Posted in Evangelista Bintang Tiga

Eppod: Endless Possibilities Penipuan Orang DAP

Semalam permohonan afidavit Alvivi didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pasangan bintang (J-Star) seks itu menyalahkan Umno atas kesulitan yang dihadapi mereka — lihat laporan MyNewsHub bawah.

http://mynewshub.my/2013/10/31/afidavit-alvin-dan-vivian-salahkan-umno/#axzz2jI7I6lvU
http://mynewshub.my/2013/10/31/afidavit-alvin-dan-vivian-salahkan-umno/#axzz2jI7I6lvU

Peguam bagi Alvivi menghujah bahawa perkataan ‘Bak Kut Teh’ hanya bermaksud “daging” tulang teh dan bukannya “babi”. Justeru itu penggunaan istilah tersebut tidak mendatangkan sebarang penghinaan kepada agama Islam — rujuk ‘Alvin, Vivian dakwa tuduhan bersifat prejudis‘ (Sinar Harian, 31 Okt 2013).

Endless Possibilities agaknya alasan-alasan yang mampu dicipta si Dapster. Ada juga di kalangan penyokong pembangkang yang merekayasa bahawa hidangan Bak Kut Teh Alvivi berkemungkinan perisa “organic vegetarian”.
Reality bites pizza; gambar Vivian dipampang di muka depan The J-Star
Reality bites pizza; gambar Vivian dipampang di muka depan The J-Star
http://malaysiafactbook.com/Vivian_Lee
http://malaysiafactbook.com/Vivian_Lee

ATAS: Malaysia Factbook melaporkan bahawa The J-Star telah memuatkan sebanyak 17 buah rencana tentang Alvivi pada satu “long weekend” (Jumaat ke Ahad / 19-21 Okt 2012)

Bukan setakat itu, peguam si tertuduh menambah lagi bahawa caj Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang telah dikenakan ke atas Alvivi hanya terpakai khusus kepada golongan Muslim. Dengan itu, pasangan bintang lima tersebut sebagai orang bukan-Islam adalah terkecuali daripada tindakan undang-undang — sila baca Utusan, 31 Okt 2013.

Nyata sekali puak Dapster merupakan manusia yang endless possibilities dari segi kelicikan mereka berputar-belit.

Alvin & Vivian sokong Ah Kib Kor 100%
Alvin & Vivian sokong Ah Jib Gor 100%

Endless possibilities cogankata Team Najib

Di bawah ialah logo kempen Endless Possibilities yang menelan belanja RM330,000.

Perdana Menteri kita ini dikerumuni konsultan dan penasihat bagai gula menarik semut.

Sampai Tun Daim Zainuddin pun tergerak untuk menegur — rujuk ‘The PM’s advisors should be sacked‘ (blog Another Brick in the Wall, 27 Mei 2013).

Kalau PM mempunyai konsultan keliling pinggang, Menteri ahli Team Najib pula mempunyai Pegawai Khas Dapster melekat di punggungnya.

endless possibilities logo custom

Pada hemat blogger Din Turtle, logo Endless Possibilities sebenarnya diilhamkan oleh bentuk bebola mainan yang berkelip-kelip itu.

Cuba bandingkan. Betul tak?

DapsterEndlessPossibilities

Endless Possibilities dakyah putar alam Evangelista Bintang Lima

Dapster berkeras menolak keputusan PRU13 sebagai tsunami Cina.

Dapster menolak bahawa peristiwa 13 Mei adalah rusuhan kaum kerana mengikut mereka, penduduk tanahair semuanya buta warna dan hubungan kaum ketika itu cukup baik.

Memfitnah seiring menipu menjadi darah daging evangelista-Dapster.

Seperti juga Alvin dan Alvivi, Scissorati menyalahkan komplot Umno atas tercetusnya keganasan 13 Mei.

Didakwa politikus Firster DAP bahawa masyarakat Cina tertindas dan masyarakat Kristian dianiaya.

ShaunTan

Hannah Yeoh kata dia sayang Little India

Evangelista DAP jenis yang boleh kata apa-apa sahaja.

Tweet Hannah Yeoh semalam (sempena perayaan Deepavali esok) mencanangkan yang dia gemar membeli-belah di pekan Tengku Kelana di Klang. Malahan dia mendakwa bahawa kawasan Little India itu ialah pusat membeli-belah yang paling disukainya.

Maaf cakap ya tapi gua tak ‘caya lu lah.

Twitter - hannahyeoh- Little India, Klang

Author:

I have no Faceook or Twitter.

11 thoughts on “Eppod: Endless Possibilities Penipuan Orang DAP

  1. So did they close Little India when Maharani come avisiting? God forbid, she mingles with them commoners…

    1. too late, the DAPSter chinese think that penang is the most green, clan and cina state govt on the planet since 2008.. no way they gonna let go of that lie.

  2. Tak sabar tunggu Helen post gambar Apek2 dan Aso2 DAP kenakan khadi pendek dan sari sempena meraikan Deepavali.

    Najib patut adakan logo besar2an depan tiap Pejabat Pusaka.. ini baru kena dengan slogan “Endless Possibilities”. Ramai dari kalangan waris2 simati yg buat permohonan untuk pembahagian harta pusaka, kena tunggu sampai mereka sendiri mati baru selesai urusan pembahagian harta pusaka..

  3. IN POLITIC ONLY HYPOCRITES WILL SURVIVE……
    AND WHO ARE THE HYPOCRITES ? Well your guest is as good as mine !

  4. Nowadays, its easy to say its other people’s fault…. Everything is Umno & Barisan’s Fault…. Ada hati nak kata salah org lain… so the sex videos in singapore is also Umno’s fault then??

    Cakap je la both of u xda duit nak bayar kos guaman, n u nak peguam Pakatan Rakyat (knowing they have the Bar Council & Tonnes of Peguam) datang bail u guys out kan senang…. Stupid Alvivi, berani buat berani la tanggung!

Comments are closed.