Posted in Uncategorized

Pemandu teksi, 66, meninggal selepas dibelasah

Takziah buat keluarga Hiew Chen Guang yang meninggal dunia petang semalam.

Beliau telah berada dalam keadaan koma selama seminggu selepas dibelasah oleh seorang penunggang motosikal.

Hiew Chen Guang

Mengikut anaknya Chun Wei, bapanya mengalami pendarahan dalaman dalam kepala ekoran ditumbuk berkali-kali.

Warga emas itu dipukul apabila arwah sedang memandu teksi di Jalan Kelang Lama kira-kira pukul 7 pagi pada 30 September lalu.

Pemandu teksi tersebut yang berumur 66 tahun dikatakan terlanggar seorang penunggang motosikal di hadapannya.

Seorang saksi dilaporkan berkata mangsa kemudiannya diserang oleh seorang penunggang motosikal yang lain.

Diminta sesiapa yang menyaksikan serangan tersebut untuk tolong bantu polis dalam siasatan mereka. Nombor talian panas Bukit Aman ialah 03-2031 9999; nombor Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur ialah 03-2146 0585.

If you know anyone who witnessed the incident, please do urge them to provide information to the police.

Author:

I have no Faceook or Twitter.