Posted in Hah!

Sebabnya DAP boleh mencabar dan menggugat Umno

Kerana orang Cina rajin sakan, gigih dan penuh ikhtiar.

Wanita muda berbaju kurung dalam gambar ialah Wong Shu Qi, Adun DAP Senai. Beliau sendiri telah turun padang untuk mendaftar pengundi baru.

Shu Qi membuka kaunter di kaki lima dengan hanya berbekalkan dua meja plastik dan beberapa buah kerusi jenis yang digunakan di warong ataupun kopitiam.

WongShuQi

Wong Shu Qi ialah seorang bekas wartawan portal berita Cina Merdeka Review yang pada masa kini menyandang jawatan penolong setiausaha publisiti Wanita DAP.

Butir menarik ialah penyertaan beliau dalam DAP hanya bermula pada tahun 2011. Ia membayangkan bagaimana partinya mampu melonjakkan orang muda yang berbakat dengan begitu cepat sekali ke persada nasional.

Bagi pemerhati politik dan para operatif Umno, persoalannya adalah seperti berikut: Adakah sebuah parti minoriti akan dapat mengatasi parti majoriti?

Sebabnya DAP boleh mencabar dan menggugat Umno - Helen Ang 2013-11-09 11-19-35

Analisa blog helenang.wordpress.com

Saya pun seorang Cina yang rajin — dalam membuat penyelidikan dan menyemak fakta, selalu mengemaskini blog and memuat naik kandungan segar dan mutakhir. Tekun membalas komen pembaca walaupun pada jam 3 pagi sehinggakan ada pembaca setia yang tergerak untuk bertanya, “Helen kamu ni tak tidur ke?”

Gigih? Pasti. Tengok sahaja betapa sabar saya melayan karenah pengkritik selain menjawab dan menepis fitnah serta tabah mengharungi saat-saat blog saya diserang DDoS (sekitar hari pengundian PRU13) seraya saya diserang peribadi (dilontarkan pelbagai tohmahan, tuduhan palsu dan dimaki-hamun dengan pembohongan yang teramat dashyat).

Bab penuh ikhtiar, ya juga. Terpaksa saya membuka blog kerdil ini demi mencari wadah baru setelah kolum saya dibekukan oleh Malaysiakini serta tulisan-tulisan saya tidak berupaya lagi mendapat ruang dalam portal-portal berita yang (ketika itu) semuanya pro-pembangkang dan dijajah pengomen-pengomen Dapster GengSTAR.

Orang Cina boleh berjaya menembusi pasaran Melayu

Di bawah ialah screen capture bagi ‘Top Posts’ WordPress – blog saya bertuan rumah di WordPress (manakala satu lagi host yang popular ialah Blogspot) – dan menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu.

Top Posts WordPress BM menunjukkan posting saya kelmarin tentang Teresa Kok menduduki tempat No.1 hari ini (klik untuk besarkan).

http://botd.wordpress.com/

http://botd.wordpress.com/top-posts/

WordPress.com — Your Blogging Home 2013-11-09 11-25-40

Top Posts — WordPress.com 2013-11-09 08-46-30

Juga dipaparkan di atas satu lagi screen capture bagi ‘Top Blogs’ di WordPress bahasa Melayu. Blog saya Helen Ang pun menduduki tempat No.1.

Anda dapat meneliti bahawa posting-posting lain dan blogger-blogger lain dalam senarai adalah kebanyakan, kalaupun tidak semua, Melayu. (Sesetengah pembaca kadangkala terlupa bahawa saya Cina.)

Bahasa ibunda dan bahasa rumah saya ialah bahasa Cina. Bahasa kerja (working language) saya ialah bahasa Inggeris. Sebenarnya apabila saya memutuskan untuk BM sebagai bahasa pengantar blog saya ini, ia juga bermakna saya terpaksa bekerja berbanyak kali lebih keras berbanding blogger-blogger berbangsa Melayu yang sememangnya mantap bahasa Melayu mereka.

Mengikut senarai terkini – minggu ini, bulan November – Liga Bloggers sosiopolitik yang mesra kerajaan yang ranking disediakan portal Warta Rakyat, blog helenang.wordpress.com menduduki tangga ke-26. (Tersohor ialah blog Din Turtle, Dr Novandri dan The Unspinners ampuh di tempat No.1,2,3).

Apapun blog saya Top 30 di kalangan blog-blog sopo yang bersifat kritis terhadap pembangkang.

Cuba anda renungi: Blog saya tidak mempunyai penaung orang politik mahupun menerima apa-apa funding atau pendapatan. Kakitangan web designer ke, computer technician ke pun semua tidak ada. Yang ada hanya tekad dan semangat.

Umpama Shu Qi dalam gambar atas, saya hanya mengambil ‘dua meja plastik, beberapa kerusi murah’ dan terus sahaja saya lancarkan blog ini sunggguhpun pada awalnya cukup daif (dari segi kurang peminat) — nama saya tidak dikenali pembaca Melayu sementara blogger-blogger Pakatan dan portal pro-Pakatan enggan meletakkan saya dalam blogroll mereka ataupun memberi sebarang pautan.

Jadi, kalau blog saya orang Cina yang ‘one man show’ ini boleh mampu mengatasi rintangan untuk menduduki carta Melayu, adakah anda menyangka DAP tidak akan mampu menembusi benteng Umno di kawasan-kawasan luar bandar Semenanjung dan pedalaman di Sabah dan Sarawak?

Apatah lagi sekarang ini DAP sudah berkuasa serta boleh menimba sumber-sumber kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor yang kedua-duanya negeri paling maju dan kaya.

Penyokong dan pengikut DAP melihat parti mereka sebagai wira David dan Umno sebagai raksasa Goliath.

DAP ialah parti cekap yang pantas mentransformasi dan sekarang sudah menjelma dalam versi 3.0-nya. DAP ini boleh diibaratkan teknologi telefon bimbit yang tidak berhenti diperbaharui dan dimajukan.

Blogger-blogger Umno telah ditipu Reb Bean Army dalam hal gadis jaguh pemain catur Hong Kong (yang disalah kenalkan mereka sebagai mangsa cabul oleh anak* Lim Guan Eng), dalam perkara silap identiti dalam menyiarkan gambar pencipta pendrive bertapak di Taiwan yang dituduh sebagai seorang jeneral RBA, dan baru-baru ini mendakwa bahawa mantan Perdana Menteri Australia telah mencemuh kaum Cina walhal ia sebenarnya golongan Muslim yang dikritik beliau.

* satu yang tuduhan tidak terbukti

Berkali-kali operatif Umno terkhilaf.

Baik anda tengok sekali lagi pada gambar Adun DAP Senai di atas. Bukan sahaja Hannah Yeoh dan Teo Nie Ching yang memakai tudung tetapi Wong Shu Qi di Johor juga memakai baju kurung. Pengundi baru yang didaftarkan beliau ialah seorang lelaki keturunan India pertengahan umur.

Pada pihak Umno pula, muka tua basi yang dikaitkan dengan rasuah masih lagi dikembalikan untuk mengetuai parti. Jangan cakap pasal pemimpin muda yang gila glamer dan menyimpan musuh dalam selimut lalu memberi si gunting dalam lipatan selimutnya itu kunci kepada peti besi Umno.

Semua rahsia dan percaturan Umno akan terbongkar dan terdedah gara-gara pemimpin yang menjemput musuh untuk masuk kubu PPTA-Parti Paling Tidak Apa.

Fikir-fikirlah. Kenapa pula DAP tidak akan boleh berjaya dalam PRU sekiranya setakat ini sudah berjaya menyelinap masuk ke dalam selimut?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

38 thoughts on “Sebabnya DAP boleh mencabar dan menggugat Umno

  1. Helen,

    Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Apabila seseorang itu mengkehendaki sesuatu, dia pasti akan menemui cara untuk mendapatkannya. Ianya merupakan hukum yang tidak tertulis…!

    Kejayaan berada di mana-mana dengan syarat kena berusaha gigih dan jadikan setiap rintangan serta kepayahan itu sebagai jalan pintas menuju kejayaan. Semua itu tidak semudah bicara. Walaupun ada ketikanya anda kena bercakap sendirian dalam keadaan sedar dan siuman…..!

    Namun kepuasan hidup akan terpancar di wajahmu…

    Jika anda berminat untuk menjadi seperti Shu Qi, maka mendaftarlah diri menjadi ahli DAP. Mereka menghargai orang muda. Tetapi jika semua itu berlawanan dengan apa yang ada dalam diri anda, maka hindarilah mereka dengan baik.

    Letakkan diri anda menjadi orang Sabahan, sudah tentu layak mendaftar sebagai ahli umno. Tetapi untuk naik mencanak di dalam umno kena memakan belanja dan korban yang bukan kepalang…!

    Silap haribulan nyawapun melayang…! Luu…fikir laa sendiri…

    1. Helen,

      Betul tu. Melayu suka ambil mudah. ini satu masalah besar.

      Contoh. Pulau Pinang tiada kaum majority. Bilangan orang cina dan Melayu masing masing lebih 40%. tetapi daftar pemilih tunjukkan Cina lebih 55%. Kenapa? Kerana melayu tak ramai daftar. Dan yang daftar pula tak ramai peratusnya mengundi berbanding orang Cina.

      Dan budaya Melayu yang tak mahu bising satu malapetaka. Dalam keaddan kerajaan dikuasai Melayu(UMNO) pun Melayu dihina, Islam dicabar, JADI BAYANGKAN jika sudah tiada kuasa.

      Akan disepak diterajang saja le.

  2. Re Jadi, kalau blog saya orang Cina yang ‘one man show’ ini boleh mampu mengatasi rintangan untuk menduduki carta Melayu, adakah anda menyangka DAP tidak akan mampu menembusi benteng Umno di kawasan-kawasan luar bandar Semenanjung dan pedalaman di Sabah dan Sarawak?

    The DAP has been working on it since 6 May while a certain “dominant” party is still in self congratulatory mode with their supporters still saying “we won without the Chinese”. Of course they won but for how long ?

    Re Apatah lagi sekarang ini DAP sudah berkuasa serta boleh menimba sumber-sumber kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor yang kedua-duanya negeri paling maju dan kaya.

    Both states are also very cosmopolitan in outlook thus BN’s way of engaging them has limited impact.

    Re Penyokong dan pengikut DAP melihat parti mereka sebagai wira David dan Umno sebagai raksasa Goliath.

    Those who think they are going to win just because they have control over resources are the first to perish in battle.

    Re DAP ialah parti cekap yang pantas mentransformasi dan sekarang sudah menjelma dalam versi 3.0-nya. DAP ini boleh diibaratkan teknologi telefon bimbit yang tidak berhenti diperbaharui dan dimajukan.

    If you put a lot of younger and driven people in charge, you move faster and be better able to adapt to change.

    Re Blogger-blogger Umno telah ditipu Reb Bean Army dalam hal gadis jaguh pemain catur Hong Kong (yang disalah kenalkan mereka sebagai mangsa cabul oleh anak* Lim Guan Eng), dalam perkara silap identiti dalam menyiarkan gambar pencipta pendrive bertapak di Taiwan yang dituduh sebagai seorang jeneral RBA, dan baru-baru ini mendakwa bahawa mantan Perdana Menteri Australia telah mencemuh kaum Cina walhal ia sebenarnya golongan Muslim yang dikritik beliau.

    The Red Bean Army is just a diversion and those dumb bloggers took the bait.

    1. Anonymous,

      Call a spade a spade. The truth is that UMNO still manages to “hold the fort” despite almost entirely Chinese rejection.

      A sort of mental breakthrough. Now Malays are realising they can form the government without chinese votes. Baru sekarang nak sedar.

      What UMNO needs to do is to engage with the Malays. But looking at pemuda UMNO now, it is only wishful thinking. Who says it cant be done( although I am not sure of KJ team).. Just look at how Azalina managed to bring Young Malay ladies into UMNO a decade ago.

      I once told One UMNO member from Ampang on method to attract new members, chiefly young Malay men. Cant UMNO organize futsal tournament?

      Cant someone in entire Najib administration produces a say 45 minute documentary on GST?

      Remember Zainuddin Maidin? He single handedly “exposed” dirty habits of people ;ike Mohd sabu, Aruah Bunyamin. Not to embarassed them. But to show the world about PAS.

      Take bull by its horn. Cant any Ministers (from UMNO) in Najib administration rebut what said in Chinese newspapers?

      Cant any one in entire Najib administration( from UMNO) takes action on insult on Islam/Malay in social media BEYOND calling those who insult to police station?

      The problem faced by Malays and UMNO are not that monumental. The bigger problem is refusal to act by UMNO ever since Tun Dr Mahathir resigned.

      One swift act by UMNO will show the rude racists from DAP who is in charge. such as prisoning one astro boy who slandered by saying there was a blackout in Bentong while vote counting was held.

      For a start, Najib needs to “shake up” AG office. Failure to do that I am afraid will lead to Najib being the Ketua pembangkang next time around.

    2. “The Red Bean Army is just a diversion and those dumb bloggers took the bait.”

      The Red Bean Army is just a manufactured phantom by Barisan Nasional to explain away their failure in the cyberspace and social media war.

      The case of the Phison Electronics CEO being accused as the leader or financier of the Red Bean Army was started by Utusan. The pro Barisan Nasional bloggers ate it all up. It is unlikely it was planted by the imaginary Red Bean Army.

  3. Re. Pada pihak Umno pula, muka tua basi yang dikaitkan dengan rasuah masih lagi dikembalikan untuk mengetuai parti. Jangan cakap pasal pemimpin muda yang gila glamer dan menyimpan musuh dalam selimut lalu memberi si gunting dalam lipatan selimutnya itu kunci kepada peti besi Umno.

    Siapa cakap dia tak busy buat kerja? Cuba tenguk ni…

    Khairy wins 100m dash at Tiger Run

    http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/11/09/Khary-Victory-Tiger-Run.aspx

    Baru bulan lepas dia habis SHOOTING dengan filem pendek Elaine Daily. Pendek kata Menteri Serba bolehlah dia ni ala ala Joseph Estrada dan Ronald Reagan….

    1. LOL,

      I remember someone said “glam crazed…”

      How low can Pemuda UMNO sinks. I just cant imagine ketua pemuda UMNO doing “catwalk”.

  4. Helen, Cina sibuk sangat dgn sekolah Cina kerana nak pertahankan budaya dan bahasa “konon ibunda” mereka. Tapi dari segi pakaian kenapa tak amalkan?

    Apasal pompuan Dapsters Cina pakai kurung? Seharusnya guna le cheongsam slit dua belah peha kan lagi comel dan mencerminkan bangsa Cina? Pasti dapat tarik ramai muda mudi!

    Yg lelaki Dapster Cina tak usah le pakai songkok dan baju melayu, macam Dr Ong selekeh sangat padankan sampin dia. Kan elok lagi berpakaian traditional Cina dan rambut tu plait tocang panjang2.

  5. ….Bahasa ibunda dan bahasa rumah saya ialah bahasa Cina…

    Helen,
    Bahasa ibunda you sebenarnya apa? Do you mean the official national spoken language for the mainland China or the simplified Malaysian Mandarin?

    http://en.wikipedia.org/wiki/Chinese_language#History

    or Cantonese, Khek, Hokien, Teochew, Hakka?

    Adik2 saya dan anak2 mereka pelajar SJKCs disana mereka belajar Malaysian Mandarin so what do you mean by “bahasa ibunda”?. Many of the 7yr-old Chinese SJKC students including their parents don’t even know Mandarin when they first started schooling there.

    Kenapa guna perkataan “bahasa ibunda” and not just be direct and use “simplified Mandarin?”. Kalo gitu nanti itu Mandarin Orange bole ke I panggil “buah ibunda”?

    1. ‘Kenapa guna perkataan “bahasa ibunda” and not just be direct and use “simplified Mandarin?”. Kalo gitu nanti itu Mandarin Orange bole ke I panggil “buah ibunda”?’

      LOL

      Ataupun Mandarin Collar kita panggil Kolar Ibunda!

      Malaysia My Mother Land!
      Mandarin My My Tonque!

  6. Helen – You are assuming that DAP as a party will remain intact and united in the next few years. In my opinion, DAP will self implode with internal bickerings which are slowly simmering and will hit its critical state, sooner or later. I very much doubt that other aspirant DAP politicians will let Lim anak2 dan cucu2 sendirian berhad dominate DAP forever. The fact is that DAP will never going to dominate Malaysia political landscape as long as orang Cina numbers remain at 25% of the total population. PAS will eventually realise that they have been used and abused by their ‘partner’ DAP and decide to abandon the loose coalition. When the psychotic Ketua Umum no longer walks on the land, PKR will suffer a quick death. At the end of the DAP will still be a minority party and forever despised by the Malays.

    In short, I am not worried about your cautionary articles above.

    1. re: “I very much doubt that other aspirant DAP politicians will let Lim anak2 dan cucu2 sendirian berhad dominate DAP forever.”

      The Lim Dynasty already cantas the state chairmen of DAP Kedah and Johor and sticking the knife into Malacca.

      We shall wait and see how fare the fortunes of Teng Chang Khim, former Speaker of S’gor DUN.

  7. Helen,

    Itulah kelemahan org melayu, tidak berusaha dengan kuat. Bukan semua tetapi majoriti begitu yang menggambarkan nilai masyarakat melayu secara keseluruhannya. Masalah umno lebih serius lagi, sudahlah kurang berusaha, kelihatan korup pula (saya tidak kata korup kerana secara peribadi, saya tiada bukti dan tidak mahu memfitnah. Hanya mahkamah yang boleh jatuhkan hukum. Tetapi rakyat juga boleh menghukum berdasarkan persepsi semasa pru).

    Walaupun saya marah dgn dapster ultrakiasu yang secara terbuka membincangkan perkara-perkara sensitif, menuduh kerajaan bersifat perkauman sedangkan mereka sendiri bersifat perkauman, menuduh kerajaan menindas kaum bukan bumiputera sedangkan merekalah yang berjaya dan menindas kaum bumiputera, saya lebih marah lagi kepada org melayu yang kuat berpolitik baik umno dan pas mahupun yang di dalam pkr, juga org melayu yang kerjanya setiap kali menyalahkan kerajaan (saya tidak kata tidak boleh kritik kerajaan, tp kita juga ada byk lg tanggungjawab lain terhadap diri sendiri dan keluarga, juga masyarakat dan negara) dan tidak berusaha kuat memajukan diri.

    Walaupun, melayu majoriti dalam negara ini, tetapi kalau mereka lemah, siapa pula yang hendak dipimpin oleh org yang lemah. Mereka harus sedar perkara ini. Saya setuju dengan helen supaya umno buang muka2 tua basi yang dikaitkan dengan rasuah dan juga muka baru dari kalangan penganggur yang kaya tak tahu dari man dapat duit, tetapi bercita2 tinggi. Sgt menakutkan apa yang mereka2 ini boleh lakukan kepada negara yang diberkati seperti malaysia ini.

    Tapi saya juga suka mengingatkan kaum lain supaya tidak berniat jahat dan melampau2 di dalam berpolitik kerana malaysia bukan amerika atau uk atau lain-lain negara bangsa mahupun negara majmuk yang terasnya adalah bangsa majoriti. Malaysia unik. Kesannya apabila sosial fabrik negara tergugat pastilah sesuatu yang kita semua tidak ingini. Masyarakat majoriti yang lemah sekiranya ditekan, sampai pada satu tahap pastilah ia akan meletup dan bertindak balas tanpa memikirkan untung rugi lagi pada masa itu. Bak kata pepatag yang menang jadi arang yang kalah jadi abu.

    Jadi, kepada bangsa melayu, ubahlah sikap, berusaha lah dengan lebih gigih untuk melayakkan diri sebagai pemimpin. Kepada bangsa bukan melayu, renung2kanlah apa yang telah diperolehi dan jangan asyik mengejar apa yg belum didapati. Akhir sekali, bersama2lah kita membongkar korupsi yang berlaku bukan sahaja di dalam kerajaan tetapi di sektor swasta supaya masyarakat kita bersih dari anasir yang berbahaya ini.

    Sekadar pandangan.

  8. YB Wong Shu Qi has basically secured her standing and position in Senai in PRU14. Very smart move indeed:

    1. Improving her vote scores in the next PRU;
    2. keeping tap of the new registered voters
    3. Engaging the new voters with her all about until PRU14;
    4. In the process, she have access to the new registered voter email, mobile and fixed line number and access to the rest of the new registered voters family, friends and relatives i.e. the whole network;
    5. You can also use the information to expand business for any of her friends i.e. insurance, unit trust etc. – there is nothing wrong about it, that will give her additional advantage to build a strong and loyal follower;

    I have commented before , that “masaalah besar YB YB UMNO/BN ni, bila dah dapat jawatan YB, dapatlah title datuk, bila dah dapat titla datuk, hilanglah standard nak turun padang untuk buat kerja-kerja remeh ni yang low class bagi mereka, kalau tak percaya cuba tenguk bila ada majlis rasmi, dengan entourage berbagai…”

    Kudos to YB Wong Shu Qi.

    Tapi Senai ni bukan masaalah UMNO semata, ianya masaalah MCA yang dah nak pupus tu tapi terus-terus menyalahkan UMNO/BN tentang kegagalan mereka. Kalau Cina Cina MCA ini “ADA OTAK” tentu mereka dah mula gunakan pusat khidmat masyarakat MCA dan kakitangannya untuk membuat perkara yang sama.

    1. re: “Kudos to YB Wong Shu Qi.”

      Yes, kudos to her, seorang YB yang menyerlah.

      re: “Kalau Cina Cina MCA ini “ADA OTAK” tentu mereka dah mula gunakan pusat khidmat masyarakat MCA dan kakitangannya untuk membuat perkara yang sama.”

      They think it’s an exercise in futility. They register the voters but these voters will still cast their vote for DAP, hahahaha.

      1. Re. They think it’s an exercise in futility.

        Suruh bungkus kain baju dari BN tak nak. Takkan nak harapkan makcik-makcik UMNO yang sampai kena tumbuk, ngorat dan adakalanya verbal sexual abuse dari totok totok PAS yang sememangnya miang tolong mereka lagi.

  9. Ya lah, kita semua harap bahawa helah ceroboh mereka tidak akan bawa kepada akibat buruk pada rakyat yang bersantun dan yang baik hati. [YouTube: Trojan Horse]

  10. Helen, janganlah syok sendiri sangat.

    The REAL reason for your popularity among the Malay readers is the Malays are not as racist as the chinese. They are accommodative bunch of people, just like how they have been when they agreed to grant citizenship to over a million stateless chinese immigrants a few decades ago. That’s the same very reason why MCA/MIC calons can win in Malay-majority areas, and the tak-sunat DAP bengs can step into our masjids (in the latter case I’m willing to admit it’s more of stupidity rather than being accommodating).

    Does anyone here seriously think that a Malay version of Heleg Ang — a tudung-wearing Minah who speaks Malay at home, English at work and can also write in fluent Mandarin (or whatever language you people speak) backed with the same journalistic competency — can get the same acceptance among the chinese?

    Unless of course, if she like the fake Malay of Zairil Christopher Ross types.

    Haven’t you read of the brilliant experiment done by local academics who sent equally-competent but ethnically-different CVs to the cinabeng monopolised private sector? In most cases the only chinese applicant would be called for interview, which proves that the chinese favor skin over skills. All their talks about meritocracy are just bullshit.

    1. re: “can get the same acceptance among the chinese?”

      The Mandarin-speaking DJ Jamaluddin Ibrahim. He’s Malay.

      1. And also Baki Zainal of 8TV. He is capable in speaking Mandarin and he is a Malay too like Jamaluddin Ibrahim.

    2. Mr. Rafizi Ramli won in an area with large Chinese voter populations. He defeated a contender from the MCA. That is just one example.

  11. Re : Jangan cakap pasal pemimpin muda yang gila glamer dan menyimpan musuh dalam selimut lalu memberi si gunting dalam lipatan selimutnya itu kunci kepada peti besi Umno.

    Tak perlu dibimbangkan apa yang terdapat dalam peti besi umno kerana semuanya sudah kosong dan terbarai…! Dulu, ada juga saham hak bumiputera yang bernilai 54 billion…, kini hanya tinggal 2 billion. Ke mana hilangnya 52 billion lagi…?

    RL yang sudah memiliki gunting itu pun dan telah berada dalam selimut umno, sudah tidak ketahuan di manakah tempat yang nak diguntingnya. Semuanya telah menjadi kain perca…! Sebab telah digunting oleh orang yang terdahulu yang terlebih cekap darinya…, jika terasa nak menggunting juga terpaksa lakukan ke atas seluar dalam Kj.

    Apabila MP Bagan membuat usul di Parlimen berkenaan perkara tersebut, Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menolaknya dengan alasan perkara remeh…..!

    Wahai orang Melayu/orang sungai dan kaum Pribumi yang lain…., apakah kalian masih tidak sedar…?

    Oleh itu, bayangkanlah yang dingin untuk menyejukkan hati orang Melayu/orang sungai@Pribumi.

  12. Saya rajin? You’re having a laugh despicable. All you do is incite through race and religion…

  13. Helen, I have to commend you on the quality of your written Bahasa Malaysia, your spelling and grammar and mostly on your fact-checking. Spreading unverified information is the major ‘fitna’ of today’s internet generation. Tekan ‘share’ aje memanjang without verification. Anyway, congratulations.

    P.S. will you be commenting on Zaid Ibrahim’s piece re: Perkasa 2.0?

    1. Thanks. Glad you’re reading.

      About Perkasa, sometimes you gotta feel sorry for them. Take this article, http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/11/09/perkasa-we-are-not-racist/

      The reporter Alyaa Azhar wrote:

      “Fortunately this year, Perkasa was sensitive enough not to serve beef at the event adhering to the Hindu faith. Chicken sambal, chicken satay, curry mutton, dalcha and a vegetable dish were served instead.”

      The thing is, this is apparently the first time (as far as I’m aware) that Perkasa is hosting a Deepavali Open House.

      So it’s actually FMT‘s Alyaa own self anticipating a potential faux pas on account of Perkasa’s previous Open House for CNY where Ibrahim Ali had handed out the ‘bad luck’ white angpows. Or in other words, Perkasa’s reputation precedes them and people buruk sangka.

      Yes, I’d read Zaid’s piece earlier. I don’t think the anti-Chinese sentiments are coming from Perkasa alone or even from Perkasa as its epicentre. It’s really becoming widespread among all classes of Malays. And scarily, the Firsters are still adamantly in denial as to their own role contributing to the deteriorating situation.

      1. So Perkasa hosting an open house for Hindus now means they are no longer a bigoted and prejudiced right wing organisation? Never mind that they support the slaughtering of cows in schools, and some of their members have threatened violence online to the Hindu community in response to the issue?

        But perhaps this is all right for Helen. She needs to produce seven more mountain-of-a-molehill articles criticising Hannah Yeoh wearing a kurtapajama, and Khairy on a motor scooter before the day is done.

        1. Perkasa should keep their money to themselves. Its not UMNO is giving them any peruntukan.

          their 350K members also bukan orang-orang kaya for them to splurges on makan-makan. Its not that they will tapau and love Perkasa in return!

  14. Helen,

    What do you make up of these:

    1. Isu korban: NGO Perinnbam pertahan pandangan PERKASA

    NGO Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) mempertahankan pandangan NGO pendesak Melayu PERKASA sebelum ini berhubung isu sembelihan korban di sekolah.

    Ibrahim Ali DiwaliPresiden Perinnbam U Thamotharan berkata tidak salah jika orang Melayu mahu melakukan ‘korban’ di sekolah, malah dalam kes lalu, guru besar telah membincangkan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan kakitangan sekolah.

    http://www.malaysiakini.com/news/246191

    2. PERKASA sokong komuniti Tamil, minta PM batal ke Sri Lanka

    Dalam sebuah majlis bersama komuniti Tamil, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya tidak menghadiri perhimpunan negara Komenwel di Sri Lanka pertengahan bulan ini.

    http://www.malaysiakini.com/news/246185

    1. re: “NGO Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) mempertahankan pandangan NGO pendesak Melayu PERKASA sebelum ini berhubung isu sembelihan korban di sekolah.”

      (1) NGO ini baru berusia 3 tahun (ditubuhkan 24 Ogos 2011). Pembukaannya dirasmikan oleh Tengku Adnan. Kenapa ia pemimpin Umno dan bukannya pemimpin MIC yang merasmikan upacara? Adakah Perinnbam sebuah NGO yang lebih rapat kepada pucuk pimpinan Umno berbanding dengan pucuk pimpinan MIC dan masyarakat India?

      Apakah track ‘record’nya? [YouTube: ‘Tolak Politik,Sokong Kerajaan – Presiden Perinnbam’]

      Berapa orang ahli NGO itu ada? Adakah pertubuhan ini sah didaftar dengan ROS? Apakah kegiatan-kegiatan yang pernah dijalankan Perinnbam sebelum pertubuhan ini dijemput untuk menjadi perhiasan di Rumah Terbuka Deepavali Perkasa?

      re: “Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya tidak menghadiri perhimpunan negara Komenwel di Sri Lanka pertengahan bulan ini.”

      (2) Adakah ini satu langkah kem Mahathir cuba hendak memalukan Najib? :D

      1. This NGO is of no help to the BN government. It will raise more questions. With relations between the BN government and Hindraf now deteriorating, the existence of this NGO will make the people behind it look like lapdogs of the BN, and once the opposition, the DAP in particular, labels this NGO as the lapdog of the BN the same way they label Chinese supporting the BN, then its kaput for this NGO.

  15. I have no idea what to make of this post. Here you are warning your Malay readership that if you a Chinese woman could make inroads into the Malay community on a micro blogosphere level think of how the DAP could make such inroads on a macro Federal level.

    That is to say, that the so-called threat of Chinese hegemony is a very real possibility, if only because the Chinese as illustrated by your contrasting examples in this post, have been extremely effective in infiltrating Malay political and social domains.

    As usual, the stratagem that appeals to your particular Malay demographic of the Yellow threat and the treachery meme is used to further the narrative of the siege mentality that the UMNO Establishment wishes to propagate.

    Of course an intelligent person who has no problem dealing with real politik would reason, why after decades in power UMNO through BN has not be able to perfect such a strategy instead what we get from the responses here, is that UMNO only needs the Malays to rule never realizing that politics is subservient to economics.

    1. ‘Of course an intelligent person who has no problem dealing with real politik would reason, why after decades in power UMNO through BN has not be able to perfect such a strategy instead what we get from the responses here, is that UMNO only needs the Malays to rule never realizing that politics is subservient to economics.’

      What to do, only bodo bunch lurks here! ‘Intelligent person’ like you should not waste time here…kan?

Comments are closed.