Prestasi hambar Mohd Ali Rustam dalam pemilihan Umno pada Sabtu lepas menjadi bahan umpatan bagi Lim Kit Siang and konco-konconya.
Mursyidul Am DAP itu telah mengejek: Adakah beliau akan sekali lagi menyalahkan orang Cina?
Hari ini juga sebuah rencana karangan Kee Thuan Chye disiarkan di blog Kit Siang.
Kee telah menajukan buah pendapatnya bahawa kekalahan Ali Rustam di kawasan Parlimen Bukit Katil, Melaka dalam PRU13 bukan angkara penolakan BN oleh para pemilih Cina khususnya — “So for him to blame the Chinese was simply unfair as the majority of the [Bukit Katil] voters were Malays”.
Kee juga mendakwa bahawa tewasnya Ali Rustam baru-baru ini di pemilihan Umno – yang perwakilan parti rata-rata terdiri orang Melayu – merupakan “a vindication of the fact that the outcome of GE13 was not, contrary to what Umno President and Prime Minister Najib Razak claimed, due to a ‘Chinese tsunami’. Barisan Nasional (BN) did worse at GE13 because other races rejected it, including the Malays”.
Bermaksud Kee (dan Kit Siang) tetap menolak hakikat bahawa berlaku tsunami Cina. Dapster-Dapster ini memang jenis yang akan menegakkan benang basah sampai hari kiamat.
Statistik kerusi Bukit Katil
Kawasan tersebut mempunyai seramai 99,438 orang pemilih
Melayu: 52,493 pemilih
Cina: 40,521 pemilih
India: 5,678 pemilih

Sebanyak 88.6 peratus keluar mengundi (voter turnout). Maka dianggarkan jumlah pemilih yang mengundi pada tempoh hari (5 Mei) mengikut etnik adalah lebih kurang
Melayu: 46,509 pemilih
Cina: 35,902 pemilih
India: 5,031 pemilih
Seterusnya, kita andaikan separuh daripada pemilih keturunan India beserta 85 peratus pemilih Cina (“85%” ialah peratusan yang disebut Chua Soi Lek) telah memberi sokongan mereka kepada BN (pembetulan) pembangkang.
Jadi, Ali Rustam mungkin telah memperolehi kira-kira 2,516 undi India (50%) dan 5,385 undi Cina (15%). Dicampurkan sekali, ianya 7,901 undi.
Angka-angka di atas adalah andaian konservatif kerana sebenarnya voter turnout di kalangan kaum Cina merupakan yang paling tinggi. Di samping itu, sokongan Cina bagi pihak pembangkang di kawasan bandar mungkin mencecah 90 peratus, dan bukan sekadar 85 peratus sepertimana yang telah sedia diakui presiden MCA Dr Chua.
Ali Rustam menerima 40,720 undi semuanya dalam pemilihan PRU13 di kawasan Parlimen yang ditandinginya.
Besar kemungkinan sekitar (40,720-7,901 undi bukan Melayu=) 32,819 undi Melayu diserahkan kepada BN-Umno di Bukit Katil.
Andaikata 32,819 Melayu penyokong Umno, daripada 46,509 pemilih Melayu yang telah keluar mengundi di Bukit Katil, ialah 70.6 peratus!
Fuyoh!! Kalau dah lah Umno meraih lebih 70% sokongan kaum Melayu, maka adakah wajar kegagalan Ali Rustam disalahkan kepada golongan Melayu?
Namun Kit Siang, Kee dan Dapster-Dapster yang sewaktu masih lagi mahu dengan kelentong mereka bahawa ia bukannya Cina yang telah menendang keluar ketua Menteri Melaka itu.
Bersambung:
You are right. The support for PR among the Chinese were at 88% taken at an average at national level. But at many states it was easily above 90%. Based on my analysis, KL, Selangor, Penang and Johor were the highest.
I have analysed the results at constituency level and for Bukit Katil the Chinese support was around 15% for BN, which is relatively high for a west coast semi-urban area. In some areas in KL, Penang and Selangor the support for PR touched 98%. It is almost impossible for BN to win if the Chinese voters’ % exceeds 35%. This is what I wrote in my analysis:
——————————————————————————————-
The 2nd proof of the Chinese factor can be seen from the voting pattern of the Chinese majority constituencies. Of the Top 40 districts with highest % of Chinese voters, 38 won by PR – a whopping 95%!
If we rank these seats by ascending order % Chinese voters, astonishingly, DAP made a clean sweep of all top 36 districts. BN only captured seats No # 37 and # 38 with PKR securing the balance 2 seats.
MCA won in Tanjung Piai because Johor’s Malays and Indians overwhelming supported BN while the party also won Labis by a razor-thin margin probably due to local and historical factors.
BN did not win a single seat where the Chinese voters’ ratio was more than 50%.
On the other hand all seats won DAP in areas with 37% of more Chinese voters.
Out of the 46 Chinese majority seats in the country, DAP won 43 while MCA, MIC and PBS captured the other three seats (Labis, Segamat and Tawau). This is a staggering success rate of 93% and clearly shows the almost unanimous support of the Chinese community to PR.
And of the 84 seats with Chinese voting population of more than 30%, Pakatan won 61 that is a 73% success rate.
In fact of the 89 seats secured by PR in the 13th GE, 67 seats were won with the help of the Chinese voters (75%). The average % of Chinese voters in the seats won by PR was 41.5%.
Again, all these statistics show one fact very, very clearly and indisputably – that there was indeed a Chinese Tsunami.
Thanks for the analysis Calvin. I’m glad that my premise of 15% Chinese for BN in Bukit Katil tallies with your findings.
Helen,
Inilah indahnya seni politik. Ali Rustam pastinya faham akan realiti kehidupan ahli politik.
Penolakan pengundi cina semasa PRU 13 dan penolakan pengundi UMNO (Melaka khususnya) adalah dua perkara yang sama dan berbeza dalam satu masa.
Sama adalah kerana kedua dua penolakan ini adalah bermotifkan kekuasaan politik namun berbeza maksud tujuan penolakan tersebut.
Pengundi cina menolak Ali dan seluruh calun BN kerana mahu memastikan mereka menguasai politik pula setelah puas hati dengan penguasaan ekonomi. Mereka yakin bahawa PRU 13 adalah masa terbaik untuk memastikan kuasa politik dan ekonomi dikuasai mereka.
Perwakilan UMNO melaka pula menolak Ali untuk memastikan politik Melaka dikuasai oleh ketua menteri baru mereka. Kemenangan Ali sebagai Naib Presiden pastinya akan menenggelamkan kredibiliti KM Idris. Mana boleh satu negeri sekecil Melaka mempunyai 2 pemimpin besar. Ali Rustam sepatutnya tahu bahawa beliau tidak boleh ‘over stay’..
DAP sememangnya lah risau akan kegagalan merampas kuasa dari UMNO (dibaca sebagai Melayu). Dengan anggaran 90% pengundi Cina menolak BN, pemerintahan yang dikuasai oleh UMNO tetap kekal malahan kerusi UMNO semakin kukuh. Sokongan pengundi Melayu kepada UMNO dilihat semakin kukuh berbanding PAS. Keadaan ini disedari oleh PAS dan sudah mula kedengaran suara minta dikaji semula kedudukan PAS dalam PR.
Terima kasih juga kepada hantukan keras oleh pengundi cina dalam PRU 13.. Hantukan ini menyebabkan kami orang melayu sedar akan keboleh percayaan kami kepada setiakawan saudara cina kami perlu sentiasa diawasi.. Mereka ini akan mengigit bila kami terleka.
Untuk menyatakan sokongan melayu kepada Umno itu pudar atas dasar pemilihan VP adalah tidak tepat. Tetapi harus ingat bahawa pada masa sekarang, orang melayu tiada alternatif selain dari Umno.
Semakin kuat DAP mempertikaikan melayu semakin kuat sokongan mereka kepada Umno. Jika DAP diihat sebagai pahlawan Cina, Umno pula dianggap sebagai pahlawan melayu. Dan di situlah sokongan end-bloc melayu akan pergi.
Diam melayu banyak maknanya. Ini dibuktikan pada GE13 undi Melayu kepada Umno meningkat disebalik keriuhan suara pengundi cina. Itu baru separuh dari yang bukan penyokong tegar Umno bertekad untuk mengundi Umno.
Dengan keadaan DAP yang dilihat semakin kurang ajar, saya tidak hairan jika pada GE14, peratusan undi melayu kepada Umno meningkat. Ini kerana, melayu tidak lagi melihat isu ini sebagai politik, ramai melayu melihat isu ini sebagai survival kewujudan dan ketuanan mereka ditanah air mereka sendiri.
Dan itulah antara alasan kenapa Umno masih menjadi pilihan beberapa teman yang saya tahu bukan ahli Umno tetapi mengundi Umno pada GE13 lalu. Dan atas kekurang ajaran DAP membuatkan beberapa rakan melayu yang mengundi pembangkang kini kian menyesali tindakan tersebut dan bertekad untuk mengundi Umno pada GE14 tak kira siapa calon. Asalkan melayu Umno.
:) sarah
Penat dah ulas hal ni Sarah.. Tak Kuaso Den lai…
memang ponek tapi cam-no hakikek eh cam tu..hehhehheh
:Dsarah
Sarah.
Yup. Orang Melayu tak ada pilihan sebenarnya. Nak harapkan PKR, orang melsyu pun tahu ada golongan Nanbi tak mengaku umat. Nak harapkan PAS , ia “merafak sembah” DAP.
Jadi UMNO lah pilihan yang ada. Kerana “iman dan takwa”, maka orang melayu berjaya kekalkan kerajaan BN( maknanya UMNO).
Seperti yang saya katakan, segala strategi Najib tak menjadi. 1 Malaysia, ETP, GTP, PEMANDU, sttrategi lautan Biru semuanya tak bawa undi.
Yang gigih ingatkan Melayu akan malapetaka jika UMNO tumbang ialah makcik makcik UMNO, Jika tidak sudah berakhir kuasa politik Umat Nabi di negeri ini..
To Kit Siang…Microsoft called, they want you to register your counterfeit MsExcel so that in the next CEC, there’ll be no mistake.
Maybe Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia should check whether all computers in DAP premises are using pirated Microsoft softwares as they are very much related and guardian to the lanun cetak rompak.