Posted in HIPOKRIT

Isma tidak berganjak / Pembina mendesak Marina letak jawatan SISnya

Kenyataan akhbar Isma hari ini

Isma mempertahankan kenyataannya di dalam risalah yang dinyatakan di atas yang menyatakan keterlibatan NGO, Sisters in Islam (SIS), dalam tindakan Comango (Coalition of Malaysian NGOs) menghantar laporan kepada United Nations Human Rights Council (UNHRC) yang menuntut perkara-perkara antaranya :-

– Kebebasan beragama termasuk bebas untuk murtad

– Menghalalkan seks songsang termasuk pengiktirafan golongan LGBT

– Penghapusan hak keistimewaan orang Melayu

– Menghapuskan undang-undang syariah

– Menuntut kebebasan penyebaran fahaman Syiah

Isma berpandangan perkara-perkara ini adalah amat serius kerana ia boleh menggugat kedaulatan negara dan kemuliaan agama Islam di negara ini.

Selaku ahli lembaga pengarah SIS, Marina Mahathir semestinya bertanggungjawab dan terlibat secara langsung atau tidak secara langsung terhadap tindakan pihak Comango tersebut. Adalah mustahil seorang ahli lembaga pengarah tidak mengetahui dan bersama dalam aktiviti pertubuhan yang beliau bersama-sama ketuai.

Ugutan Marina untuk menyaman Isma juga memperlihatkan sifat hipokrasi beliau yang selama ini melaungkan hak kebebasan bersuara. Namun apabila isu ini terkena diri beliau sendiri beliau mengugut untuk menyaman.

Isma ingin menegaskan bahawa kami mempunyai bukti yang cukup untuk memperlihatkan sokongan Marina terhadap gerakan Comango ini.

Kenyataan dikeluarkan Aminuddin Yahaya, timbalan presiden Ikatan Muslimin Malaysia

MarinaSIS

Apa agaknya tugas Marina selaku ahli lembaga SIS?

BANGI, 11 Nov – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) hari ini mendesak Marina Mahathir untuk meletak jawatan sebagai ahli lembaga Sister in Islam (SIS) sekiranya tidak terlibat dalam isu Comango.

Tindakan itu adalah bertepatan dengan kenyataan beliau ketika memberi respon untuk menyaman Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) kerana mendakwa beliau sebagai dalang di sebalik gabungan NGO liberal Comango.

“Kita hairan bagaimana seorang ahli lembaga pengarah tidak terlibat dalam keputusan besar seperti Comango kemudian masih senang hati menjadi ahli lembaga pengarah,” ujar presiden Pembina, Ustaz Ibrahim Mohd Hasan.

“Kita pun tertanya-tanya apa tugas Marina selaku ahli lembaga jika tidak terlibat dalam keputusan besar seperti itu (terlibat dalam Comango).

“Jika benar beliau (Marina) tidak terlibat, saya mencabar supaya beliau meletakkan jawatan dalam SIS oleh kerana pengurusan SIS telah membelakangkan ahli lembaga dalam membuat keputusan,” ujar beliau lagi.

Baca seterusnya di laman Isma

MarinaAmbigaIrene
Charlie’s Angels AIM: Ambiga, Irene, Marina

Berkaitan:

Will Marina Mahathir quit as board member of SIS?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

10 thoughts on “Isma tidak berganjak / Pembina mendesak Marina letak jawatan SISnya

  1. The woman is in a desperate position now. Her only viable defense is to sue people. She thinks that a lawsuit will deter people from exposing what she is secretly doing.

  2. I wonder what Pas’ position is on this issue. Either way, its bad for them. They will be implicated if they come out in support of MM and those who are behind her.

    1. Bagi saya, apabila Comango menuntut perkara-perkara yang berkenaan, maka kesemua mereka ini termasuk ahli-ahli dan bukan ahli yang menyokong NGO-NGO berkaitan sebenarnya sudah tergelincir akidah mereka.
      Tiada jalan selamat bagi mereka melainkan bertaubat dan mengisytiharkan taubat mereka.

  3. Sedih lah. Bapa nya Negarawan, berdiri dan berjuang di jalan yang benar. Sudah pergi Haji. Muka bersih berseri, ada kesan Nur dan Rahmat Allah SWT itu sentiasa nampak mekar berganti di jiwa beliau; di cabut dari orang-orang yang berterusan menghina dan memakan daging beliau, terutama saudara se Islam dan tidak kira dari bangsa apa pun. Itu yang kita nampak. Lain nya urusan Allah.

    Berbeza dengan anak( Marina). Jika ayahanda nya pernah menyatakan, itu hak nya, sudah maklum lah, bertentangan ! Muka nya suram dan kelam. Jika mengaku seorang Islam, bertaubat lah. Dirikan Solat dan berdoa mohon keampunan. Orang-orang Islam semua begitu. Siapa tidak pernah lakukan kesalahan ?

    Terlampau banyak wang, sahut Seruan dan tunaikan Haji. Tabur lah wang tersebut di jalan Allah SWT. Itu yang terbaik. Dirikan pusat anak-anak yatim, apa jua kemudahan kepada yang sangat memerlukan dan seumpama nya. Apa salah memperbaiki Akidah / Moral LGBT balik dan duduk di landasan yang betul ! Ramai yang akan membantu. Terlalu banyak boleh di lakukan.

    Semoga beliau mendapat hidayah. Semoga doa ibu bapa beliau di makbulkan. Teramat malu ibu bapa, kaum keluarga yang masih hidup di sisi nya… Jika anda seorang ibu atau bapa, anda akan merasakan pedih kesakitan akibat perbuatan anak yang tersasar dari arus keluarga yang mencari kesempurnaan. Bukan harta dan wang ringgit… kerana tanya lah yang berwang dan berharta, semua itu kosong belaka !

  4. Sampai begitu sekali Marina ni nak saman ISMA lagi bersengkongkol sama NGO dan orang-orang Islam yang liberal lagi kaki maksiat.

    ISMA kan memperjuangkan Islam dan hak2 orang Melayu. Kalau nak kebebasan berugama, bersosial, berzina, nightclub keluar berhijrah ke negara kuffarkan baik. Sebab Marina nanti Malaysia jadi macam Indonesia atau Turki umat Islam yang muda muda akidah dan syariatnya sudah long gar dan rosak.

    Dalam Islam nak bebas boleh tapi perlu jaga syariat dan akidah.

Comments are closed.