Gambar bawah dirakam di sidang akhbar Lim Guan Eng dua hari lepas yang menyaksikan Salleh Man, pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, dipaksa menafi bahawa DAP ada pernah campurtangan urusan Islam di negerinya.
Gambar yang satu lagi ialah sidang akhbar Guan Eng pada Ogos 2012 yang mana Mansor Othman, pengerusi PKR Pulau Pinang, dipaksa pula untuk menafi bahawa beliau pernah menyebut setiausaha agung DAP itu sebagai seorang yang “cocky, arrogant, tokong”.
Heh, heh, heh … mana ada masalah
Dalam sidang akhbar 20 Nov tersebut yang dipanggil Guan Eng, ketua PAS itu sekadar dibenarkan membaca ikut skrip sebuah kenyataan dua perenggan.
Perjumpaan Salleh Man dengan pemberita cepat sahaja tamat dalam jangkamasa 10 minit tanpa para wartawan diberikan peluang untuk mengemukakan sebarang soalan, menurut satu laporan fz.com.
Manakala sidang akhbar yang dipanggil Guan Eng bersama Mansor Othman pada 24 Ogos 2012 pun teramat singkat. Guan Eng secara tiba-tiba menghentikan sidang selepas lebih kurang 15 minit ekoran Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang itu tergagap-gagap menghadapi pertanyaan media.
Gag order lah, apa lagi
Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan perintah tutup mulut melarang pemimpin-pemimpin Pakatan berkata apa-apa berkaitan keluhan badan perhubungan PAS.
.
“Di dalam kenyataan akhbar semalam yang dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS, Ustaz Fauzi Yusof, tidak langsung menyebut nama mana-mana parti politik. Oleh yang demikian, kenyataan NST hari ini adalah lebih kepada manipulasi media bagi memecahbelahkan hubungan baik di antara parti komponen Pakatan Rakyat.
.
Sekian, terima kasih.” — Datuk Mohd Salleh Man
One, little two, little three, little Melayus
Kalian masih ingat apa nasib Mansor Othman setelah berani menegur Guan Eng sebagai “tokong” yang angkuh dan sombong? Seperti yang dijangka orangramai, beliau telah ditamatkan kerjaya malangnya di Komtar.
Setakat ini dengan hanya menjangkau tempoh 6 tahun sahaja sejak memegang tampuk kuasa, Guan Eng sudahpun mempunyai tiga orang Timbalan Ketua Menteri Melayu bersilih ganti:
- Mohammad Fairus Khairuddin (Mac 2008-April 2009) yang didesak meletak jawatan
- Mansor Othman (Jun 2009-Mei 2013) yang ditekan untuk berundur
- Mohd Rashid Hasnon (sekarang)
Jelas pemimpin-pemimpin Melayu tidak mampu bertahan lama apabila berdepan dengan seorang Super Streetfighter Cina.
Hanya boneka DAP yang ikut cakap
Kecewa dengan rejim Lim Guan Eng, perwakilan Pemuda PAS Pulau Pinang menggunakan pentas muktamar hari Khamis sebagai medan bagi menggesa pucuk pimpinan partinya mengambil tindakan susulan mengenai tahaluf siyasi yang dijalinkan kedua-dua parti itu, berita mStar Online mengkhabarkan kelmarin.
“Tiada jalan nak kita kemukakan, tiada medan untuk kita berbincang,” dedah Mohd Raduan Ramli.
Tambah Mohd Raduan, beliau berharap pimpinan tertinggi parti itu akan mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat mengenai situasi hubungan PAS dan DAP di Pulau Pinang, kata laporan mStar tersebut.
“Kami berdepan dengan situasi ini dan kami harap sahabat serta saudara dalam perjuangan usahlah mudah menaburkan kata-kata tanpa mendapat cerita yang sebenar daripada kami yang berada di Pulau Pinang.”
Namun Tuan Salleh Man pasti tidak akan menyuarakan kisah sebenar rumahtangga bersama PAS dan DAP yang retak menanti belah itu.
Bersambung:
menimbulkan lebih banyak tanda tanya apakah yang sebenarnya yang berlaku.
pemimpin-peminpin melayu pulau pinang perlu lebih amanah, jujur dan berani.
peminpin yang tidak amanah, tidak jujur dan berani mudahlah dipermainkan dan di jual beli.
Itu lah nasib melayu pulau pinang.
Kasihan… Baru nak bersuara, ada orang sudah berdehem.
Di penghujung cerita, melayu pulau pinang menerima nasib sama seperti melayu singapura.
Kasihannnnn…