Posted in Dosa Umno

Adakah RM2.25 juta itu akan dibayar kepada sekolah-sekolah Cina Sg Limau?

Sekadar bertanya. Ada orang Melayu yang cukup terkilan dengan pemberian peruntukan tersebut kepada sekolah-sekolah Cina di Sg Limau, lebih-lebih lagi calon Umno tidak dimenangkan pun.

Ada juga orang Cina macam Lim Kit Siang yang tidak berpuashati kerana sebuah sekolah 15 orang murid telah dijanjikan sumbangan satu juta ringgit. Lalu Ahli Parlimen Gelang Patah itu menuntut agar RM480 juta disalurkan bagi SRJK (C) Kuo Kuang, di kawasannya, yang mempunyai seramai 7,200 pelajar.

Najib Nambikei pun pernah banyak menabur janji kepada Hindraf. Namun golongan India itu masih lagi tertunggu-tunngu Perdana Menteri untuk mengotakan kata-katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/245795
http://www.malaysiakini.com/news/245795

Umno kian hari kian kanan

Laporan Malaysiakini hari ini bertajuk ‘Umno has veered to the right, concedes Saifuddin‘ berkata:

“One of the highlights of the right-wing sentiments that dominated the party after  was the launching of the Bumiputera Economic Empowerment (BEE), an initiative many critics said was an antithesis to Najib’s inclusive agenda before the elections.”

Portal berita tersebut memetik CEO Global Movement of Moderates Saifuddin Abdullah sebagai berkata:

“Some people said that the Sept 14 speech (by Najib during the launch of BEE) was a regression. I understand perfectly why, but there’s no point to debate it now because it has been done,” he said, while also admitting that Najib was under pressure at that point in time, especially with Umno elections looming.

“‘I’d say he was under tremendous pressure,’ he [Saifuddin] said, referring to Najib’s attempt to placate the demands of the party’s right-wing to ‘reward’ the Malays who backed Umno in the bid to shore up support for his leadership in the party.”

Umno has veered to the right, concedes Saifuddin

SCREENSHOT (atas): Penulis ruangan pojok Malaysiakini KJ john menasihatkan Saifuddin untuk bertaut kepada Khairy. 

Sebenarnya RM2.25 juta itu bagi sekolah Cina bukanlah banyak jika dibandingkan dengan dana yang disediakan bagi penuntut-penuntut Melayu.

Dana RM1 bilion bagi UiTM, sasaran bilangan penuntut 250,000 orang

Najib kata:

“Seperti slogan yang popular, UiTM Dihatiku, makanya, Universiti Teknologi Mara ini sangat dekat di hati kita, sebagai sebuah institusi Bumiputera yang cukup membanggakan.”

Najib kata:

“Demi Melayu, Demi Bumiputera, Saya ingin mengumumkan penubuhan Dana Pendidikan MARA yang berjumlah RM1 bilion bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, , penyelidikan dan pembangunan serta inovasi.”

http://www.pmo.gov.my/?menu=speech&news_id=672&page=1676&speech_cat=2
http://www.pmo.gov.my/?menu=speech&news_id=672&page=1676&speech_cat=2

Dalam ucapannya membentangkan Dasar Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera atau dalam bahasa Inggeris Bumiputera Economic Empowerment Programme (BEEP), Najib berkata:

“Bahkan, masih segar lagi dalam ingatan, sewaktu berucap sebagai Timbalan Presiden Umno, pada Perhimpunan Agung tahun 2005, saya telah mengumumkan supaya enrolmen pelajar UiTM ditingkatkan daripada 100,000 kepada 200,000 menjelang tahun 2015. Kini, Alhamdulillah, bilangannya sudah pun mencecah 180,000 pelajar.

“Pagi ini pula, saya ingin mengumumkan hasrat peningkatan enrolmen pelajar Universiti Teknologi Mara ini kepada 250,000 menjelang tahun 2020. Penambahan ini juga termasuk penubuhan beberapa lagi kampus baru di seluruh negara.”

Umno flag is the Sang Saka

Bendera Umno ialah Sang Saka

Dulu, kini dan selama-lamanya

Dalam ucapan BEEPnya, Najib menjelaskan falsafah di sebalik pelancaran program tersebut.

“Perjumpaan penuh bermakna dan bersejarah ini, kita namakan sebagai Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Segalanya ini, kita perbuat, demi membela untung nasib orang-orang Melayu dan Masyarakat Bumiputera, dari dulu, kini dan selama-lamanya.”

Najib mengakui:

“Setelah selesai Pilihanraya Umum yang lalu, kita mendengar pelbagai rungutan, pelbagai keluh-kesah serta ketidakpuasan hati, yang dibangkitkan oleh masyarakat Bumiputera, tentang nasib, masa depan dan halatuju, bersama anak-anak cucu mereka, di bumi tanah tumpah darah kita.

“Sememangnya, kita mendengar rintihan tuan-tuan dan puan-puan. Kita juga, menyelami denyut nadi serta resah gulana tuan-tuan dan puan-puan……, Yes… indeed!!!… we hear you… we hear you loud and clear.”

The Chinese taking the centrestage
Cina bukan Bumiputera, India bukan Bumiputera, 32% rakyat Malaysia bukan Bumiputera — ikut Najib

Hanya Cina dan India yang bukan Melayu

Najib kata:

“Semasa Perhimpunan Agong Umno Tahun 2010, saya sebut bahawa Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli adalah Melayu, Arab dan Pakistani semua juga kira Melayu, malah muallaf bertakrif Melayu, waima Mamak dan Malabari pun sudah serap ke Melayu.”

Yang terkecuali dari takrifan Melayu hanya orang Cina dan orang India yang beragama Hindu atau Kristian.

Najib telah memberitahu para penonton di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM pada tarikh bersejarah 14 September 2013 itu bahawa “Unjuran terkini, setakat 2012, menganggarkan warga negara Malaysia, adalah seramai 27.4 juta orang, yang mana Bumiputera adalah 18.6 juta atau 67.9 peratus.”

Maka mengikut definifisi inklusif semua-orang-“Bumiputera” yang diamalkan kerajaan Umno, hanya tinggal 32 peratus rakyat Malaysia sahaja yang bukan Bumiputera.

Twitter - headsink- Bila Jacklyn Victor dihujani ... 2013-11-04 09-28-13

ATAS: Siapa Jaclyn Victor? Baca ‘UBAH: “Malaysia belongs to Jesus”; Apa hasil siasatan Jakim?’

Nambikei Najib

Kata Najib:

“Sejak Merdeka, Kerajaan telah mewujudkan pelbagai instrumen dan institusi demi Melayu dan Bumiputera, antaranya, Bank Bumiputera, Lembaga Urusan Tabung Haji, Mara, Felda, Risda, Felcra, UDA, Pernas, Dara, Jengka, Ketengah dan Kesedar. Perdana Menteri ketiga yakni, Tun Hussein Onn pula telah menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN).”

Janji Najib:

“Sebagaimana yang saya sebutkan, Kerajaan mendengar luahan rasa yang dilontarkan oleh masyarakat Bumiputera berhubung tahap penyertaan dalam program pembangunan sosioekonomi.”

Selagi ada bulan dan bintang

Kata Najib:

“Menjiwai kepentingan dan perjuangan Bumiputera, saya ingin memetik Tujuh Wasiat, oleh Sembilan Raja-Raja Melayu, semasa memperkenankan perjanjian kemerdekaan untuk menubuhkan sebuah Persekutuan.

Bahawasanya:

“Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain”. 

“kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera, usahlah berbimbang-bimbang dan bergundah-gundah, kerana selagi ada bulan dan bintang selagi hayat dikandung badan survival Melayu dan Bumiputera tetap menjadi keutamaan dan pelita perjuangan kita sampai bila-bila.”

pandaHug

Maskot parti ialah panda: MCA yang hampir pupus itu membenarkan media yang dimilikinya untuk berada di bawah kawalan evangelista

Janji ditepati?

Persoalannya mudah.

Jikalau masyarakat Cina Sg Limau percaya terhadap Najib beserta janji kerajaan untuk memberi habuan RM2.25 juta kepada sekolah-sekolah Cina, maka ada kemungkinan pemilih-pemilih Cina seramai lebih 1,800 orang itu akan keluar untuk memberi sokongan kepada calon Umno dalam pilihanraya kecil kelmarin.

Andaikata mereka tidak yakin bahawa Najib akan menepati janji, maka masyarakat Cina Sg Limau mungkin langsung tidak keluar untuk membuang undi ataupun mereka menyerahkan sahaja undi kepada calon PAS.

Jadi, ia menarik untuk kita mengetahui ke mana perginya undi orang Cina tatkala PRK Sg Limau semalam — baca ‘MCA must tell us the Sg Limau saluran details’.

Arah aliran undi Cina di Sg Limau akan membayangkan halatuju masyarakat ini melangkah ke masa depan.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

8 thoughts on “Adakah RM2.25 juta itu akan dibayar kepada sekolah-sekolah Cina Sg Limau?

    1. 400 extra votes from the last PRU13 is hardly a reverse tsunami. On contrary, I believe that was due to vote swing from Ustaz Azizan’s loyalists.

      Meantime where has the additional 1000 plus votes gone to?

      1. Voter turnout was 85.4%, that means about 21,600 Malays and 1,600 Chinese voted.

        PAS’ majority was reduced from 2,774 to 1,084, which means 845 voters switched to BN.

        If another 600 voters did the same, BN would have toppled PAS from its stronghold seat (since 1995) and made history.

        Assuming about 11,000 Malays voted PAS, of which 600 voters is only 6%, is that too much to ask? I won’t blame Najib if deep down, he felt disappointed, especially after all the BEEP announcements etc as mentioned by Helen.

    2. A lot of the Chinese voters also did not go out to vote. PAS still won, although with a lower majority. They had to contend against the heavily funded campaign machinery of Barisan Nasional.

  1. Bantu Semua Rakyat Bangsa Melayu masuk UiTM dan Universiti Awam… dan bila mereka mengundi.. mereka undi Pakatan Rakyat…… reality hurts… yet its truths bites!!… UMNO n BN needs revamp of its approach and thinking. If not, these youngsters that they help will vote them off in the next GE14.

  2. I am very sure there are many wealthy Chinese in Penang and Sungai Petani who can give billions to Chinese schools. The church of Subang can give millions to those schools. Money can be raised by selling Ubah birds internationally.

Comments are closed.