Seramai 1,823 perwakilan telah mengambil bahagian dalam proses mengundi dalam pemilihan DAP pada bulan Disember 2012 sementara dalam pemilihan DAP yang baru berlangsung semalam, 1,725 orang ahli telah membuang undi,
Dalam pemilihan asal tahun lepas, 68 calon masuk gelanggang dan nama-nama mereka dikekalkan dalam senarai ulang.
Namun kali ini, sejumlah 17 orang telah menarik diri daripada menawarkan diri sebagai calon, termasuk Ng Wei Aik (Ahli Parlimen Tanjung) dan orang kanan Lim Guan Eng manakala dua orang lagi sudah keluar parti.
Maka tinggal 49 orang calon sahaja yang bertanding kelmarin.
Dalam pemilihan 2012, calon Melayu yang paling tinggi prestasinya iaitu Ariffin S. M. Omar telah mendapat 348 undi untuk menduduki tangga ke-37.
Dalam pemilihan DAP yang baru berlangsung semalam, Ariffin kali ini berjaya meraih sebanyak 441 undi — satu angka picisan memandangkan begitu ramai calon yang sudah berundur (berlandaskan konsep ‘less man more share’, maka dengan berkurangnya bilangan calon, maka Ariffin seharusnya mendapat undi yang lebih).
Ariffin, yang kini sudah dilantik sebagai Senator DAP beserta naib pengerusi parti menggantikan kuota Melayu Tunku Aziz, hanya berjaya mengatasi prestasinya yang sebelum ini dengan tambahan 93 undi sahaja sungguhpun diberikan jawatan besar oleh Lim Guan Eng.
Jurang perbezaan undi yang diperoleh Zairil dan Ariffin begitu jauh sekali. Zairil telah mendapat 1,132 undi, yakni dia mengatasi Ariffin dengan sebanyak 691 undi.
Tahap sokongan terhadap Ariffin adalah gambaran tepat dan benar tahap sokongan yang diberikan perwakilan DAP kepada seseorang calon Melayu yang paling bagus. Tahap sokongan terhadap Zairil pula adalah gambaran palsu kerana ia atas desakan Dinasti Lim terhadap konco-konco mereka yang akur kepada arahan Dear Leader.
Calon Melayu lain yang menyusuri Senator Ariffin dalam pemilihan DAP yang lepas pada bulan Disember ialah Ahmad Ton yang telah mendapat 327 undi. Semalam beliau telah mendapat 351 undi. Jumlah 351 undi tersebut bagi Ahmad Ton adalah dekat-dekat dengan 327 undi yang pernah diperolehinya sebelum ini.
Begitulah dinamik dalam hubungan kaum dalam DAP.
Bagaimana pula hubungan MCA-Umno?
Ikutilah kenyataan-kenyataan keras yang dibuat oleh MCA tentang isu tutup aurat di Kota Bharu,
Setiausaha agung MCA memberi amaran — ‘Warning against posters at hair salons – Kelantan govt repeatedly implements ultra conservative policies’
‘Kota Baru Municipal Council once again ignores non-Muslim rights by warning hair salons’
‘Get rid of nonsensical restrictions, MCA tells Kelantan‘
‘More flak over poster warning‘
Council slammed over move to remove ‘sexy posters’
Begitu bising sekali MCA mengenai isu yang disebut di atas. Kelantangan MCA semestinya akan mengakibatkan Umno kehilangan undi Melayu.
Bersambung daripada:
You are so, so, predictable.
So now the Indian community shld not complain much as they have strong representation fm the Karpal father and son team, MIC and the Senator in the Gomen.
And to imagine out of 17m or so Malays in Malaysia, they found a Singaporean Chinese Malay-ciplak-DNA to represent the Melayus in Malaysia. If I go to China and teach BM to the 20m or so Chinese Muslims there, teach them to eat sambal belacan, budu and tempoyak, by GE14 we can easily have additional 20m instant made Malays in this world owh?
Oh ya, ramai Bangla kat Malaysia dah pandai Bahasa Malaysia, majoriti berAgama Islam dan cara hidup mudah di lentur supaya mengikut adat tradisi Melayu.. mereka pun tak lama boleh tukar jadi bangsa Melayu juga ke?
Boleh2…IniKaliLah kakis, semua pun boleh! Malaysia truly Boleh!
Haha. Kelantangan UMNO selama itu juga penyebab kenapa MCA ditolak bulat bulat oleh komuniti cina.
PARODY:::
Ini merupakan keputusan CEC PARTI BERBILANG KAUM DAP yang diadakan di One Word Hotel :
BERBILANG KAUM – 1MALAYSIA
1. Liew Chin Tong @ Leman bin chik – 1,438
2. Lim Kit Siang @ Lijah Binti Seman – 1,436
3. Karpal Singh – 1,421
4. Gobind Singh @ Ghafar bin Sani- 1,409
5. Lim Guan Eng @ Khalifah Umar Bin Erwin Joko – 1,304
6. Chong Chieng Jen – 1,294
7. Anthony Loke Siew Fook @ Ahmad Lebai Bin Seman Pok – 1,263
8. Chow Kon Yeow – 1,203
9. Fong Kui Lun – 1,193
10. Teng Chang Khim @ Suarno bin Kimin (Perwakilan Jawa Peranakan )- 1,164
11. Tony Pua @Timah Binti Puak – 1,158
12. Zairil Khir Johari – 1,132
13. Teresa Kok – 1,127
14. Chong Eng @Comel Anak Engkot (Perwakilan Sarawak)- 1,111
15. M. Kulasegaran – 1,088
16. Tan Kok Wai @ Kitan Sawai (Perwakilan Org Asal) – 1,088
17. Teo Nie Ching @ Mek Yah Binti Chomprak (Perwakilan SIam) – 1,081
18. Boo Cheng Hau – 961
19. Nga Kor Ming @ Ngah Bin Mat Keng- 956
20. Ngeh Koo Ham @ Ngah Bin Hamid – 809
Baru nampak BERBILANG KAUM DAP ni.. Syukurlah DAP sudah berubah menjadi PARTI 1MALAYSIA.
ROTFL
haha… no. 12 tu takdak alias ke?
One World, One Love, One Malaysia.
Gambaran berbilang kaum yang palsu.
When will this charade ever end ? They “elected” a “Malay” into their highest decision making body and they expect other Malays to buy it ? Come on la ! They think Malays are that ignorant ? Please la ! Stop this charade. Malays are not offended by this charade. Malays know what this is all about. The Malays in The Dynastic Action Party are not real Malays. They are phony Malays. Once upon a time there were indeed Malays in that party but that’s history now.
Pemilihan CEC: Calon-calon Melayu DAP masih dipandang enteng
Salah kak Helen, yang betulnya
Pemilihan CEC: Calon-calon Melayu DAP masih dipandang sebagai halimunan (hari ini, semalam, esok dan selama-lamanya)
50 sen sudah beli seorang Melayu dalam DAP, ada yang nak beli ke?