Posted in Dosa Umno

PPTA sebenarnya pakar perancangan sulit

Bekas naib pengerusi DAP Sdr Zulkifli Mohd Noor hari ini mengumumkan peletakan jawatan-jawatan beliau dalam parti. Ini mesti gara-gara sandiwara yang melibatkan dalang di sebalik tabir — yakni tangan Umno.

Umno adalah penyebab kenapa beliau melepaskan jawatan DAPnya.

Zulkifli Mohd Noor

Kata Zulkifli dalam kenyataan medianya tadi:

“Justeru itu tindakan yang saya ambil berkenaan adalah di dalam situasi suai munafaat berasaskan kepada kedudukan terkini pemimpin parti DAP yang dilihat telah jauh tersasar dari sudut kepimpinan mereka sama ada menerusi parti mahupun melalui kerajaan negeri.”

Bunyi kritikan Zulkifli pun umpama orang Umno. Pastilah ia Umno yang mendorong beliau untuk berkata demikian.

TunkuAzizDemocraticDAP

Sambungnya lagi:

“Saya tidak terkhilaf mengatakan bahawa cara kepimpinan kerajaan negeri pada hari ini adalah tidak menyebelahi rakyat. Sebaliknya dilihat telah memesong kepada pemerintahan kuku besi yang hanya menguntungkan golongan yang bertaraf ‘elit’ sahaja.”

Ini sebuah fitnah Umno terhadap DAP. Memang diyakini bahawa Zulkifli membuat tuduhan ini atas desakan Umno.

“Perjuangan asal DAP yang bertunjangkan sosial demokrat kini telah bertukar haluan kepada kapitalisme dan diktator,” katanya lagi. Pembohongan demi pembohongan dikeluarkan Umno tentang pemimpin tersayang anak-beranak DAP itu.

“Diktator?” Mana ada …

kgepointsface

Zulkifli sudah menjadi ahli DAP selama 26 tahun.

Itulah. Umno begitu cekap mencongak sementelah membuat perancangan ke depan (forward planning) meletakkan beliau selaku Trojan Horse dalam DAP sejak 26 tahun dulu lagi.

Dalam kenyataannya juga, Zulkifli mendakwa gelaran ‘Saidina Umar Abdul Aziz’ itu yang suka dipakai Lim Guan Eng adalah merupakan retorik semata-mata yang tidak membawa sebarang erti.

double face
I’m Umar Lim

Sesiapa yang bertanggapan sinis terhadap setiausaha-agung DAP yang tersohor itu tidak lain dan tidak bukan seorang “ejen Umno”!

“Justeru itu, saya berpandangan bahawa cara pemerintahan sekarang adalah bertentangan dengan prinsip dan pegangan hidup saya,” kata Zulkifli.

Barang sesiapa yang tidak memberi sokongan padunya kepada pemerintahan Lim beranak, maka orang itu dianggap sebagai musuh ketat DAP. Seseorang yang berseteru dengan DAP semestinya berprinsip dan berpegangan hidup cara Umno.

DAPpowerlust

Tindakan yang diambil Zulkifli adalah salah Umno sepertimana ketidakpuasan hati Tunku Aziz Ibrahim (gambar poster, atas) sebelum ini pun salah Umno.

Arahan ROS kepada DAP untuk mengadakan semula pemilihan dalam parti turut juga disalahkan kepada Umno.

Hannah Yeoh gagal menjaga diet-nya dan melebar pun salah Umno jua. Semua salah Umno.

Can you think of a single thing that is NOT Umno’s fault?

HannahOnStage

Dikemaskini: 4.30 pagi

Author:

I have no Faceook or Twitter.

8 thoughts on “PPTA sebenarnya pakar perancangan sulit

  1. Hannah Yeoh badannya semakin melebar sebab sebelum ini UMNO gagal kurangkan subsidi gula. Semuanya salah UMNO

  2. One by one, people who served DAP for soo long getting sideline just because they not the hardcore supporter of Lim family. If this continue, I suggest DAP change their name to LDAP = Lim Democratic Action Party….

    ;P sarah

  3. Well, for one thing the private sector discriminating Malays is not UMNO’s fault.

    It’s the Malays fault for being ‘low quality’.

    How about that?

  4. re: Zulkifli mendakwa gelaran ‘Saidina Umar Abdul Aziz’ itu yang suka dipakai Lim Guan Eng adalah merupakan retorik semata-mata yang tidak membawa sebarang erti.

    Ah Guan, Ah Guan, lu tolong lah Ayah dah bagi namamu jangan main-main macam budak lagi la oi.
    Umar Abdul Aziz bila terjadi Khalifah atas negara yang amat besar itu, apabila datangnya waktu malam dia sengaja padam lampu minyak rumahnya kalau dia tak dapat beli minyak lampu dengan duitnya sendiri….. dia se orang pemimpin rakyat yang tak ada power untuk dirinya sendiri tahu tak?

  5. Good write. Jangan lupa. Umno juga yang membuat tokong LGE jadi bongkak dan rasis supaya DAP dibenci dan kalah nanti. Ini semua perancangan UMNO yang rapi dari dulu lagi supaya LGE menjadi anak LKS untuk membolehkan UMNO mengutuk DAP sebagai pengamal nepotisma terulung di dunia.

Comments are closed.