Isma bidas Mujahid PAS yang bersekongkol dengan evangelista

November 10, 2013 at 9:26 am 41 comments

“Pintu-pintu syubhat dibiarkan terbuka luas, lebih banyak salahguna akan berlaku”, kata Ikatan Muslimin Malaysia (Isma). Sebenarnya sudahpun diperhatikan bahawa kian hari kian ramai evangelista yang sesuka hati menggunakan perkataan ‘Allah’ dengan sewenang-wenangnya.

Isu kalimah Allah:

Menjawab pemikiran Mujahid Rawa

.
Oleh Ustaz Abdul Halim Abdullah

Ketua Penerangan Isma

.
Tulisan ini merupakan jawapan kepada tulisan Mujahid Yusuf Rawa dalam artikelnya yang bertajuk ‘Kalimah Allah: Episod Penggulungan Hujah’.

(Rujuk: http://www.sinarharian.com.my/mobile/karya/pendapat/kalimah-allah-episod-penggulungan-hujah-1.213541)

Terdapat 4 asas penting yang perlu difahami dalam menilai pemikiran Mujahid Rawa :

1. Ayat “La ikraha fi Ad-Deen” (Tiada paksaan dalam agama), sering disalahtafsirkan, lalu memberi kesan negatif kepada pemikiran dan tindakan.

.
Ramai cuba menggunakan ayat ini utk menunjukkan agama tak boleh dipaksa-paksa, tetapi lupa di sana ada ayat lain berbunyi “Wa qotiluhum hatta la takuna fitnah. Wa yakun Ad-Deen kulluhu liLlah” (Perangilah mereka, sehingga tiada lagi fitnah dan semua agama untuk Allah (Islam)” yang mengarahkan paksa dan perangi.

Sebenarnya “Ad-Deen” dalam ayat pertama bermaksud agama/aqidah Islam. Aqidah, keyakinan dan cinta terletak di hati. Ia tidak boleh dipaksa-paksa.

Manakala “Ad-Deen” dalam ayat kedua bermaksud Sistem/Undang-undang/Penguatkuasaan yang terletak di luar hati. Ia adalah perilaku, hubungan manusia sesama manusia dan negara. Ia boleh dikuatkuasakan walau tanpa kerelaan, demi maslahah umat.

Sekadar sebagai perbandingan, ibu bapa tidak boleh memaksa anak mereka untuk mencintai pelajaran dan guru, kerana cinta itu letaknya di dalam hati. Sebaliknya ibu bapa boleh memaksa anaknya pergi ke sekolah, demi maslahah (kepentingan) anak tersebut, samada dia redha atau tidak ke sekolah.

“Dikatakan orang-orang Ansar (di Madinah) berkata, “Dulu kami memilih Yahudi sebagai agama anak-anak kami kerana kami melihat ia lebih baik daripada agama kami. Apabila Allah mendatangkan Islam, maka kami memaksa mereka masuk Islam. Apabila turun ayat ini (“Tiada paksaan dalam agama), Nabi saw memberi pilihan kepada anak-anak kami tanpa memaksa mereka masuk Islam.” (Zubdah At-Tafsir, ms.53)

Khalifah Umar Al-Khattab ra mengarahkan panglima-panglima yang dihantar berjihad ke negara-negara jiran agar mengajak semua penduduknya menganut (agama) Islam. Jika enggan, maka mereka dimestikan membayar Jizyah (tunduk kpd Sistem Islam). Jika enggan, maka mereka diperangi. Jelas kisah Umar di atas menunjukkan agama/aqidah Islam tidak boleh dipaksa, tetapi peraturan dan sistem Islam boleh dipaksa. Firman Allah bermaksud, “Adakah kamu memaksa manusia hingga mereka menjadi orang-orang beriman?” (Al-Quran)

Oleh itu jika Islam memerintah sesebuah negara, Kerajaan Islam tidak boleh memaksa semua rakyatnya memeluk agama/aqidah Islam, tetapi ia boleh menguatkuasa/paksakan Syariatnya yang sejahtera demi maslahat orang ramai seperti melarang pelacuran, liwat, telanjang atau bercumbuan di khalayak ramai dan sebagainya walaupun agama atau adat mereka membenarkannya.

Hakikat ini sangat jelas dalam kesemua kitab Fiqh Islam dan sejarah Islam sepanjang zaman. Hanya golongan Liberal, golongan yang tidak mendalami hakikat Syariat Islam atau golongan berkepentingan sahaja yang menyalahtafsir ayat “Tiada paksaan dalam agama”.

Twitter - mparitbuntar- Just made my point on the issue ... 2013-10-16 10-59-58

Mujahid Rawa mungkin terkeliru di antara akidah dan sistem lalu menganggap “… ketetapan (Mahkamah) melarang (melalui undang-undang), itu sudah masuk dalam daerah memaksa (aqidah/jiwa/hati) yang ditegah oleh prinsip “Tiada paksaan dlm Agama”. Di sini kita melihat, prinsip “Tiada paksaan masuk agama Islam” cuba beliau luas ertikan sehingga orang-orang kafir bebas menamakan sembahan mereka dengan nama “Allah” yang suci, biarpun itu boleh mengeliru atau menyinggung perasaan orang lain, dan Mujahid Rawa menghadkan reaksi Negara Islam hanyalah kepada dialog dan mestilah tidak lebih dari sempadan dialog itu (seperti membuat penguatkuasaan dsb).

Apabila Mujahid Rawa tidak dapat membezakan antara kedua aspek asasi di atas, seterusnya menjadikan tafsirannya sendiri terhadap ayat “Tiada paksaan dalam agama” sebagai “prinsip-prinsip Islam”, kesannya kita dapati “Formula Pendekatan”, “Prinsip Kedamaian”, “Premis Perundangan” dan “pendekatan dialog” yang beliau hasilkan menjadi keliru.

Jauh dari itu beliau mula menuduh pihak-pihak yang mempertahankan kalimah “Allah” (tidak boleh disandarkan kepada Jesus, Messiah, Holy Ghost, Elywh dan sebagainya) sebagai “golongan sempit”, “kelompok ekstrim kanan” terdiri daripada gerakan-gerakan Islam tertentu, Majlis-majlis Fatwa, Majlis-majlis Syura dan lain-lain.

Ustaz Abdul Halim Abdullah

Ustaz Abdul Halim, Isma

2. “Premis Teologi/Agama” pada Mujahid Rawa hanya berkisar kepada benar dan salah, tetapi tidak boleh sampai ke tahap mengadakan perundangan dan penguatkuasaan. Ini benar pada banyak agama termasuk Kristian, tetapi tidak pada Islam. Islam yang didatangkan Allah adalah sempurna dan syumul (menyeluruh) mencakupi Aqidah dan Sistem.

.
Sebenarnya, Islam menubuhkan Negara Islam bertujuan *Hifz Ad-Deen wa Nasyr Ad-Dakwah* (menjaga Agama dan menyebarkan Dakwah). Negara boleh, bahkan mesti berbuat sesuatu demi menjaga nama suci Allah daripada dinodai atau mengelak kekeliruan dalam masyarakat.

Sosiologi Islam, bahkan sosiologi bukan-Islam menyebut, “Inna Al-Haq labudda min Quwwah tahmihi” (Kebenaran itu mesti ada Kekuatan yang menjaganya). Kekuatan adalah kerajaan, penggubalan undang-undang dan penguatkuasaannya.

Sayyidina Uthman bin Affan berkata, “Inna Allah yazighu bi As-Sultan, mala yazighu bi Al-Quran” (Allah selesaikan urusanNya dengan Kekuasaan (undang-undang, perintah dsb), apa yg tidak boleh diselesaikan dengan Al-Quran (didikan, penerangan, dialog dan sebagainya).

PAKATAN-RAKYAT-TOYS

3. Artikel 3(1) menegaskan “Islam is the religion of the Federation” (Islam adalah agama Persekutuan – maknanya Malaysia). Ia bukan seperti yang cuba disempitkan sebagai hanya agama resmi (official religion) seperti tuduhan sesetengah pihak.

.
Oleh itu, tidak ada masalah sama sekali nyanyian lagu sesetengah negeri yang ada sebutan “Allah (SWT)” dinyanyikan atau lambang/tulisan “Allah (SWT)” dalam emblem pada uniform penjawat rasmi kerajaan di Malaysia asalkan ia membawa maksud Allah SWT.

Jauh dari itu, kita mengalu-alukan seluruh rakyat jelata mengangkat mengibar bendera tertulis padanya kalimat “Allah (SWT), menggambarkan Malaysia adalah tanahair dan negara Islam yang berdaulat. Sesungguhnya sebuah Negara Islam memang menaungi semua agama dan bangsa. Contoh Negara Islam yang dibina Nabi saw di Madinah adalah jelas.

Namun, isu nyanyian lagu dan pakaian di atas bukanlah Mahal An-Nizak (Premis Perbincangan) yang sedang dibicarakan oleh Majlis-majlis Fatwa/Syura, Mahkamah dan kita di sini.

Premis Perbincangan adalah menulis atau mencetak nama atau doktrin yang salah dengan menamakan makhluk-makhluk sembahan selain Allah SWT dengan nama “Allah” oleh akhbar/portal Herald untuk diedar atau ditatapi oleh orang ramai, Islam dan bukan-Islam.

Mujahid Rawa menyangkal telah adanya bukti masyarakat keliru jika dibenarkan penggunaan nama “Allah” pada sembahan-sembahan selainNya, lalu beliau mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan lebih didasari oleh “desakan dan sikap emosional”, “kebimbangan yang tidak berasas”, “sensasi media dan tekanan golongan ekstrim kanan” dan sebagainya.

Kita tegaskan bahawa Syariat Islam tidak semestinya menghukum berdasarkan kes yang telah berlaku semata-mata. Sebaliknya Syariat Islam juga boleh menghukum berdasarkan Ghalib Az-Dzan (kemungkinan besar akan berlaku) seperti aspek pencegahan dan langkah waspada.

Apatah lagi dalam isu kalimah “Allah” sendiri, memang berlaku rasa tersinggung atau kekeliruan dalam masyarakat Islam jika perkataan “Allah”  digunakan bagi nama sembahan-sembahan selainNya. Rujuk “Isu kalimah Allah – Anwar Ibrahim” on YouTube. Beliau berpendapat bahawa, “We must remember that the god we worship is in fact *the same god*, the creator and sustainer of the universe” (Kita mesti ingat bahawa tuhan yang kita sembah adalah sebenarnya *tuhan yang sama*, pencipta dan pentadbir alam ini), sedangkan Allah SWT berfirman bermaksud, “Katakan Wahai orang-orang kafir ! Aku tidak sembah apa yang kamu sembah. Kamu bukan penyembah apa yang aku sembah. Aku bukan penyembah apa yang kamu sembah. Kamu bukan penyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agama kamu. Bagiku agamaku” (Al-Kafirun).

Jika kekeliruan boleh berlaku pada seorang tokoh seperti di atas, apatah lagi pada golongan masyarakat yang dhaif, jahil atau yang berkepentingan.

[Klik untuk tonton … “Tuhan yang sama, iaitu Allah”]

FireShot Screen Capture #022 - 'Isu kalimah Allah - Anwar Ibrahim - YouTube' - www_youtube_com_watch_v=WRljS86PitU

4. Dalam mengeluarkan sesuatu hukum, perkara pertama yang ditentukan oleh Fiqh Islam adalah Mahal An-Nizak (premis perbincangan). Hari ini premis perbincangan adalah *Herald/pihak Kristian hendak tukar kalimat “God” kepada “Allah”*.

.
Contohnya, jika terjemahan ini dibenarkan maka ucapan Pope Francis I seperti, ” .. God is certainly in the past because *we can see the footprints* ..”, akan diterjemahkan kepada “Allah itu pastinya (wujud) dimasa lampau sebab kita boleh lihat kesan/cap tapak kaki(Nya) …”. (Rujuk : An exclusive interview with Pope Francis – http://www.heraldmalaysia.com/news/An-exclusive-interview-with-Pope-Francis-17458-2-1.html)

Dalam hal di atas, Negara Islam boleh menghalang “God” diterjemah sebagai “Allah” di dalam edaran atau tatapan orang ramai, kerana Maha Suci Allah daripada mempunyai cap tapak kakiNya boleh dilihat oleh kita. Jika tidak, kekeliruan akan timbul, bahkan sifat Allah dinodai dan boleh menyinggung perasaan Umat Islam.

Ada pihak yang membenarkan Kristian menggunakan kalimah “Allah” sebagai nama sembahan-sembahan mereka dengan syarat ia tidak disalahgunakan. Dalam contoh di atas, tidakkah salahguna telah pun berlaku. Kita sangat percaya jika pintu-pintu syubhat dibiarkan terbuka luas, lebih banyak salahguna akan berlaku.

Di atas tadi adalah petikan kata-kata Pope Francis I yang telah disiarkan oleh Herald untuk bacaan rakyat Malaysia. Bagaimana pula kata-kata beliau yang lain seumpama itu, di portal-portal lain, tahun demi tahun, jika disiar atau dipaut(link)kan oleh portal Herald. Tidakkah nanti boleh mengeliru masyarakat atau mempersendakan Allah di hadapan masyarakat Islam?

Inilah Mahal An-Nizak nya.

Malangnya dalam isu yang mudah ini kita dapati, sebilangan penceramah, pemikir atau penulis cuba mengalih-alihkan Mahal An-Nizak (premis/konteks perbincangan) kepada yang lain seperti :

– “Allah bukan milik eksklusif umat Islam …”,
– “Allah untuk semua”
– Nyanyian lagu negeri ada sebutan kalimah “Allah”
– Emblem di baju polis dan askar ada tertulis kalimat “Allah”.
– Perbualan atau ucap selamat orang kafir kepada kawannya.

Ini boleh menyebabkan :

– Di kalangan Ulamak, perbincangan tidak berkesudahan atau tidak mencapai suatu keputusan yang amali, kerana Premis-premis Perbincangan berbagai-bagai.
– Masyarakat Awam menjadi keliru. Ada yang bersetuju Allah untuk semua manusia tetapi tidak sedar bahawa larangan ini adalah mengenai suatu hal khusus yang lain. Kesannya mereka mencemuh Majlis Fatwa, Majlis Syura, Hakim-hakim Mahkamah Agung, tokoh-tokoh Ulamak dan lain-lain tanpa menggarap premis perbincangan sebenar.

Dalam hal ini kita mengajak semua pihak agar amanah terhadap ilmu-ilmu Islam yang telah dipelajari dan amanah terhadap kepercayaan masyarakat yang telah diperolehi, bukan kita turut mengusutkan lagi suasana.

“Allah for all” — The Herald

5. Perjuangan menyempurnakan undang-undang.

.
Di zaman dahulu hakim memutuskan hukuman dalam sesuatu mahkamah berdasarkan ilmunya tentang Fiqh Islam dan keterangan dalam perbicaraan.

Adapun di zaman kini, hakim memutuskan berdasarkan Undang-undang yang diwartakan di Parlimen oleh Ahli-ahli Parlimen atau DUN oleh ADUN-ADUN dan keterangan-keterangan dalam perbicaraan.

Yang boleh menyatukan umat Islam adalah Ketua Negara sebagai simbol perpaduan dan kekuatan, serta Majlis-majlis Ulamak/Syura yang mempunyai mekanisma dan disiplin dalam mengeluarkan fatwa-fatwa.

Oleh itu seharusnya, apa yang diputus oleh Majlis-majlis Ulamak, Fatwa, Syura dan seumpamanya diusahakan pula melalui kesepakatan Ahli-ahli Parlimen dan ADUN-ADUN khususnya mereka yang beragama Islam dari pelbagai parti utk dijadikan Undang-undang di dalam dewan-dewan perundangan masing-masing tanpa berlengah.

Jika tidak, undang-undang akan terus kekal dalam keadaan kurang sempurna dan hakim terpaksa banyak bergantung kpd ruh kenegaraan iaitu “Hifz Ad-Deen wa Nasyr Ad-Dakwah” (menjaga Agama dan menyebarkan Dakwah), pengalaman diri serta firasat hatinya.

Ulamak terdahulu mengatakan, “Inna Al-Adla fil nafs Al-Qadhi, la fi nusus Al-Qanun …”. (Sesungguhnya Keadilan itu terletak dalam jiwa Hakim, bukan pada ayat-ayat dalam undang-undang. Adakalanya undang-undang itu tertulis lengkap, tetapi jiwa hakimnya zalim, lalu keputusannya zalim. Adakalanya undang-undang tidak lengkap, tetapi jiwa hakimnya adil, lalu dia menghukum dengan tepat dan adil).

Dalam isu Kalimah “Allah” Majlis-majlis Fatwa di bawah Ketua Negara telah lama berfatwa mengenainya, namun wakil-wakil rakyat tidak menggubalkannya dalam Dewan-dewan Perundangan dengan sebaiknya, sehingga ada ruang-ruang yang bolos (loop holes) untuk pihak-pihak tertentu cuba mengambil kesempatan daripada kealpaan kita.

Namun kita bersyukur, walaupun dengan kekurangan undang-undang sedia ada, keputusan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan pada 14/10/2013 lalu adalah tepat dan adil, mengambilkira Malaysia sebuah Negara Islam, menafsirkan “Hak Kebebasan Beragama” dan “Hak Kebebasan Bersuara” dengan jiwa yang adil melihat realiti setempat, berbeza dari tafsiran Hakim Lau Bee Lan dalam penghakimannya di Mahkamah Tinggi pada 31/12/2009.

Kita jangan lupa pengajaran dari kes mahkamah Ooi-Siow yang bercumbuan di khalayak ramai melawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (yang membuat tangkapan) atas premis “Hak Kebebasan Individu” hingga kes diheret ke peringkat Mahkamah Persekutuan. Ini tidak lain selain ada loop holes di dalam undang-undang sivil. Akhirnya DBKL menang kes antara lain kerana jiwa hakim yang adil dan mengambilkira realiti masyarakat setempat. (Rujuk : The Malaysian Bar – Grounds of Judgment on DBKL’s “Hugging & Kissing” case: Ooi Kean Thong & Siow Ai Wei v DPP 2006 [FC] –http://www.malaysianbar.org.my/selected_judgements/grounds_of_judgment_on_dbkls_hugging_kissing_case_ooi_kean_thong_siow_ai_wei_v_dpp_2006_fc.html ).

Kita melihat Mujahid Rawa mungkin terlepas pandang prinsip-prinsip Islam yang sebenar, serta status Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, sebaliknya beliau mendakwa “… Mahkamah Rayuan (yang) terlepas pandang (terhadap) kerangka negara yg sedang dibina.”

Perlu disebut di sini bahawa, walaupun Islam mewajibkan umatnya menggubal peraturan dan menjalankan penguatkuasaan demi menjaga Agama, ini tidak bermakna Islam menolak dialog, debat yang baik dan seumpamanya. Sebaliknya Islam mengalu-alukan forum dialog di kalangan para cendikiawan dari berbagai pihak seperti debat-debat Ahmad Deedat dengan cendikiawan Kristian yang kita telah sedia maklum.

Ini adalah kerana peraturan hanya mengawal tindakan, sedangkan dialog, meyakinkan pemikiran dan menambat hati akan membuka hati dan jiwa mereka kepada menerima Aqidah Islam.

Firman Allah bermaksud, “Tiada paksaan dalam Agama. Sungguh telah jelas mana itu Petunjuk dan mana itu Kesesatan…” (Al-Quran).

Sumber: http://www.ismaweb.net/v4/2013/11/isu-kalimah-allah-menjawab-pemikiran-mujahid-rawa/

Berkaitan:

Mujahid PAS selar Isma sebagai pelampau agama!

Advertisements

Entry filed under: Evangelista Bintang Tiga. Tags: , , , .

What a freakin’ pervert! Temple demolition and the ‘strange’ happening

41 Comments Add your own

  • 1. Survivor  |  November 10, 2013 at 9:48 am

    Like I said, if you want to undermine a community, do it from within, use their own people to undermine them.

    This is getting interesting by the day. People of the same creed accusing one another and calling names while the minorities, Chinese, Indians and other Native tribes look on with hilarity and say to themselves “see they are fighting amongst themselves”.

    The Chinese are now firmly behind the opposition. The Indians too, with time, will also gravitate to the opposition what with the way the BN government treats Uthaya. The Natives of Sabah and Sarawak, with more propaganda from the DAP, they too will move to the opposition.

    After all, it is easier to cook up lies and once a lie is let out of the box, it is difficult to debunk it. I mean, look. How successful is the BN is fighting the lies emanating from Pakatan ? The record is far from satisfying.

    Reply
    • 2. Helen Ang  |  November 10, 2013 at 9:51 am

      re: “The Indians too, with time, will also gravitate to the opposition what with the way the BN government treats Uthaya.”

      Yup.

      re: “The Natives of Sabah and Sarawak, with more propaganda from the DAP, they too will move to the opposition.”

      Yup. DAP’s Politics of Hate is increasingly going full swing in Sarawak.

      re: “After all, it is easier to cook up lies and once a lie is let out of the box, it is difficult to debunk it.”

      DAP 3.0 evangelistas = Raja & Ratu Fitnah

      Reply
  • 3. malaysian  |  November 10, 2013 at 10:11 am

    As usual. if you are not with me, you are the enemy of Islam. This is the usual tactic.

    Reply
    • 4. The International Jew  |  November 10, 2013 at 10:26 am

      I can say the same about you too. If I don’t subscribe to your Malaysian First Dung, you will immediately label me a racist.

      Reply
  • 5. AYAH  |  November 10, 2013 at 10:28 am

    Malaysian, that’s DAP’s usual tactic too! Or, it’s OK for us but not OK for the other side?

    Reply
  • 6. The Dictator  |  November 10, 2013 at 10:46 am

    ISMA should be careful there. Saying Mujahid colluding with the evangelistas could prove detrimental to them.

    Once the DAP’s propaganda machinery is in full swing, labelling ISMA a religious extremist group, ISMA will be in deep trouble. Once you have been labelled as such and such by the DAP, it is near impossible for you to shrug off the label.

    Reply
    • 7. Helen Ang  |  November 10, 2013 at 10:56 am

      To clarify: The Isma commentary does not contain the word “evangelista”.

      What Isma says about him is as follows:

      “beliau mula menuduh pihak-pihak yang mempertahankan kalimah “Allah” (tidak boleh disandarkan kepada Jesus, Messiah, Holy Ghost, Elywh dan sebagainya) sebagai “golongan sempit”, “kelompok ekstrim kanan” terdiri daripada gerakan-gerakan Islam tertentu, Majlis-majlis Fatwa, Majlis-majlis Syura dan lain-lain.”

      “Mujahid Rawa menyangkal telah adanya bukti masyarakat keliru jika dibenarkan penggunaan nama “Allah” pada sembahan-sembahan selainNya, lalu beliau mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan lebih didasari oleh “desakan dan sikap emosional”, “kebimbangan yang tidak berasas”, “sensasi media dan tekanan golongan ekstrim kanan” dan sebagainya.”

      “Kita melihat Mujahid Rawa mungkin terlepas pandang prinsip-prinsip Islam yang sebenar, serta status Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, sebaliknya beliau mendakwa “… Mahkamah Rayuan (yang) terlepas pandang (terhadap) kerangka negara yg sedang dibina.”

      Mujahid is clearly siding with the evangelistas through the positions that he takes.

      Reply
      • 8. Survivor  |  November 10, 2013 at 11:06 am

        Does it really matter ? Isma attacking Mujahid is Christmas for DAP. Now they can go to town and say that the extremists allied with Umno are out to threaten anyone who is siding with the opposition. I don’t really know whether Isma is allied to Umno or not but does it matter for the DAP anyway ? Now they have more material to cook yet more lies to attack Umno and by extension the BN government.

        Reply
        • 9. islam1st  |  November 10, 2013 at 3:09 pm

          ISMA members are more of a PAS members than UMNO. Period. It is just that, lately, its seems that they have been on a similar page with UMNO on a lot of issues, the Isu Pengunaan Nama Allah, is one.

          ‘I don’t really know whether Isma is allied to Umno’

          No they don’t.

          ‘but does it matter for the DAP anyway?’

          Of course it doesn’t.

          Reply
  • 10. I'm A  |  November 10, 2013 at 11:31 am

    Well it is indeed true tht iman x blh diwarisi… look at mujahid, too liberal for an ulamak’s son.. product of 1979 islamic reformation which was actually a shia reformation? ..Wallahualam.

    Reply
    • 11. Anonymous A  |  November 10, 2013 at 11:39 am

      Really ?

      Reply
      • 12. islam1st  |  November 10, 2013 at 3:11 pm

        ‘mujahid, too liberal for an ulamak’s son’

        This guy has been courting IRF for a while now.

        Reply
  • 13. kampong lad  |  November 10, 2013 at 11:34 am

    ‘for allah’s sake – inclusive use of “Allah” and the national language are actually opportunities to unite Malaysians’.

    ye ke?

    ‘Allah selesaikan urusanNya dengan Kekuasaan (undang-undang, perintah dsb), apa yg tidak boleh diselesaikan dengan Al-Quran (didikan, penerangan, dialog dan sebagainya)’.

    kata al-quran tu lengkap.

    ‘Artikel 3(1) menegaskan “Islam is the religion of the Federation”

    do allah & islam need this article as a guardian or protector? which is the supreme?

    as i said ealier if not many times before, benda ni tak payah pi mahkamah pun – cuma tanya wakil tuhan kat vatican, allah ni nama tuhan katholik ka? apa susah2 la. cheers!

    Reply
    • 14. malaysian  |  November 10, 2013 at 11:50 am

      “as i said ealier if not many times before, benda ni tak payah pi mahkamah pun – cuma tanya wakil tuhan kat vatican, allah ni nama tuhan katholik ka? apa susah2 la. cheers!”

      I agree with you. Unfortunately in Malaysia, UMNO is trying to put the image that Islam is superior than other religion. SO when the pride of other religion is hurt, what do you think the response will be. Everyone thinks their own religion is the greatest in the universe so reasoning out using own religion reference is not going to work. UMNO should have done this quietly behind close door and let the priest themselves do the change by dropping the world not by intimidating and threaten the Christian.

      Reply
      • 15. malaysian  |  November 10, 2013 at 11:55 am

        dropping the “word”. Typo error, sorry!

        Reply
      • 16. The International Jew  |  November 10, 2013 at 12:03 pm

        What about you ? What’s your religion ? Tell us. We want to know. We have been having this conversation for quite some time now and we still don’t know what religion you subscribe. Please tell us. This way we can clear our misunderstanding.

        Reply
        • 17. islam1st  |  November 10, 2013 at 3:15 pm

          Yes, malaysian, what is your religion? We seriously want to know?

          Tick, Tock, Tick, Tock.

          BTW are you stupid or something?

          It was Murphy Pakiam that had brought this case to court. And why UMNO is to be blame again?

          Bangang!

          Reply
          • 18. malaysian  |  November 10, 2013 at 6:37 pm

            It was the home minister who banned this word unilaterally and refuse to negotiate which force the priest to sue the gov. BTW are you stupid or something? Does it mean being non Muslim is inferior to Muslim by your standard and you have the right to degrade and insult non Muslim? What is my religion got to do with this? I am not Muslim nor Christian nor Catholic. http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/11/islamic-versus.html

            Reply
            • 19. islam1st  |  November 12, 2013 at 7:57 am

              Woi Bangang! lu ada baca ka takdak! They have been reminded repeatedly not to use the word, but still they, just like you and your kinds, wanted to teach some of us of their lansi attitude.

              READ LA THE PENGHAKIMAN!

              Jangan Malas OK, sendiri cari!

              Reply
              • 20. wan  |  November 16, 2013 at 7:24 am

                Qudwah hasanah cik, qudwah hasanah…^^

                Reply
        • 21. Conrad  |  November 10, 2013 at 4:23 pm

          What difference would it make ? If the commenter says he/she is Muslim, (here) he/she would be labelled a liberal hence traitor to Islam. If the answer is non Muslim, then the response would be the same.

          Reply
      • 22. grandmarquis  |  November 10, 2013 at 2:46 pm

        This is by far the stupidest reply from an avid dapster.

        1. Islam is superior than other religion – yes, because this is constitutional as Islam is the religion of federation.

        2. Putting the blame to UMNO is the typical of dapster. It is not UMNO, but it is the wish of all Muslim to make Islam superior in this country as we are Islamic country. PAS for the past 50 years has been fighting UMNO because the claimed that UMNO has not made Islam superior in this country.

        3. UMNO should have done it quietly? Well have we forgotten the tokong of Dapster Christmas message? Have we forgotten the constant provocation from the tokong as well as the evangelista? Who made the uproar when the issue has subsided?

        4. When pride of other religion is hurt? Isn’t Islam is also a religion? So you can hurt the Muslim by hijacking their name of God, whom they mention the name by the hundred of times in a day. You can claim that they have no right to the name of their God and ridicule the name of their God as you like. But it is not ok to hurt other religion even though we can see clear malicious intent of the religious follower to provoke other religion.

        You are that typical obnoxious DAPster who is selfish, arrogant and always think you are right.

        Reply
        • 23. malaysian  |  November 10, 2013 at 6:45 pm

          If after near hundreds years of using such word without any problem and suddenly UMNO find that their pride is suddenly hurt, then these UMNO Muslim must be bunch of idiots and stupid. You are that typical obnoxious UMNO ass licker who is selfish, arrogant and always think you are right.

          Reply
          • 24. shamshul anuar  |  November 10, 2013 at 8:18 pm

            Malaysian,

            On the contrary, UMNO is just responding to Malay/Muslim concerns. The concern is genuine. and that is something that you are not able to comprehend as you simply refuse to listen.

            The concern is not on linguistic matter. It is about the very foundation of islam. And muslims have legitimate point. why so insistent in using the word that is not in Bible in the first place?

            he word is not mentioned even once in bible. And none of my christian friends ever said they “worship” Allah. all they said is that their God(as per their belief) is Jesus, Nabi isa.

            Why the insistence? The real reason is that what better way to preach to Muslim other than having the same name with what Muslims worship.

            Sharing the name will inevitably leads the Christian preachers say “samalah ugama kita. Nama kita pun sama”.

            “Kalau tak ada apa apa tak kan burung tempua bersarang rendah’.

            Reply
            • 25. malaysian  |  November 10, 2013 at 8:38 pm

              If what you say is true, then why Najis got different set of verdict for the East Malaysian, clearly this is to get political support rather than defend your religion.

              Reply
              • 26. Helen Ang  |  November 10, 2013 at 8:50 pm

                re your calling the PM a rude name

                If your DAP candidate ever becomes PM (or DPM), we shall feel perfectly entitled to consider that the office of the executive head of state does not merit our respect.

                Reply
                • 27. malaysian  |  November 10, 2013 at 9:51 pm

                  That’s perfectly acceptable!

                  Reply
              • 28. shamshul anuar  |  November 10, 2013 at 11:54 pm

                Malaysian,

                What I said is the truth. Even what happened in Sabah, Sarawak is not the right thing. The problem starts when some preachers insist on using it in Peninsular Malaysia.

                In Sabah, Sarawak, christian preachers manage to convert to Christianity just by using the nama Allah. And they have been using it before formation of Malaysia.

                So why rile up by saying about “political support” Is that not what DAP is doing now? Try to create hatred by telling Christians that they must be allowed to use the word “allah”.
                .

                Reply
              • 29. grandmarquis  |  November 11, 2013 at 12:35 am

                That is why we say you are ignorant and arrogant. Islam as a tolerance religion does not impose changes on an establish culture by the non-Muslim. When sabah and sarawak joined Malaysia, it is already an established culture that they have been using bible in Indonesia which uses the name Allah (by the way, it was a tactic by the dutch to introduce the word Allah into Indonesian bible to proselytize the indonesian Muslim). As the matter of respect an tolerance, Muslim does not force non-Muslim to forgo their establish culture.

                The strange thing is in peninsular, those slit eye and dark skin evangelista whom not an iota of their life has ever use the name Allah in their worship and whom cannot even pronounce the word Allah properly (with the thick Al) suddenly claimed that they also have the right to the name Allah and Muslim does not have right over the name. Isn’t that such an insensitive provocation to the Muslim.

                Just because some people are using it does not mean it is right. Just as Islam tolerate religions other than Islam and allow them to practice freely does not mean that Islam recognizes those religions as being right. But when the follow of a faith coined up some evil scheme to challenge the faith of Muslim in this country, expect retaliation.

                This is what ignorant and arrogant DAPster cannot understand. They always think they are right. Even to the point the expect Muslim to accept their definition that Muslim has no right to the name of their own God. So who wouldn’t be angry.

                Reply
                • 30. kampong lad  |  November 11, 2013 at 11:41 am

                  “When sabah and sarawak joined Malaysia”.

                  correction bro…..semenanjung tanah melayu, sabah, sarawak & singapura formed malaysia. late tunku single-handedly kicked singapura out of malaysia for obvious reason. lee kuan yew menangis spt orang gila talak kerana he lost the opportunity to become the prime minister of malaysia. anggur masam sampai sekarang. cheers

                  Reply
                  • 31. Aku Melayu  |  November 11, 2013 at 10:00 pm

                    Syukur Alhamdullillah! Can you imagine having Lee Kuan Yew as our PM? Ibarat mimpi yang sangat ngeri!

                    Reply
                    • 32. Helen Ang  |  November 11, 2013 at 10:14 pm

                      re: “Syukur Alhamdullillah!

                      Don’t be so complacent as to think you’ve safely crossed the pitfall ,)

                      re: “Ibarat mimpi yang sangat ngeri!”

                      Imagine having KJ as our future PM flanked by his Dapster con-sultants and evangelista penasihat-penasihat.

          • 33. islam1st  |  November 12, 2013 at 8:01 am

            ‘If after near hundreds years of using such word without any problem..’

            Of course not! Why would we want to bother something that happens in Indonesia in the first place?

            Bangang!

            Reply
            • 34. wan  |  November 16, 2013 at 7:33 am

              Qudwah hasanah cik…^^

              Reply
      • 35. +ive note  |  November 10, 2013 at 3:09 pm

        In defining religion is about ‘truth’, ‘Right’, “Correct’ or quranic word ‘HAQ’. Why is superiority used. It is your own defination toward religion and your accusation towards Muslims. Man are created equal non is superior than others in the ‘eye’ of God only ‘taqwa’ differentiate us.

        Reply
  • 36. Keris  |  November 10, 2013 at 11:44 am

    re: “Sayyidina Uthman bin Affan berkata, “Inna Allah yazighu bi As-Sultan, mala yazighu bi Al-Quran” (Allah selesaikan urusanNya dengan Kekuasaan (undang-undang, perintah dsb), apa yg tidak boleh diselesaikan dengan Al-Quran (didikan, penerangan, dialog dan sebagainya).”

    This sounds like a justification of ISLAMIST POLEMICS which is permeated with a consciousness of “dualism” (in this case between “undang2 dan perintah” [jurisprudence and constituted law] on the one hand, and “didikan dan penerangan” [education and elucidation] on the other hand).

    One should understand however, that “sound reason” and “logical proofs” must serve as the underlying foundation in any systematic human enterprise, wherever and whenever it may be. Thus, “Elucidation” and “Jurisprudence” are a seamless amalgamation in the process of human rationality – not discrete and separate entities.

    Although we may think it to be so, Allah Most High and Wise does not “selesaikan urusanNya dengan Kekuasaan (undang-undang, perintah dsb), apa yg tidak boleh diselesaikan dengan Al-Quran (didikan, penerangan, dialog dan sebagainya).” – this is a sweeping statement that plays host to evil intentions even while it purports to do good, since it simplistically presumes the moral integrity of “The Judge” ie. his intelligence and his conscience.

    “Trust (Amanah) is that there should be no difference between what you do and say, and what you think. Do not be an arrogant scholar, for scholarship cannot subsist with arrogance. If you see any scholar loving the world, then his scholarship is in doubt. Acquire knowledge and teach it to people. Be dignified, honest and truthful. He who goes to the kings to seek favours goes away from Allah. Sit with those who love the Lord, for that enlightens the mind. And remember that eventhough a man may be as straight as an arrow, he will still be subject to critics.” (sayings of Umar al-Khattab)

    Reply
  • 37. What Is This  |  November 10, 2013 at 11:59 am

    A Muslim’s interfaith dream for Malaysians

    http://www.fz.com/content/muslim%E2%80%99s-interfaith-dream-malaysians

    RE BUTTERWORTH (Sept 18): When Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa was told that the launch of his latest book in Penang was being shifted at the last minute from the St Mark’s Church here to a restaurant nearby, he was crestfallen.

    “I was frustrated,” he recalled later. “Why did they have to move it like that? Holding it at the church meant so much to me.”

    It really shows when he said “Holding it at the church meant so much to me.” Ha ha ha !!!

    RE Two years after Mujahid, a devout Muslim with a degree from the Al-Azhar University in Egypt, embarked on the journey for interfaith exploration, he has become steadfast about his path, with the premise set by the Al-Quran itself.

    “I have clear textual guidelines from my book,” he told the crowd.

    “This is simply because this is what God, Allah the creator, wanted us to be… To live with different faiths but with full of harmony and respect.”

    Yes he really said that. ha ha ha !!!

    RE Emphasizing an important principle in Islam – there is no compulsion in faith – he asked: “Who are we to compel others to believe in what we think is right?”

    No wonder the evangelists love him so much. Ha ha ha !!!

    RE “I have not felt guilty for the slightest moment since I first started the journey in 2010,” he said to the crowd. “After two years of this journey I am still a Muslim – and I can tell you a very good Muslim.”

    Yeah !!! Again that’s music to liberals’ ears.

    RE “I don’t come here to sell my faith nor to buy your faith. I am here for dialogue.”

    I would to hear the readers opinion on this one and I sense that a lot of readers will respond angrily.

    RE “I am being criminalized for this. You can understand the pressure of doing this good thing, because people want to stop you from doing this.

    “But because I have a very strong perspective of what I am doing, I have chosen this path to face all the consequences by my Muslim brothers or even by some Christians.”

    Don’t worry. The evangelists and liberals are with you on this. Fear not ! Ha ha ha !!!

    RE Another fundamental confusion that he is concerned about is the current blurred lines between what is Islamic and what is Malay.

    “It has been indoctrinated that if you become a Muslim, you become a Malay – which is wrong… It is wrong to align race and faith together.”

    I didn’t say that. He said that and he’s from Pas.

    RE He then talked about the dream of interfaith understanding. “Do you have this dream? I am calling people to dream like this.”

    “All of us have the will and the power not to be intimidated by people who want us to go back fifty years… We will not get intimidated by those voices which are actually a minority to speak on behalf of all Malaysians.”

    Pas supporters are also dreaming the same dream thus they voted for Pas no matter what.

    RE After the event had ended, Mujahid was seen beaming radiantly.

    “I wanted the launch to happen here in the church. I was so disappointed when they shifted.

    “But it was somehow brought back here… It was God hearing my prayer, and giving me His blessings to continue with my work.”

    He said it ! Ha ha ha !!!

    Reply
    • 38. +ive note  |  November 10, 2013 at 3:25 pm

      For those seeking nearness to God. One need to remove ‘himself’. ‘i did this’, ‘i did that’ etc.

      RE “I don’t come here to sell my faith nor to buy your faith. I am here for dialogue.”

      RE “I have not felt guilty for the slightest moment since I first started the journey in 2010,” he said to the crowd. “After two years of this journey I am still a Muslim – and I can tell you a very good Muslim.”

      RE “I am being criminalized for this. You can understand the pressure of doing this good thing, because people want to stop you from doing this.

      3 example of ‘himself’ comes first before God. A bad choice to choose as a ‘mursyid’ or leading an example to know Allah (makrifatullah).

      Reply
  • 39. grandmarquis  |  November 10, 2013 at 2:57 pm

    There is fundamental difference in dialogue between speaking about what your audience wants to listen and speaking about what the audience needs to know.

    When you see your audience praising an cheering for you, you know something is wrong. What more if you are in an evangelist cum DAPster crowd who tend not to tolerate any different view then theirs.

    I watch his infamous forum video with Nurul Izzah when she said Melayu boleh murtad and it is clearly seen that he (Mujahid) did little to give alternative opinions on Islamic stand on the issue of Murtad. So it seems like he is just singing to the tune of the evangelist cum DAPster.

    Reply
    • 40. islam1st  |  November 12, 2013 at 8:07 am

      ‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil seteruKu dan seteru kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w.) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredhaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.

      Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka akan menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka) (al Mumtahanah ayat 1 hingga 2)’

      Read more: http://satuhala.blogspot.com/#ixzz2kNwautVH

      Reply
  • 41. MOHAMAD HAMZAH  |  November 12, 2013 at 9:41 am

    Mujahid Rawa ada YB. Panggillah YB Mujahid Rawa. Halim tanpa title Ustaz pun tak apalah.

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Recent Posts

My blog, my like

Helen Ang

RSS Cucu Tok Selampit

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Abu Leman

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Celah Gelegar

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Info Watan

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Archives

Pengunjung

  • 8,423,665 hits

Kalender

November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

%d bloggers like this: