Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM MELAYU

Krisis PAS P. Pinang alamat nasib kaum Melayu

Melayu membentuk 54.9 peratus warganegara Malaysia pada Ogos 2013 mengikut unjuran Jabatan Perangkaan. Cina adalah 24.0 peratus daripada jumlah penduduk warga.

Kaum Melayu yang 55 peratus (angka dibulatkan) ini berpecah empat cabang dalam sokongan politik mereka, iaitu:

  • Umno
  • PAS
  • PKR
  • Perkasa, Isma, dll

Kalau Umno mendapat sampai sokongan 60 peratus Melayu nanti pun, ini bermakna Umno mendapat sokongan 32.9 peratus daripada penduduk negara secara keseluruhannya.

Kalau DAP kelak mendapat 95 peratus sokongan Cina, ia bermaksud DAP memperolehi sokongan 22.8 peratus daripada seluruh penduduk Malaysia.

Sokongan Umno yang 33 peratus itu (dibulatkan angka) terbatas kepada golongan Melayu kerana Umno adalah parti khusus satu kaum.

Sokongan DAP yang 23 peratus itu (dibulatkan angka) cukup mantap daripada golongan Cina. Akan tetapi disebabkan DAP adalah parti pelbagai kaum, maka 23 peratus ini masih boleh dikembangkan lagi dengan tambahan sokongan kaum India, kaum Serani Kristian, kaum pribumi Kristian, dsb.

Natijah, jarak di antara Umno 33% (satu pertiga) dan DAP 23% ++ (suku) adalah tidak berapa besar jurangnya.

DAP sebenarnya kuat. Cuba ingat kepada kesan Obama.

Obama2012
Merah, negeri parti Republikan dan biru, negeri parti Demokrat

Beza Umno dan DAP

Umno adalah PPTA – Parti Paling Tidak Apa – manakala DAP adalah parti yang paling agresif dan paling licik.

Umno mempunyai 88 kerusi Parlimen tetapi BN yang diterajui parti Melayu itu lantang diejek sebagai “kerajaan minoriti”. DAP yang pegang 38 kerusi Parlimen berlagak seolah-olah ia yang berwibawa (memilik moral authority) dan layak memerintah.

Jika dilihat pada gelagat kedua-dua parti tersebut, anda akan silap menyangka bahawa DAP lah yang 88 kerusi dan Umno, 38.

AhJibGor

Sikap orang Melayu, orang Cina berbeza

Orang Melayu cukup teruja melihat Hannah Yeoh pakai tudung dan Ong Kian Ming kenakan songkok.

Orang Cina pula mentertawakan, mempersenda dan menghina Najib Razak tatkala beliau memakai baju Cina sempena Tahun Baru Cina.

Jika dilihat pada gambar di atas, presiden MCA sendiri Chua Soi Lek pun tidak memakai baju Cina. Presiden Umno sahaja yang melebih.

Apabila Perdana Menteri cuba menyebut beberapa patah perkataan dalam bahasa Cina Mandarin sewaktu di konsert Psy (bintang pop Korea), Najib diperli orang Cina — kenapa beliau tidak bercakap dalam bahasa Cina Hokkien yang merupakan loghat lumrah Pulau Pinang.

Namun apabila politikus DAP cuba menyebut sekerat dua ayat Al-Quran dalam bahasa Arab, orang Melayu memuji melangit seolah-olah evangelis Jerusubang sudah mendapat hidayah dan akan memeluk Islam pada keesokan hari.

PenangFlag

ATAS: Lukisan Pulau Pinang dijajah British

Kenapa Melayu lemah di P. Pinang?

Negeri yang paling ramai penganut Kristian di Malaysia ialah Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Pulau Pinang.

Mengikut banci penduduk tahun 2010, Pulau Pinang mempunyai sejumlah 636,146 orang penduduk Melayu dan 670,400 orang penduduk Cina. Yang keturunan India pun agak ramai, iaitu sebanyak 153,472 orang.

Ini bermakna, Melayu adalah 40.7%, Cina 42.9% dan India 9.83% daripada penduduk Pulau Pinang. Sebenarnya Melayu tidak berapa jauh ketinggalan berbanding Cina dari segi peratusan di Pulau Pinang.

Jadi kalau jumlah Melayu dan Cina lebih kurang sahaja (41% lwn 43%) mengapa Cina boleh kuat dan Melayu lemah longlai? Adakah ia kerana sifat Evangelista Bintang Tiga yang ada pada DAP?

double face

DAP 3.0 talam dua muka

Taksub dan maksum: Perbandingan sikap

Orang Melayu tidak taksub kepada Umno. Sebaliknya ramai juga yang memperlekehkan presiden Umno dan lebih ramai lagi yang benci pada ketua Pemuda Umno.

Pemimpin Umno boleh dikritik oleh pengikut-pengikut mereka sendiri.

Orang Cina tidak begitu. Mereka menganggap pemimpin evangelis DAP mereka itu maksum.

Pemimpin DAP tidak dibenarkan pengikut-pengikut mereka untuk dikritik oleh sesiapa mahupun selalu berputar alam. Mana-mana orang yang cuba mengkritik Lim Guan Eng atau Hannah Yeoh akan diserang habis-habisan oleh gerombolan pemuja mereka yang fanatik tahap gaban.

Ciri ‘personality cult’ yang merbahaya sedang menyelubungi dan mencengkam DAP.

SallehManMansorOthman

Tokong in total control

Cuba anda lihat pada perjalanan dua sidang akhbar yang membabitkan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan pengerusi PKR Pulau Pinang. (Butir-butir boleh dibaca dalam posting awal pagi blog ini.)

Sidang akhbar yang melibatkan Salleh Man berlangsung 10 minit sahaja dan sidang akhbar yang melibatkan Mansor Othman pula hanya sekadar 15 minit. Kedua-dua mereka dikerah untuk membaca kenyataan akhbar yang ringkas menafi tuduhan.

Salleh dan Mansor tidak diberi peluang untuk membalas soalan wartawan. Guan Eng yang berada in total control. Nyata sekali bahawa Salleh dan Mansor hanya boneka dan Guan Eng ialah dalang.

Guan Eng seorang control freak yang berusaha mengawal ketat apa-apa sumber pengaruh. Sebab itulah dia meletakkan diri sebagai pengerusi banyak badan-badan separa kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan di negerinya.

comfortinglies

Tidak boleh dibawa berbicara lagi

Sifat Guan Eng ini juga mendorong kepada program cuci otak yang dibuat terhadap masyarakat Cina.

Pembersihan otak oleh DAP begitu cekap dan berkesan sehingga orang Cina sekarang ini akan menelan bulat-bulat segala pembohongan, dakwaan yang tidak masuk akal beserta tuduhan palsu yang dilontarkan parti kesayangan mereka ke atas lawan atau pengkritik.

Permainan politik DAP adalah saban hari menghasut dan memfitnah. Justeru itu, politik benci DAP yang sudah sebati dengan jiwa penyokong parti itu menjadikan ianya mustahil bagi Dapster untuk diajak duduk berbincang.

DAP kuat sebab sokongan Cina baginya terlampau kuat. PAS lemah sebab sudah terpesong daripada perjuangan partinya dan hilang arah.

Layanan yang diterima PAS Pulau Pinang adalah petanda aras kepada tekad dan kemampuan DAP bagi kita semua mengambil iktibar alamatnya.

Dikemas: 2.20 petang

Disyorkan baca:

Pisau.net: Gereja, paderi dan Lim Guan Eng penentu siapa jadi pesuruhjaya PAS negeri?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

23 thoughts on “Krisis PAS P. Pinang alamat nasib kaum Melayu

  1. They have been totally brainwashed. There’s nothing much we can do about it. They will believe what they want to believe. Perpetual hysteria.

    I can only pray that once the street clashes take place, the innocents will be spared.

  2. Helen,

    Saya selalu nasihatkan orang Melayu (sesiapa yang saya jumpa dan jika ada peluang bercakap) tentang bencana sikap ambil mudah.

    Satu perkara yang saya nampak ialah hampir kesemua Melayu yang saya tanya akan kata penduduk majoriti Pulau Pinang adalah cina. apabila saya kata salah mereka terkejut “beruk’.

    Apabila saya beritahu di Pulau Pinang tiada penduduk majoriti, mereka tergamam. Saya beritahu mereka bahawa kenapa seolah olah Cina seperti majoritu adalah kerana sikap Melayu ambil mudah tak nak daftar. Dan yang daftar malas juga nak mengundi. Jadi lebih separuh pengundi Pulau Pinang adalah Cina. KESAN DARI SIKAP MELAYU YANG TAK DAFTAR.

    DAN SATU LAGI IALAH BUDAYA MELAYU

    Ada pepatah semakin berisi semakin menunduk. UMNO ada 88 kerusi tetapi perangai seolah kalah pilihanraya. Budaya merendah diri adalah baik. Tetapi biar orang pijak kepala adalah bodoh.

    Jika keadaan terbalik (contohnya PR menang pilihanraya) dan UMNO kata ada 40000 pengundi dari Bangladesh, saya rasa dah lama Najib dalam penjara sebab dikatakan menipu.

    BUDAYA suka menghina saudara seugama juga perlu dihentikan. Malangnya ada melayi bodoh seolah puas hati gambarkan Rosmah seperti hantu raya .

    Dalam satu ceramah (fitnah) oleh PKR di Bandar Baru Ampang, ahli PAS bertakbir apabila ADUN Sekinchan (DAP) bercakap satu ayat Jawa. Kemudian tanpa buang masa ADUN Sekinchan fitnah Tan Sri Bukhari. Hanya Bukhari dituduh kroni dan macam-macam lagi. selaga bilionair cina tak disentuh lagi. Dan orang PAS bertakbir.

    Bila dikatakan orang PAS bodoh, mereka marah. Tetapi memang bodoh.

    1. orang PAS sangat taksub pada parti, itu fakta. Kesian saya tengok. Mungkin sebagai ujian sebab mereka rasa diri mereka ahli syurga, sedangkan Allah SWT sahaja yang berhak untuk memutuskan cerita sifulan mana yang Dia Berkehendak!

      PAS sekarang sedang diuji. Fitnah yang selalu depa lempaq kat UMNO sudah terkena batang hidung sendiri.

  3. Helen,

    Orang Melayu patut betul betul bersyukur kerana kuasa politik walaupun cuba digugat masih ditangan mereka.

    Saya hairan contohnya kenapa susah sangat masalah rumah untuk berpendatan sederhana dan rendah ni di negara ini. Selain pulau Pinang, segala jawatan dari MB, Yang Dipertua Perbandaran, Pegawai daerah, Pejabat tanah adalah dari Melayu.

    Tiada kuasakah untiuk pastikan kawasan strategik dibuat rumah mampu milik? Dikala iman masih jadi pegangan MB, rumah kos sederhana (flat 3 bilik 5 tingkat) masih boleh dibuat.

    Pergilah ke Ampang Jaya, kenapa rumah kos sederhana boleh dibuat satu ketika dulu?

    Di kampung saya di Kulim, satu kubur Cina terbesar di Asia Tenggara dibina ditengah kawasan Melayu (Sg Kob).

    Orang melayu bantah. Tetapi PAS buat pekak saja.

    “Ini negeri Melayu dengan 75% melayu. Ada Raja. MB Melayu. Ahli parlimen Melayu, ADUN Melayu. Yang DiPertua Majlis Perbandaran juga Melayu. Pegawai daerah juga Melayu. Ketua di Pejabat tanah juga Melayu. NAMUN tiada siapa dari turutan ini masih berjaya halang satu kubur Cina di tengah kawasan Melayu” kata kakak saya..

    ITU DALAM KEADAAN MELAYU BERKUASA.

    Jika sudah hilang kuasa, maka Melayu tak ubah macam kucing kurap saja.

    .

  4. Ms H. I ask you only 2 good questions (maybe HY can also answer)

    1. CHINESE, MALAYSIAN CHINESE POLITICS HAVE BEEN LED BY MANDARIN SPEAKING CHINESE SINCE 1949 TILL 2013. Is this the reason why the political Malaysian Chinese leadership is so weak ?

    2. CHINESE, MALAYSIAN CHINESE POLITICS HAVE ALSO BEEN INFLUENCED BY THE BRILLIANT LEE KUAN YEW WITH HIS 11 FAILED POLICIES FOR SINGAPORE. Is the Singaporean Trojan Horse DAP barking up the wrong tree ? Do not forget DAP will be in opposition for over 50 years come the 14th GE. A political party is formed to rule not to oppose !

    1. re: (1)

      Chinese politics in Malaysia has been (and is being) led by Lim Guan Eng since 2008. LGE is essentially an English speaker although this does not preclude his use of the Chinese dialects and Malay.

      This fact is proven by the DAP archives of his speeches and press statements over the decades which were made/written in English.

      If you’ll look at his collection of press statements more recently since he became Chief Minister, all are written in English too. Some are translated into Chinese. And a handful are translated into Malay.

      re: (2) “A political party is formed to rule not to oppose”

      DAP thoroughly rules Penang even though Chinese are 43% of the state population as opposed to 41% Malay. Penang has 40 DUN seats, out of which Pakatan holds 30.

      Of the 30 Pakatan seats, DAP holds 19. Out of the 30 Penang Pakatan Aduns, 6 are Malay and 24 are non-Malay.

      DAP 3.0 as a political will do everything and stop at nothing to attain power. Of course it wants to rule even if attaining this rule necessitates Bintang Tiga tactics.

      1. In fact the DAP are actually led by the Bananas 香蕉人. LGE, Hannah, Miss Yap SH are all from the Sekolah Mubaligh or non Chinese schools. The only main shi-pu-shi 是不是is Liew Chin Tong.

        Although the 香蕉人 are constantly rediculed by the 是不是 as being UnChinese, it is with ease that the 香蕉人 manipulate the 是不是 with ease thus the cult personality. Failed policies of the 华校 perhaps?

          1. Cina 是不是mudah dipedaya.
            Anyway, Penang Darul Maksiat. Kini pula wildlife smuggling. Maksiat Penang lain termasuk dvd cetak rompak, dadah. Pelacuran dll

      2. MS H. Good info on Pulau Pinang which is an integral part of Malaysia. The following are the problems/dilemmas which were not resolved up to now. (FTZ gave some breathing space but no longer)
        1. Water Shortage
        2. 19th century sewage system which flows up to Batu Ferringhi.
        3. Antiquated road system.
        4. Receipts from tourism accrue to the Federal coffers.
        5. No debts but only RM140 Millions which is equal to the cash of a 3rd tier KLSE plc.
        6. Burgeoning unemployment.
        7. Inflation and cost of living shoot up due to massive condo developments.
        8. No funding from the Federal Government.
        9. Infrastructures can only be built by the Federal Government.
        10. To ape Singapore, is to ape the failure of Singapore today with the brilliant Lee Kuan Yew 11 policy failures for Singapore.
        11. Now Myanmar will pull more FTZ factories there.

      3. Ms H. Apart from functioning as a normal governing bureacracy, which is expected of ALL State Governments, what has the Pulau Pinang Government done which is earth-shattering.? Laying down a couple of steel tubes on the sea-bed to form the 3rd access to the island at a super price ?

        1. re: “what has the Pulau Pinang Government done which is earth-shattering”

          They have been very successful in brainwashing. That’s why Guan Eng attained “tokong” status.

          This hero-and-deity worship is attested to by his own (then) Deputy Chief Minister. The ‘tokong’ title was not given to Guan Eng by Umno nor MCA politicians or those whom Dapsters are fond of labelling “Umno agents”. It was bestowed by the number two man – DCM (II) in his own executive administration.

          1. Ms H. You mean in 2013 the 21st century that chaps and ladies are prepared to salaam and live on fresh air and sunshine only in Pulau Pinang ? Time is now measure in eon secs.

    2. 1) as far as i know, at least 50% mca president dun speak mandarin, see, u r telling joke again.

      2) hmmm lky pap rule and dap dun rule. u start to sound like a buddhist monk that mummur fail is success n success is fail.

      1. But 是不是like you can become zombies and follow babi buta the 香蕉人. Mungkin sudah mabuk baca puisi.
        Banana man can manipulate your hollow heads.

  5. “Orang Cina pula mentertawakan, mempersenda dan menghina Najib Razak tatkala beliau memakai baju Cina sempena Tahun Baru Cina.

    Jika dilihat pada gambar di atas, presiden MCA sendiri Chua Soi Lek pun tidak memakai baju Cina. Presiden Umno sahaja yang melebih.”

    Mana ada Cina masa kini yang bermegah dengan baju Cina? Baju Cina cuma waitress yang pakai. Tak sama dengan orang India dan Melayu. Kawan kita yang Chinese educated pun kata kita yang gila baju Cina memang ODIKAL. Betul juga.

    “Saya hairan contohnya kenapa susah sangat masalah rumah untuk berpendatan sederhana dan rendah ni di negara ini. Selain pulau Pinang, segala jawatan dari MB, Yang Dipertua Perbandaran, Pegawai daerah, Pejabat tanah adalah dari Melayu.”

    Habis keluar Melayu daripada Tanjung Pinang. Ganti pula dengan rumah mewah highclass. Melayu kena bersempit dalam flat.

    1. Mulan ,

      Malangnya di Pulau Pinang bukan pada Melayu saja. Yang cina juga kena tempias. Yang diutamakan ialah pembeli rumah dari Singapura.

      Yang saya tak boleh terima di tempat seperti Hulu kelang, Seri Petaling, habis semua tanah ditepi jalan di buat kondo dan diberi nama orang putih. siapa yang akan beli kondo ini? Orang melayu?

  6. Dear Helen,

    Outstanding people have one thing in common; an absolute sense of mission.

    Mediocre only think about money, material and power. They never think about the Rakyat.

    ‘Tokong’ LGE and ‘Tokong Kucing Kurap’ Jeff Ooi are mediocre!

    1. re: “an absolute sense of mission”

      :D I have that self-awareness wrt what you mention, but still, for the moment I just want time for me. I need it.

  7. Thank god to have a nice blogger like you. I’m proud of you.

    Keep it up and be yourself. I’ll pray for your success, health, wealth, and happiness.

Comments are closed.