Posted in Evangelista Bintang Tiga

Utusan: Cina mahu jatuhkan kuasa Melayu / dan inilah kaedahnya

Lidah pengarang Utusan Awang Selamat hari ini berkata:

“… betapa kerajaan banyak memenuhi tuntutan bersifat perkauman, kaum Cina tetap mahu menjatuhkan kuasa politik Melayu. Tuntutan untuk hak sama rata dijadikan alasan bagi masyarakat Cina mengikat diri taksub menyokong parti ekstrem DAP”.

.
Sokongan seratus peratus diserahkan DAP adalah satu-satunya pilihan yang tinggal pada masyarakat Cina kerana sudah tiada peranan untuk dimainkan Cina dalam BN. Continue reading “Utusan: Cina mahu jatuhkan kuasa Melayu / dan inilah kaedahnya”

Posted in Evangelista Bintang Tiga

Sebabnya DAP 3.0 tidak perlu pemimpin Melayu tulen

Ahmad Nor adalah pemimpin DAP Melayu pertama yang berjaya memenangi sebuah kerusi Parlimen. Beliau dipilih menjadi Ahli Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang dalam tahun 1990.

Itu tatkala zaman DAP ori sesuku abad dahulu. DAP sekarang lain.

Nilai Melayu dalam parti evangelista tersebut pada masa kini hanya 5 sen, kata Amran Ahmad, anak kepada arwah yang pernah menjadi naib pengerusi DAP itu. Continue reading “Sebabnya DAP 3.0 tidak perlu pemimpin Melayu tulen”