Posted in Gunting Dalam Lipatan

MELAMPAU! Terang-terang menghasut dan menggugat keamanan negara

Muka depan The J-Star hari ini membentangkan tajuk ‘Voting in the “third Parliament”.’

Suratkhabar milik MCA tersebut mengibaratkan sidang Umno sebagai cabang Parlimen yang ketiga di samping Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Tindakan The J-Star ini nyata sekali bertujuan untuk menimbulkan rasa benci dan tidak puas hati rakyat terhadap pentadbiran negara.

Mahupun ia adalah yang paling besar namun Umno masih sekadar sebuah parti politik sahaja. Siapa tahu, mungkin dalam pilihan raya umum yang akan datang pembangkang boleh berjaya menendang keluar BN.

Wakil-wakil Rakyat di Dewan Rakyat adalah penggubal undang-undang. Wakil-wakil Senator dalam Dewan Negara mempunyai peranan dalam meluluskan rang undang-undang yang melepasi pengundian di Dewan Rakyat.

Para perwakilan Umno tidak mempunyai peranan yang boleh dibandingkan dengan Ahli Parlimen atau Senator. Jadi apakah sebenarnya niat The J-Star melekatkkan label ‘Parlimen Ketiga’ kepada perhimpunan perwakilan Umno?

jStarOct10

Berkaitan:

Scissorati dalam Kementerian — KJ provides Dapster with “first hand knowledge of what is going on in the Umno ministries”

Author:

I have no Faceook or Twitter.

51 thoughts on “MELAMPAU! Terang-terang menghasut dan menggugat keamanan negara

  1. What Star mentioned is true. UMNO election will decide who hold the power in federal gov. They can even change PM and DPM and minister in cabinet which the Parliament can’t even do so. So it is not wrong to say that UMNO is the third parliament.

    1. Hullo, you know how to separate party and state or not? Or are you like the typical Dapster who – because they hate Umno – they project their hate on to His Majesty and Their Royal Highnesses, on the national flag, the national anthem and the national badminton player?

      Dewan Rakyat and Dewan Negara come from the Federal Constitution. Umno is not provided for under the FedCon. Umno was even once declared illegal by the ROS. No Umno. Umno ceased to exist. Dr M registered Umno Baru.

      The same can’t be said of the Dewan Rakyat and Dewan Negara. What the MCA-controlled paper has done is plain seditious!

        1. ‘Umno was even once declared illegal by the ROS. No Umno. Umno ceased to exist. Dr M registered Umno Baru.’

          I don’t think that ‘malaysian’ up there, as if all of us is less malaysians than him, even existed when that took place. They don’t read the local sejarah maa. Its all UMNO lies maa!

    2. I setuju 150% apa yang dicatatkan oleh “malaysian”. Kesian i lihat Helen sehingga berbuih mulutnya untuk mempertahankan UMNO itu itu betul dan benar…!

      Di atas kertas memanglah benar apa yang Helen catat dan dakwakan – “Umno is not provided for under the FedCon.”

      Tetapi apakah mereka (UMNO), selama ini berbuat segala perkara mengikut peraturan…? Mereka berkuasa dan mereka boleh berbuat apa saja. Mereka boleh sorokkan kebenaran dan memadamkan data mengikut keperluan.

      Sebagai contoh yang nyata, rekod kemasukan Altantuya ke negara ini telah dihapuskan setelah dia dibunuh…! Ini kerja siapa…? Mereka juga berupaya membendung abu mayat seseorang dari masuk ke negara ini dengan mengarahkan ramai kakitangan keselamatan untuk berbuat demikian.

      Anihnya mereka gagal untuk menghalang kemasukan@penyeludupan dadah, senjata api dan perempuan sundal ke negara ini…

      Sorry to say Helen…, manusia kalau dah benci, getik, tidak suka dan meluat…, apa saja yang dibuat dan sebaik mana sekalipun perbuatan itu, semuanya dipandang buruk dan hodoh belaka.

      Tambahan pula mereka itu hanya 47% sahaja yang menyokonganya…! Sebuah imej dan data yang tidak boleh dipadam…..

      1. Muda,

        Tidak perlu rasa belas kasihan pada Helen kerana dia arif akan implikasi akibat dari luahan pemikirannya..

        Saya terlebih rasa kasihan pada anda kerana hanya menelan apa yang di suapkan kepada anda oleh pembangkang. Contoh rekod kemasukan yang anda uar uar kan itu samalah taraf nilainya dengan gambar najib dan altantuya sedang menjamu selera yang di cipta oleh pemimpin agung anda, si Tian chua.. juga sama taraf nya dengan gambar Rosmah di tempat kejadian yg diedarkan oleh Raja Petra..

        Apa komen anda dengan perbuatan Tian Chua? adakah anda benci, tidak suka dan meluat akan perbuatan Tian Chua ini sebagaimana yang awak rasa pada UMNO?

        Dapster dan anak anak buahnya (PKR dan PAS) perlu menaburkan pelbagai tuduhan kepada UMNO kerana UMNO lah tunggak pemerintahan kerajaan sedia ada seperti yang diakui oleh The Star.. Parlimen ke 3 adalah satu pengiktirafan kepada UMNO.

      2. Berbangga dengan 47%?.. lol… 47% dari 13juta pengundi.. daripada 13 juta.. hanya 80% yg datang.. so 47% daripada 80% yg datang(13juta)… bukannya 47% daripada 29/30 juta rakyat Malaysia..

        Saya akan mengundi 4 thun akan datang, and saya akan undi BN :).. saya akan berkahwin tahun ini, dan isteri sya juga akan mendundi BN.. problem? … masih banyk lg penyokong BN yg belum layak mengundi,, dont you worry :)

        1. Terimakasih kepada saudara Abu Bakar kerana memberi pandangan dan reaksi balas lantaran komentar dari saya.

          Semua orang ada hak untuk menyuarakan pandangan dan isihatinya mengenai sesuatu perkara lebih-lebih lagi berkait dengan soal urustadbir pemerintahan negara.

          Kita meraikan kepelbagaian di sini dengan hujah yang bersandarkan fakta. Saudara nak memberi sokongan kepada sesiapapun, ianya tidak menjadi halangan dan masalah kepada orang lain. Perlembagaan dan Undang-Undang di negara ini membenarkan sesiapa saja berbuat denikian. Ajak dan jemputlah seluruh ahli keluarga, rakan dan taulan serta masyarakat setempat untuk bersama dengan anda memperjuangkan fahaman politik yang anda sokong untuk kelangsungan hidup yang sejahtera…..!

          Semua ini memerlukan hujah yang kukuh bersandarkan bukti-bukti yang nyata…!

          Kita ambik saja contoh terbaru iaitu berkaitan dengan Lapuran Audit Negara. Setelah diteliti, banyak berlaku kepincangan urustadbir, ketirisan dan rasuah.

          SPRM kata penyelewengan dan pembaziran jutaan wang rakyat seperti didedahkan oleh LAPURAN AUDIT NEGARA berpunca daripada “kebodohan dan kecuaian”. Inilah salah satu bencana yang perlu ditanggung oleh para pengundi yang memilih kerajaan, agar tidak membuat pilihan yang silap iaitu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya

          Dalam bahasa kasarnya, inilah bencana yang terpaksa ditanggung oleh rakyat bila pilih orang bodoh mentadbir negara. Siapa yang pilih? Sudah tentu orang-orang seperti saudara Abu Bakar,isteri beliau, keluarga dan kaum kerabat…! Termasuklah di dalamnya Ibni Ismail dan keluarga.

          Berkatalah orang yang mengetuai SPRM, bahawa undang-undang negara ini tidak boleh mendakwa “kecuaian dan kebodohan ” sebagai kesalahan. Maka terlepaslah mereka di dunia ini dari sebarang dakwaan walaupun terlibat dengan pelbagai penyelewengan dan salahguna kuasa.

          Tambahnya lagi(SPRM), keadaan ini sangat berbeza dengan negara-negara maju, sesiapa saja yang mempunyai salahlaku awam dan pihak yang cuai serta menyebabkan kerugian wang rakyat boleh didakwa dan diheret ke mahkamah.

          Apa-apa laa…., asalkan Malaysia ini aman meskipun berlaku tembak-menembak…, terbunuh dan membunuh di sana-sini…

          1. Muda,

            Setuju dengan saudara berkaitan hak untuk kita berbeza pandangan.. cuma pastinya saudara juga bersetuju akan kesantunan bila berbeza pemikiran..

            Kebodohan dan kecuaian yang saudara maksudkan dari Laporan Audit Negara itu seharusnya ditujukan kepada kakitangan awam bukan nya ahli politik. Mohon saudara fahami akan perbezaan di antara penjawat awam dengan parti pemerintah. Seharusnya selepas diberi peluang untuk mentadbir selangor dan pulai pinang, kalian lebih faham akan sistem pentadbiran negara/negeri kita.

            Keluhan SPRM berkaitan ‘kebodohan dan kecuaian’ adalah berkisar kepada tiadanya undang undang yang boleh menghukum penjawat awam yang bodoh dan cuai.

            Penjawat awam juga bukanlah 100 % menyokong UMNO malahan jika di ambilkira akan peratusan undi popular 47% spt tuan dan rakan2 sealiran tuan bangga bangga kan itu, makanya ia bermaksud penjawat awam yang bodoh dan cuai itu 53% adalah yang sealiran dengan tuan.

            Saudara juga masih enggan menjawab akan apakah pendirian saudara berkaitan isu gambar najib dan altantuya yang dicipta oleh Tian Chua.. Saya yakin tuan akan bersetuju dan menganggap Tian Chua sebagai lagenda.

            1. Terimakasih Ibni Ismail kerana memberi maklumbalas dengan segera dari komentar saya.

              Penjawat awam ialah mereka yang dikenali sebagai orang “makan gaji”. Mereka menyempurnakan setiap tugasan bergantung dari arahan orang atasan. Mereka tidak boleh buat pandai-pandai sendiri tentang jumlah perbelanjaan sesuatu perkara@projek.

              Siapakah orang atasan ataupun manusia yang paling bertanggungjawab dalam sesebuah kementerian…? Fahamkah apa yang saya maksudkan…? Adakah penjawat awam yang meluluskan setiap perbelanjaan…?

              Sebagai contoh…, tahukah anda bahawa kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato Najib membelanjakan RM 67.61 juta (RM 67,610,000.00) untuk Hari Belia 2012 pada tahun lepas.

              Dan bayaran RM100,000.00 dibuat kepada setiap blogger Umno untuk promosi Hari Belia 2012 dan dalam masa yang sama ada belia yang merangkak nak bayar PTPTN. Apa yang belia kita dapat dari Acara Hari Belia tersebut hari ini? Cuba tanya pada kerajaan yang anda berikan sokongan tidak berbelah bagi itu….

              Apabila saya kemukakan tentang rekod kemasukan Altantuya ke negara ini telah dipadam…, anda menjadi melenting tidak keruan. Sedangkan fakta ini adalah hujah yang terdapat dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya dalam mahkamah.

              Lantas anda membabitkan pula – isu gambar Najib dan Altantuya yang dicipta oleh Tian Chua. Apa ada kaitan dengan hujah saya…?

              Cuma jika anda tidak berpuashati dengan perkara tersebut…, sila ambil tindakan mahkamah untuk mendapatkan keadilan kepada Presiden UMNO itu. Perkara ini sudah pasti berupaya membersihkan imej Najib yang sangat tercela dan memalukan negara Malaysia ini kerana dia adalah Perdana Menteri.

              Jika cukup bukti terkumpul semua itu rekaan dan fitnah semata-mata…, anda boleh bertindak bagi pihak Najib dan ianya sudah tentu mendapat penghargaan yang sangat besar dari kak Mah dan ahli-ahli UMNO. Malangnya sehingga kini Najib pun tidak bising pada TIan Chua dan tidak mengambil apa-apa tindakan…, tetapi Ibni Ismail pulak yang lebih sudu dari kuah dan alah pucuk sebab pelepah…!

              Berkata Imam Shafie…, “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil…, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”

      3. Bukan untuk mempertahankan UMNO, tetapi atas perasaan balas dendam terhadap suratkhabar ‘The Star’.

        Hanya kerana mengupah bekas wartawan dari Star, Khairy kini menjadi sasarannya. Sebelum ini, jarang pernah ada tulisan tentang Khairy dalam blog ini.

    3. This time I agree with you.. that’s why all the Dapster and their spinner keep attack UMNO..

  2. Why not compare Dapster’s 3rd Parliament with UMNO’s 3rd Parliament?. Fair what?. Where BERSHIT should be concentrate on to? Hohohoho

    1. Dunno but all the yellow ballot papers in the J-Star front page photo sure reminds us of the Bersih colour.

    1. Of course Umno is highly influential but the party in no way constitutes the “third Parliament”. This type analogy is akin to saying that a powerful and highly respected man in Malaysia is the “second” Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

      You cannot exalt an individual to the position of a second YDP Agong. Saying Umno is third Parliament is seditious.

      1. quote,”Saying Umno is third Parliament is seditious”unquote.

        i sent an email to the editor telling him that. i wonder whether he will reply my email.

        :)

      2. Helen,

        It boils down to “intention’.

        It is plain seditious actually. But of course, UMNO being “tidak apa” party cares not what rubbish told about it.

        1. re: “It boils down to “intention’. It is plain seditious actually.”

          Memang niat jahat. Tetapi pada masa yang sama J-Star Evangelista cukup licik. Sampai pejabat Menteri Umno pun mereka berjaya menyusup masuk.

          1. Helen ang,

            “…Cukup licik. Sampai pejabat Menteri UMNO…”

            Bukan soal licik. Itu soal Menteri UMNO yang tak kisah. Dia kan Ketua Pemuda UMNO. Tak adakah seorang pun Pemuda UMNO yang layak jadi setiausaha Politiknya? Bukankah satu perkara bodoh lantikkan yang dia buat sekarang ni?

            Seperti juga tiada langsung balasan dari menteri menteri UMNO bila Tony Pua kata ROS “anjing UMNO’.

            Jika saya jadi Menteri UMNO, saya akan balas “Tony Pua barua komunis”.

            1. KJ ni musuh dalam selimut. Dia tak boleh dipercayai. Sebab dia lantik Regina, rata-rata dia rasa BN mungkin akan tewas dalam PRU14, dia cari pintu belakang masuk PR kalau-kalau PR menang PRU14. Dia ni opportunist.

      3. “You cannot exalt an individual to the position of a second YDP Agong. Saying Umno is third Parliament is seditious.”

        For an ex journalist, you fail to get the idea of ‘figure of speech’.

        A newspaper article about a new social media website as ‘the next Facebook’ does not exalt the founders of the website to the position of billionaire Mark Zuckerberg. Referring to Bukit Bintang’s Golden Triangle as a ‘shoppers mecca’ or ‘shopping paradise’ does not seditiously exalt the location to the same level as a holy city or religious faith.

        1. Is referring to the founder of a new social media as “the second Mark Zuckerberg” anything like referring to a distinguished and highly respected Malaysian individual as “the second Yang DiPertuan Agong”?

          Don’t be disingenuous in trying to spin that The J-Star did not have any niat jahat in splashing the banner headline that Umno is the “third parliament”.

          1. “Is referring to the founder of a new social media as “the second Mark Zuckerberg” anything like referring to a distinguished and highly respected Malaysian individual as “the second Yang DiPertuan Agong”?”

            And how is saying that UMNO is the ‘Third Parliament’ equivalent to calling a person a second Agong?

            Is labelling a person or a voting segment as a ‘kingmaker’ an affront to the royalty?

            1. There is only ONE Parliament in Malaysia. Parliament comprises constitutionally YDP, Dewan Rakyat and Dewan Negara.

              1. And using the word “third parliament” as a figure of speech does not usurp the Agong. It is similar as using the word “kingmaker” to refer to a person or group that has power (direct or indirect, great or small) to tip the political see-saw.

                1. Our Parliament comprises DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong, Dewan Rakyat and Dewan Negara. Our Federal Constitution does not stipulate that Dewan Umno comes after Dewan Rakyat and Dewan Negara to make up three Houses.

                  The Trinity is three: Father, Son and Holy Ghost. To take away one of them (say ditch the HG) would be blasphemous, particularly if the niat is jahat.

                  Similarly the Christians wanting to add two more entities to Allah is blasphemy. What The J-Star did, in my opinion, was sedition in the sense of sowing discord and hate. (However I personally do not support the Sedition Act, just as I do not support the ISA, EO or the PCA that allows for detention of four or more years without trial.

                2. “Our Parliament comprises DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong, Dewan Rakyat and Dewan Negara. Our Federal Constitution does not stipulate that Dewan Umno comes after Dewan Rakyat and Dewan Negara to make up three Houses.”

                  This is if you take things literally and are unable to understand the concept of figure of speech.

                  1. re: “This is if you take things literally and are unable to understand the concept of figure of speech.”

                    It is deliberate hate speech by The J-Star and meant to incite. Like I said before, please don’t lah sahaja buat-buat tak tahu (be disingenuous).

                    1. I see that you insist on taking it literally, against the flow of logic that it is a figure of speech.

                      It really shows how desperately you are grasping at straws to score points against that newspaper.

  3. hi helen,

    i thought the j-stars are brilliant since they donkeying their own employer.

    by their standard, they ought to be smart but alas, like the failed accountant, they too fails when it comes to number. at least their iguana idol fails when it comes to ribu2 vote. but this corporation fails even the number 3 also. haiyaa… what is happening in the j-star?

    err…is there any more vacancy helen? apart from name-calling, i can also count more than 3. hehe. jokes aside, since our school days, we have been taught that there’s only ONE parliament in Malaysia. no such thing as 2nd, 3rd, 4th or zillions.

    This Parliament consist of YDPA, House of Representative (Dewan Rakyat) and House of Senate (Dewan Negara). The House of Senate IS NOT in a separate Parliament. So this analyst which is anonymous as usual, counts the House of Senate or Dewan Negara as the 2nd Parliament. hehe i rotfl reading the article. i wonder who the heck this ‘analyst’ fella.

    since every major newspaper have dedicated newsdesk at the Parliament, i assume the reporter might have interviewed makcik kantin or tukang kebun that works at the Parliament for some in sight analysis of UMNO election. so scissoratis, answer this since i have rebutted your third world journalism : where is the 2nd Parliament actually? DAP CEC?

  4. now “they” are really making preparation big time for GE 14. Just recently, those school A level and sixth form students (all 19 years old and eligible to vote come GE14) were offered free online J-Star subscription for a year. What is the motive? Go figure it out.

    The UMNO election is 3rd parliment election spilled front page is really clearly seditious.

  5. ummm i think umno would agree with star. n star seem to have many fans from this site, takde paper lain ke?

  6. The Star will keep doing it Helen no matter what. No one has the balls to stop them. You still have doubt in the power of money?

    1. re: “The Star will keep doing it Helen no matter what. No one has the balls to stop them.”

      Only the Tun can.

        1. With the recent spate of DAP state level politician pouring out how dissatisfied they are with the Lim’s controlling the DAP, perhaps we would see another orchestration aka drama of the ex DAP joining MCA in trickle at first and later in bigger bunch… but wait …what would be dramatic is when in come voting GE14.. again the BN would be abandoned, but now by DAP Lim’s gang and DAP non Lim’s gang aka MCA…

          Dont you just love drama eh?

  7. What is the real theological background of the Jerusubang-Star neocon-trinitarians with acute worldly ambitions?

    The Truth about Christianity: [YouTube]

    Whence the true disciples of Jesus (peace be upon him)?

    Extreme Pilgrim – Ascetic Christianity [YouTube]

Comments are closed.