iklan boleh begitu jadi sombong sekali. Mereka mengaut keuntungan yang lumayan dan melambak-lambak.

http://www.malaysiakini.com/news/241068
http://www.malaysiakini.com/news/241068

Baru-baru ini, The Sneaky Star mengundang kontroversi apabila ia membelakangkan liputan sambutan Hari Merdeka. Sila baca ‘Melampau! The Star siarkan berita DYMM Agung & sambutan Kemerdekaan di mukasurat 20! @Najibrazak’ di blog Dr Novandri Hasan Basri.

Sungguhpun pengarang-pengarang Firsters suratkhabar itu kerap mendabik dada mencanangkan diri mereka sebagai warga yang paling kuat semangat cintakan negara, namun ianya akhbar-akhbar pesaingnya yang ikhlas menjiwai Hari Kebangsaan dan bukan wartawan pandai bermuka-muka JStar itu.

Contohnya pada 31 Ogos baru-baru ini, the New Straits Times memaparkan tajuk utama ‘Call to stay united, Merdeka spirit: Defend country’s sovereignty to move forward and develop nation, says PM’ pada muka hadapan akhbar tersebut.

Pada 1 Sept pula, NST membentangkan gambar besar bendera kebangsaan yang diangkat semasa perarakan sambutan Merdeka, diringi dengan tajuk ‘Colourful show of patriotism’ pada halaman depan.

muka_hadapan,

Selain NST, liputan hari Merdeka juga menyerlah di dada akhbar Utusan (imej atas).

Namun, sepertimana yang diketahui kita semua, The J-Star hanya memuatkan berita acara-acara Merdeka pada m/s 20.

Screenshot bawah: Komen seorang pembaca @ 2013/09/14 at 1:03 pm:

Utusan lawan The J-Star  Helen Ang 2013-09-14 14-05-36

Bukan sahaja MAS yang didakwa kurang berminat meletakkan iklan dalam akhbar Melayu Utusan.

Pemandu, iaitu badan konsultan khas kepada Perdana Menteri, telah TERLALU BANYAK mengiklan program-program ETP mereka dalam media pembangkang seperti Malaysiakini dan The J-Star.

Saya rasa ada baiknya jika wakil-wakil rakyat daripada Umno mengemukakan soalan di Dewan untuk dijawab pihak-pihak yang berwajib. Kita mengkehendaki kerajaan mendedahkan perincian butir-butir perbelanjaan iklan setakat ini oleh Pemandu.

Baca juga:

Utusan lawan The J-Star

Author:

I have no Faceook or Twitter.

8 thoughts on “Pemandu paling banyak mengiklan di media pembangkang

  1. even the sidang injil Boss of Screw DRIVER writes BS article to the Star and still being called dogs of UMNO by jerusubangite blind readers.. go figure

  2. With Najib’s Memperkasakan Ekonomi Bumiputra announcement kat UiTM mudah2an Utusan, Kosmos dan BHarian/NST sediakan satu dua pages khas everyday agar dpt memudahkan kaum Bumiputra dpt maklumat dan berita2 terkini mengenai MEB.

    Biar saja la Star dgn cerita gedik2 mereka nak entertain or menghasut Rakyat Malaysia. Mereka yang pelampau Agama tu, dengan harapan mudah2an jangan terlalu gedik sangat nanti terjangkit otak macam Jim Jones, siapa pun dah tak boleh selamatkan lagi.

    1. FYI, in MY FB Persatuan Bangsa Johor, almost everyday inform the Jiohiorean about the GOMEN program and opportunity for the Malays.

    2. Malaysiakini ,Kinisider and Star will be a hive of Malay bashing this coming week following this majlis.

      1. Kalau ikut speech, memang sedap bunyi. Tapi kena baca betul-betul, kut ada fine print ke, ada syarat-syarat yang pelik ke. Selalunya politician ni bunyi saja sedap telinga dengar tapi bila bila tiba nak implement, macam-macam syarat dan kehendak. So I’m reserving my judgment until I have read and understood this plan or plans.

        1. saya amat setuju dengan Anon… apa yang PM Najib cakap cuma saranan.

          masalahnya yang duduk kat kerusi empuk GLC… adakah mereka akan beralih arah kepada utusan untuk mengiklankan bisnes mereka atau masih kekal dengan the star.
          sekiranya mereka masih kekal dengan the star…. mungkinkah ada udang di sebalik mee?

          baik-baik membelah buluh,
          dalam buluh ada urat.
          baik-baik memeluk tubuh…
          dalam tubuh ada sifat.

          sifat apakah yang dibawa oleh ketua-ketua GLC ini? kita tunggu aje dan lihat.

  3. The corporates are giving the silent middle-finger to Utusan. The turning point was their spat with AirAsia. Utusan arrogantly said their income from AirAsia’s advertising was no more than the revenue from shampoo companies. Now even shampoo companies have reduced their advertising in that paper.

Comments are closed.