Posted in Evangelista Bintang Tiga

Mukhriz tidak dilantik ke MT Umno

Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik adalah:

  • Nazri Aziz
  • Hamzah Zainuddin
  • Johari Abdul Ghani
  • Irmohizam Ibrahim
  • Mohd Sharkar Shamsudin
  • Raja Nong Chik
  • Asyraf Wajdi Dusuki
  • Ibrahim Shah Abu Shah
  • Ustaz Kazim Elias

Yang tidak dilantik ke Majlis Tertinggi ialah Mukhriz Mahathir.

hishamKJ

Imbas kembali persaingan jawatan naib presiden tempat ketiga

Mukhriz telah menang undi popular (57,189 undi perwakilan) berbanding Hishammuddin Hussein (56,604). Namun Mukhriz kalah undi electoral college (93 undi), Hisham (101 undi).

Hisham menang besar di negeri asalnya Johor (24 undi bahagian) berbanding Mukhriz (2 undi). Selain itu Hisham sapu bersih Pahang (14 undi) berbanding Mukhriz (sifar).

Mukhriz mengatasi Hisham pula di negeri-negeri yang diperintah / pernah diperintah Pakatan, iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

Prestasi Mukhriz juga lebih menyerlah di dua buah negeri di mana DAP mempunyai pengaruh kuat, yakni Negeri Sembilan dan Melaka.

Trend di atas membayangkan bahawa ahli Umno yang tinggal di negeri-negeri di mana orang DAP memegang kuasa politik – bermakna Melayu yang sudah masak dengan kerenah Cina sombong – berasa lebih yakin terhadap kepimpinan Mukhriz.

Pada 19 Okt 2013 (malam pemilihan), Mukhriz telah menyatakan harapan beliau agar presiden parti akan melihat kedudukannya sebagai pengerusi badan perhubungan Umno Kedah serta Menteri Besar untuk melantik beliau dalam barisan MT bagi membolehkannya terus berbakti kepada Umno.

Pelantikan ahli-ahli tambahan MT adalah mengikut pertimbangan dan budi bicara Najib Razak manakala ketua-ketua sayap parti adalah naib presiden secara automatik. Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda serentak seorang naib presiden Umno.

Adakah Dr M terkilan gara-gara Mukhriz tidak terpilih oleh Najib (pengumuman nama-nama dibuat beberapa hari lepas pada 29 Nov) untuk membarisi MT?

Dikemaskini: 3.19am

Author:

I have no Faceook or Twitter.

15 thoughts on “Mukhriz tidak dilantik ke MT Umno

  1. Get your facts right. MB will be automatically elected as MT UMNO.

    And 57k is bigger than 56k. :)

    1. You’re the one who should check your facts. MBs are allowed to be “present” at the supreme council meetings but they do not have the right to vote.

      Furthermore, those categorised as “also present” at the MT meetings cannot speak except with the President’s permission (which makes them only observers, so to speak). See, http://www.nst.com.my/latest/should-mb-cm-be-restricted-from-contesting-supreme-council-posts-1.356443

      But thanks for pointing out my cut & paste mistake wrt to 56k & 57k. I’ve corrected.

      1. Helen,

        Najib is still dreaming. He still thinks he has a chance to get the Chinese votes.

        As for Mukhriz, although i he is not appointed as supreme council member of UMNO being a MB is actually quite an achievement.

        So Mukhriz still wields considerable influence. Never mind the setback (losing the contest on VP post, defeat in sg limau).

        Sabarlah.

        1. re: “So Mukhriz still wields considerable influence. Never mind the setback (losing the contest on VP post, defeat in sg limau).”

          For someone who announced his candidacy at the last minute,
          who did not have the backing of the party president,
          who was not an incumbent,
          who does not have a national presence (unlike Hisham a Cabinet Minister) and a ministerial machinery,
          who does not have either mainstream or alternative media support (think of all the unflattering photos of him The J-Star featured)
          and furthermore was slandered by TMI, Mukhriz did very well.

          (Mustn’t forget to add, and whose own sister is on the other side …)

          re: Najib getting the Chinese votes …

          Not even if he sends hantaran of Birkin bags.

    2. Najib ada berjanji untuk jemput pengerusi perhubungan yg bukan ahli mt hadiri mesyuarat mt tetapi hanya pemerhati sahaja lah..

      Bukan automatik..

  2. SAYA UKA GAYA DAN CARU U MENULIS KAMU DAN KITA ORG CINA TETAPI BERJIWA MALAYSIA

    HELEN ORG YG JUJUR DAN TAK RASUA TIADA RUANG UTK MEREKA

  3. Kebanyakan dikalangan Najib punya ‘inner-circle’ memang jenis jibaok, kaki bedek-pembodek yang hanya pandai mementingkan perut mereka sendiri. Najib punya ‘kitchen’ influence (Q Control) pula sudahpun well-reknown dan tersohor.

    Kalaulah itu caranya Najib dipengaruhi oleh jenis jibaok dan takutkan ‘pengaruh dapur’.., maka dia adalah jenis pemimpin yang tidak steady dalam ‘decision-making’ dan tidak stabil dalam ciri ketokohan kepimpinan.

    Ciri utama seorang pemimpin adalah ‘fearless’ quality dan bukan ‘fearful’ quality. Itu Najib kena ingat sampai bila-bila.

  4. Najib tak menghargai jasa MB Kedah yang rampas balik Kedah dari PAS.

    Barulah ini di katakan pemimpin tak ada quality.

    Tak pandai menilai sesuatu.

    Very uncunning PM indeed.

    Umno sekarang untuk golongan tertentu sahaja.

    They don’t care whether or not you contribute to the party state or country. As long as you are my buddy…………there is a place.

    No wonder more people are turning against Najib now……..

  5. Helen,

    Mungkin ada benarnya Tun kecewa kerana Mukhriz kalah untuk jadi Naib Presiden dan tidak pula menjadi ahli MT.

    Tetapi saya percaya kekecewaan Tun bukanlah hanya kerana Mukhriz itu anaknya tetapi kerana beliau tentu lebih tahu kekuatan dan kelemahan barisan kepimpinan PM Najib yang sedia ada.

    Saya berpendapat kepimpinan UMNO di bawah PM Najib sedang beransur-ansur membawa UMNO kedalam zaman kegelapan dan kemungkinan berkubur dalam PRU-14 nanti jika tidak ada sebarang tindakan segera.

    Berkemungkinan Tun berpendapat pengaruh Mukhriz di negeri-negeri yang pernah dikuasai PR khususnya DAP boleh menyumbang kepada kekuatan UMNO untuk kembali menyerlah dalam PRU-14.

    Siapa lagi yang paling digeruni DAP, PKR dan PAS selain Tun Mahathir dan tentunya kegagalan Mukhriz berada dalam barisan Naib Presiden dan tidakpun berada dalam MT maka pengaruh ‘Tun’ melalui Mukhriz hanya sekuat sebuah negeri iaitu Kedah.

    Menolak Mukhriz sebenarnya adalah kerugian kepada PM Najib dan UMNO keseluruhannya.

    Sementara itu, DAP juga yang akan tersenyum panjang dalam mimpi ke Putrajaya….!

    1. re: “Menolak Mukhriz sebenarnya adalah kerugian kepada PM Najib dan UMNO keseluruhannya.”

      Saya setuju.

  6. “Saya berpendapat kepimpinan UMNO di bawah PM Najib sedang beransur-ansur membawa UMNO kedalam zaman kegelapan…”

    saya setuju. Tapi yg membimbangkan saya UMNO cuba mentransformasikan diri menuju arah seperti PAS manakala PAS pula cuba kelihatan seperti UMNO.

    Kita boleh lihat muktamar pas yg lepas, golongan anwarinas, byk yg menang. kita lihat gol ini sebenarnya seperti ahli umno cuma berpartikan pas. manakala umno cuba tarik gol ustaz2 ni. terbaru ustz kazim. bukanya tak bagus. umno sebenarnya perlukan muka baru, muda dan reti buat kerja. bimbang bila ramai gol ustaz ni masuk, maka akan jadi lah macam pas. masing2 main klua fatwa sendri.

  7. Helen,

    Setiap pemimpin itu mempunyai kekuatan dan kelemahan. Seorang pemimpin yang berjiwa besar akan akur tentang kelemahan yang melebihi kekuatan sendiri.

    Namun, pemimpin yang gagal adalah pemimpin yang menidakkan kekuatan pemimpin lain yang mampu memberikan kebaikan kepada semua.

    Hesmel Faznee

Comments are closed.